SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, January 23, 2012

"HIKAYAT PATANI" KOMSAS TINGKATAN 3 (THE POWER OF KEEPING THE PROMISE)

Genre sastera:  Prosa tradisional
Penyelenggara:  Mohamad Ali Majod
Sumber ambilan:  Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 35 - 39

Watak utama:  Phaya Tu Antara (nama asal) / Phaya Tu Naqba (nama gelaran) / Raja Kota Mahligai / waris Phaya Tu Kerub Mahajana / Sultan Ismail Syah Zillullah Fil Alam

Watak lain:  Encik Tani (orang tua di tepi pantai / bekas pegawai Paduka Nenda Raja Kota Mahligai)
                :  Syeikh Said (tabib yang merawat penyakit ganjil raja / pendakwah / orang Pasai)
                :  sekalian bendahara, menteri, laksamana, temenggung, hulubalang (tiada nama khusus diberikan)
                :  Syeikh Gambak / saudagar dari Minangkabau  } dihukum bunuh kerana berniaga tembaga;
                :  Abdul Mukmin / murid Syeikh Gambak            } disemadikan di kubur Tuk Panjang
                :  nakhoda selob / perahu dari Melaka (membawa dagangan berharga)
                :  nakhoda wangkang Cina (pemberi hadiah sebutir peluru batu kepada Sultan)
                :  Abdul Samad / tukang buat bedil berbangsa Rom
                :  Kerub Picai Paina  /  Sultan Mudaffar Syah  }
                :  Tunku Mahacai  /  Raja Aisyah                    } anakanda raja (nama sebelum sesudah Islam)
                :  Mahacai Pailang  /  Sultan Manzur Syah       }
                :  Tuk Besar / penyelenggara mayat

Latar tempat:  Kota mahligai, istana, tepi laut, rumah buruk Encik Tani, Lancang, Pintu Gajah (pangkalan), Jambatan Kedi,
kampung orang Pasai

Ringkasan / sinopsis hikayat


Phaya Tu Naqba menaiki takhta negeri Kota Mahligai bagi menggantikan ayahanda baginda yang mangkat. Baginda hendak berburu di tepi laut dengan membawa sekalian pegawai istana dan rakyat. Kesan rusa begitu banyak, tetapi hasil buruan tidak juga diperoleh. Baginda melepaskan anjing yang menyalak hingga dua jam kerana mengejar seekor pelanduk putih yang lenyap di pantai. Baginda pun menuju ke pantai, lalu bertemu rumah Encik Tani bersama isteri. Encik Tani juga bekas pegawai istana Kota Mahligai, tetapi terkena penyakit ganjil, lalu ditinggalkan di situ. Akhirnya, baginda membuat keputusan membuka negeri di situ yang siap dalam masa dua bulan. Kerajaan Kota Mahligai berpindah ke negeri baharu yang dinamakan Patani Dar al-Salam, sempena nama Encik Tani.

Setelah beroleh tiga orang cahaya mata, baginda jatuh sakit merekah tubuh. Canang dipukul dengan tawaran menjadi menantu raja jika mampu menyembuhkan baginda. Setelah seminggu, di kampung orang Pasai, Syeikh Said sanggup mengubati raja dengan syarat baginda memeluk Islam, bukan syarat mengahwini puteri baginda. Setelah tujuh hari, baginda beransur sembuh, tetapi mungkir janji. Dua tahun setelah itu, penyakit ganjil kembali menyerang dan Syeikh Said kembali dipanggil. Baginda mungkir janji lagi. Kali ketiga, penyakit baginda lebih teruk hingga tidak mampu duduk. Syeikh Said memberi kata dua bahawa dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dibunuh andai raja mungkir janji lagi. Setelah sembuh, raja menunaikan janji dan Syeikh Said melakukan proses pengIslaman raja, pegawai dan sekalian rakyat baginda, serta membubuh nama Islam mereka. 

