Wednesday, January 19, 2011
GURU AKADEMIK TINGKATAN 6 KINI PENSYARAH PRAUNIVERSITI (REBRANDING SIXTH FORM ACADEMIC STAFF)
Bulan Mei 2011 kian hampir. Bagi guru yang mengajar tingkatan 6, sistem modular yang dicanangkan oleh Bahagian Pengurusan Tingkatan 6, Kementerian Pelajaran Malaysia masih ditunggu. Sistem tiga semester yang bakal dilaksanakan ialah transformasi besar yang membabitkan perubahan sukatan pelajaran, kaedah kuliah, pentaksiran berterusan dan peperiksaan berpusat oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Langkah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) hendak memperkasa semula kursus diploma dengan tempoh pengajian lebih singkat, iaitu dua tahun setengah dijangka memberi kesan kepada enrolmen pelajar tingkatan enam. Lulusan diploma yang selama ini lebih menjurus kepada penyediaan modal insan tahap pertengahan kini kembali diberi peluang untuk terus menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama tanpa perlu bergraduat dan bekerja terlebih dahulu. Pengkhususan dalam kursus diploma akan menjadikan pengajian tingkatan 6 yang lebih bersifat umum akan menghadapi saingan yang lebih sengit dari segi daya tarikan.
Jika terlaksana sebagaimana yang dirancang, sistem semester tingkatan enam akan menawarkan kursus-kursus yang setara dengan pengajian tahun pertama di universiti tempatan dan antarabangsa. Pelajar yang berjaya memperoleh kelulusan STPM berkemungkinan besar memperoleh pengecualian jam kredit tertentu di peringkat universiti. Maknanya, jangka masa pengajian ijazah pertama mereka akan hanya mengambil masa antara empat atau lima semester sahaja.
Pelajar terbaik STPM juga berpeluang menyambung pengajian di universiti terbaik dunia seperti Havard, Yale, MIT, Princeton, John Hopkins (Amerika Syarikat), Cambridge, Imperial College, LSE, Oxford (Britain), A.N.U., Monash (Australia) dan timur tengah. Semuanya bergantung kepada akreditasi atau penarafan yang diberikan terhadap kualiti kursus pengajian prauniversiti tingkatan 6. Pihak kementerian sudah pasti membuat persediaan ke arah itu.
Kini, aspek kemudahan pembelajaran pengajian tingkatan 6 juga masih ditunggu. Memandangkan bahawa kuliah dan pentadbiran tingkatan 6 masih bernaung di sekolah, maka warga sekolah yang lain masih menganggap pelajar dan guru akademik tingkatan 6 tetap tertakluk kepada peraturan, tatacara dan tugas yang umum. Keadaan itu berlaku kerana kefahaman tentang bidang tugas pensyarah prauniversiti masih kurang jelas sama ada dari segi terma rujukan tugas dan tanggungjawab lain.
Walaupun berada dalam premis yang sama, pengajian tingkatan 6 ialah entiti yang berasingan daripada pengurusan tingkatan satu hingga lima. Pengajian tingkatan 6 ialah kursus lepas menengah, iaitu prauniversiti. Pelajar tingkatan 6 bukanlah seperti murid sekolah yang lain, manakala guru akademik tingkatan 6 ialah pensyarah.
Isu yang timbul di sekolah ialah apabila guru lain mempertikaikan bidang tugas pensyarah tingkatan 6 dan emolumen yang mereka nikmati. Hakikatnya, lantikan pensyarah tingkatan 6 ditetapkan oleh kementerian, bukan kehendak peribadi sesiapa. Jika semua guru berpegang kepada prinsip menghormati terma rujukan tugas masing-masing, mana mungkin mereka tidak semena-mena masuk kawasan orang lain.
Sistem semester dan pentaksiran berterusan bakal menyaksikan pensyarah tingkatan 6 tidak menang tangan nanti, khususnya sebelum sistem modular betul-betul mantap. Item pentaksiran dan dokumentasi menjadi sangat penting supaya kesahan dan kebolehpercayaan pentadbiran alat pengukuran yang digunakan berada di tahap tertinggi. Sebahagian jadual pensyarah tingkatan 6 di sekolah akan diisi dengan tugas berkenaan.
Walaupun sebahagian guru beranggapan bahawa mengajar budak tingkatan 6 lebih ringan, tetapi hanya yang terlibat lebih maklum. Jawatan pensyarah tingkatan 6 ialah gred naik pangkat DG 44 ke atas. Maknanya, guru akademik tingkatan 6 memang layak bergelar pensyarah kerana pengalaman dan kekananan mereka dalam perkhidmatan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Harap segala yang telah diwar-warkan menjadi kenyataan. Rasanya, sekarang ini, ramai guru mempunyai perasaan yang tingkatan 6 seolah-olah dibebankan dengan folio-folio. Selepas itu...senyap sunyi...dipinggirkan.
Harap ianya tidaklah begitu.
Mudah-mudahan cikgu...
folio tu mungkin berat untuk tahun-tahun awal sahaja. nanti alah bisa, tegal biasa. apabila mantap, copy & paste, copy & paste...
permohonan tingkatan 6 masih ada lagi? atau ia ditutup dah?
salam sejahtera, sy merupa guru tingkatan 6 yg mgajar Geo selama 4 tahun, ada kah sy masih layak utk memohon menjadi guru tingkatan 6???ada kah pentadbiar ada hak mghalang sy pohon sekiranya sy mencukupi syarat?
sy masaih ada simpan buku rekod perkhimatan dulu yg membuktikan sy pernah mgajar tingkatan 6...
Guru T6 bukan XPPLD dah dapat naik 44 ke 48 pd 1.10.2010 krn dah lima tahun dlm dg44 (tmasuk 1 thn hakiki + 4 tahun KUP). Bagaimana dgn guru T6 dg44 XPPLD yg belum guna kelonggaran 3 thn PPLD sbg 1 thn PPPS yg naik dari 41 ke 44 krn dapat lantikan guru T6. Ada XPPLD dapat lantikan hakiki guru T6 44 pd 2008, tu dah kira 3 tahun kini campur kelonggaran PPLD ke PPPS 3 tahun makna sudah 6 tahun di 44, apa cerita ni? Patut dah naik 48 pada 2010. KPM lepas pandang ke? Asyik urus KUP saja, ada yg dah dapat pun! Sesiapa ada komen, silakan.
Khabarnya hari ini Menteri Pelajaran akan umumkan Sistem Modular nak dijalankan atau tidak....kita tunggu
Post a Comment