SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Friday, May 6, 2011

PROSPEK PELAJAR JURUSAN KEMANUSIAAN TINGKATAN 6 (THE FUTURE DEMAND OF ART GRADUATES)

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai sesenarai panjang pilihan untuk menyambung pengajian sama ada tahap akademik lebih tinggi, atau kelayakan kemahiran teknikal dan vokasional. Antara pilihan yang boleh dibuat:

   1   pengajian prauniversiti tingkatan 6: laluan utama kursus ijazah sarjana muda

   2   matrikulasi Kementerian Pelajaran / UIAM / asasi sains UM:  laluan pengkhususan universiti lebih awal

   3   kursus diploma (akademik):  UiTM (bumiputera sahaja), politeknik

   4   kursus diploma (kemahiran teknikal, vokasional):   kolej komuniti, IKM, IKBN, ILP, IPB

   5   persediaan ijazah sarjana muda (foundation), A Level kolej swasta

   6   kelayakan pelesenan:  aeronatik, akademi laut, kulinari

   7   kursus prapekerjaan: akademi bomba, akademi polis, kawalan trafik udara, kolej jururawat, pembantu hospital

Tidaklah menjadi hal untuk memohon pelbagai pilihan pengajian, kemudian baharulah memuktamadkan keputusan. Sebagai individu yang mencapai usia 18 tahun, pengajian yang dipilih sudah pasti mempengaruhi perjalanan hidup dan kerjaya apabila memasuki usia 20-an kelak. Walaupun keinginan untuk bersama-sama dengan rakan karib sedia ada, persediaan untuk mencipta persahabatan yang baharu mesti sentiasa ada.

Jurusan Kemanusiaan Tingkatan 6

Dasar semasa kerajaan ialah nisbah 60:40, iaitu 60 peratus pelajar sains, dan 40 peratus pelajar sastera (kemanusiaan). Pelajar sains ditawarkan pilihan antara fizik dan biologi, di samping wajib mengambil kertas matematik T, kimia, pengajian am dan Muet. Jurusan kemanusiaan pula menawarkan beberapa kombinasi mata pelajaran, misalnya:

1    Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Bahasa Melayu, Sejarah

2    Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Matematik S, Pengajian Perniagaan

3    Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Matematik S, Perakaunan

4    Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Bahasa Arab, Syariah / Usuluddin

5     Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Sains Sukan, Geografi

Kombinasi mata pelajaran dan penawaran kursus akan berbeza berdasarkan waran yang dikeluarkan kepada sekolah. SMK St. Michael, Ipoh (SMI) misalannya menawarkan pakej 1 dan 2 sahaja. Namun, pelajar masih mempunyai pilihan kursus yang sangat luas untuk mengikuti kursus ijazah sarjana muda. Contoh bidang yang boleh menjadi pilihan:

  1 sastera tulen:  bahasa, antropologi, sosiologi, komunikasi, psikologi, sejarah, geografi, pengajian antarabangsa

     2  sastera ikhtisas:  ekonomi, perniagaan, perakaunan, perancangan kewangan, undang-undang, aktuari

     3   pengajian Islam

Pelajar cemerlang di peringkat universiti (gred purata kumulatif, CGPA 2.75 ke atas) juga berpeluang menyambung pengajian ke peringkat sarjana (masters) dan doktor falsafah (Ph.D), sama ada secara terus-menerus, atau semasa dalam kerja seperti pegawai tadbir dan diplomatik (PTD). Pemegang ijazah tinggi tidak semestinya menjadi pensyarah, bahkan mungkin dilamar sebagai pakar runding, atau felo penyelidik agensi kerajaan dan swasta. Kepakaran yang dimiliki mungkin juga menjadi tiket bagi menempa nama dalam bidang keusahawanan dan korporat.

Sebenarnya pelajar jurusan kemanusiaan tidak perlu gusar akan peluang-peluang masa hadapan. Kelayakan akademik memang sangat penting, tetapi proses memupuk sikap yang berupa komponen penting kepimpinan, perkhidmatan dan kesukarelaan juga melengkapkan persediaan menempuh cabaran hidup. Pengajian tingkatan 6 jurusan kemanusiaan tetap relevan sampai bila-bila...

313 comments:

1 – 200 of 313   Newer›   Newest»
Miss Chil said...

Pengajian Am, Muet, Ekonomi < 3 sbjek ni wjib ke ??

casper own's said...

Kita x b0le buat pilihan sndiri eh ?

cikgu azhar said...

Miss Chil,

Pengajian Am wajib dapat minimum gred C untuk syarat mendapat sijil, Muet minimum band 3 untuk syarat lulus ijazah sarjana muda (universiti); ekonomi ialah kursus elektif (tidak wajib).

casper own's,

selain pengajian am dan muet, boleh pilih kursus berdasarkan minat, keupayaan dan / atau pakej kursus yang ditawarkan oleh sekolah

Anonymous said...

saya xfaham la :|
lepas abis belajar saya boleh sambung dalam bidang ape?

WANiE@WaN said...

erm, kalw antara eko. n sjarah, mane lg mudah skor??

cikgu azhar said...

anon may 3,

bidang pengajian sangat banyak dan luas, bergantung kepada pencapaian PNGK dan minat, contoh: undang-undang, perakaunan, ekonomi, perniagaan, komunikasi, psikologi, antropologi, sosiologi, sejarah, geografi, sains politik, bahasa, kajian asia tenggara, hubungan antarabangsa, seni persembahan...

Wanie,

kalau tanya guru ekonomi, tentulah ekonomi lebih senang, cuma perlu sedikit pemikiran kuantitatif (hubungan antara pemboleh ubah); sejarah perlu hubungan antara fakta dengan hujah peristiwa...

Anonymous said...

tumpang tanya, kursus geografi masih ditawarkan di form 6

cikgu azhar said...

ya, masih. namun, hanya ditawarkan oleh sekolah tertentu. calon boleh mengambil kertas geografi secara persendirian, tetapi untuk kerja kursus dikehendaki mematuhi guru pembimbing hyang dilantik oleh majlis peperiksaan malaysia...

IzzazCardin said...

salam ..
saya dapat aliran kemanusiaan ditingkataan 6 tahun ni (2012)
saya amik Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Bahasa Melayu, Sejarah .
selepas tamat stpm apakah bidang yg boleh saya sambung utk ijazah ?

c said...

tahniah iz

bergantung kepada minat dan pencapaian. bidang pengajian terlalu banyak. pastikan dapat pngk yang terbaik (3.0 ke atas). boleh memohon undang-undang, ekonomi, perniagaan, bahasa, sejarah, pendidikan, sains politik, antropologi dan sosiologi, komunikasi, sains politik, psikologi, dan sesenarai panjang lagi. kalau bercita-cita hendak menjadi pegawai tadbir dan diplomatik (ptd) atau pensyarah, semasa sarjana muda perlu memperoleh pngk 3.5 ke atas, di samping memiliki pakej kemahiran insaniah yang menyerlah...

Anonymous said...

salam ..
saya dapat aliran kemanusiaan ditingkataan 6 tahun ni.....
saya amik Pengajian Am, Muet, Ekonomi, matematik s,perakaunan...
selepas tamat stpm apakah bidang yg boleh saya sambung utk ijazah ?

Anonymous said...

salam . saya adalah pelajar tingkatan 6 jurusan kemanusian . subjek yg saya ambil ialah , p. am , ekonomi , geo , pengajian perniagaan , muet . cita cita saya adalah utk menjadi seorang peguam . adakah saya perlu tukar matapelajaran , untuk menjadi peguam ? cikgu saya ada memberitahu bahawa ada bekas pelajarnya hanya mengambil pengajian am namun berjaya menyambung undang2 . saya masih ragu2 kerana menurut banyak pendapat , mata pelajaran sejarah sgt penting utk menjadi peguam . terima kasih .

cikgu azhar said...

salam

anon may 11,
lebih menjurus kepada perakaunan, pengajian perniagaan dan ekonomi, tetapi cabang baru begitu banyak seperti pengurusan hospitaliti, pelancongan, sains aktuari (insurans), perancangan kewangan, perbankan dan banyak lagi.

anon may 13,
pertama sekali untuk merebut tempat di fakulti undang-undang terkemuka seperti UKM dan UM mesti dapat PNGK / CGPA yang baik, seelok-eloknya 3,8 ke atas, dan Muet band 4 (minimum). bidang undang-undang begitu luas, tidak mesti bergantung kepada sejarah sahaja. saya cadangkan sdra. telefon terus dekan fakulti undang2 ukm, um dan uitm untuk pengesahan. kata-kata cikgu sdra itu memang betul, yang penting pngk dalam stpm nanti... wallahu a'lam

zue94 said...

