SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, January 22, 2011

PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG (ADOPTED DISABLE AND AN OLD LADY)

Watak dan Perwatakan

Mak Timah: ibu angkat Pungut
                 :  penyayang / tegas / empati / ikhlas / kuat berdoa

Zahara binti Muhamad @ Yap Siew Hong / Pungut: 24 tahun, cacat ( bisu / pekak / tidak mampu urus diri), ketinggian 0.6 meter
                                                                              : bergantung kepada orang lain sepenuhnya

Bibik: nenek Pungut, keturunan Cina peranakan, tauke rumah sewa Mak Timah  / jiran Mak Timah
        : percaya kepada telekan, licik

anak lelaki bongsu Mak Timah:  tempat Mak Timah menumpang / memelihara Pungut
                                              :  ambil mudah / hormat ibu / penyayang

Sinopsis Cerpen (antologi Dirgahayu Bahasaku: muka surat 137 - 145, karya Mohamed latiff Mohamed)

Pungut diambil sebagai anak angkat ketika berusia tidak sampai sebulan. Pungut lahir  dengan tidak cukup bulan dan seluruh organ tubuhnya amat halus. Ramalan doktor bahawa Pungut hanya boleh bertahan setahun dua nyata meleset. Dari sebesar buah betik, Pungut hanya membesar setinggi satu kaki dan cacat segala-galanya. Mak Timah yang telah uzur menguruskan semua keperluan makan minum dan penjagaan Pungut yang hanya tahu merengek seperti bunyi nyamuk, menggeleng-geleng kepala dengan pantas dan keluar masuk bilik sambil bermain jari sendiri. Mak Timah sering berdoa supaya Tuhan mengambil nyawa Pungut sebelum nyawanya sendiri dicabut. Mak Timah tidak setuju dengan cadangan anak lelaki bongsunya supaya Pungut dihantar ke rumah kanak-kanak cacat. Mak Timah menganggap Pungut sebagai ujian Tuhan terhadap dirinya.


Peristiwa penting


1   Kelakuan dan pergerakan Pungut sama sahaja sepanjang masa. Dia tergigil-gigil, suara berdengung macam nyamuk, menggeleng-gelengkan kepala dengan pantas dan meluru keluar masuk bilik, bermain dengan jari sendiri, dan duduk di atas kerusi kecil.

2   Mak Timah yang uzur tetap membersihkan Pungut, memandikannya, dan menyuapkan Pungut makanan. Pungut tidak tahu menguyah, sebaliknya menelan makanan sekali gus seperti ular sawa.

3   Setelah Pungut (Yap Siew Hong) dilahirkan sebesar buah betik, neneknya Bibik mahu menyerahkannya kepada sesiapa yang mahu. Bibik mengatakan Pungut sebagai anak sial sebagaimana ramalan bomoh (loktang / datok)

4   Bibik memberitahu Mak Timah bahawa anak sulungnya Siew Lan mahu membuang Siew Hong jika tiada orang yang mahu mengambilnya. Bibik menawarkan Mak Timah bayaran angkat sumpah (mahkamah) dan duit seratus lima puluh ringgit.

5   Sangkaan Mak Timah bahawa Pungut akan membesar seperti gadis normal yang lain meleset. Harapan Mak Timah supaya apabila dia tua, Pungut akan memabntu dan menjaganya, tetapi perkara sebaliknya yang terjadi.

6   Bomoh Dollah memberitahu Mak Timah bahawa Pungut terkena kenan patung. Bibik juga memberitahu perkara yang sama bahawa ketika mengandung, Siew Lan pernah menonton wayang patung.

7. Mak Timah berleter, menyeranah, memaki Pungut apabila terpaksa bangun semasa sakit untuk membersihkan Pungut. Mak Timah terfikir Tuhan mahu membanyakkan dosanya dengan memanjangkan umur Pungut.

8.  Mak Timah kesal dengan sikap anak lelaki bongsunya yang hanya tahu mengira duit dan untung rugi dalam memelihara anak. Mak Timah bertegas dengan pendiriannya sehingga anaknya itu terdiam apabila Mak Timah menyebut tentang mati.

Perbincangan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang berikut.

     "Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu. Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu budak," Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan Bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. Dia belas kepada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah terfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai dibela akan besar juga nanti budak itu.
     "Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit." Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh ringgit pada masa itu, lumayan betul.

i.    Berikan maksud pandai dibela.                                                                                  [2 markah]

ii.   Nyatakan dua sebab Mak Timah mahu mengambil anak Siew Lan?                              [3 markah]

iii.   Jelaskan dua cara mengatasi masalah pembuangan bayi mengikut pendapat anda,         [4 markah]

iv.   Huraikan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.    [3 markah]

Analisis Soalan

i.  Aras soalan: petikan

   Tugasan soalan:  maksud rangkai kata

    Cadangan jawapan:  kena cara memelihara / betul asuhan


ii.  Aras soalan:  petikan

    Tugasan soalan:  dua sebab

     Fokus soalan:  nyatakan sahaja

     Cadangan jawapan:  Mak Timah mahu mengambil anak Siew lan kerana rasa kasihan . Selain itu, Munah
                                     dan Katijah merengek-rengek memintanya berbuat demikian.

iii.  Aras soalan:  kbkk

     Tugasan soalan:  dua cara

     Fokus soalan: jelaskan / ada penerangan (selain subjek, predikat)

     Cadangan jawapan:  Pada pendapat saya, masalah pembuangan bayi boleh diatasi dengan mengenakan
                           hukuman yang lebih berat kepada penjenayah yang terbabit.  Pendidikan tentang bahaya
                           pergaulan bebas hingga melahirkan anak zina mesti dilaksanakan segera.

iv.  Aras soalan:  komsas

     Tugasan soalan:  satu persoalan petikan, satu persoalan cerpen

     Fokus soalan:  huraikan (masukkan penerangan)

    Cadangan jawapan:  Persoalan dalam petikan ialah belas kasihan terhadap kanak-kanak. Mak Timah sanggup mengambil Siew Hong kerana mengenangkan budak itu akan dibuang. Persoalan dalam cerpen pula ialah kesabaran dalam menjaga insan cacat / istimewa. Mak Timah yang sudah tua dan uzur terpaksa menggagahkan diri mengeuruskan keperluan makan minum dan kebersihan diri Pungut.

5 comments:

wawa said...

thanx for this cikgu. so helpful! By the way, betul ke Pungut lahir tak cukup bulan? Saya ada baca cerpen tu tapi tak ada plak penulis nyatakan Pungut tak cukup bulan ketika dilahirkan. Rasanya Pungut cuma bayi yang kecil dan mengalami kecacatan kekal dengan organ dalaman yg sangat kecil dan halus.

cikgu azhar said...

terima kasih atas semakan. "wawa" ternyata benar. Itu hanya andaian berdasarkan pengamatan Mak Timah (muka surat 141, baris 9 dari bawah). Kekhilafan dikesali dan telah diambil maklum...

eclipsesweet said...

salam cikgu.. sy nk mntk izin copy note ni ek.. mnggu dpn ada presentation.. tme kaseh ats info ni cikgu.. :)

Anonymous said...

assalamualaikum ckgu trima kasih atas nota ne bnyk bg manfaat bgi smua plajar tgktan 5.

loveteja21@yahoo.com said...

salam cikgu. kalau persoalan pengorbanan seorang ibu dalam memelihara anak yang cata boleh ke?ke boleh jadi sebagai tema?