SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, January 19, 2012

SAJAK "RUMPUT" KOMSAS TINGKATAN 3 (THE HELPLESS POSITION)

Penulis:  Khadijah Hashim
Genre:   Puisi moden
Bilangan rangkap:  3
Sumber ambilan:  Antologi Harga Sebuah Lukisan, 2011, muka surat 23

Pengenalan


Sekilas pandang, sajak karya pemuisi terkenal, Khadijah Hashim ialah gambaran biasa nasib rumput di tepi jalan yang sentiasa dilanyak dan dilanggar sesuka hati oleh manusia dan kenderaan. Selain itu, rumput jalanan itu juga terdedah kepada keadaan cuaca yang ekstrem (hujan, panas) menyebabkan rumput cepat panjang, serta tidak terurus. Rumput di tepi jalan akan sentiasa dipotong supaya tidak mengganggu keadaan lalu lintas di jalan raya.

Penyajak tersohor seperti Khadijah Hashim tidak mungkin bermaksud setakat cerita rumput di tepi jalan yang biasa. Rumput hanyalah analogi, ibarat, kiasan, perbandingan dan tamsilan. Rumput tepi jalan jalan yang sering menjadi mangsa dinisbahkan kepada keadaan manusia yang lemah dan terlalu bergantung kepada tindakan pihak lain.

Perbincangan rangkap demi rangkap
Dilakukan secara tersurat, iaitu berdasarkan maksud permukaan sahaja. Perbincangan tentang mesej tersirat (konotasi, implisit) dibuat secara berasingan.

          Baru saja hendak mendongak
          aku sudah dipijak
          baru saja hendak berbedak
          diserbu debu menutup muka
          cuaca panas angin kering
          ditambah lagi bau busuk asap lori
          sesak nafas bagai menunggu mati
          mujur embun pagi membersih diri.


Rumput tidak sempat tegak lurus kerana selalu dipijak oleh orang atau kenderaan yang lalu-lalang. Rumput juga tidak sempat menjadi cantik dipandang (bersih) kerana sering diliputi debu di tepi jalan. Keadaan cuaca yang panas serta angin kering, serta bau busuk yang dilepaskan oleh asap lori memburukkan keadaan. Rumput seakan terkulai layu tidak bermaya. Rumput hanya berharap akan belas ihsan embun pagi yang menanggalkan segala kotoran yang melekat padanya.


          Baru saja tangan hendak menari
          datang pemotong rumput
          lalu dipotongnya jari doa
          si pemotong rumput
          cepat panjang
          cepat dapat wang!


Apabila rumput panjang sedikit lalu melintuk liuk dipuput bayu (ke kiri ke kanan ditiup angin), maka pemotong rumput (pekerja kontrak pihak berkuasa tempatan atau persendirian) datang memotong rumput yang baru hendak kelihatan panjang. Bagi si pemotong rumput, jika rumput cepat panjang bererti dia akan cepat mendapat wang upah memotong rumput.


          Nasib rumput di tepi jalan
          tak sehijau rumput di padang.


Keadaan rumput di tepi jalan berbeza dengan rumput di kawasan padang yang menghijau. Rumput di tepi jalan tidak sempat tumbuh panjang menghijau  kerana aktiviti manusia yang lalu-lalang dan pengaruh persekitaran.

Tema:  Kehidupan manusia yang bernasib malang akibat kelemahan diri (rujuk bahagian pengenalan, muka surat 16)

Nilai murni:  ketabahan, tidak mudah putus asa

Persoalan:  ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup, tidak mudah putus asa terhadap kekurangan / kelemahan diri

Pengajaran:  Kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran hidup
                :   Kita janganlah berputus asa terhadap kekurangan yang membelenggu diri 

kbkk:  orang yang lemah sering menjadi mangsa keadaan / orang lain / diperlakukan sedemikian rupa / diinjak
        :  mengharap kasihan belas / ihsan orang lain tidak menjamin kehidupan yang bahagia / sejahtera 
       :  manusia harus mengambil iktibar supaya bersedia melakukan perubahan jika tidak mahu hidup sengsara / kekal di takuk lama
       :  membiarkan nasib diri ditentukan oleh pihak lain akan membawa akibat penderitaan yang berpanjangan
       :  untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih baik, seseorang itu harus mencari jalan supaya tidak terus menjadi mangsa pihak lain

Gaya bahasa


personafikasi / perorangan:  mendongak
                                        :  berbedak
                                        :  menunggu mati
                                        :  tangan hendak menari
                                        :  jari doa

bersambung...

3 comments:

cik chenta said...

terima kasih krn tlh postkn serba sedikit ttg sajak ruput nieh.ia tlh memudahkan saya utuk membuat oral test..terima kasih

Anonymous said...

diam lah1!!!!

Anonymous said...

buat rancak pa weh