Pengarang novel: Ruslan bin Ngah, 45
Muka surat rujukan: 74 - 91
Watak utama: Nadira / murid tingkatan 5 Cempaka / pindah daripada Kedah
Watak lain: Nurul Ain, 19 / kakak Nadira / pelajar kolej swasta
: ibu Nadira / bersikap liberal
: Shahrul / murid tingkatan 5 / rakan subahat Meng Kong, Kumar / anggota kumpulan mat rempit
: Aziz / mat rempit / kawan Shahrul / pemuda dewasa
: lelaki pemandu kereta mewah / cuba mengurat Nadira / berlalu apabila Shahrul muncul
: anggota polis wanita / yang pertama menyoal siasat Nadira
: anggota polis lelaki / yang meminta kad pengenalan Nadira
: Badri (secara imbas kembali oleh Nadira)
Latar tempat: rumah keluarga Nadira
: perpustakaan sekolah
: perhentian teksi
: restoran makanan Barat
: tasik di pinggir kota
: gerai menjual air berhampiran tasik
Latar masa: hari Sabtu / 8 pagi
: habis waktu persekolahan (imbas kembali Nadira akan pertemuannya dengan Badri di perpustakaan)
Ringkasan bab
Nurul Ain menegur Nadira yang kelihatan tergesa-gesa hendak keluar rumah dengan pakaian yang keterlaluan / kurang sopan (seluar jean ketat / baju senteng) sebagai budak sekolah dan anak Melayu. Nadira hanya ketawa sinis dan menganggap kakaknya itu ketinggalan zaman, sedangkan ibu mereka sendiri memberi kebebasan. Nadira menunggu Shahrul di hentian teksi. Akibat kebiasaan Shahrul tidak menepati masa, Nadira bagai barang pameran dan diganggu oleh lelaki mata keranjang, termasuk seorang pemandu kereta merah yang hanya berlalu apabila Shahrul muncul. Nadira marah, tetapi reda apabila Shahrul memberi alasan palsu bahawa dia menghantar adiknya ke kelas tambahan.
Semasa membonceng motosikal Shahrul, Nadira teringat peristiwa dia memenuhi permintaan Badri untuk bertemu di perpustakaan. Nadira beranggapan Badri sengaja membuat tuduhan tanpa bukti terhadap Shahrul. Nadira tidak percaya Shahrul terlibat dengan kes menjual telefon bimbit di sekolah kerana dia anak orang senang. Nadira tidak makan nasihat Badri, sebaliknya menyindir Badri sebagai cemburu. Nadira melabel Badri umpama gagak yang langsung tiada harga dan Shahrul kapal terbang, tetapi Badri hanya mengucapkan terima kasih, serta meminta Nadira berfikir semula tentang kata-katanya. Ternyata hujah Badri sangat menyengat.
Shahrul mengamuk demi mendengar cerita Nadira dan berazam untuk membalas dendam. Shahrul membawa Nadira masuk ke restoran makanan Barat. Usai makan tiga pasang kawan Shahrul yang mengajak Shahrul merempit. Tiba di tepi tasik, Aziz mengajak Shahrul berlumba malam itu, tetapi Shahrul memberi alasan dia masih bersekolah. Nadira resah dan mahu pulang, tetapi Shahrul memberi jaminan untuk melindungi Nadira. Aziz yang mula menjeling Nadira tiba-tiba meluru ke arah motosikal bersama kawan lain demi ternampak kelibat polis. Shahrul juga menyelamatkan diri. Nadira tinggal sendirian dan terus disoal siasat oleh seorang polis wanita dan seorang polis lelaki. Nadira berasa sangat kesal dan takut, tetapi lega kerana polis hanya menghantarnya pulang ke rumah.
Polis wanita menjelaskan kepada ibu Nadira bahawa anak gadisnya itu mungkin tidak tahu akibat bergaul dengan mat rempit yang kadang-kadang terlibat dengan jenayah. Nurul Ain memulangkan paku buah keras. Ibu Nadira mahu Nadira akur akan nasihat Ain. Nadira sedar dia silap dan terus berkurung di dalam bilik kerana selera makannya hilang...
Perwatakan: bertanggung jawab / peka / prihatin (Nurul Ain, Badri)
: berkelakuan bebas lepas (Nadira, Shahrul, Aziz)
: tegas (anggota polis)
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat pelajar kolej swasta
: masyarakat anggota polis
: masyarakat pelumba haram / mat rempit
: masyarakat yang bertanggung jawab / peka / prihatin
: masyarakat yang berkelakuan bebas lepas / liar
: masyarakat yang tegas
Nilai murni: tanggung jawab / kepekaan / keprihatinan, ketegasan
Persoalan: Tanggung jawab / kepekaan / keprihatinan terhadap akhlak / sahsiah anggota keluarga / adik / rakan
: Ketegasan dalam tugas / menjalankan amanah
Pengajaran: Kita hendaklah bertanggung jawab / peka / prihatin terhadap akhlak / sahsiah anggota keluarga / adik / rakan
: Kita hendaklah tegas dalam menjalankan tugas / amanah
kbkk: peranan ibu bapa dalam mendidik / memupuk / mengawal sahsiah / tingkah laku anak masing-masing
: batasan pergaulan remaja / murid sekolah berlainan jantina
: langkah membendung kegiatan lumba haram
No comments:
Post a Comment