SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, July 31, 2014

KISAH DI SEBALIK MAJID DUYONG KECIL (REMOTE HERITAGE LANDMARK)

Petang tadi, penulis blog (PB) seisi keluarga berkunjung ke Pulau Duyong, Kuala Terengganu yang masyhur dengan penganjuran sukan kapal layar Piala Monsun, serta bersebelahan Pulau Wan Man yang menempatkan masjid kristal. Sempat juga meninjau industri pembinaan kapal dan kawasan tebus guna tanah yang mendekatkan jarak Pulau Duyong dengan bandaraya Kuala Terengganu. Terdapat projek tapak perniagaan yang sudah terbiar, tetapi orang ramai tetap datang justeru terpukau dengan pemandangan indah di situ.
Di Masjid To' Kaya Wan Abdul Kadir bin Haji Wan Abdullah, PB sempat bertemu Pak Andang bin Abdullah, 71, pembantu khas pengurusan masjid (siak). Beliau memaklumkan bahawa masjid berkenaan sudah berusia lebih 100 tahun. Dua orang adik-beradik masing- masing mewakafkan tanah dan membiayai pembinaan masjid.

Ketika Pulau Duyong masih terpisah dengan tanah besar, masjid itu dikelilingi alur dan sungai. Pengangkutan yang ada ialah perahu dan sampan. Banyak tuan guru dan ulama menyampaikan pengajian kitab di situ.
Almarhum Sultan Zainal Abidin juga kerap datang ke masjid ini untuk bertemu alim ulama, di samping melaksanakan amal ibadah. Jika benar bagai yang diceritakan, pihak berkuasa arkib dan persatuan sejarah harus menjalankan penyelidikan yang tuntas. Betapa duli tuanku menjadi teladan terbaik buat rakyat jelata yang begitu dekat dengan tradisi keilmuan Islam.

...

...

...

...


Wednesday, July 30, 2014

KENANGAN DI KAMPUNG TERENGGANU, DURIAN SEBATANG (CONGESTED SETTLEMENT ALONG PERAK RIVER)

Tentera Jepun mendarat di sebelah pantai timur menerusi utara Kelantan dan terus mara ke negeri-negeri lain, termasuk Terengganu. Jika di sebelah pantai barat, tentera Jepun menjadikan kaum Cina sebagai sasaran penyeksaan, di sebelah pantai timur, mereka tiada pilihan selain penduduk Melayu tempatan. Mereka memaksa penduduk kampung memberi hormat kepada Nippon, menggeledah rumah sesuka hati, merampas harta benda,malah bertindak lebih kejam, iaitu membakar rumah mangsa yang disyaki sebagai ancaman.

Tidak tahan dengan penyeksaan dan ancaman keselamatan keluarga, sekumpulan penduduk mengambil keputusan untuk melarikan diri di perantauan. Antara tempat yang ditujui ialah mukim Durian Sebatang, kira-kira dua kilometer dari bandar ketiga terbesar di Perak, iaitu Teluk Anson (kini Teluk Intan). Maka, masyarakat Terengganu pun membentuk petempatan yang sesak dan sempit di kawasan tanah sungai betul-betul di tebing Sungai Perak.

Walaupun telah berhijrah, hubungan dengan kampung halaman asal di Terengganu tidak pernah terputus. Apabila Jepun berundur, mereka berulang alik ke Terengganu membawa barang perniagaan seperti kain batik dan songket tenunan tangan. Kebanyakannya mengambil keputusan untuk menetap di Durian Sebatang walaupun harus berada dalam.persekitaran yang serba kekurangan.

...

...

...

...

...

...


Tuesday, July 29, 2014

USRAH, HALAQAH DAN TAMRIN (THINK TANK GROUP)

Suatu ketika dahulu, istilah usrah hanya digunakan oleh organisasi dakwah seperti Abim, sebelum dijadikan kaedah perbincangan kepimpinan dalam pelbagai organisasi formal yang lain. Usrah dipimpin oleh seorang naqib (naqibah bagi kumpulan wanita). Tesis doktor falsafah (Ph.D) tentang usrah pernah diterima di Universiti Illinois atas tajuk 'study circle' oleh Profesor Datuk Dr. Sidek Baba, mantan setiausaha agung Abim.

Pengisian usrah ialah pembacaan ayat al-Quran, dan / atau al-Hadith, kemudian analisis (tafsir) berdasarkan kitab muktabar. Seterusnya, inti pati saranan al-Quran dan al-Hadith tadi dihubung kait dengan waqi' (realiti semasa). Akhirnya, suatu program, rancangan atau aktiviti dirangka sejajar dengan maksud sebenar ayat yang dibaca.

Perancangan yang dibuat bukan sekadar cakap-cakap, tetapi lengkap dengan kertas kerja pelaksanaan, modus operandi dan kewangan. Sebagai contoh, seminar kesihatan keluarga, bantuan makanan kepada ibu tunggal dan ziarah masjid yang terpilih. Pendek kata, input usrah bersumberkan rujukan asas Islam, manakala hasil perbincangan usrah dipindahkan dalam bentuk pelaksanaan yang memenuhi keperluan semada.

...

...

...

...

...

...

...

Monday, July 28, 2014

GENERASI MUDA BERHARI RAYA (CONTINUITY OF TRADITION)

Rungutan bahawa generasi muda hari sudah melupakan tradisi sambutan hari raya sebagaimana zaman ibu bapa mereka barangkali kurang adil. Siapakah yang merobah persekitaran rumah dengan pelbagai gajet dan peranti mudah alih yang mengakibatkan komunikasi bersemuka semakin lemah? Siapakah yang memulakan budaya kepenggunaan tunjuk dan bayar terlebih dahulu?

Zaman telah berubah dan gaya hidup turut mengalami penyesuaian (adaptasi) terhadap persekitaran yang sentiasa diperbaharui. Gelombang perubahan terlalu deras untuk disekat, tetapi perkara yang paling mustahak bukan perbezaan ciri luaran atau zahir. Selagi jati diri masih dijunjung, perubahan dan perbezaan yang berlaku seharusnya dialu-alukan seadanya.
Sistem keluarga nukleas yang membentuk ciri utama masyarakat pascamoden bererti bahawa ikatan kekeluargaan yang luas kian terhakis. Sesebuah keluarga tinggal di kawasan perumahan dan di daerah yang berasingan dengan keluarga terdekat yang lain. Maka, kesempatan untuk mengenali pak cik, mak cik, sepupu sepapat dan waris yang lain menjadi terhad. 

Perhimpunan keluarga besar hanya boleh berlaku jika terdapat daya usaha berbuat demikian. Media sosial seperti facebook dan whatsapp dapat menjadi penghubung yang berkesan andai kata program hari keluarga besar itu hendak dijayakan. Sesetengah ahli keluarga mungkin terpaksa menarik diri jika tidak dibantu dari segi kewangan dan pengangkutan.

Hakikatnya bukan sahaja generasi muda sibuk menghadap paparan telefon bimbit dan komputer tablet, bahkan 'penyakit' dan kegilaan itu dikongsi bersama oleh orang dewasa dan yang sudah lanjut usia. Masing-masing sudah ada kumpulan whatsapp bagi menyebarkan maklumat terkini tentang kegiatan dan peluahan perasaan. Aplikasi maya sudah seperti wabak dan penawar secara sekali gus.

Idea untuk berundur kembali kepada cara sambutan hari raya generasi silam boleh dikatakan hampir mustahil. Apa yang mampu dilakukan ialah kawalan dalaman kendiri atau muraqabah. Sikap taasub terhadap komunikasi maya hendaklah dinilai semula justeru tahap ketagihan ekstrem memang jelas amat tidak sihat.

Kempen kreatif tentang anjuran hari tanpa gajet atau peranti elektronik mudah alih mungkin boleh difikirkan. Memanglah bahawa tujuan akhir kempen bukanlah sifar penggunaan komunikasi maya pada hari raya, tetapi sekurang-kurangnya ciri manusiawi bersemuka tidak diambil alih sepenuhnya oleh paparan skrin peranti komunikasi mudah alih. Tidaklah masing-masing membisu semasa berziarah, serta sentiasa kelihatan resah menunggu mesej whatsapp masuk!

