SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, January 20, 2012

LAYAR LEBAR DI KAMPUS DAN ASRAMA PENUH (RELEASING STRESS ON STUDY)

Ketika mengunjungi Kolej 12, Universiti Malaya tahun lalu, kelihatan perhatian pelajar di kafetaria tertumpu pada skrin besar yang sedang menayangkan perlawanan bola sepak Inggeris. Barangkali saiz skrin berkenaan ialah 18 kaki X 12 kaki. Mungkin kini gambar di skrin besar itu lebih jelas dengan teknologi Astro Beyond.

Malam semalam pula, penulis blog (PB) berkesempatan mengunjungi sebuah sekolah berasrama penuh. Walaupun cuti tahun baru Cina selama seminggu telah bermula, masih ramai penghuni asrama belum dijemput balik ke rumah masing-masing. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 5, serta pelatih olah raga dan skuad permainan tertentu.
Di sebuah dataran yang baru diturap, lengkap dengan kawasan berbumbung, kelihatan sekumpulan murid yang baru balik daripada kelas persediaan (prep) asyik menonton aksi Liga Super Malaysia antara pasukan Kedah (Kenari) menentang Kelantan (Red Warriors). Ketika itu perlawanan berbaki 7 minit, dan kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan dengan kedudukan Kelantan di hadapan dengan jaringan 2 - 0. Perlawanan berlanjutan ke masa kecedearaan selama 3 minit.

Pada minit terakhir, keadaan di situ menjadi gamat apabila murid-murid bersorak melihat seorang pemain pertahanan Kedah menghantar bola ke belakang untuk penjaga gol, Helmi Eliza Elias, tetapi dikejar oleh penyerang import Kelantan, Dennis Antwi dari Ghana. Penjaga gol membuat keputusan yang salah dengan cuba mengawal bola, bukan menendang bola terus keluar daripada kawasan bahaya. Bola berjaya dirampas dan terus menggegar gawang Kedah untuk melengkapkan jaringan 3 - 0.

Kumpulan murid berkenaan kemudian dilihat beredar dengan wajah yang menggambarkan rasa puas. Kebenaran untuk menonton siaran kegemaran pada hujung minggu sudah memadai untuk mereka menebus tekanan akibat aktiviti pembelajaran yang begitu padat sepanjang minggu. Sebuah kelegaan terpancar daripada cara mereka bercakap dan bergerak menuju blok asrama masing-masing.

Generasi muda remaja memang memiliki domain psikomotor dan tenaga somatik yang begitu aktif. Mereka tidak hanya betah duduk kaku mendengar ceramah dan kuliah. Proses memupuk jati diri dan sahsiah mereka harus diadun dengan aktiviti yang menggabungkan segala potensi dan fakulti yang ada dalam diri mereka...

No comments: