Syed Ahmad ialah bintang sukan yang tidak dihargai walaupun sumbangan beliau melakar sejarah gemilang bola sepak negara yang terpahat sampai bila-bila. Syed Ahmad mungkin tidak betah berbicara atau memberi syarahan kejurulatihan. Namun, menerusi kepakaran komunikasi pengulas sukan seperti Datuk Hasbulah Awang dan Datuk Rahim Razali pasti dapat mencungkil idea-idea hebat Syed Ahmad bin Abu Bakar, anak kelahiran Johor yang mencipta nama dengan pasukan Penjara Taiping, Perak.
Iktibar daripada kisah Syed Ahmad ialah atlet dan jagoan sukan sering menjadi mangsa percaturan kepimpinan organisasi sukan yang tidak peka. Kepimpinan organisasi sukan menjadi landasan meraih populariti dan kesempatan berdamping dengan pusat pengaruh politik dan perniagaan. Mereka tidak peduli tentang bakat terbaik jika bertentangan dengan ego peribadi masing-masing.
Jepun ketika itu memiliki penyerang berbisa, iaitu Kamamoto. Namun, kelincahan Kamamoto dapat dikekang oleh benteng pertahanan skuad Malaysia yang berjuang berhabis-habisan demi maruah negara. Barangkali, Jepun telah banyak belajar daripada semangat juang Syed Ahmad dan rakan-rakan.
Cerita 1970-an bersama Syed Ahmad hanya tinggal kenangan. Negara matahari terbit itu tidak perlu lagi berhadapan dengan "Syed Ahmad". Malah, skuad Jepun berjaya menggilap lebih banyak "Kamamoto" hingga mampu mencapai tahap yang setara dengan pasukan handalan dunia dari benua Eropah dan Amerika Selatan.
Malaysia yang pernah membuang Syed Ahmad kini masih terkapai-kapai mencari rentak kehebatan yang lama. Kita lebih banyak alasan daripada perancangan jangka panjang. Penyakit kepimpinan organisasi dan jati diri yang kurang mantap menyaksikan Malaysia sangat jauh ketinggalan dengan Jepun.
Malam ini, skuad Olimpik bawah 23 tahun sekali lagi akur kepada Jepun dengan jaringan besar 0 - 4 di laman sendiri. Sebelum ini, di laman lawan Malaysia hanya membenarkan dua jaringan. Hantaran tepat pemain Jepun, serta kebolehan menghukum kealpaan dan hantaran tidak sampai pemain Malaysia menjadi jawapan kemenangan mereka.
Kesungguhan Apek (Khairul Fahmi Che Mat) di gawang dan Nazmi Faiz (pemain tengah dan duta Mizi Sports) tidak mencukupi. Faktor kecergasan dan stamina jelas memihak kepada pasukan Jepun, yang menggilap bakat mereka menerusi Liga J dan institut penyelidikan sukan mereka. Maka, pemain Malaysia tidak boleh lagi sekadar bergantung kepada percaturan jurulatih di atas padang, tetapi perlukan input analisis penyelidikan sains sukan yang makin mendapat perhatian di negara kita...
4 comments:
Assalamualaikum ..sy ingin meminta bantuan dari pihak tuan ...untuk dapatkan maklumat tempat tinggal syed ahmad bin syed abu bakar ...kerana ingin temukan beliau bersama kakaknya di johor ..setelah sekian lama berpisah ..jika ada maklumat sila hubungi 0178402733... sekian terima kasih
Saya anak dia, boleh tahu siapa kakaknya di johor tu?? 0175564241
Salam...saya baru sek ren waktu tu...siaran tv asyik tergendala...suratkhabar pun baca dr pembungkus brg saja...apa yg dpt saya kutip waktu itu syed ahmad digugurkan krn mengkritik fam...dan digantikan dgn shaharuddin abdullah...mokhtar dahari pula dikira terlalu muda utk skuad negara...mmg sewaktu itu negara punya ramai penyerang...tetapi saya rasa keciwa tk dpt menyaksikan syed ahmad beraksi di olimpik munich...dan saya rasa sukar bagi malaysia untuk melahirkan seorang lagi wira seperti syed ahmad mahupun supermokh...terima kasih pd fam...
salm lama xdgr khabar uncle syed last jumpa sy zaman skolah lg
Post a Comment