Kalau di masjid dan wad hospital kita biasa melihat simbol mematikan telefon bimbit, tuan rumah majlis rumah terbuka juga boleh berbuat demikian, tetapi dalam bentuk mesej jenaka yang lebih lunak dan masuk akal. Barangkali tuan rumah membuat ucapan alu-aluan ringkas dan bacaan doa yang juga ringkas, tetapi sempat memberi saranan tentang hal itu.

Generasi muda yang masih kurang pengalaman tentang proses pembinaan jati diri dan sosialisasi perlu disediakan untuk menghadapi cabaran semasa dan mendatang. Oleh itu, di samping memanfaatkan segala kecanggihan teknologi terkini, kesedaran tentang perihal pentingnya tradisi dan warisan yang hebat perlu dipupuk dalam kalangan mereka. Hari raya ialah kesempatan terbaik untuk mengajak anak-anak muda kita menelusuri jejak zaman yang tersirat sebagai akar umbi kekuatan umat ...

Sunday, July 27, 2014

SUASANA HARI RAYA TAHUN INI (CELEBRATING SUCCESSFUL FASTING OBLIGATION)

Usai menunaikan ibadah puasa sebulan Ramadan yang merupakan rukun Islam ketiga, umat Islam bersiap sedia pula menyambut hari lebaran atau Aidil Fitri mulai 1 Syawal. Berbeza dengan masyarakat timur tengah dam rantau teluk yang hanya meraikan hari raya puasa sehari dua, masyarakat kita melanjutkannya hingga sebulan penuh Syawal. Malah, kadangkala majlis rumah terbuka melepasi bulan Syawal justeru pertembungan terlalu banyak majlis yang sama.

Rentetan tragedi pesawat MH 17 yang ditembak jatuh di kawasan bergolak Ukraine sehingga mengorbankan 298 jiwa,  majlis terbuka peringkat kebangsaan dan negeri banyak yang dibatalkan. Maka, kesempatan untuk bersua muka dan menjejakkan kaki ke rumah pemimpin politik nampaknya terhad. Namun, majlis rumah terbuka anjuran organisasi korporat dan persendirian dijangka tidak terjejas.

Sambutan hari raya sepatutnya ialah kesinambungan ibadah Ramadan. Hari raya dipenuhi dengan lafaz doa dan kesyukuran, di samping menzahirkan kegembiraan dengan pakaian serba baharu. Tradisi kunjung-mengunjung dan saling bermaafan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang sangat dituntut oleh agama.

Majlis rumah terbuka boleh diangkat sebagai wahana dakwah yang bijaksana. Amalan kesederhanaan dan sikap mesra terhadap tetamu memberikan gambaran yang tepat tentang nilai-nilai Islam. Sifat taqwa terserlah dengan menghindari segala perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat, contohnya pergaulan bebas dengan bukan mahram.

Penyediaan hidangan untuk tetamu dibuat berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing. Tidak perlulah tuan rumah sampai bergadai bergolok atau menanggung beban hutang yang berat pada kemudian hari.  Hakikatnya, lebih ringkas hidangan yang disediakan lebih baik kerana kandungan kalori, lemak dan gula akan lebih terkawal.

Saranan seorang sarjana supaya majlis rumah terbuka diadakan secara berkongsi dalam kawasan kejiranan yang sama harus diberi perhatian. Mesyuarat dan muafakat boleh disemarakkan semula tanpa sikap mahu menunjuk-nunjuk. Maka, amalan saling menampung dari segi kewangan dan tenaga boleh menghidupkan semangat gotong-royong walaupun mungkin dalam versi baharu.

Gaya hidup masyarakat maju yang mementingkan keselesaan peribadi (privacy) dan keselamatan mengakibatkan kunjungan secara mengejut atau terjah tidak begitu dialu-alukan. Oleh itu, segala.kemudahan komunikasi hujung jari seperti whatsapp dan sms menjadi pengganti kemunculan secara tiba-tiba di hadapan pagar rumah. Tuan tumah boleh mrmbuat persediaan yang seadanya dan berada di rumah pada waktu yang diharapkan.

Kesimpulannya, sambutan hari raya puasa hendaknya diisi dengan amalan yang menjurus terhadap kerangka ibadah dan dakwah secara bijaksana. Tiada unsur lagha atau sia-sia yang bertentangan dengan maksud sambutan hari raya itu sendiri. Sambil itu, masyarakat mesti terus peka terhadap golongan kurang beruntung berhampiran kejiranan masing-masing, serta saudara seagama yang sedang menghadapi pelbagai dugaan berat termasuk di Gaza, Syria, Mesir, Xinjia, Chechya dan di serata dunia ...

Saturday, July 26, 2014

TIADA CUTI AWAL, JALAN SESAK TERUK (TRAFFIC PROBLEM IN FESTIVE SEASON)

Hajat untuk 'merasmikan' fasa baharu lebuh raya pantai timur tidak kesampaian, sebaliknya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang luar biasa sekali. Keseluruhan tempoh perjalanan dari Ipoh ke Dungun memakan masa 18 jam, walhal biasanya hanya  8 jam termasuk rehat. Jarak 200 kilometer pertama begitu lancar sebelum melepasi plaza tol damansara  utama kepong expressway (duke).

Pergerakan kenderaan macam kura-kura layaknya: satu kilometer setengah jam. Nasib baik tangki minyak sudah diisi penuh lagi di R & R Ulu Bernam. Kereta juga baharu servis pada hari Khamis dengan bateri dan tayar diganti sebagai "pelaburan" untuk keselamatan kenderaan.


Menjelang waktu Zuhur,  keluar lebuh raya menuju stesen Petronas, Taman Seri Gombak. Usai kemas diri dan solat jamak taqdim berjemaah, masuk semula.lebuh raya. Kesesakan luar biasa masih berterusan. Mujur juga di kawasan berliku mendaki dan menuruni lereng gunung menuju Genting Sempah pergerakan lebih lancar dan tidak tersekat-sekat.

Menjelang senja baharu tiba ke Plaza Tol Jabor dengan terlebih dahulu beratur sejauh dua kilometer. Punca kesesakan ialah sekian banyak plaza tol yang berjumlah lapan semuanya. Alangkah baiknya suatu inovasi dilakukan dengan segera supaya hal itu tidak berulamg saban tahun yang menyusahkan semua pihak.

Satu lagi perkara yang perlu diambil kira oleh pihak yang membuat keputusan tentang cuti sekolah pada musim.perayaan utama. Cuti yang bermula pada hujung minggu ternyata mengundang kesibukan dalam urusan perjalanan. Tahun ini semua keluarga harus pulang serentak dalam tempoh dua hari pada hujung minggu kerana hari raya jatuh pada hari Isnin.

Keadaan di plaza tol Jabor lebih 'kartun'. Tanpa sebarang panduan tunjuk arah, pemandu harus mencari sendiri arah ke Chenih sebelum diberitahu tutup kerana berlaku runtuhan tanah akibat hujan lebat. Pemandu beramai-ramai menuju laluan berisiko Jerangau-Jabor. Namun, baharu separuh jalan berpatah balik lagi atas masalah yang sama: tanah runtuh.

Kali ini penulis blog (PB) tidak lagi menyertai rombongan besar kenderaan, sebaliknya menggunakan laluan Felda Bukot Goh. Singgah di stesen minyak Shell di situ, urusan tunai sahaja. Terus jamak takhir di surau yang agak selesa juga.

Laluan menuju Sungai Udang juga macam di Kuala Lumpur. Terdapat sebuah treler yang sengaja menghalang pemandu lain daripada menggunakan lorong kecemasan. Akhirnya, pihak polis dengan kerjasama belia kampung melencongkan laluan menerusi jalan yang belum berturap sepanjang lebih kurang lima kilometer membelah kegelapan tengah malam ...

