Genre: Puisi Moden
Penulis: Roshilawati Razlan
Bilangan rangkap: 5
Tahun terbitan asal: 1996
Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, 2011, muka surat 21
Perbincangan rangkap demi rangkap
Ketika dulu
kelihatan sang dara bersimpuh ayu
bersalut songket tenunan Melayu
mengayam segar
Pada zaman dahulu, anak-anak gadis duduk dengan sopan sambil mengenakan pakaian masyarakat Melayu, iaitu songket tenunan yang begitu halus dan sedap mata memandang.
Kelihatan
sang teruna menebang ara
berbaju Melayu warisan bangsa
meniup seruling bambu
merdu dan sayu
Lelaki muda pula bangga dengan menyarung baju Melayu sebagai pakaian turun-temurun, melakukan pekerjaan tangan dan mengalukan irama indah dan syahdu dengan menggunakan seruling (alat tiupan) yang diperbuat daripada buluh.
Ketika ini
tiada lagi sang dara ayu
tiada juga teruna gagah
kini yang ada cuma
tubuh-tubuh lesu
tubuh-tubuh kaku
Kini, keadaan telah berubah. Citra anak gadis dan anak lelaki persis zaman dahulu sudah tiada lagi. Anak-anak Melayu sudah hilang jati diri, iaitu dengan penampilan diri yang jauh daripada warisan budaya Melayu dahulu.
Kedengaran
irama gamat menodai kedamaian
seruling bambu diam keusangan
songket dan batik muram disisihkan
Aliran muzik yang bising dan hingar-bingar seperti rock dan underground telah menggantikan irama Melayu tradisional. Alat-alat muzik lama telah dilupakan sama sekali, manakala persalinan pakaian kebanggaan orang Melayu dahulu telah dipinggirkan.
Ayahanda bonda di pondok
memalu nobat di sisi
melihat sayu sang Sita Dewi
yang usang tidak bermaya lagi.
Budaya lama hanya diminati oleh generasi lama (tua) yang tiada daya tarikan lagi. Persembahan kesenian lama juga hanya dimainkan oleh budayawan dan seniman lanjut usia. Mereka hanya mampu berduka (seperti dalang wayang kulit) yang mendapati boneka watak Sita Dewi tidak mendapat sambutan lagi.
Ulasan Komsas
Nilai:
Persoalan:
Pengajaran:
Diksi:
Gaya bahasa:
Ulasan kbkk
2 comments:
bagus . lengkapnya
alhmadulillah , akhirnya saya jumpa juga laman web yang selengkap ini .
Banyaknya nilai yg saya peroleh dari laman web nii .Thanks . :)
Post a Comment