Assalamualaikum.
terima kasih atas informasi cikgu tntg ting6 ni . tapi saya masih ragu2 dgn pilihan saya dimana sy ditawarkan dalam jurusan sains tp dgn kputusan spm sy , sy rase sy ta na amik risiko tuk ambil subjek hardcore like kimia,bio n math t . so sy buat kputusan tuk tuka jurusan kemanusiaan n amik subjek P.A, MUET, EKONOMI, P.PENIAGAAN, BAHASA MELAYU . ap pndpt cg?
memandangkan cte2 sy mahu jd seorg pensyarah, bole kke sy truskan cite2 ni dgn pilihan subjek ini ?

cikgu azhar said...

salam

ada memohon kursus diploma / matrikulasi, asasi (e-rayuan)?
o.k., jika muktamad ke jurusan kemanusiaan, syarat tunggalnya ialah pencapaian png (gpa) sebaik mungkin bagi setiap penggal supaya pada akhirnya pngk keseluruhan stpm paling tidak 3.0 untuk memilih kursus sarjana muda kelak.

untuk bergelar pensyarah, bergantung kepada pngk di universiti dalam bidang pengkhususan yang diambil. selain itu, kefasihan bertutur dalam bahasa inggeris dan kemahiran insaniah juga akan diambil kira.

Wallahu a'lam

Anonymous said...

saya ambil Pengajian Am, Muet,
geografi, Bahasa Melayu,
Sejarah,apakah bidang yg bleh syg ambil utk ijazah slepas stpm nanti? Ada kawan ckp plhan sya ni tak bnyak bdang dlm ijazah..

CIKGU AZHAR RODZI said...

siapa kata tidak banyak?

yang penting sekarang fokus kepada pencapaian pngk terbaik. nanti apabila belajar di universiti, sekali lagi fokus perkara yang sama.

dalam kehidupan, untuk berjaya perlukan kekuatan jiwa dan tidak mudah dipengaruhi kata-kata negatif.

teruskan perjuangan hingga mendaki mercu jaya, insya-allah...

hadaina said...

As salam cikgu.

sy pelajar stpm 2012 sc yg beralih kepada kemanusian kerana tidak yakin boleh bawak. sy sngat minat dlm jurusan undang2- spt peguam.
sy mngambil pengajian am, pengajian perniagaan, sejarah dan pend seni. pakej yg dtawarkan di sklh sy agak terhad.
soalan sy, dalam mengejar cita2 sy utk ke ijazah undang2, perlu kah sy mngambil subjek ekonomi? sekarang ini sy keliru sama ada hendak ambil ekonomi atau seni. sy sgt meminati seni. andai ekonomi tdk mmbntu dn mgkin agak mmbebankan, sy tidak mahu ambil risiko utk mngangtikan subjek itu dr seni. pendapat cikgu?

cikgu azhar said...

salam

bergantung kepada ipt pilihan
jika ipts tiada masalah

ipta ada proses temu duga
keutamaan: bahasa (bm, bi), sejarah + kemahiran insaniah (soft skill)

ekonomi ialah subjek elektif, sama seperti seni visual, tetapi merit untuk kursus undang2 bergantung kepada ipta berkenaan

jalan terbaik: hubungi secara terus ke fakulti undang2 ukm, um, uitm, uum, umt

zue94 said...

cikgu, saya ada mohon e-rayuan , cume sekarang tgh tggu keputusan .
saya jgk dalam dilema sekarang samada mahu meneruskan ting6 ni atau tidak sekiranya rayuan sy ta berjaya . untuk png (gpa) yg cg maksudkan . sekurang2nya , saya perlu target brape?

cikgu azhar said...

moga berjaya dalam e-rayuan

selain tingkatan 6, masih banyak pilihan dan laluan lain untuk mencipta kejayaan dalam kehidupan.

minimum pngk seelok-eloknya 3.0 ke atas, atau purata gred B. sebenarnya tidak terlalu sukar untuk dicapai jika ada tumpuan dan kesungguhan diri...

DayaOlla said...