Friday, July 25, 2014

SEMOGA BERTEMU RAMADAN 1436 HIJRIYYAH PULA, INSYA-ALLAH (FERTILITY AND MORBIDITY UNTIL THE END)

Bulan Ramadan al-Mubarak 1435 Hijriyyah sudah menemui noktah. Beruntunglah mereka yang berpuasa dan melaksanakan segala amalan yang diredai Allah sepanjang bulan yang mulia ini. Bersyukur ke Hadrat Ilahi justeru diberi kesempatan untuk menyempurnakan Ramadan hingga ke akhirnya.

Betapa sekian banyak orang yang tidak sempat menjengah Ramadan kerana menyahut panggilan Ilahi lebih awal. Marilah kita doakan mudah-mudahan mereka juga dikurniakan ganjaran yang selayaknya atas niat menunggu bulan yang penuh barakah dan rahmah, walaupun telah tiba hari perjanjian masing-masing. Maka, kita yang masih memiliki jiwa dan raga ini hendaknya mengambil iktibar bahawa giliran masing-masing bakal tiba jua akhirnya.


Maka, antara doa yang masyhur ialah mengharapkan bahawa Ramadan ini bukanlah yang terakhir, sebaliknya memohon kepada-Nya agar panjang unur murah rezeki untuk bertemu Ramadan seterusnya (klik di sini)

...

...


...

...

...

...

Thursday, July 24, 2014

KEPERLUAN MENDUDUKI STPM ULANGAN (RESULT, RE-CHECK, RE-TAKE)

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Penggal Dua (STPM P2) sudah pun diketahui. Pelbagai perspektif, analisis dan andaian dilakukan, sama ada bersandarkan kepada unjuran data, mahupun pendapat peribadi semata-mata. Banyak juga kejutan yang berlaku, sama ada yang menggembirakan, atau yang mendukacitakan.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sentiasa menyediakan kesempatan untuk calon STPM membuat semakan semula dan menduduki semula kertas yang dirasakan bermasalah dengan kadar yuran sebanyak RM50 bagi setiap permohonan. Kemungkinan untuk berlaku kesilapan dalam memproses keputusan STPM, walaupun bersifat kes terpencil, masih ada. Misalnya, khilaf dalam pemindahan dan penjumlahan markah, serta kemasukan markah ke dalam sistem komputer.

Semakan semula markah akan memberikan kepastian kepada calon sama ada berlaku kesilapan di peringkat MPM atau sememangnya kesilapan dalam penulisan jawapan. Hal itu boleh dijadikan ukuran untuk melakukan persiapan kertas STPM (U) pada bulan Disember. Kertas ulangan penggal 3 pula lazimnya pada bulan April supaya semua keputusan STM bersifat muktamad pada bulan Mei.

...

...

...

...

...

Wednesday, July 23, 2014

MOTIVASI BELAJAR: TANGGUNGJAWAB UTAMA PELAJAR DI SEKOLAH (DAILY S.O.P. AND K.P.I.)

Pendahuluan

...

...


Hadir ke sekolah

...

...

...


Masuk kelas

...

...

...


Beri tumpuan

...

...

...


Kesimpulan

...

...

Tuesday, July 22, 2014

KEMAHIRAN KUANTITATIF BERI KELEBIHAN BELAJAR EKONOMI (NUMERIC AND VARIABLE GAME)

Pencapaian calon STPM untuk kertas Ekonomi 1 (Mikro) dan 2 (Makro) membuktikan satu perkara, iaitu hubung kait antara kemahiran kuantitatif dengan gred yang diperoleh. Calon yang memiliki latar belakang kuantitatif seperti Matematik dan Matematik Tambahan yang kukuh ketika SPM lazimnya mencatat pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang kurang cekap dalam tugasan kuantitatif. Kedua-dua kertas ekonomi 1 dan 2 memperuntukkan 20 markah daripada keseluruhan 80 markah, belum termasuk soalan kuantitatif dalam bahagian aneka pilihan.

Ciri utama pengajian ekonomi ialah bagi mengenal pasti hubung kait atau korelasi antara pemboleh ubah yang dikaji berdasarkan andaian yang ditetapkan. Gambar rajah, model dan rumus yang digunakan semuanya berasaskan aplikasi kuantitatif.

...

...

...

...

...

...

Monday, July 21, 2014

DUGAAN BERAT BUAT UMMAH SEPANJANG RAMADAN (THE REAL ENEMY FROM WITHIN)

Umat Islam di Malaysia mungkin hanya berhadapan dengan cuaca panas terik dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Masih juga kedapatan isi rumah yang sekadar menyediakan hidangan asas untuk berbuka puasa dan sahur. Terdapat juga beberapa kes terpencil berlakunya krisis dan masalah kepimpinan rumah tangga dalam memenuhi kewajipan menyara kehidupan dalam kesempitan dan sistem agihan yang pincang.

Masyarakat Islam di rantau Teluk yang mengalami perubahan politik yang dipanggil sebagai Arab Spring lebih berat dugaannya. Rejim diktator baharu Kaherah misalnya menindas pemimpin serta penyokong gerakan rakyat sambil disokong oleh bijak pandai agama yang mencintai dunia. Kerajaan Turki masih diasak bertalu-talu oleh puak sekular dan aliran keras yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Bumi Gaza dihujani peluru dan letupan bom oleh rejim haram Tel Aviv yang tidak berperikemanusiaan. Bilangan orang awam yang menjadi mangsa, terutama dalam kalangan kanak-kanak, wanita dan warga emas semakin bertambah. Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga terpenting dunia Islam masih dikepung oleh tentera zionis Yahudi.

Puak Syiah dari seluruh dunia berkumpul di Syiria dan Iraq bagi melakukan proses penghapusan golongan sunni. Sumber menganggarkan hampir sejuta orang masyarakat Sunni di Syiria telah kehilangan nyawa, sementelah berjuta-juta orang lagi mengalami kecacatan dan kecederaan. Topeng wajah palsu Iran yang pernah dikagumi atas kelantangan menentang kuasa Barat telah tersingkap sepenuhnya.

Penyamaran ISIS yang ditaja oleh puak Syiah dan sekutu mereka juga telah terbongkar. Mereka diprojekkan sebagai penentang rejim Bashar al-Assad walaupun pada hakikatnya bersekongkol untuk menyembelih masyarakat Sunni. Taktik yang sama digunakan di Iraq bagi mengekalkan dominasi Syiah yang merupakan minoriti, tetapi berada di tampuk kuasa atas dukungan kuasa besar.

Puak yang menggelar diri mereka sebagai Hezbollah Lubnan yang berjaya mengusir tentera rejim haram Tel Aviv tidak kurang kejamnya ke atas masyarakat Sunni. Kerosakan yang dicetuskan jauh lebih buruk berbanding dengan kezaliman zionis dan penjajah Barat. Tiada langsung bibit belas kasihan dalam diri mereka ke atas golongan sunni, melainkan diburu hingga ke lubang cacing layaknya.

Pengembangan pengaruh Syiah memang sangat berbahaya dalam jangka panjang. Perpecahan akan berlaku dengan serius kerana puak Syiah sangat memusuhi masyarakat Sunni lebih daripada segalanya. Syiah sanggup bermain mata dengan Yahudi dan Nasrani bagi mencapai matlamat jahat mereka.

Marilah kita sentiasa memanjatkan doa semoga umat Islam tabah menghadapi dugaan berat, terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak yang sudah di penghujung. Sesungguhnya, musuh-musuh umat tidak akan berpeluk tubuh, berdiam diri dan membiarkan umat menjalani kehidupan yang sejahtera yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Ayuh, kita telusuri sirah nubuwwah bagi mempelajari dan melaksanakan perancangan yang bijaksana dalam mengurus krisis yang melanda umat ini ...

Sunday, July 20, 2014

APABILA AKAUN PERIBADI MENJADI TATAPAN UMUM (SHARING PRIVACY ONLINE)

Peribahasa Melayu mengatakan 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'. Pepatah Arab mengumpamakan lisan (lidah) sebagai harimau yang terkurung dalam sangkar, jika dilepaskan risiko yang berkemungkinan sangatlah tinggi. Maka, setiap orang perlu berhati-hati dan waspada akan setiap butir perkataan yang dilafazkan atau diluahkan.

