Penulis dan wartawan mungkin memiliki keinginan untuk berpegang kepada kebenaran supaya mereka berlaku adil dalam segenap hal. Malangnya, tangan mereka terikat kepada kehendak pemilik akhbar yang mewakili kepentingan tertentu. Keakuran etika dan profesionalisme hanya tinggal cakap-cakap apabila bertembung dengan periuk nasi.
Khalayak pembaca yang rasional tentu berasa sangat kecewa dengan amalan penulisan dan kewartawanan akhbar yang hanya menyogok khalayak pembaca dengan berita sensasi dan rencana yang bersifat berat sebelah. Harapan untuk melihat akhbar menjalankan fungsi pendidikan jauh panggang dari api. Penulisan dan kewartawanan tidak pernah peduli tentang nilai-nilai murni yang dipelajari di sekolah.
Sebahagian khalayak pembaca menganggap berita sukan dan nahas jalan raya sahaja yang layak dipercayai. Maka, sistem penyampaian awam yang cekap tidak dapat dicapai. Hanya berita atau pendapat yang disenangi oleh "tauke" surat khabar akan muncul.
Masalah media ialah isu sejagat. Kebanyakan agensi media utama dunia dikuasai oleh sekumpulan pelobi kaya raya yang sangat berpengaruh. Kedudukan mereka sebagai saudagar persepsi sangat sukar untuk digugat.
Bentuk tekanan kepada media arus perdana supaya mereka berlaku adil dan benar dalam penulisan dan kewartawanan ialah dengan tidak membeli produk mereka. Namun, perkara sebegitu sukar menjadi kenyataan kerana sebahagian besar anggota masyarakat seperti berasa kehilangan dan kekurangan jika sehari tidak membaca surat khabar harian. Langkah yang boleh dilakukan ialah terus berharap...
No comments:
Post a Comment