Assalammualaikum cikgu. Saya merupakan pelajar tingkatan 6 (2012) Saya mengambil subjek pengajian am, muet, bahasa melayu, sejarah dan geografi. Apakah kerjaya dan bidang apa yg sesuai utk saya ambil selepas stpm?

cikgu azhar said...

salam

banyak, banyak, sungguh banyak bidang dan kerjaya. syaratnya kena skor pngk yang terbaik, tidak boleh sekadar cukup makan. kemahiran insaniah juga mesti digilap.

keperluan kerjaya masa hadapan banyak bergantung kepada kecerdasan emosi, di samping daya saing dan kebolehan kerja pasukan.

di tangan orang yang tepat, semua bidang pengajian dan kerjaya jika disentuh menjadi emas belaka...

Anonymous said...

asslamulaikum cikgu,,apa beza ekonomi dan pengajiaan perniagaan???saya amat keliru untuk pilih yang mana satu...saya tengah menunggu untuk menukar aliran sains kepada kemanusiaan..

cikgu azhar said...

salam

secara mudah, ekonomi lebih kepada konsep dan teori, manakala pengajian perniagaan lebih kepada analisis praktikal pasaran.

kalau hendak tahu lebih mendalam tentang perbezaan antara eko. dan pp boleh klik pada laman mpm pada bahagian atas blog ini, dan lihat sukatan pelajaran setiap satunya.

tidak mengapa mahu ambil kedua-duanya sekali atau ambil salah satu. yang penting boleh dapat gered yang terbaik...

Cik Anno said...

assalamualaikum cikgu. .saya dalam dilema sekarang ni.Saya dapat tawaran ke Ipts dan sedang tunggu untuk e-rayuan upu..saya tak tahu nak ambil subject yg mana untuk msuk ke ting6.saya takut tersalah pilih..dan akan merugikan saya suatu hari nanti..kalau pilihan cikgu apa yg baik? dekat sekolah saya ada p.perniagaan,pend seni,geo,kesusteraan,ekonomi,pengajian am ,p.islam,muet,sej n bm.

CIKGU AZHAR RODZI said...

w.salam

moga berjaya dalam e-rayuan upu @ ipta yang lain. ipts bukan tidak bagus, cuma kena tinjau kursus dan ongkosnya sekali.

baguslah ada banyak pilihan mata pelajaran t6. pemilihan kursus ikut keupayaan, minat dan bidang pengajian tinggi yang dihajati.

kalau dapat, cuba padankan dengan pencapaian di peringkat spm. bagi yang tiada masalah dalam matematik tambahan misalnya boleh mengikuti mata pelajaran ekonomi dengan agak mudah..

access said...

assalamualaikum.. cg, sy sgt2 dlm dilema skrg ni.. sy akan menduduki STPM pd thun ini (STPM format lama).. saya pljr aliran ekonomi.. saya ambik subjek PA, BM, EKO, GEO, SEJ.. mslh sy ialah saya rasa sy nk drop BM sbb saya sgt2 lemah BM 2.. lgpun masa sy byk habis utk sbjek BM sbb cg BM 1 & BM 2 sy slalu bg krja sklh yg byk & mreka sgt2 tegas jd saya t'pksa buat krja sklh BM smpai siap shggakn saya x ada masa nk tumpukn kpd Pengajian Am..

kwn2 sy trkejut apabila sy bgthu mreka yg saya nk drop BM bukan EKONOMI.. sy juga lemah ekonomi tp saya suka ekonomi sbb esei ekonomi x ambil kira kslhn ayat, kslh ejaan, kslh tanda baca mcm BM.. lgpun sy x suka sbjek Bahasa.. sy x nk drop ekonomi sbb sy nk ceburi bidang keusahawanan di universiti.. sy rasa lps sy drop BM mgkin sy boleh kot fokus kpd PA, EKO, SEJ & GEO.. krna BM sy x ada masa nk fokuskn kpd 4 sbjek tu.. tmbh2 lg sy skrg tgktn 6 atas.. sntiasa ada kls tmbhn, stiap sbjek msti ada krja sklh tp sy t'pksa siapkn BM sbb sy x nk kena denda.. lgpun skrg saya rasa sgt2 penat nk pikul 5 sbjek..

apa pndpt cg jika sy drop BM?

