SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, May 8, 2017

SKRIP PENGACARA MAJLIS TAKLIMAT JERAYAWARA JOM STPM (SHARING HOUSEKEEPING REMINDER WITH THE AUDIENCE)

Assalamu alaikum w.w.
Salam sejahtera

Yang Dihormati Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK St Michael, Ipoh
Puan Tan Cheng Choo

Tenaga akademik atau pensyarah prauniversiti
SMK St Michael Ipoh

Ibu bapa yang sempat hadir pada pagi ini

Seterusnya pelajar baharu penggal 1 prauniversiti

Hadirin yang dikasihi


Bersama-sama kita dalam majlis ini ialah pasukan pasukan program Jerayawara Jom STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Jelajah atau roadshow yang sudah pasti penting dan signifikan terhadap masa depan pengajian tingkatan 6 yang sudah dijenamakan semula sejak tahun 2013 yang lalu. Zaman berubah, lalu muncul sesenarai panjang pesaing baru terhadap pengajian prauniversiti tingkatan 6 sebagai laluan utama kemasukan ijazah pertama di universiti tempatan dan antarabangsa. Pengambilan secara walk in dan on line pesaing meletakkan lepasan SPM semasa di persimpangan, antara teruskan tingkatan 6 atau ke mana?

Izinkan saya memperkenalkan pegawai MPM yang akan mengisi program Jerayawara Jom STPM.

Nama:

Latar belakang akademik:

Kedudukan di MPM:





Format majlis lebih terbuka. Maksudnya, penceramah akan mendapatkan maklum balas hadirin secara spontan. Penceramah juga akan memaklumkan masa untuk soalan. Hadirin yang ingin menanyakan soalan secara bertulis boleh menyerahkan kertas berkenaan kepada pengacara. Silakan tuliskan nama dan dari mana.

Ayuh, kita mulakan program Jerayawara Jom STPM. Tuan _________________ dipersilakan.




Terima kasih Tuan _______________________ dari Majlis Peperiksaan (MPM) atas kesudian menyampaikan taklimat. Mudah-mudahan hadirin lebih jelas tentang kelebihan memilih peperiksaan STPM berbanding dengan laluan kemasukan ijazah pertama yang lain.

Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi barakatuh.

Majlis bersurai …