Kini, dalam era komunikasi maya, pelbagai aplikasi telah menggantikan komunikasi berbentuk lisan, bersemuka dan fizikal. Dengan hanya menaip beberapa ayat dalam akaun atas talian, butiran berkenaan boleh tersebar serta-merta di seluruh dunia. Tiada sebarang jaminan bahawa akaun peribadi atas talian itu bersifat eksklusif, sebaliknya berpotensi mencetuskan viral yang menggemparkan masyarakat.

Dalam satu kes di sebuah pekan kecil di Belanda, seorang remaja telah memuat naik jemputan majlis hari lahir untuk disampaikan kepada rakan menerusi akaun facebook, tetapi berbelas-belas ribu pengunjung yang tidak dikenali telah datang ke rumah remaja berkenaan. Pekan kecil itu mengalami kesesakan luar biasa, manakala keluarga remaja itu menghadapi detik cemas. Maknanya, status akaun facebook yang bersifat peribadi pada asalnya telah diakses oleh sekian ramai orang tanpa disedari dari seluruh pelosok dunia.

Walaupun komunikasi maya membuka peluang kepada sesiapa pun untuk menulis semahu-mahunya, namun tiada jaminan bahawa peluahan peribadi itu tidak mendapat maklum balas daripada pihak yang mungkin terjejas dan tersinggung. Penyamaran nama dan butiran peribadi mungkin masih berjaya dilakukan, tetapi alamat protokol internet sangat sukar untuk disembunyikan. Kemas kini status akaun atas talian di kafe siber barangkali dianggap lebih selamat, tetapi kepakaran forensik komputer boleh digunakan bagi mengenal pasti pemilik maklumat yang dimuat naik.

Pemilik akaun peribadi maya mungkin beranggapan bahawa hak persendirian tidak seyogia diceroboh dan dipertikaikan.

...

...

...


...

...

Saturday, July 19, 2014

PENGALAMAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH (SOCIALIZATION PROCESS IN EDUCATION)

Sejak kegiatan kokurikulum mempunyai merit markah 10 peratus dalam kriteria permohonan pengajian tinggi dan pekerjaan, proses dokumentasi diberi perhatian utama. Bukti dan rekod memang mustahak supaya prinsip data yang autentik sebagai maklumat terpilih bagi menjunjung prinsip keadilan, kebenaran dan ketelusan terhadap semua pihak yang berkepentingan. 

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Friday, July 18, 2014

BAHASA MELAYU 1 SPM ULANGAN 2014: ANALISIS SOALAN DAN SARANAN (WRITING EXCELLENT ESSAYS WITHIN LIMITED TIME ALLOCATED)

Pendahuluan

Kertas 1 Bahasa Melayu SPM memperuntukkan 130 markah, berbanding dengan kertas 2 sebanyak 110 markah dan ujian lisan berasaskan sekolah 40 markah. Calon hendaklah memperuntukkan masa menulis karangan kedua-dua bahagian A dan B berdasarkan peruntukan markah dan peruntukan masa. Saranan yang diberikan ialah 45 minit untuk karangan respons tertutup (30 markah), manakala satu jam setengah untuk karangan respons terbuka (100 markah).

Kesilapan sebahagian calon ialah terlajak masa untuk menjawab bahagian A sehinggakan tergesa-gesa menulis karangan bahagian B yang menghendaki 350 patath perkataan ke atas. Jika demikian, lebih baik selesaikan bahagian B terlebih dahulu, katakan dalam masa satu jam suku (75 minit), kemudian beralih kepada bahagian A (40 minit). Baki masa 20 minit ialah untuk melengkapkan mana-mana bahagian yang tercicir atau tersilap.

Bahagian A: Karangan Respons Tertutup, 30 markah

Huraian langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak.

Ilustrasi 1:  Mengawasi anak-anak di tempat awam

Ilustrasi 2:  Sentiasa berada dalam kumpulan

Ilustrasi 3:  Mempelajari ilmu pertahanan diri


Bahagian B: karangan Respons Terbuka, 100 markah

Soalan 1:  Penglibatan dalam menjayakan majlis sambutan hari keluarga di tempat anda.

Soalan 2:  Hujah-hujah menyokong pernyataan "Penjagaan terhadap warga tua sepatutnya diberi
                                                                              keutamaan oleh ahli keluarga".

Soalan 3:  Ulasan pernyataan: "Perkembangan pelbagai bidang industri di negara kita
                                                  seperti industri automatif, perbankan dan pelancongan telah membuka
                                                  banyak peluang pekerjaan kepada rakyat".

Soalan 4:   Penjelasan usaha-usaha yang dapat dilakukan pada peringkat antarabangsa untuk
                  menangani perubahan cuaca dunia yang tidak menentu.

Soalan 5:  Perbincangan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan generasi muda
                 dapat mengamalkan, menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya di negara kita
                 dengan rakyatnya yang pelbagai kaum. kaya dengan pelbagai budaya seperti makanan,
                 pakaian, tarian dan alunan muzik.


Saranan umum

Sebaik mendapat naskhah soalan, bacalah basmalah dan doa mudah-mudahan urusan menulis karangan berjalan lancar. Tarik nafas dan tenangkan diri. Terus tulis peruntukan masa menjawab, misalnya 8.10 - 8.50 pagi (karangan A), 8.50 - 10.05 (karangan B) dan 10.05 - 10.25 (penambahbaikan).

Mulakan dengan perancangan jawapan, iaitu rangka karangan. Jangan terlalu lama merancang, kalau boleh tidak melebihi tiga minit. Gunakan kemahiran mengembangkan isi karangan menerusi binaan ayat = subjek + predikat + penerangan + penerangan + penerangan ...

Saranan Bahagian A

Perhatikan bahan rangsangan dengan teliti. Sebagai karangan respons tertutup, isi utama karangan sudah tersedia dalam bahan rangsangan yang tertera. Huraian isi hendaklah berdasarkan tumpuan dalam tugasan soalan.

Sentiasa ingatkan diri agar tidak terkeluar daripada isi utama yang tersedia. Cara penulisan karangan seperti biasa, iaitu terdapat perenggan pengenalan, tiga isi utama dan penutup. Memamng sukar untuk menulis karangan pendek antara 200 hingga 250 patah perkataan. Maka, ukutlah saranan guru Bahasa Melayu di sekolah masing-masing dan pakar pentaksiran bahasa, misalnya penceramah bengkel penulisan karangan untuk peperiksaan.


Saranan Bahagian B

Perancangan jawapan merangkumi bahagian pengenalan, tiga isi utama dan penutup. Pengenalan sepatutnya menegaskan semula tugasan soalan, kedudukan isu atau tajuk yang dimaksudkan, gambaran ringkas isi karangan dan unsur kecindan (peribahasa, kata hikmahdan ungkapan masyhur). Setiap isi utama dipecahkan lagi kepada dua atau tiga lagi perincian.

Bagi menjana idea utama / isi, calon boleh menggunakan kaedah 5W-1H (apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana), analogi (pokok yang kuat = ciri negara maju berpendapatan tinggi, cara tangkap ikan = cara memupuk jati diri pelajar, jari-jemari tidak sama panjang = peranan berbeza berdasarkan keupayaan, latar belakang), akronim PESTA (politik, ekonomi, sosial, teknologi, agama) dan sebagainya. Calon boleh memandang ke luar dewan peperiksaan (sebentar sahaja, jangan sampai terleka) bagi memperoleh ilham. Kembangkan huraian isi dan perinciannya supaya jumlah perkataan melebihi 350 patah perkataan, dan kawal arah tuju penulisan jangan sampai tergelincir daripada landasan tugasan tajuk karangan.


Penutup dan kesimpulan

Selama mana calon akur terhadap tugasan soalan karangan, insya-Allah laluan kecemerlangan sudah terbuka. Segala kemahiran dan persediaan sejak di sekolah tadika akan berguna sebagai rencah penulisan yang mantap, matang dan holistik.

Selamat maju jaya ...