& pada siapa utk sy bagitahu yg saya nk drop BM sdgkn sy dh dftr BM tu dlm ppriksaan STPM?

adakah sy perlu bgthu kpd cg BM sy atau terus bgthu kpd cg pngurusan tgktn 6 d sklh sy yg sy nk drop BM?


cg tlg jwb tau soalan2 sy ni sbb sy mmg dlm dilema skrg ni.. klau bleh sy nk cepat2 drop BM.. sy x nk tumpu kpd BM sbb sy tkut klau x buat krja sklh BM.. cg BM lebih tegas drpd cg PA.. mcm BM pulak nyawa STPM.. x_x

cikgu azhar said...

salam

orang lain hanya boleh memberikan pandangan dan jalan keluar, tetapi keputusan terakhir tetap di tangan sdra/i "access".

kedudukan saya untuk memberi pendapat ibarat "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". memang 5 subjek boleh dianggap berat, sedangkan untuk kelayakan universiti hanya 4 subjek diambil kira, termasuk pengajian am + muet (band 3).

tentang pengguguran subjek, sdar/i boleh merujuk S.U. peperiksaan Tingkatan 6. sekarang sudah bulan 6, hanya tinggal 4 bulan +. sdra/i kena cepat membuat keputusan. dalam urusan akademik, sdar/i kena utamakan diri sendiri dahulu, bukan cuba memmuaskan mana-mana pihak.

dasar persijilan terbuka bermakna calon boleh memilih pakej mata pelajaran yang diingini asalkan ditawarkan di sesebuah sekolah.

hakikatnya semua subjek dalam stpm memerlukan latihan yang banyak. tujuannya supaya bakal calon beroleh kemahiran menetapkan masalah / tugasan soalan dan merancang jawapan yang dikehendaki sahaja. mungkin guru bm sdra/i memang pakar pentaksiran bm stpm, sebab itu mereka berbuat begitu. cuba sdra/i perhatikan rekod pencapaian subjek bm tahun-tahun lalu.

namun, jika memang sdra/i sudah nekad dan tetap pendirian, teruskan sahaja. guru ibarat menolong pelajar membuka pintu, tetapi murid sendiri perlu masuk ke dalam dan setrusnya membuat pilihan yang terbaik. Wallahu a'lam bi's-sawab.

Anonymous said...

salam...
saya dpt aliran kemanusiaan,sy diberi pilihan utk pakej matapelajaran..
sy berminat dua pakej matapelajaran ni..
1.pengajian am,b.melayu,geografi,sejarah,ekonomi,muet
2.pengajian am,b.melayu,geografi,sejarah,pengurusan perniagaan,muet
utk pengetahuan cikgu,sy berminat utk melanjutkan ijazah dalam "international business"/"hotel management".pakej mana patut sy pilih?

aisyah said...

salam cg..bleh terangkn seba sdkit bout antropologi n sosiologi...tq

Anonymous said...

Assalamualikum cikgu,,,saya berminat subjek matematik tambahan dan matematik,,dan keputusan agak memuaskan SPM lepas,,delima saya skrg ni,,saya berminat subjek PP dan eko,,sekolah saya PP dan Eko subjek pilihan,,bagi pendapat cgu,,Eko atau PP yang mana lagi sesuia untuk saya ?,,

cikgu azhar said...

salam

anon june 15
maaf lambat respons
dua2 pun o k, yang penting pngk
minimum 2.5, muet band 3, ekon @ pp
minimum B-
(berdasarkan pencapaian calon stpm
tahun-tahun lepas yang berjaya)

aisyah

kursus antropologi dan sosiologi (ansos) ditawarkan di bawah fakulti sastera dan sains sosial, UM, UKM dan USM. dalam kursus lain, misalnya pendidikan, sosiologi turut diwajibkan, tetapi tidaklah begitu mendalam.

antropologi ialah kajian tentang asal usul manusia yang dipanggil homo sapien, cara manusia berinteraksi, berbudaya, berbahasa dan berurus niaga.

bidang antropologi termasuk juga arkeologi, iaitu kajian tentang artifak, fosil, genetik dan tamadun silam. ahli antropologi akan mendapatkan bantuan pakar kimia forensik untuk memperinci penemuan mereka dari sudut saintifik.

sosiologi ialah kajian tentang susun lapis (strata) masyarakat, adat resam, pantang larang, kepimpinan, nilai dan banyak lagi. seperti antropologi, pengajian sosiologi juga sangat luas seperti sosiologi pembangunan, sosiologi gunaan, globalisasi, jenayah, media, pendidikan dan sebagainya.

siswazah ansos memiliki pengetahuan yang sangat luas tentang kepelbagaian budaya dan tingkah laku manusia, serta kebolehan reka bentuk perancangan dasar sosial.

siswazah ansos berpotensi sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (ptd), pensyarah, penyelidik, pemimpin politik dan korporat, guru. pakar runding sosial dan sebagainya.

