SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, January 29, 2011

PROSA KLASIK TINGKATAN 2: RAJA MUDA (PRINCE AND FAIRY TALES)


Pengenalan
Petikan mengisahkan Raja Muda (RM) yang sudah beristerikan Tuan Puteri Bidadari Segerba dari kayangan. RM menumpang di rumah nenek kebayan. Suatu hari dia hilang dari situ justeru ditemukan seekor gajah putih yang membawa baginda ke istana, lalu ditabalkan sebagai raja (bergelar Sultan Muda Gempita Sakti), seterusnya dijodohkan pula dengan puteri kepada Sultan Sedar Alam dan Permaisuri Kaca Bertuang.  Pesta perkahwinan 40 hari 40 malam itu dibuat tanpa henti. Puteri Segerba yang sedih turun dari kayangan, lalu saling berbalas syair dengan suaminya, RM. Puteri Segerba menganggap dirinya dipersia-siakan, sedang RM menyalahkan Puteri Segerba yang tidak mendengar nasihat baginda supaya tidak pulang ke kayangan demikian lama.  Puteri Segerba kemudian memindahkan anak dalam kandungan kepada Tuan Puteri Ratna Suri, madunya. Selang 12 purnama (12 bulan berdasarkan takwim lunar, hijrah), lahirlah Puteri Renik Jantan @ Seri Kemala Keinderaan @ Seri Desa Tanjung Bunga Sekaki @ Mastika Kelimpahan Benua Tua. Anehnya, puteri tidak menangis dan tidak makan minum (keturunan bidadari kayangan). Seisi keluarga diraja bertemasya di Padang Biram Kemala, dengan Puteri Renik Jantan bersiram (mandi) di tengah tasik Mendam Berahi. Majlis kenduri doa selamat dan tolak bala turut diadakan.

Watak dan Perwatakan: 

Raja Muda @ Sultan Muda Gempita Sakti 
patuh titah sultan (mengahwini Tuan Puteri Ratna Suri setelah dibawa oleh gajah putih ke istana)
bijak / petah bersyair (berjaya membalas syair Puteri Segerba).

Tuan Puteri Bidadari Segerba
setia (sanggup berulang alik dari kayangan ke bumi untuk menjenguk suami dan ibu bapa),
pemaaf (sanggup memindahkan kandungan kepada madu sendiri),
pemarah (pulang ke kayangan tanpa singgah ke rumah nenek kebayan),
penyayang (terus mencium Puteri Renik Jantan yang baru lahir / tidak pernah mengenepikan keluarga)

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri 
isteri yang taat / madu yang baik (tidak pernah meminta cerai / tidak menuntut isteri pertama Sultan diceraikan)

Permaisuri Kaca Bertuang / bonda Tuan Puteri Ratna Suri
tenang (menerima baik kehadiran Puteri Segerba, selain bersetuju dengan cadangan pindah kandungan). 

Sultan Sedar Alam / suami Permaisuri Kaca Bertuang / ayahanda Puteri Ratna Suri
(tiada dialog / keterangan)

Nenek kebayan
penyayang / murah hati / simpati (sanggup menumpangkan raja muda dan Puteri Segewrba di rumahnya.

6 beradik bidadari  / kakak Tuan Puteri Bidadari Segerba
bijak (memberitahu tentang perkahwinan kedua suami Puteri Segerba di bumi)

kajian komsas, kbkk, contoh soalan menyusul, insya-Allah...

8 comments:

Anonymous said...

cikgu !!

memang banyak ni je ke sipnosis tajuk ni... macam terlalu pendek !

harap cikgu prihatin !

cikgu azhar said...

terima kasih nursyahirah

Sinopsis ialah ringkasan sesebuah cerita atau kisah yang menjelaskan gambaran keseluruhan sesebuah karya (Ab. Rahman Ab. Rashid, Kamus Sastera Melayu, 2000:99).

Kamus Dewan Bahasa IV: 1502 menyatakan sinopsis ialah ringkasan yang memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar.

Sinopsis sesebuah kajian pula biasanya ditulis sepanjang 100 - 150 patah perkataan sahaja.

Untuk prosa, memadai dimasukkan tema, beberapa watak, temapat, masa dan peristiwa terpenting sahaja...

Wallahu a'lam

Anonymous said...

ralat ejaan: temapat --> tempat

(baris 5)

Unknown said...

cikgu kenapa tak ada gaya bahsa ,nilai dan pengajaran dan lain2 ?

Unknown said...

cikgu tidak ada buat macam gaya bahasa , nilai , pengajaran , tema ,persoalan ?? boleh tidak cikgu carikan untuk saya ??

Anonymous said...

tq cikgu azhar..cikgu byk beri pertolongan

Anonymous said...

Cikgu azhar boleh x buat sinopsisnya dalam bentuk peta minda?

Anonymous said...

cikgu plot takde ke??