Thursday, July 17, 2014

BERKONGSI KEDUKAAN TRAGEDI PESAWAT MH 17 (ANOTHER MAS AIRCRAFT CRASH)

Belum terungkai misteri pesawat MH 370, Malaysia dikejutkan pula dengan tragedi MH 17 yang ditembak jatuh di kawasan bergolak Ukraine (klik di sini). Pesawat Boeing 777 itu membawa sejumlah 280 orang penumpang dan 15 orang kakitangan.

Berdasarkan maklumat awal, warganegara Belanda mewakili hampir separuh daripada jumlah penumpang yang terkorban (klik di sini). Sebahagiannya ialah pakar sindrom kurang daya tahan penyakit (Aids) yang sedang dalam perjalanan untuk persidangan antarabangsa di Melbourne, Australia mulai Ahad. Antaranya, Profesor Dr. Joep Lange yang telah melakukan penyelidikan tentang Aids selama tiga dekad lamanya (klik di sini).

Banyak lagi berita akan masuk bertali arus, namun tumpuan pastinya tertumpu terhadap kumpulan pemisah Ukraine yang dikatakan mendapat dukungan Russia. Media sosial termasuk blog, twitter dan whatsapp dinasihatkan supaya merujuk maklumat rasmi yang bakal disalurkan dari masa ke masa. Perkembangan tentang pencarian mangsa dan kotak hitam dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa MH 17 ketika bulan puasa memasuki minggu keempat memang tidak diduga sama sekali. Syarikat Penerbangan Malaysia (Mas) sekali lagi berhadapan dengan detik yang sangat sukar justeru dirundung malang sebanyak dua kali dalam jarak masa yang dekat. Kalau dalam kes MH 370, Mas banyak berurusan dengan warga China, kali ini dengan warga benua Eropah pula.

...

...

...

...

TUGASAN MIKROEKONOMI DENGAN, TANPA GAMBAR RAJAH (MINDSETTING IN ANSWERING QUESTION)


Wednesday, July 16, 2014

BAHASA MELAYU 2 SPM ULANGAN 2014: ANALISIS SOALAN DAN ULASAN (WRITING YOUR ANSWER ACCORDINGLY)

Pengenalan

Kertas soalan masih kekal dengan format sedia ada, iaitu empat soalan: rumusan, pemahaman, tatabahasa dan kajian novel. Calon-calon yang sudah membiasakan diri dengan naskhah soalan SPM tahun-tahun lepas tidak berhadapan dengan masalah dari segi itu. Tinggal lagi ialah kepastian bagi merancang penulisan jawapan yang menjurus kepada perolehan markah maksimum bagi setiap komponen soalan.

Perkara penting yang tidak boleh diabaikan ialah dari segi peruntukan masa menulis jawapan supaya sejajar dengan peruntukan markah. Tempoh masa dua jam setengah (150 minit) bermakna bahawa secara konservatif, setiap satu markah bersamaan satu minit setengah. Namun, kelenturan dan pengubahsuaian masih boleh dilakukan berdasarkan kebijaksanaan dan kecekapan calon.

Soalan 1: Rumusan, 30 markah

Petikan rencana 'Nasi Lemak, Oh Nasi Lemak' oleh Marina Abdul Manaf, Dewan Kosmik, September 2010. Tugasan yang ditetapkan ialah faktor-faktor obesiti (isi tersurat) dan kepentingan mengawal berat badan (isi tersirat). Panjang rumusan masih 120 patah perkataan.

Sudah menjadi kebiasaan, bahagian pendahuluan rumusan ditulis dalam satu ayat dan dalam satu perenggan khas. Kata tugas soalan diubah dengan perkataan yang setara, manakala bahagian kedua pendahuluan rumusan dikaitkan dengan tema soalan. Sama ada ayat pendahuluan dimulakan dengan 'Petikan membincangkan ...' atau 'Rumusan membincangkan ...' bolehlah dibincangkan bersama guru bahasa di sekolah masing-masing.

Isi jawapan bermakna bahawa calon perlu menggugurkan bahagian huraian, sama ada untuk isi tersurat mahupun isi tersirat. Namun, perlu diingat bahawa konsep isi tersurat, iaitu 'seperti yang tercetak' perlu dipatuhi. Calon perlu membuat ambilan isi petikan rencana asal tanpa sebarang pindaan (bahagian isi sahaja).

Isi tersirat bermaksud isi luar petikan, atau idea calon sendiri. Walaupun begitu, kemahiran membuat generalisasi / penyeluruhan / payung idea akan banyak membantu calon supaya tidak berlegar pada isi yang sama berulang-ulang kali. Juga tidak perlu bahagian huraian.

Bahagian kesimpulan eloklah dtulis dengan 'Kesimpulannya, ...(saranan)... agar / supaya  (harapan yang dikaitkan dengan tema soalan)...'. Ayat kesimpulan ditulis dalam satu ayat sahaja dan mestilah bersifat khusus, iaitu fokus terhadap tugasan utama soalan. Seperti pendahuluan, isi tersurat dan isi tersurat, sebaik-baiknya ayat penutup juga disediakan dalam perenggan yang khusus.

Soalan 2:  Pemahaman, 35 markah

Calon paling banyak hilang markah dalam bahagian soalan 2. Sebab utamanya ialah tidak dapat membezakan antara aras soalan petikan dengan aras soalan kbkk dan aras soalan komsas. Selain itu, calon sering sipi dalam mengenal pasti kata kunci dalam ayat tugasan soalan. Maka, lain yang ditanya, lain yang dijawab; bermakna 0 markah.

Soalan 2a: Petikan Umum (berasaskan petikan rencana soalan rumusan), 9 markah

(i)  maksud rangkai kata membudayakan tabiat

(ii)  langkah mengurangkan masalah obesiti  (aras soalan petikan: ambil jawapan terus daripada
                                                                         petikan rencana asal, isi sahaja tanpa huraian)

(iii)  penjelasan  tentang dua cara kesedaran masyarakat tentang bahaya obesiti dapat ditingkatkan 
        (aras soalan kbkk, isi + huraian)

Soalan 2b:  Petikan Cerpen  'Memori Seorang Tua' oleh Zahari Affandi, dalam antologi Harga Remaja, 9 markah.

(i)   [Apakah] pertolongan Tuk Mat dan keluarga kepada Pak Itam: aras petikan, isi sahaja.

(ii)  [Nyatakan] dua cara 'anda' membalas jasa Tuk Mat dan keluarga; aras kbkk, isi sahaja.

(iii)  [Huraikan] latar masyarakat, satu daripada petikan, satu daripada keseluruhan cerpen:
        aras komsas, isi + contoh peristiwa

Soalan 2c: Petikan Prosa Tradisional "Hikayat Langlang Buana', Dirgahayu Bahasaku, 8 markah.

(i)   Maksud disegerakan pekerjaan.

(ii)  [Nyatakan] tindakan menteri, hulubalang:  aras petikan, isi sahaja tanpa huraian.

(iii) Dua alasan perbuatan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi (menyembunyikan lelaki) tidak wajar:
       aras kbkk, isi sahaja tanpa huraian.

Soalan 2d:  Seloka Si Luncai, 9 markah.

(i)    Maksud ada mengaji tiada mengkaji.

(ii)   (apakah) tindakan sepatutnya ibu bapa memastikan anak mendapat pendidikan yang baik:
        aras kbkk, isi sahaja.

(iii)  (Jelaskan) dua persoalan:  aras komsas, dengan huraian (secara umum, tidak merujuk seloka secara khusus)

Soalan 3: Tatabahasa, 30 markah

Calon yang banyak membaca bahan bacaan bermutu tidak berhadapan dengan masalah besar. Pematuhan terhadap binaan ayat (subjek + predikat + penerangan) bakal memudahkan calon menulis ayat yang dikehendaki. Selain sintaksis, calon juga perlu mematuhi hukum semantik (kemunasabahan idea) supaya ayat yang ditulis masuk akal.

3a: Menulis ayat tanpa pindaan perkataan yang diuji: krisis, kritis, proses, protes, taasub, takjub.

3b: Menukar dialog (cakap ajuk) kepada cakap pindah.

3c:  Kesalahan ejaan, imbuhan.

