Di dalam bilik darjah, guru mengaplikasi segala kaedah penyampaian terbaik supaya segala potensi dan fakulti kanak-kanak dapat dikembangkan ke tahap optimum. Menerusi aplikasi domain kognitif, afektif dan psikomotor; serta taksonomi Bloom dan prinsip somatik, murid diberi peluang untuk bergerak dan meluahkan fikiran dan perasaan mereka secara beradab dan teratur. Pendek kata, konsep komukasi pelbagai hala seperti kecerdasan pelbagai, pembelajaran aktif, akses kendiri, kontekstual, konstruktif dan macam-macam nama lagi dimanfaatkan.
Cabaran akan berlaku dalam majlis-majlis rasmi dan program kecemerlangan. Bilangan khalayaknya begitu ramai, sedangkan penyampai taklimat atau penceramah jemputan hanya seorang dua. Maka, jawatankuasa program harus meletakkan objektif yang lebih munasabah...
No comments:
Post a Comment