SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Thursday, January 7, 2016

BANJIR DI MATA EMAK: CERPEN KOMSAS TINGKATAN 2 (EVERLASTING MOTHER'S LOVE)

Pendahuluan

Cerpen yang termuat mulai muka surat 51 hingga 57, antologi Baik Budi, Indah Bahasa ini disampaikan menerusi sudut pandangan orang pertama. Pencerita menggunakan kata ganti diri 'saya' bagi menggambarkan penderitaan Mak Piah / Nek Piah dalam menghadapi peristiwa banjir secara bersendirian. Penulis cerpen, Che Soo Ismail, 56, kelahiran Alor Setar yang berkelulusan darjah lima sebenarnya sangat dikenali sebagai penulis skrip drama radio (rujuk antologi, muka surat 100).

Watak utama

1  'Saya' : pencerita

 2  Mak Piah: mangsa banjir yang kesepian kerana anak-anak tidak pulang menjenguk

3   Nana: anak bongsu kesayangan Mak Piah

Latar tempat:  rumah Mak Piah
                        :  rumah 'saya' ('saya' terdail nombor Mak Piah)
                        :  tanah perkuburan

Tema: kerenggangan hubungan anak-anak dengan ibu lanjut usia

Sinopsis

Kisah bermula apabila 'saya' tersalah dail nombor kawannya, Ameera, tetapi disambut oleh suara wanita tua di hujung talian. 'Saya' tidak sempat mencelah kerana mak cik tadi menyangka 'saya' ialah Nana, anaknya, berasa sangat teruja kerana dihubungi. Talian diputuskan. Setelah dihubungi berkali-kali, dia tergesa-gesa meminta 'saya' tidak bimbang. Seperti tadi, talian diputuskan sebaik dia habis bercakap. 'Saya' tertanya-tanya bahkan terasa ingin untuk bersama mak cik tua itu bagi mengubat kerinduan terhadap ibu kandung yang sudah tiada. 'Saya' berdoa agar pertemuan dua kerinduan itu dimakbulkan / menjadi kenyataan. Akhirnya 'saya' berjumpa alamat nombor tersalah dail itu.

Sekumpulan remaja menunjuk jalan ke rumah Nek Piah dalam keadaan banjir yang mencecah paras leher. Mak Piah ceria menyambut 'saya' bersama bungkusan nasi dan lauk yang disangkanya masakan Nana. Mak Piah menjelaskan dia tidak ke pusat pemindahan kerana masalah kencing kerap (selalu buang air kecil). Mak Piah terus memeluk 'saya' sebaik berjanji untuk menemaninya hingga banjir surut. Kemudian 'saya' menyimpan bekalan bahan mentah masakan ke dalam peti sejuk sebelim pulang. Takdir menentukan 'saya' demam selama lima hari sebelum boleh ke rumah Mak Piah sekali lagi. Malangnya, hanya jenazah Mak Piah yang diusung setelah dia tergelincir ketika membersihkan rumah. Di kubur, 'saya' bertemu Nana yang persis wajah Mak Piah. Nana sedih dan kesal, tetapi saya hanya membiarkan Nana meluahkan emosi, lalu memimpin Nana pulang ...


Perwatakan

1  bersangka baik: Mak Piah sentiasa menyebut kebaikan anaknya Nana walaupun pada hakikatnya
                               Nana mengabaikannya


2  penyayang:  'Saya' melayan Mak Piah yang baru dikenalinya dengan penuh kasih sayang


3  prihatin / peka:  'Saya' mengambil berat terhadap masalah kekurangan bahan makanan di rumah
                              Mak Piah yang dilanda banjir


Nilai murni
(gunakan huraian yang sama seperti di atas)

1  baik hati: 

2  kasih sayang

3  keprihatinan / kepekaan

Persoalan
(huraian sama)

1  Bersangka baik dalam keluarga

2  Kasih sayang ibu sepanjang hayat

3  Keprihatinan / kepekaan terhadap warga tua

Pengajaran

1  Kita hendaklah bersangka baik sesama keluarga

2  Kita hendaklah mengasihi/ menyayangi ibu sepanjang hayat

3  Kita hendaklah prihatin / peka terhadap kebajikan warga tua

Perbincangan kbat

Cara meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap keperluan warga emas

Contoh tugasan soalan

1


2


3

Cadangan jawapan

1

2

3

Saranan kepada murid


Saranan kepada guru


Kesimpulan dan penutup

...

...


8 comments:

Anonymous said...

Latar Masararakat terlupa

harohi dragneel said...
This comment has been removed by the author.
harohi dragneel said...

gaya bahasa ade x

harohi dragneel said...

latar masa pun

Anonymous said...

shahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Anonymous said...

hai Ariff budak mrsm merbok dok buat antologi ke?dOK KAT KELAS CIKGU ERY???

Student #1 said...

Asalamualaikum.Nak tanya,gaya bahasa dengan contoh sekali ada tak?

Anonymous said...

Yea u miss to say pew die pieeeeeeee