3d:  Kesalahan istilah, tatabahasa.

3e:   Peribahasa

        (i)  Ghazali mewarisi kebijaksanaan ayahnya dalam menguruskan perniagaan ...

       (ii)  Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar ...

      (iii)  Dia disenangi rakan-rakannya kerana rajin bekerja dan sedia memberikan bantuan ...

Soalan 4: Novel, 15 markah

(a)   Huraian watak dan perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan:
        Jeffri (Papa), Tengku Muzaffar, Datin Tominah, Farhana, Hayati, Profesor Zaidah, Adila, Azrul.
        (satu watak daripada satu novel sahaja)

 (b)  Tiga contoh nilai kasih sayang: maksudnya dua pihak dalam setiap contoh.


HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Ulasan am:

Calon cemerlang bukan sahaja memiliki pengetahuan tentang aras soalan, konsep isi dan huraian, serta kata kunci daam ayat tugasan soalan, malah mahir memulakan ayat jawapan yang disambung dengan isi (dan huraian, jika dikehendaki sahaja). Calon cemerlang juga cakna terhadap peruntukan masa menjawab setiap komponen soalan. Calon cemerlang lazimnya mempunyai baki masa kira-kira setengah jam untuk proses pembetulan, penambahbaikan dan semakan jawapan yang sudah siap ditulis.

Sekianlah, selamat belajar dan selamat maju jaya ...

Tuesday, July 15, 2014

PENENTU PERMINTAAN, PENAWARAN, KEANJALAN PERMINTAAN, KEANJALAN PENAWARAN (COMPARISON OF FACTORS INFLUENCING MARKET VARIABLES)



Pengenalan

Pelajar ekonomi yang kurang teliti kadang-kadang terkeliru untuk membezakan antara faktor yang mempengaruhi permintaan dengan faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan, serta faktor yang mempengaruhi penawaran dengan keanjalan penawaran. Dalam keadaan terdesak seperti di dewan peperiksaan apabila harus merancang isi jawapan dan huraian dalam tempoh yang singkat. Maka, jalan terbaik bagi mengatasi kekeliruan yang timbul perlu difikirkan.

Salah satu pilihan yang munasabah ialah menyediakan jadual perbandingan sebelah-menyebelah antara semua empat pemboleh ubah yang hendak diperincikan.

Jadual Perbandingan Penentu / Faktor Yang Mempengaruhi

...

Perbincangan

...

...

Monday, July 14, 2014

BOLA SEPAK PIALA DUNIA: JERMAN CIPTA SEJARAH (OPEN GAME WITH TACTICAL SKILLS)

Teka-teki tentang pemenang Piala Dunia edisi Ola Brasilia 2014 sudah terjawab. Pemain gantian kepada Miroslav Klose ketika saingan masa sebenar tinggal dua minit, Mario Goatze mencetak gol kemenangan Jerman pada minit ke-113 masa tambahan. Goetze mengulangi sejarah 2010 Andres Iniesta yang juga pemain tengah Sepanyol yang menjulang kejayaan negaranya buat pertama kali (laporan penuh klik di sini).

Tuah yang dibawa oleh Goetze sekali gus membenam gambaran hebat yang diberikan kepada Lionel Messi, tonggak Argentina, yang mensia-siakan peluang menyamakan kedudukan pada minit terakhir masa tambahan 120 minit permainan apabila dihadiahi tendangan bola mati, iaitu sepakan percuma tidak jauh dari kotak penalti Jerman. Tonggak Argentina yang lain seperti Sergio Aguiro (menantu Maradona), Gonzalo Higuain dan Marcos Rojo juga sukar memperoleh ruang untuk melepaskan rembatan kencang tepat ke arah pintu gol Jerman. Penyokong tegar Argentina, termasuk kanak-kanak, kelihatan sugul sehingga ada yang menangis.

Kejayaan berkenaan meletakkan Jerman berkedudukan sama dengan Itali dari segi kejuaraan empat kali Piala Dunia dan hanya ketinggalan satu gelaran berbanding dengan tuan rumah kejohanan kali ini,Brazil. Lebih manis buat Jerman kerana muncul sebagai pasukan pertama dari luar benua Amerika Latin memenangi Piala Dunia di tanah bekas jajahan Sepanyol, kecuali Brazil (Portugis) itu. Argentina terpaksa berpuas hati dengan rekod dua kejuaraan termasuk pada era Diego Maradona dengan jaringan tangan pada tahun 1998 dahulu.

Brazil pula terus tercalar apabila sekali lagi kecundang 0-3 di tangan Belanda pada penentuan tempat ketiga dan keempat sehari sebelum perlawanan akhir. Kehadiran semula kapten pasukan, Thiago Silva tidak membawa sebarang impak, sebaliknya serba tidak menjadi. Brazil tidak lagi digeruni oleh mana-mana pasukan lawan tradisi mereka selepas ini, kecuali muncul bintang hebat yang memberi inspirasi kepada rakan sepasukan.

Tarikh pertandingan yang membabitkan bulan puasa juga menarik perhatian untuk dibincangkan. Semakin banyak pemain yang beragama Islam berjaya merebut tempat dalam pasukan elit dunia seperti Karim Benzema (Peranchis), Mesut Ozil, Sami Khadiera (Jerman), serta majoriti pemain Islam untuk Algeria, Bosnia Herzegovina dan Iran, serta sebahagiannya dalam skuad Ivory Coast, Ghana, Belgium dan Switzerland. Namun, kenyataan terbuka beberapa orang pemain bahawa mereka tidak berpuasa (atas nasihat pakar) bukan suatu tindakan yang bijaksana. 

Usai Piala Dunia, perhatian peminat sukan bakal tertumpu pula terhadap Sukan Komanwel yang membabitkan negara bekas jajahan Inggeris, iaitu kejohanan sukan menyeluruh kedua terbesar selepas Olimpik musim panas. Acara bola sepak yang sering dianggap sebagai perebutan ibu segala pingat emas akan membariskan pemain di bawah usia 23 tahun sahaja, kecuali maksimum dua atau tiga pemain yang dibenarkan. Dalam pada sibuk melayan acara sukan,tidak usah dilupakan nasib penduduk Gaza yang berhadapan dengan rejim haram tel Aviv ...

Sunday, July 13, 2014

TAMAN CEMPAKA PALING POPULAR (THE LEARNING DESTINATION)

Penetapan nama sesebuah petempatan baharu, termasuk kawasan perumahan terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT). Proses penamaan sesebuah kedudukan geografi sangat mustahak untuk tujuan pemetaan, pewartaan dan urusan rasmi yang lain. Malah, perubahan maklumat dalam sistem kedudukan sejagat (global positioning system, GPS) sangat bergantung kepada nama kawasan yang diwartakan secara rasmi oleh jabatan pemetaan.

Cadangan nama sesebuah kawasan dan petempatan lazimnya dipengaruhi oleh sejarah, kedaan fizikal, tokoh atau mengambil sempena feneoma alam yang tertentu. Maka, setiap tempat yang memiliki nama yang menarik biasanya mempunyai justifikasi yang tersendiri. Pemaju perumahan pula mungkin merujuk senarai nama yang sudah sedia ada pada PBT atau mengupah pakar runding penjenamaan.

Nama sesebuah kawasan menjadi harum dan terkenal atas beberapa sebab. Antara lain kegiatan ekonomi yang istimewa, atau terdapat institusi pengajian yang bertaraf kebangsaan dan anatarabangsa. Pendek kata, kawasan yang kerap menjadi tumpuan, atau sering dikunjungi akan menjadi sebuatan, lalu tersebar secara meluas.
Taman Cempaka ialah salah satu nama kawasan perumahan yang menjadi pilihan pemaju perumahan dan PBT. Cempaka ialah spesies bunga yang masyhur di alam Melayu (klik di sini). Tidak dinafikan bahawa di samping mempersonakan mata yang memandang, bunga cempaka memiliki khasiat herba yang tersendiri (klik di sini).

