SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, January 14, 2012

"RABU MALAM" BAB 4 NOVEL 6:20 (CHARITY AND EMPATHY)

Pengarang novel:  Sti Jasmina binti Ibrahim
Rujukan muka surat:  34 - 42

Watak utama:  "saya" / Tini (pencerita / sudut pandangan orang pertama)
Watak lain:  Ehsan / pesakit jantung / kulit berusia 3 tahun
                   Rafiq / pemuda kacukan Melayu - Turki / rakan kuliah Sukma
                   ayah Sukma / Haji Syaqir
                   Iskandar / rakan kuliah Sukma (watak penentang / antagonis)
                   Haji Alias / ketua komuniti peladang
                   wanita tua misteri
                   Haji Rashid / pemandu keluarga Sukma

Latar tempat:  rumah keluarga Ehsan / majlis kebajikan

Ringkasan bab

Sukma duduk menghadap seorang kanak-kanak kecil yang sedang terlantar sakit. Rafiq muncul memberitahu nama kanak-kanak itu Ehsan. Sukma awalnya tidak begitu melayan Rafiq yang cuba memulakan perbualan. Walaupun lemah, Ehsan masih mampu tersenyum dan kesempatan itu digunakan oleh Rafiq untuk memancing perhatian Sukma dengan falsafahnya bahawa kanak-kanak seperti Ehsan lebih kuat daripada orang dewasa. Apabila Rafiq menghilang, barulah Sukma hendak mencarinya. Dia akaur dengan kata-kata rafiq dan ayahnya bahawa dia tidak pernah turun padang. Sukma sebenarnya tidak mahu dianggap sebagai cuba membantu meningkatkan imej Haji Syaqir dalam kalangan pengundi.

Iskandar tiba-tiba muncul dan menyapa Haji Syaqir dengan nada seperti menyindir, tetapi ayah Sukma bersikap tenang. Sukma tidak menyambut jabat salam Iskandar. Ketika Sukma hendak masuk semula menemui Ehsan, Iskandar menghalang dan terus melontarkan provokasi (kata sindiran pedas) bahawa ayah Sukma mahu propaganda. Sukma membidas sikap Iskandar yang tidak berubah sejak mereka bersama di sekolah menengah, iaitu hanya merendahkan orang lain. Ketika Sukma terpandang wanita misteri yang pernah hadir di pagar rumahnya pada pukul 6.20 pagi tempoh hari, Iskandar sekali lagi menghalang. Sukma berasa letih dengan Iskandar menyebabkan dia pulang dalam keadaan tidak tenteram. Ayah Sukma dan Haji Rashid hanya ketawa dengan cerita Sukma, dan menyifatkan mereka bagai utara dengan selatan. Sebaliknya, Sukma mengatakan antara mereka ibarat timur dan barat, iaitu Iskandar meniru gaya hidup Barat...

Perwatakan:  pemurah, penyayang, prihatin, angkuh / sombong / mementingkan pendapat sendiri 

Latar masyarakat:  masyarakat pelajar universiti 
                          :  masyarakat pesakit yang memerlukan bantuan kewangan
                          :  masyarakat pemurah / penyayang
                          :  masyarakat yang angkuh / sombong / mementingkan pendapat sendiri sahaja
                          :  masyarakat ahli politik
                          
Nilai murni:  murah hati
                :  kasih sayang
                :  kepekaan / keprihatinan
                :  rendah diri / tawaduk


Persoalan: kemurahan hati dalam menghulurkan bantuan / kebajikan pesakit kanak-kanak
              :  kasih sayang sesama masyarakat
              :  kepekaan / keprihatinan terhadap penderitaan pesakit
              :  sikap rendah diri / tawaduk dalam komunikasi / pergaulan

Pengajaran:  kita hendaklah bermurah hati dalam menyumbang kebajikan / bantuan
                :   kita hendaklah menyayangi antara sesama masyarakat
                :   kita hendaklah peka / prihatin terhadap penderitaan pesakit
                :   kita hendaklah merendah diri / tawaduk dalam komunikasi / pergaulan

kbkk:  penubuhan tabung khas untuk pesakit kronik
        :  kepentingan insurans / takaful dalam membiayai rawatan

1 comment:

Ddemoit Vjezta said...

Ada evidens tak? :)Saya tak dapat cari beberapa :)