Mak Timah: ibu angkat Pungut
: penyayang / tegas / empati / ikhlas / kuat berdoa
Bibik: nenek Pungut, keturunan Cina peranakan, tauke rumah sewa Mak Timah / jiran Mak Timah
: percaya kepada telekan, licik
anak lelaki bongsu Mak Timah: tempat Mak Timah menumpang / memelihara Pungut
: ambil mudah / hormat ibu / penyayang
Sinopsis Cerpen (antologi Dirgahayu Bahasaku: muka surat 137 - 145, karya Mohamed latiff Mohamed)
Peristiwa penting
1 Kelakuan dan pergerakan Pungut sama sahaja sepanjang masa. Dia tergigil-gigil, suara berdengung macam nyamuk, menggeleng-gelengkan kepala dengan pantas dan meluru keluar masuk bilik, bermain dengan jari sendiri, dan duduk di atas kerusi kecil.
"Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu. Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu budak," Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan Bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. Dia belas kepada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah terfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai dibela akan besar juga nanti budak itu.
"Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit." Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh ringgit pada masa itu, lumayan betul.
i. Berikan maksud pandai dibela. [2 markah]
ii. Nyatakan dua sebab Mak Timah mahu mengambil anak Siew Lan? [3 markah]
iii. Jelaskan dua cara mengatasi masalah pembuangan bayi mengikut pendapat anda, [4 markah]
iv. Huraikan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [3 markah]
Analisis Soalan
i. Aras soalan: petikan
Tugasan soalan: maksud rangkai kata
Cadangan jawapan: kena cara memelihara / betul asuhan
ii. Aras soalan: petikan
Tugasan soalan: dua sebab
Fokus soalan: nyatakan sahaja
Cadangan jawapan: Mak Timah mahu mengambil anak Siew lan kerana rasa kasihan . Selain itu, Munah
dan Katijah merengek-rengek memintanya berbuat demikian.
iii. Aras soalan: kbkk
Tugasan soalan: dua cara
Fokus soalan: jelaskan / ada penerangan (selain subjek, predikat)
Cadangan jawapan: Pada pendapat saya, masalah pembuangan bayi boleh diatasi dengan mengenakan
hukuman yang lebih berat kepada penjenayah yang terbabit. Pendidikan tentang bahaya
pergaulan bebas hingga melahirkan anak zina mesti dilaksanakan segera.
iv. Aras soalan: komsas
Tugasan soalan: satu persoalan petikan, satu persoalan cerpen
Fokus soalan: huraikan (masukkan penerangan)
Cadangan jawapan: Persoalan dalam petikan ialah belas kasihan terhadap kanak-kanak. Mak Timah sanggup mengambil Siew Hong kerana mengenangkan budak itu akan dibuang. Persoalan dalam cerpen pula ialah kesabaran dalam menjaga insan cacat / istimewa. Mak Timah yang sudah tua dan uzur terpaksa menggagahkan diri mengeuruskan keperluan makan minum dan kebersihan diri Pungut.
5 comments:
thanx for this cikgu. so helpful! By the way, betul ke Pungut lahir tak cukup bulan? Saya ada baca cerpen tu tapi tak ada plak penulis nyatakan Pungut tak cukup bulan ketika dilahirkan. Rasanya Pungut cuma bayi yang kecil dan mengalami kecacatan kekal dengan organ dalaman yg sangat kecil dan halus.
terima kasih atas semakan. "wawa" ternyata benar. Itu hanya andaian berdasarkan pengamatan Mak Timah (muka surat 141, baris 9 dari bawah). Kekhilafan dikesali dan telah diambil maklum...
salam cikgu.. sy nk mntk izin copy note ni ek.. mnggu dpn ada presentation.. tme kaseh ats info ni cikgu.. :)
assalamualaikum ckgu trima kasih atas nota ne bnyk bg manfaat bgi smua plajar tgktan 5.
salam cikgu. kalau persoalan pengorbanan seorang ibu dalam memelihara anak yang cata boleh ke?ke boleh jadi sebagai tema?
Post a Comment