Gambar di atas ialah label Taman Cempaka berdekatan Hotel Empress, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Berjiran dengannya ialah Taman Teratai yang menempatkan Surau al-Falah yang memaparkan tag line 'Rehat dan Solat'. Sepertimana Taman Cempaka yang lain, tidak kelihatan sebarang replika bunga cempaka di situ.

Taman Cempaka Sepang dan Taman Cempaka Dungun sebagai contoh tidak mungkin berupaya menandingi Taman Cempaka Ipoh dari segi populariti. Taman Cempaka Ipoh terkenal di seluruh negara kerana di sana terdapat politeknik tertua di Malaysia, iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), sekolah berasrama penuh terkemuka (Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Star) dan suatu ketika dahulu Maktab Perguruan Ipoh. Jiran berhampiran termasuk Kolej Vokasional (dahulu Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash), Sekolah Izuddin Shah, Institut Penyelidikan Haiwan dan Jabatan Geosains.

Taman Cempaka Ipoh juga dikenali sebagai pusat salinan fotokopi kadar murah, sejajar dengan kuasa beli pelajar. Walaupun tidak ada pasar raya besar, medan perniagaan pasar basah dan medan selera di situ mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk berhampiran. Tambahan pula, Taman Cempaka Ipoh turut menjadi laluan untuk menuju banyak kawasan perumahan lain di Ampang, Gunung Rapat dan Rapat Setia, serta bersambung ke Tambun dan Plaza Tol Ipoh selatan.

Pada asalnya  Taman Cempaka Ipoh dimajukan sebagai kawawan perumahan kos rendah dengan saiz lot 14 X 60 kaki sahaja dan dijual dengan harga RM17,000. Namun, kini dengan status sebagai kawasan tumpuan pelajar dan orang ramai, nilai rumah di situ sudah meningkat kira-kira sepuluh kali ganda daripada harga asal. Lot kedai semuanya disewa, serta sentiasa dikunjungi ...

Saturday, July 12, 2014

NILAI 3 DIHUNI HANTU? (UP AND DOWN IN BUSINESS)

Pada petang Khamis yang lalu (10/7/14), lima orang guru menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) dari Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi menuju ke Nilai 3, sebuah pusat perdagangan yang berteraskan karpet dan tekstil. Tuan punya Toyota Innova, Cikgu Abdul Malik dari Kuala Kangsar hendak berjumpa anaknya yang sedang belajar di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang berdekatan. Perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 15 minit.

Penulis blog (PB) pernah mengunjungi Nilai 3 beberapa tahun yang lalu bersama seisi keluarga. Pada ketika itu, keadaan begitu sesak dengan kenderaan persendirian dan bas pelancong yang membawa rombongan dalam jumlah yang besar. Peniaga dan pembantu kedai kelihatan ceria melayan pelanggan yang memang sudah memasang niat hendak berbelanja sakan di sana.
Namun, kunjungan kali ini nyata berbeza. Rombongan lima orang guru dikejutkan dengan tampang susuk lembaga hitam bertopi di salah satu petak parkir di tengah cuaca panas terik. Wah, betul-betul hantu siang nampaknya!

Apabila didapati lembaga itu tidak bergerak, sebaliknya kaku dan pegun, rombongan guru tergelak kecil dengan gimik kedai mainan di situ. Tempat meletak kenderaan yang berhampiran lembaga itu kosong belaka. Bukan pengunjung berasa takut dengan lembaga itu, tetapi suasana lengang dan sepi itu sudah menjadi pemandangan biasa di Nilai 3, kecuali hujung minggu yang agak meriah sedikit.
Rombongan guru tidak tertarik dengan pujukan 'terlalu murah' peniaga karpet dan kerusi malas yang bercakap telor Asia Selatan dan Asia Tengah. Para suami biasanya menyerahkan urusan memilih kelengkapan dan hiasan rumah kepada isteri masing-masing. Kaum lelaki lebih berminat dengan pakaian kegunaan harian, termasuk kurta yang terkenal di Pakistan.

Rombongan guru sebaliknay menuju laluan tekstil yang menggunakan label bahasa Inggeris, Textile Walk. Terasa seperti masuk dalam alam warna-warni seperti di sekolah tadika atau kampus Upsi. Di situ lebih banyak peniaga tempatan, termasuk sebuah kedai milik usahawan Melayu dari Melaka yang menjual pelbagai jenis pakaian tradisional Melayu dan sampin dari India.
Kelesuan Nilai 3 barangkali boleh digambarkan oleh kucing yang kebosanan. Banyak pemilik perniagaan dan pembantu mereka kelihatan menguap dan tidak kurang yang terus tertidur setelah puas menunggu pelanggan yang tidak kunjung tiba. Hanya peniaga yang kreatif dan panjang akal sentiasa memikirkan jalan keluar seperti pemasaran secara atas talian atau pembekalan tetap.

Dunia perniagaan memang penuh liku dan pancaroba. Terdapat sejumlah pengaruh yang lumrah dan juga pengaruh di luar kawalan yang menjadi penentu permintaan pasaran. Pembukaan lebih banyak pusat perniagaan yang sama konsep dengan Nilai 3 di negeri-negeri lain mengecilkan saiz prospek pelanggan tempatan ke sana ...

Friday, July 11, 2014

GAZA DIZALIMI LAGI (THE STRUGGLE OF PALESTINIAN)

Bumi Gaza dihujani bom dan peluru ketika umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadan. dalam masa yang sama, tumpuan dunia yang terarah kepada kejohanan bola sepak dunia diambil kesempatan oleh Tel Aviv untuk meneruskan rancangan jahat mereka membubuh warga Palestin di wilayah Gaza yang dikuasai Hamas. 

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Thursday, July 10, 2014

AMALAN SOLAT TARAWIH DI MALAYSIA (STAY LONGER AT NIGHT)

Perincian tentang hukum, sejarah, hikmat dan bilangan rakaat solat tarawih boleh diperoleh di sini. Solat tarawih yang bermula sejak malam sebelum puasa Ramadan hari pertama dilaksanakan usai solat Isyak (berjemaah). Jemaah solat di masjid dan surau lebih ramai berbanding dengan hari-hari biasa.

Pada dekad 1970-an hingga 1980-an kebanyakan masjid dan surau melengkapkan solat tarawih hingga 20 rakaat ditambah dengan solat sunat witir sebanyak tiga rakaat dengan dua salam. Terdapat kecenderungan menyelesaikan solat tarawih secara ekspres bagaikan dihambat bahaya di belakang. Imam membaca surah al-Fatihah dengan sekali nafas sahaja menyebabkan makmum harus mula membaca fatihah sebaik imam melafazkan Maliki yaumiddin, terutama pada setiap rakaat kedua kerana imam membaca surah al-Ikhlas juga dengan cepat.

Solat tarawih yang sepatutnya bersifat istirahat (tarwihah) dibuat secara tergesa-gesa. Semoga Allah memberi keampunan kepada generasi ketika itu yang belum menerima teguran tentang amalan sedemikian. Surah pilihan bagi setiap rakaat pertama bermula dengan surah al-Qari'ah, diikuti oleh surah at-Takathur, al-Asr, al-Fil, Quraisy, al-Ma'un, dan al-Kauthar

Dua rakaat witir pertama diisi dengan surah al-A'la dan al-Kafirun, manakala satu rakaat terakhir dengan rangkaian tiga qul (al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas). Usai witir, jemaah akan mengikut imam untuk ratib (la ilaha illallah), doa dan niat berpuasa keesokan harinya. Sesetengah masjid dan surau menyediakan kudapan yang dipanggil sebagai moreh untuk jemaah.

Keadaan berubah mulai dekad 1990-an apabila semakin banyak masjid dan surau menjemput imam dalam kalangan guru atau pelajar tahfiz dengan bayaran sagu hati tertentu. Imam tidak lagi membaca surah lazim semata-mata, tetapi bermula dengan surah al-Baqarah. Namun, setiap rakaat hanya dibacakan sejumlah ayat yang terhad, sejajar dengan keupayaan dan urusan makmum yang pelbagai.