Suatu hari datang nakhoda wangkang Cina menghadiahkan sebutir peluru batu sebesar bakul. Baginda bertitah menjadi aib (malu) menyimpan peluru tanpa memiliki bedil (meriam). Maka, sebagai langkah awal, dilarang urusan menjual tembaga selama tiga tahun. Namun, sebuah selob dari Melaka datang membeli tembaga sebanyak empat pikul daripada Syeikh Gambak pada waktu malam, tetapi kemudian tertangkap. Syeikh Gambak dan muridnya, Abdul Mukmin kemudian dihukum bunuh di Pintu Gajah dan mayat mereka dibuang ke dalam sungai. Selama tiga hari, kedua-dua mayat terapung separas pinggang dan dada dan hanyut seperti orang berjalan. Ketika diselenggarakan, kedua-dua mayat memanjang, lalu dikuburkan begitu. Tukang berbangsa Rom, Abdul Samad membuat bedil di Kampung Tembaga, tetapi terlalu nipis untuk digunakan, lalu terbiar selama tiga tahun. Akhirnya, bedil dirombak kepada tiga pucuk dengan nama Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu.

**********************************************************************************




Perwatakan:  tegas (raja, Syeikh Said), patuh / taat (pegawai istana, rakyat), tidak putus asa (raja, pemukul canang), amanah (raja, Syeikh Said, pegawai istana), bijaksana (Syeikh Said), sabar (Syeikh Said), berpandangan jauh (raja)



Nilai murni:  ketegasan, kepatuhan / ketaatan, kecekalan / kegigihan, amanah, kebijaksanaan, kesabaran, berwawasan



Persoalan:  ketegasan dalam pendirian
                :  kepatuhan / ketaatan terhadap pemerintah / pemimpin / raja (yang adil)
                :  tidak putus asa dalam mencari ikhtiar / berusaha
                :  amanah terhadap janji / tugas
                :  kebijaksanaan dalam bertindak / berdakwah
                :  kesabaran dalam sesuatu tindakan / usaha dakwah
                :  kepimpinan yang berwawasan



Pengajaran:  kita hendaklah tegas dalam sesuatu pendirian
                  :  kita hendaklah patuh / taat kepada pemerintah / pemimpin / raja (yang adil)
                  :  kita hendaklah cekal / gigih dalam sesuatu ikhtiar / usaha
                  :  kita hendaklah amanah dalam berjanji / menjalankan tugas
                  :  kita janganlah curang / melanggar perintah / larangan pihak berkuasa
                  :  kita hendaklah memiliki wawasan yang jelas



kbkk:  penggunaan tenaga pakar dalam hal ehwal teknikal
         :  pengkhususan / agihan tugas yang tepat
         :  kemahiran komunikasi / diplomasi / interpersonal terhadap golongan berkuasa
         :  kemesraan / kesantunan pemerintah terhadap rakyat jelata
         :  berfikir tentang masa hadapan / futuristik

16 comments:

Anonymous said...

thanks infonya, sangat membantu :)

Anonymous said...

terima kasih banyaakk :D semoga Allah SWT memberi pahala..


from : sch, surabaya

Anonymous said...

as salam, boleh tak nilai buat contoh sekali?sebab cikgu di sekolah nak contoh sekali....sekian

Anonymous said...

as salam,nilai boleh buat contoh sekali?sebab cikgu di sekolah mahukan contohnya...sekian

Unknown said...

selamat sejahtera,sinopsis hikayat patani boleh insert?cikgu sekolah nak sinopsis sekali

Anonymous said...

BAIK DAN BAGOS GILER BLOGER NIE ...SAYA SUKA SANGAT ...HARAP BAHAGIA DAN DIRAHMATI KEHIDUPANNYA ...DAN REZEKI TAK HENTI2 PUTUS ...MASUKKAN ILMU BANYAK2 SEBAB BILER DAH MATI ILMU YANG DIKONGSI TIDAK AKAN PUTUS MELAINKAN GOOGLE DENGKI DELETE BLOG NIE ...HHAAHAA

Anonymous said...

Tema tak de ke? tolong insert boleh? ta lengkap lahh.

Anonymous said...

Terima kasih cikgu azhar. nota cikgu dapat membantu saya dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. jasa cikgu hanya allah sahaja yang dapat membalasnya :)

Unknown said...

salam....terima kasih cikgu tapi plot kenapa x de cikgu....apa pun tk....sharifi...

Anonymous said...

Terima kasih Cikgu Azhar. Semoga Allah merahmatimu. :)

Anonymous said...

thank you :)

Anonymous said...

sangat bagus...memang 5 star bagi aku d blog nie...:D

Anonymous said...

