Pendahuluan
Pengungsian bangunan ialah proses dan tatacara penghuni (mangsa) menyelamatkan diri dalam keadaan sehelai sepinggang semasa berlaku peristiwa kebakaran. Konsep pengungsian berbeza dengan pengosongan bangunan kerana jika demikian mangsa perlu membawa sekali semua alat dan barang yang ada semasa menyelamatkan diri. Kefahaman warga sekolah tentang konsep pengungsian bangunan perlu dibuat menerusi pengalaman simulasi insiden kebakaran, iaitu kawad pengungsian bangunan sebanyak dua kali setahun.
2 Tema
'Ke Arah Sekolah Selamat'
3 Rasional
3.1 Warga sekolah masih belum biasa dengan istilah pengungsian bangunan
3.2 Pengalaman simulasi pengungsian bangunan di sekolah masih kurang
3.3 Murid kurang mengambil endah tentang kawad pengungsian bangunan
3.4 Kesedaran tentang risiko kebakaran di sekolah masih di tahap rendah
3.5 Pengetahuan warga sekolah tentang kegunaan alat pemadam api masih belum kukuh
4 Matlamat
4.1 Meningkatkan kepekaan warga sekolah terhadap elemen keselamatan
5 Objektif
5.1 Mangsa mematuhi tempoh maksimum tujuh minit untuk proses pengungsian bangunan
5.2 Mangsa mematuhi segala arahan Jawatankuasa Kawad Pengungsian Bangunan sekolah
5.3 Mangsa menerima taklimat dan tatacara melawan kebakaran
6 Tarikh
6.1 Pada 21 Februari 2011 (Isnin), bermula pukul 9.00 pagi
7 Tempat
7.1 Bilik darjah
7.2 Padang sekolah
8 Bidang Program
8.1 Proses pengungsian bangunan
8.2 Demonstrasi penggunaan alat pemadam api
8.3 Taklimat Khas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
9 Penyertaan
9.1 Semua murid dan pelajar SMK St. Michael, Ipoh sesi pagi
9.2 Semua guru SMK St. Michael, Ipoh sesi pagi
10 Pegawai Jemputan
10.1 Bahagian Latihan, Balai Bomba dan Penyelamat, Ipoh
11 Perbelanjaan
11.1 Petrol: 5 liter RM 10
11.2 Diesel 5 liter RM 10
11.3 Cenderamata @ 3 RM 60
11.4 Jamuan pegawai bomba RM 20
11.5 Pelbagai RM 20
Jumlah RM 120
12 Sumber Pendapatan
12.1 Kumpulan Wang Kokurikulum RM 120
13 Ahli Jawatankuasa
13.1 Pegawai Insiden: Pengetua
13.2 Timbalan Pegawai Insiden: Penolong Kanan (HEM)
: Penolong Kanan (Pentadbiran)
: Penolong Kanan Tingkatan 6
: Penolong Kanan Kokurikulum
13.3 Penolong Pegawai Insiden: Pegawai Panggilan Baris (Guru PKBM)
: Pegawai Pasukan Pemadam (Guru Kadet Bomba)
: Pegawai Bantuan Kecemasan (Guru PBSM)
: Semua Guru P & P
: Semua Guru Tingkatan
: Pengawal Keselamatan Sekolah
13.4 Penyelia Insiden : Anggota Kadet Bomba Tingkatan 6
14 Penutup
Pelaksanaan kawad pengungsian bangunan di sekolah memerlukan kerjasama dan sokongan seluruh warga sekolah, khususnya murid. Ketertiban dalam pergerakan dari lokasi insiden ke tempat berhimpun dan pelaporan yang tepat menjadi kayu ukur kejayaan simulasi berkenaan. Pihak sekolah mengharapkan agar program latihan ini mencapai segala objektif yang telah digariskan.
Disediakan oleh:
AZHAR BIN MOHD RODZI
Guru Kadet Bomba
b.p. Setiausaha Jawatankuasa 4K
SMK St. Michael, Ipoh
No comments:
Post a Comment