Kepada yang berhasrat membaca satu juzuk satu malam dalam solat tarawih boleh berbuat demikian secara bersendirian di rumah, atau di masjid terpilih. Kebanyakan jemaah memilih untuk berhenti usai lapan rakaat. Saf asal berkurangan kepada satu per tiga sahaja.

Perbezaan pendapat tentang bilangan rakaat solat tarawih sama ada lapan atau dua puluh jika ada, perlu dilakukan secara penuh adab ilmu. Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna pernah menasihatkan bahawa perpaduan umat yang berstatus wajib lebih utama daripada pertikaian tentang solat tarawih yang berstatus sunat muakkad. Nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam sendiri lebih banyak mendirikan solat tarawih bersendirian justeru khuatir bahawa sahabat menyangka solat tarawih sebagai wajib.

Kesimpulannya, amalan solat tarawih ialah usaha bagi menghidupkan malam-malam Ramadan dan membiasakan umat dengan solat sunat yang lain, terutama solat malam sejurus sebelum mengambil hidangan sahur. Orang soleh dan solehah juga membanyakkan zikir dan tadarus al-Quran bagi mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta. Para sahabat nabi mengucapkan selamat tinggal sesama sendiri sebaik bermula Ramadan bukan kerana mereka tidak berjumpa secara fizikal, tetapi mereka berpisah dari segi tumpuan khusyuk terhadap ibadah sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak ...

Wednesday, July 9, 2014

OLA BRASILIA: ARGENTINA SELAMATKAN MARUAH AMERIKA LATIN (THE CLASH BETWEEN TWO CONTINENTS)

Tuah belum memihak kepada skuad Oranje (Belanda) apabila sekali lagi kempunan untuk menyertai kelompok elit pasukan yang pernah bergelar juara bola sepak Piala Dunia. Jika di Afrika Selatan empat tahun yang lalu, Belanda begitu hampir melakukannya setelah hanya tewas tipis 0-1 ditangan La Roja (Sepanyol) dalam aksi akhir menerusi cetakan gol tunggal Iniesta. Negara kincir angin yang dikenal menerusi corak permainan total football itu tersekat pula di saingan separuh akhir di tangan Lionel Messi dan rakan-rakannya.

Arjen Robben hampir membawa Belanda ke perlawanan akhir jika pemain pertahanan Argentina tidak tiba tepat pada masanya untuk menguis bola yang cuba dirembat oleh Robben dalam kotak penalti. Perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan (120 minit) tanpa sebarang gol. Keputusan perlawanan harus ditentukan menerusi tendangan penalti.

Riak penyingkiran Belanda bermula dengan kegagalan sepakan penalti yang pertama. Argentina berjaya mengirim bola mati menerjah jaring Belanda empat kali berturut-turut, sedangkan Belanda gagal buat kali kedua pada tendangan keempat. Kesudahannya 4-2 melengkapkan siri kemenanngan tipis Argentina sejak saingan peringkat kumpulan lagi. 

Dengan itu, perlawanan akhir bakal menemukan wakil dua benua, iaitu Jerman dari Eropah dan Argentina dari Amerika Selatan. Jerman yang beraya sakan dengan kenduri gol ketika membelasah tuan rumah Brazil  7-1 tanpa belas kasihan sudah tentu telah mengkaji kekuatan dan kelemahan pesaing kuat Brazil di benua Amerika Selatan itu. Peminat Brazil dijangka melupakan seketika 'permusuhan' dengan Argentina kerana mengharapkan kekalahan teruk skuad mereka dapat dibalas.
...
...
...
...


KUIZ TEORI PERMINTAAN (ASSUMPTIONS AND VARIABLES CORELATION)



SMK ST MICHAEL, IPOH, LA3: KUIZ PASARAN BARANG DAN HARGA bahagian 1  (11072014)  _________________
Arahan: Tampal lembaran ini dalam buku latihan. Perbincangan dan rujukan buku teks dibenarkan.
               Potong perkataan / frasa yang salah dalam setiap ayat.
Bil.
Pernyataan
Catatan
1
Permintaan / Kehendak ialah keinginan memperoleh barang dan perkhidmatan.

2
Permintaan ialah kehendak yang disertai / tidak disertai oleh kuasa beli.

3
Permintaan individu / pasaran dilakukan oleh semua individu dalam suatu pasaran.

4
Hukum permintaan mengatakan jika harga sesuatu barang itu naik, kuantiti yang diminta terhadap barang tersebut akan naik / turun, ceteris paribus.

5
Ceteris paribus ialah andaian bahawa penentu-penentu permintaan yang lain tidak mempengaruhi permintaan, kecuali / termasuk harga barang itu sendiri.

6
Harga barang mempunyai hubungan langsung / songsang dengan kuantiti barang tersebut.

7
Keluk permintaan bercerun positif / negatif.

8
Kesan penggantian merujuk terhadap pengaruh barang penggenap / pengganti

9
Apabila harga sesuatu barang naik, maka harga barang lain menjadi relatif
lebih mahal / murah

10
Apabila harga sesuatu barang itu jatuh, pendapatan benar pengguna akan meningkat / jatuh.

11
Kenaikan harga barang mengakibatkan kuasa beli pengguna naik / turun.

12
Kuasa beli yang meningkatmenyebabkan kuantiti barang yang dibeli naik / turun.

13
Apabila penggunaan barang dibuat secara berterusan, utiliti sut semakin bertambah / berkurang.

14
Kepuasan yang berkurangan mengakibatkan kesanggupan membayar semakin tinggi / rendah.

15
Persamaan yang menerangkan hubungan harga dengan kuantiti barang: Dx = f(Px) / Dx = f(Py).

16
Persamaan permintaan dalam sebutan kuantiti:  P = a - bQ / Q = a - bP

17
‘a’ dalam persamaan permintaan ialah pemotong paksi harga / kuantiti.

18
‘b’ dalam persamaan permintaan digunakan untuk menghitung bentuk / kecerunan keluk DD.

19
Perubahan harga sesuatu barang menyebabkan / tidak menyebabkan keluk permintaan beralih.

20
Perubahan kuantiti diminta / perubahan permintaan hanya merujukan pergerakan titik
di sepanjang keluk permintaan yang sama.

21
Apabila harga kopi naik, harga teh akan naik / turun secara relatif.

22
Kenaikan harga kopi mengakibatkan keluk permintaan teh beralih ke kanan / kiri

23
Hubungan antara harga teh dengan kuantiti kopi adalah positif / negatif.

24
Jika harga petrol turun, permintaan terhadap kereta akan bertambah / berkuranng.

25
Barang yang digunakan bersama barang lain ialah barang penggenap / pengganti.

26
Hubungan antara harga petrol dengan kuantiti kereta ialah positif / negatif.

27
Peningkatan pendapatan pengguna menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan / ke kiri.

28
Walaupun pendapatan meningkat, tidak berlaku perubahan permintaan barang biasa / mesti

29
Hubungan perubahan pendapatan dengan perubahan permintaan barang bawahan:
positif / negatif.

30
Apabila cita rasa terhadap sesuatu barang meingkat, maka keluk permintaan
beralih ke kanan / ke kiri

31
Pengaruh cita rasa individu bersifat jangka panjang / jangka pendek

32
Dalam musim perayaan, permintaan terhadap tepung akan bertambah / berkurang.

33
Promosi dan strategi pemasaran yang berkesan akan mengalihkan keluk permintaan
ke kanan / ke kiri

34
Pertambahan penduduk warga emas mengakibatkan permintaan rawatan bertambah / berkurang

35
Golongan berpendapatan sederhana dan rendah akan menggunakan sebahgian besar pendapatan mereka untuk membeli barang keperluan / barang mewah

36
Keluk permintaan akan beralih ke kanan / ke kiri apabila nisbah golongan kaya bertambah.

37
Jangkaan bahawa harga barang akan jatuh menyebabkan pengguna menangguh /
menyegerakan pembelian

38
Apabila cukai pendapatan individu dinaikkan, permintaan barang akanbertambah / berkurang.

39
Pergerakan titik di atas keluk permintaan ke arah kanan dipanggil mengembang / menguncup

40
Peralihan keluk permintaan ke kanan / kiri ialah pertambahan / pengurangan permintaan.



©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)