SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, January 18, 2012

"KHAMIS" / "KHAMIS MALAM" BAB 5, 6 NOVEL 6:20

Pengarang novel:  Siti Jasmina binti Ibrahim
Ambilan muka surat:  43 - 52; 53 - 65

Ringkasan bab 5 / Khamis


Masih kisah dua minggu lepas. Tepat 6.20 pagi, budak lelaki 5 tahun berdiri di hadapan pagar rumah Sukma. Dia cuba lari, tetapi sempat dipegang oleh Sukma. Dia menangis, lalu Sukma memujuk, namun masih meronta. Budak itu terlepas juga apabila ibu Sukma datang "menyergah". Masing-masing memberi andaian dan ibu Sukma masuk semula ke dalam. Peristiwa di pintu pagar dan sikap negatif ibu selama 4 hari berturut-turut itu menyebabkan Sukma berteka-teki. Di kampus, Sukma bergabung dengan Teja, Alvin dan Jerry untuk tugasan tentang peperangan dan penindasan. Jerry gelabah dengan pertanyaan Alvin tentang kelab WX2 yang segera menarik perhatian Sukma dan Teja, lalu membuat helah membeli air tin. Alvin menjelaskan bahawa WX2 ilah "kotak gelap" merujuk kepada kelab hiburan muzik metal ekstrem di "ruang sepi" sambil berbincang tentang pegangan diri. Kemudian, Rafiq datang bergabung dengan mereka, dan dia telah membuat persediaan terlebih dahulu. Sukma hanya mengangguk dan beredar, tetapi tiba-tiba Jerry menarik lengan baju Sukma untuk bercakap tentang WX2. Demi kelibat Iskandar muncul, Jerry berlalu. Sukma mengambil kesempatan menduga Iskandar dengan WX2 dan ternyata Iskandar tidak dapat menahan geram walaupun cuba berlagak bersahaja. Sukma melabel mereka pelik dan dia terus sahaja pergi.

Ringkasan bab 6 / Khamis malam

Sukma mengadu kepad ayahnya tentang peristiwa empat pagi berturut-turut itu, lalu ayahnya menelefon seseorang. Ibu Sukma turun dengan kebaya biru labuci dan rambut berdandan tinggi untuk ke majlis malam Bollywood. Sukma meluahkan rasa hairan dengan perubahan sikap ibunya yang selama ini tidak gemar dengan filem Hindustan hinggakan Puan Delila terduduk, lalu menenung Sukma agak lama. Ibu Sukma mengadu kepada suaminya Sukma sakit dan stres, serta menyindirnya, tetapi disangkal oleh Haji Syaqir. Sukma tergamam, manakala ayahnya mengambil sikap bersahaja. Bagi memenangkan fikiran, Sukma ke rumah Teja, lalu terus diajak ke Kafe Flora milik Su Ani, ibu saudara Teja. Terdapat persembahan kumpulan Waris Cinta dari Sarawak, diketuai Erman. Kemudian, Reny, 18, si gadis Iban berbual dengan Sukma tentang warisan seni mereka dan 1Malaysia. Sukma memuji pendirian Reny yang menjadikan seni tari sebagai suara pegangan hidup dan kepercyaan kaumnya. Sukma memberi penjelasan tentang adab dan doa dalam Islam. Reny petah berhujah kerana banyak membaca. Sukma juge memberitahu dia guru tarian zapin kepada budak 5 - 12 tahun di kawasan perumahannya ketika masa lapang. Reny kemudian mengajak Sukma menari zapin dan memasuki dunia tarian itu. Sukma merasakan perasaan baharu yang luar biasa. Sukma lupa sebentar tentang fikiran gusar, rutin dan masalah kehidupan...

bersambung...

2 comments:

Anonymous said...

assalam...tima kasih byk2 la cikgu...smoga ilmu yg ckgu kongsi akan berlipatkali ganda...

Unknown said...

kenapa ejaan ada yang salah dan ada yang hilang huruf??