Latar tempat: kantin sekolah (Badri menangkap Kumar, berbual dengan rakan)
: perhentian bas (dirempuh oleh Bob, konco Kumar)
: pasar raya (Badri menunggu Siew Mei seperti dalam nota)
: restoran makanan segera (Badri mendengar cerita Siew Mei)
Latar masa: sesi persekolahan pagi
: petang
Ringkasan bab
Rentetan peristiwa Badri dianiaya di tandas, Cikgu Jailani mengrahkan pengawasn ketat hingga kelibat Meng Kong tidak kelihatan pada waktu rehat. Namun, Badri terserempak dengan suspek dengan tanda lahir di leher, Kumar yang kebetulan tidak memakai lencana dan tanda nama. Ketika dibawa berjumpa Cikgu Jailani, sekali lagi Kumar terperangkap (kantoi - bahasa pasar) apabila telefon bimbit dalam kocek seluarnya bergetar. Badri kemudian mendapat maklumat tentang kegiatan Kumar bersama Meng Kong dan Shahrul apabila berbual dengan rakan sekelas, Ah Chun dan Selva. Mereka syak bahawa Meng Kong, Shahrul dan Kumar menjual telefon bimbit dan kad prabayar di sekolah, tetapi tidak cukup bukti.
Sementara itu, Jamil kelihatan gelisah dan aneh. Jamil kemudian seolah-olah jurucakap Kumar yang meminta Badri tidak terlalu memerhatikan Meng Kong, tetapi Badri menafikannya kerana perkara itu kebetulan sahaja. Badri cuba menebak perkara yang cuba disembunyikan oleh Jamil, tetapi tidak sempat, malah ketika pula Jamil tergesa-gesa pergi. Sebaliknya, Badri seperti diberi amaran oleh Nadira supaya pandai menjaga mulut dan terus dilabel (dicap) sebagai tukang lapor (kepada Mak Alang).
Di perhentian bas, Badri dirempuh dengan kuat (oleh Bob) hingga dia tersungkur dan beg sekolahnya tercampak. Nadira ketawa mengejek, manakala Kumar yang sengaja mencari gara-gara mengajak Bob berlalu sambil ketawa terbahak-bahak. Badri bertekad untuk melawan dan terus melaksanakan amanah tanpa menggunakan kekerasan. Ketika turun daripada bas, baru Badri perasan ada kertas kecil telah diselitkan dalam saku seluarnya. Nota itu hanya menghendaki dia pergi ke sebuah pasar raya pada pukul 4.00 petangnya.
Rasa ingin tahu menyebabkan Badri akur dengan nota tadi. Setelah 15 minit, ada suara seorang gadis yang tidak dikenalinya, memperkenalkan diri sebagai murid tingkatan 5. Siew Mei ingin meluahkan perkara penting dan rahsia. Mereka ke restoran makanan segera di situ, lalu Siew Mei mengatakan dia tahu peristiwa yang menimpa Badri.
Perwatakan: amanah, tegas (Badri), berdendam, nakal (Kumar), suka menyindir (Nadira), kurang setia kawan (Jamil)
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat yang amanah
: masyarakat yang tegas
: masyarakat yang berdendam
: masyarakat yang nakal
: masyarakat yang suka menyindir / mengejek
: masyarakat yang kurang setia kawan
Nilai murni: amanah, ketegasan, setia kawan, pemaaf, kepatuhan / ketaatan, berbudi bahasa / kesopanan, kesetiakawanan
Persoalan: Amanah dalam menjalankan kewajipan
: Ketegasan dalam menegakkan kebenaran / peraturan
: Perbuatan membalas dendam
: Kenakalan segelintir murid sekolah
: Pertuturan mencerminkan sikap seseorang
: Setia kawan dalam persahabatan
Pengajaran: Kita hendalah amanah dalam menjalankan sesuatu kewajipan
: Kita hendaklah tegas dalam menegakkan kebenaran / peraturan
: Kita hendaklah bersikap pemaaf
: Kita hendaklah mematuhi peraturan sekolah
: Kita hendaklah menjaga pertuturan
: Kita hendaklah menjaga setia kawan dalam persahabatan
kbkk: Watak utama sesebuah novel digambarkan sebagai seorang yang gigih. Bincangkan pernyataan ini.
1 comment:
assalamualaikum cikgu azhar,saya nasihatkan agar cikgu sentiasa menyemak ayat ayat yang cikgu tulis
Post a Comment