Sinopsis
Alkisah terdapat suatu kerajaan yang di kuasai oleh raja Paya Tu Kerub Mahajana.Setelah raja tersebut meninggal, ia digantikan anaknya, yaitu Paya Tu Naqpa. Paya Tu Naqpa adalah seseorang raja yang suka berburu. Suatu hari ia mendengar berita bahwa daerah tepi laut mempunyai banyak binatang untuk diburu. Lalu paya tu naqpa pun pergi ke daerah sana dengan beberapa hulu balangnya untuk berburu. Namun, tak ada satupun binatang yang nampak oleh rombongan raja tersebut. Kemudian dua jam lamanya,anjing rombongan tersebut menggonggong, lalu raja bertanya tanya apa yang di gonggong oleh anjing itu. Ternyata adalah rusa putih yang gilang gemilang warnanya. Tetapi rusa itu berlari ke suatu arah dan hilang lah rusa tersebut.
Rombongan raja pun berusaha mengejar tetapi tak ada rusa yang dicari, namun raja bertemu dengan sebuah rumah sepasang suami istri. Lalu si lelaki tersebut menceritakan asal muasal tempat yang ada rusa putihnya tersebut. Setelah mendengar cerita si lelaki, raja pun tertarik untuk memindahkan negerinya ke sana, selama dua bulan, selesailah negeri tersebut, dan dinamakan, Patani Darussalam. Yang berarti negeri yang sejahtera. Beberapa tahun lamanya Paya Tu Naqpa bertahta, datang lah suatu penyakit berat yang menyerangnya. Tak ada satu tabib pun yang dapat mengobatinya. Lalu raja pun mengeluarkan pengumuman melalui anak buahnya, yaitu siapa yang bisa mengobati penyakit raja , maka ia akan diambil sebagai menantu. Tak lama kemudian, datanglah Syekh Sa’id untuk menyembuhkan raja, tetapi dengan syarat raja akan menganut agama Islam jika raja sembuh.Lalu raja pun menerima perjanjian tersebut. Tujuh hari lamanya raja di obati, maka penyakit rajapun hilang, tetapi ia melanggar janji nya kepada Syekh Sa’id, raja enggan memeluk agama Islam. Setelah dua tahun lamanya, ternyata penyakit raja datang lagi, lalu raja meminta Syekh Sa’id untuk mengobatinya, dan aja berkata akan sungguh sungguh melaksanakan janji nya, lalu dengan kemuliaan hati Syekh Sa’id mengobati raja tersebut. Setelah dua bulan, sembuhlah penyakit raja tersebut. Tetapi lagi lagi raja melanggar janjinya itu.
Setahun sesudah itu, raja didatangi sakit itu lagi, bahkan lebih parah, raja pun memanggil Syekh Sa’id untuk mengobatinya, tetapi Syekh Sa’id ingin benar benar raja menepati janjinnya itu, jikalau tidak,raja tidak akan diobati lagi oleh Syekh Sa’id tersebut. Setelah duapuluh hari lamanya, maka sembuhlah penyakit raja tersebut.Lalu kemudian , raja pun memanggil Syekh Sa’id untuk mengajarkan untuk masuk Islam.Lalu raja diajarkan membaca kalimat syahadat, lalu Syekh Sa’id mengganti nama raja dengan sultan Ismail Syah Zilullah Fi I’alam. Lalu ketiga anaknya pun berganti nama pula agar makin terasa sempurna keIslamannya. Kemudian raja menghadiahi Syekh Sa’id dengan harta yang banyak, namun Sy ekh Sa’id tak mau dan meminta untuk pulang ke negeri pasai nya. Tidak lama setelah itu, banyak pulalah rakyat yang masuk Islam. Mereka mendirikanshalat dan tidak makan babi lagi. Walaupun begitu, raja tetap melakukan pekerjaan yang bertentangan dengan Islam.

Anonymous said...

Terima kasih , sangat2 membantu utk pt3 saya

Anonymous said...

bagusnya ayat iniii saya suka sangat .... sinopsis ini bantu saya tidak dirotan oleh guru :)

Anonymous said...

TERIMA KASIH CIKGU ..... AYAT INI SUNGGUH BAGUS SEKALI... SINOPSIS INI BOLEH MENYELAMATKAN SAYA DARIPADA DIROTAN OLEH CIKGU SEKOLAH SAYA ....THANK YOU CIKGU....DOAKAN SAYA PT3 OK .... #SMILE ....:)....SEMUA ORANG PLEASE DOAKAN SAYA BERJAYA DALAM PT3 ....NAMA SAYA NU'MAN