Pengarang novel: Rohani binti Deraman
Muka surat rujukan: 31 – 37
Watak utama: “Aku” (pencerita / sudut pandangan orang pertama) / Tini
Watak lain: Satiah / anak Pak Morit, Mak Sukin / murid tingkatan 3 orang Asli / rakan sekelas Tini
: Pak Morit / bapa Satiah
: Mak Sukin / isteri Pak Morit / ibu Satiah
: papa / bapa Tini / Encik Hasrul / pegawai pertanian
: mama / ibu Tini / Puan Sarah
: Along / Angah / adik Amin (adik-beradik Tini)
Latar tempat: rumah Tini / kuarters kerajaan
Latar masa: tengah hari (Satiah dan keluarga tiba di rumah Tini / dijamu makan
: senja / hampir Maghrib (Tini tertidur / Satiah dijumpai tidak bermaya
: malam (Satiah menulis sesuatu dalam diari peribadi)
Ringkasan bab
Keluarga Tini menjadi keluarga angkat Satiah. Tengah hari itu Satiah sekeluarga dijamu dengan masakan istimewa. Pak Morit diberi jaminan bahawa Satiah akan dilayan sama seperti Tini. Pak Morit kemudian mengingatkan Satiah supaya pandai membawa diri dan memenuhi harapan keluarga. Hubungan Tini dengan Satiah makin akrab sehingga papa dan mama memanggil mereka berdua kembar siam. Satiah rajin membantu mama walaupun cuba ditegah. Pak Morit kerap datang melawat dan membawa sekali buah tangan kampung. Mama pula membalasnya dengan coklat biskut dan makanan di dalam tin.
Setelah enam bulan, peperiksasan PMR bakal menjelma. Papa berpesan supaya Tini dan Satiah supaya hanya membaca nota ringkas dalam tempoh dua minggu terakhir. Satu peristiwa mengejut berlaku ketika hanya Tini dan Satiah tinggal di rumah. Mulanya mereka sama-sama belajar di ruang tamu sambil berbaring. Tini mengantuk dan meminta Satiah mengejutkannya setengah jam kemudian. Apabila papa dan mam pulang bersama Along, Angah dan Along, baru Tini bangun, tetapi Satiah tidak ada. Satiah tidak menunjukkan reaksi apabila dikejutkan, sebaliknya terus tertiarap di atas katil. Satiah hanya mampu menggerakkan alis mata apabila papa cuba membantu. Pak Morit dipanggil dan tiba sepuluh minit kemudian. Pak Morit memberitahu penyakit Satiah itu sebagai biasa dan masih dalam proses rawatan dukun, dan disyaratkan supaya tidak berubat di tempat lain. Alasan papa tentang kelebihan hospital akhirnya berjaya mengubah pendirian Pak Morit. Usai solat Maghrib, Tini berdoa panjang...
Perwatakan: peka / prihatin (Tini, keluarga)
: mesra / peramah / budiman (mama, papa)
: rajin / bersungguh-sungguh / tekun (Tini, Satiah)
: bersikap terbuka (Pak Morit, Mak Sukin)
: penyayang
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat orang Asli
: masyarakat yang peka / prihatin
: masyarakat yang mesra / peramah / budiman
: masyarakat yang rajin / bersungguh-sungguh
: masyarakat yang bersikap terbuka
: masyarakat yang penyayang
Nilai murni: kepekaan / keprihatinan, kemesraan / keramahan, kerajinan / kesungguhan, sikap terbuka, kasih sayang
Persoalan: kepekaan / keprihatinan terhadap masyarakat yang kurang beruntung / masyarakat miskin
: kemesraan / keramahan dalam komunikasi
: kerajinan / kesungguhan dalam pembelajaran
: sikap terbuka dalam menyelesaikan masalah / membuat keputusan
: kasih sayang sesama manusia / keluarga
Pengajaran: kita hendaklah peka / prihatin terhadap masyarakat yang kurang beruntung / masyarakat miskin
: kita hendaklah mesra / keramahan dalam komunikasi
: kita hendaklah rajin / bersungguh-sungguh dalam pembelajaran
: kita hendaklah mengamalkan sikap terbuka dalam menyelesaikan masalah / membuat keputusan
: kita hendaklah berkasih sayang sesama manusia / keluarga
kbkk: peranan bomoh / dukun / rawatan herba dalam perubatan alternatif
: cara-cara memajukan masyarakat orang Asli
: kebaikan belajar berkumpulan
1 comment:
bukan 'Ahli Baru Keluarga Kami' tetapi 'Ahli Baharu Keluarga Kami'
Post a Comment