Di pohon sana
pada dahan pohon tualang
lihatlah lebah-lebah
sudah membuat sarang
serangga yang cergas
sentiasa hidup sepakat
sikap yang terpuji.
Pada dahan pokok tualang, kelihatan sekumpulan lebah membuat sarang. Lebah-lebah itu menggambarkan sikap yang terpuji, iaitu sebagai serangga yang cergas dan sentiasa hidup sepakat. Dalam kata lain, tiada seekor pun yang kelihatan bermalas-malas, atau mengasingkan diri daripada kumpulan.
Ada ratu ada pekerja
berkumpul dan bekerjasama
madu manisnya
penawar penyakit manusia.
2 kesepakatan / kemuafakatan / bekerjasama / saling membantu / saling menolong (membuat sarang di dahan pokok tualang)
3 kerajinan / kesungguhan / kegigihan (dalam menyiapkan sarang dan menghasilkan madu)
4 kepatuhan / ketaatan (pekerja lebah terhadap perintah ratu lebah)
5 kebijaksanaan (kepimpinan ratu lebah)
6 hidup berjasa (membekalkan madu sebagai penawar kepada penyakit manusia)
7 kepekaan / keprihatinan (penyajak terhadap sifat-sifat lebah yang terpuji)
Persoalan
1 Kecekapan / kecergasan / ketangkasan / ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan
2 Kesepakatan / kemuafakatan / bekerjasama / saling membantu / saling menolong dalam sebarang kegiatan / pekerjaan
3 Kerajinan / kesungguhan / kegigihan dalam menyempurnakan sesuatu aktiviti / kegiatan / pekerjaan / tugasan
4 Kepatuhan / ketaan terhadap ketua / pemimpin
5 Kebijaksanaan dalam mengatur kumpulan / organisasi / pasukan
6 Hidup berjasa sesama makhluk
7 Kepekaan / keprihatinan terhadap sifat terpuji
Pengajaran
1 Kita hendaklah cekap / cergas / tangkas / tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan
2 Kita hendaklah sepakat / bermuafakat / bekerjasama / saling membantu / saling menolong dalam sesuatu kegiatan / pekerjaan
3 Kita hendaklah bersungguh-sungguh / gigih / rajin dalam melaksanakan sesuatu aktiviti / kegiatan / pekerjaan / tugasan
4 Kita hendaklah mematuhi arahan ketua / pemimpin (dalam kumpulan / pasukan / organisasi)
5 Kita hendaklah bijak dalam memimpin (kumpulan / pasukan / organisasi)
6 Kita wajiblah hidup berjasa sesama makhluk
7 Kita hendaklah peka / prihatin / mencontohi / meneladani / meniru sifat-sifat terpuji
8 comments:
cikgu boleh tak masukkan tema,gaya bahasa dan nilai dalam setiap bab...
cikgu knpe x msskkn gya bhsa skli?
cikgu,boleh masukkan sekali gaya bahasa and bentuk plus nilai????
terima kasih cikgu, saya banyak gunakan nota di blog cikgu untuk siapkan tugasan membina laman web. tapi saya tak terbitkan laman tu. saya hanya gunakan untuk tugasan sahaja. terima kasih....
salam
gaya bahasa, insya-Allah. buat sementara rujuk tajuk "gaya bahasa dalam komsas"
hendak terbitkan pun tidak apa, asal dinyatakan sumber ambilan blog.
TERIMA KASIH , CIKGU AZHAR........
AI SANGAT TOLONG SAYA BUAT KERJA SEKOLAH SAYA..........
CIKGU , TOLONG TAMBAH GAYA BAHASA SUPAYA DAPAT BUAT DENGAN MUDAH ......
SEKIAN , TERIMA KASIH .
terima kasih banyak banyak....
sangat membantu
harap dapat masukkan bentuk sajak........
Post a Comment