syaratnya hanya satu, belajar dengan tekun dan cintai ilmu, serta berazam meletakkan Islam sebagai teras kajian ansos kelak.


anon june 21

eko atau pp, dua-dua pun o k, yang penting masuk U dan pilih kursus yang dikehendaki dan laku kan?

matematik m bakal membantu sdra apabila di U nanti, insya-Allah

faizzudin said...

assalamualaikum cikgu,
saya nak minta pendapat cikgu..sekarang saya berada dlm dilema.. T_T
skrg sy berada di form6.aliran kemanusiaan..
sbjek yg sy ambik skrg pengajian am,bahasa melayu,muet,geografi,pendidikan seni visual..
masa f4,f5 sy brada dlm aliran science kejuruteraan.bile masuk f6 ni sy kne face dgn aliran kemanusiaan.
sy lansung takda pape basic.risau jugak,tp subjek seni tu yg buat sy tambah risau sbb sy rasa sy mcm takda bakat seni semulajadi,sy tak pandai melukis,mewarna apatah lagi,
cuma masa di f4,f5 saya ada ambik subjek lukisan kejuruteraan,tp sy tak rasa ianya membantu.sbb subjek LK ni lbih kpada mnggunakan alatan & ketepatan lukisan.
dalam hal ni,patut kah sy stay dalam class seni ni?pilihan class lain ada.iaitu class yg ada subjek pengajian perniagaan.tp malangnya class tu dah penuh.
bila sy ckp dgn ckgu mengenai masalah sy ni,ckgu seolah2 berkeras suruh sy stay class seni tu.maybe dieorg tanak tmbah kan kerja dieorg semate2 tok uruskan saya.
baru2 ni ckgu class dah bagi borang daftar subjek stpm.sy jadi mkin serba salah dan akhirnya terpaksa tick jugak subjek seni tuk dlm senarai subjek daftar stpm.
sekarang ni kiranya sy dah tak boleh nk berbuat apa2 lah ye?tp saya tak pasti bende tu dah di key-in ke belum dalam sistem.
harap cikgu sudi memberikan pendapat ckgu mengenai masalah sy ini..minta maaf jugak kerana ayt sy ini terlalu panjang.
terima kasih cikgu. :')

c said...

salam

psv bukan sekadar lukisan dan warna. terdapat falsafah, teori dan kaedah tertentu yang mesti dipelajari. dengan asas LK rasanya cukup membantu. disiplin reka bentuk terkini banyak menggunaan teknik janaan komputer (cgi).

siapa tahu rezeki sdra kelak dalam bidang kreativiti dan reka bentuk. tidak semestinya yang kita suka itu baik, dan begitulah sebaliknya.

lagi pun pgn am dan geografi juga banyak memerlukan lakaran. kalau bidang perniagaan sdra boleh pelajari tanpa mengambil subjek berkenaan semasa t6.

wallahu a'lam

Anonymous said...

salam, nk tnye,,saye dpt form six tahun nie but da missed tarikh entry dya,what should i do?can i apply next year ot have to make a appeal for 2013 intake?

cikgu azhar said...

salam

kes 'ketinggalan kereta api'lah, ya? sebenarnya tempoh rayuan untuk mendaftar 6 rendah sekolah awam sudah lama berlalu, iaitu sekitar bulan julai.

maka, sdra/i kena tunggu kemasukan 6 rendah tahun hadapan (mei 2013).

pilihan yang ada ialah berdaftar dengan sekolah swasta pada bulan januari 2013, terus ke penggal 2. nanti pada bulan januari 2014, sdra boleh mengulang kursus penggal 1.

cuba dapatkan kepastian muktamad jabatan pelajaran negeri (unit tingkatan 6)...

*white* said...

salam,oh..kiranya xde pe2 la ckgu..still can get in for next year intake?ke saye kna pergi pejabat pelajaran next year and bincang ngn pihak mreka?or just go to school like usual..trime kasih...

Arif said...

assalamualaikum cikgu...
saya dari sekolah vokasional...bolehkah saya mengikuti f6 selepas tamat SPM?
kerana saya tidak meminati bidang yang saya ceburi sekarang...
jika boleh...saya ingin mengambil jurusan kemanusiaan...
dan apakah syarat2nya?
Untuk pengetahuan cikgu...
saya sgt meminati subjek yg berkaitan sejarah dan berdasarkan fakta2...
adakah peluang pekerjaan seperti itu?

cikgu azhar said...

salam white

urusan dengan jpn dahulu

salam arif

boleh, tiada masalah
rujuk jpn

elok juga kalau arif ambil diploma berkaitan teknikal, kemudian baharu sambung ijazah dalam bidang kemanusiaan seperti pengurusan perniagaan, atau pengurusan teknologi (Unimap, Universiti Malaysia Perlis). Gabungan pengetahuan teknikal dan pengurusan akan memudahkan Arif dalam memilih pekerjaan atau masuk dalam dunia keusahawanan...

Nur Ain Otsman said...

Assalamualaikum cikgu. Sy pelajar stpm. Sy nk tanya,kalau kita nk ambil jurusan geografi/perhutanan, gred apa yg diperlukan untuk melayakkan kita ambil jurusan tu dekat U ???? U apa pula yg sesuai ???

Arif said...

owh...bolehkah kalau saya terus ambil f6?
sebab pemikiran saya tidak sesuai dgn bidang2 teknikal ni...dan mungkin saya perlu belajar asas2 bidang kemanusiaan dahulu??
lagipun saya betul-betul tidak meminati bidang teknikal...
buat pengetahuan cikgu,saya tersilap langkah masuk ke sekolah vokasional kerana mengikut kawan...:(

cikgu azhar said...

salam

nur ain

kursus geografi ditawarkan di um (fakulti sastera dan sains sosial), ukm (fakulti sains kemasyarakatan dan kemanusiaan), dan usm (pusat pengajian ilmu kemanusiaan. kursus perhutanan di upm, uitm (fakulti sains pertanian / perhutanan).

memandangkan persaingan tempat yang hebat, minimum geografi kena dapat A- atau B+. kalau sains perhutanan kena ada biologi.

jangan lupa dengan syarat umum untuk memperoleh pngk 2.8 ke atas dalam stpm.

wallahu a'lam

CIKGU AZHAR RODZI said...

salam arif

buat masa ini minat kena ketepikan. cuba dapatkan gred terbaik untuk semua mata pelajaran. lagi pun di peringkat pengajian tinggi termasuk kemanusiaan, pengetahuan teknikal dan kuantitatif membawa kelebihan besar.

bab silap langkah itu lupakan buat sementara, justeru hikmah yang tersembunyi lambat laun bakal terserlah jua...

Nur Ain Otsman said...

Terima kasih cikgu ,kerana sudi membantu.

Anonymous said...

salam cikgu ,nak tanya , sekolah sy d kelantan sekarang guru2 tengah gempur yg tgktn 6 sistem modular apabila ke tg 6 atas thn depan akn berpindah, menjadi satu bangunan ,contohnya sekolah2 yg akan bwerpindah mgkut daerah , katanya akn menjadi kolej pra universiti , contohnya sy dari skolah sultan ismail , bersama skolah smk raja sakti, smk kbgt kerian,akan berpindah thn dpn ke skolah panji ,kami akn duduk di asrama ..so , pelajar2 dari skolah panji akn dkurangkan untuk memberi laluan kpda kami ...kata guru sy , di negeri2 laen sdh mgmlkn perpindahan ini ,btol ke perpindahan ini akn berlaku tahun hadapan ?
mohon penjelasan dari cikgu , supaya sy dapat membuat persedian apbila perkara ini berlaku ...

echah said...

Salam, cikgu. Saya pelajar STPM tahun ni. Upper six. Saya ambil 5 subjek. P.am, ekonomi, p.perniagaan, perakaunan, mathematics S. Masalahnya sekarang, saya taktahu nak ambil maths atau tak. Ayah saya agak berharap untuk sy ambil maths plus dia kata lebih senang untuk masuk U. Tapi, saya tak pernah belajar. Hanya belajar kat tuisyen sbb sekolah tak tawarkan subjek ni. So, ada beza ke eh peluang untuk masuk U if saya ambil maths S or tak ? Ohh lagi satu, muet saya band 2. Dan saya dilema untuk repeat bulan mac 2013 atau tak :/ Ada harapan tak utk masuk U dgn muet band 2 ?

cikgu azhar said...

salam anony oct 27

ada macam2 versi cerita tentang kolej t6. setakat ini belum ada hitam putih kedudukan sebenar. barangkali ada projek rintis untuk menggabungkan sekolah kurang pelajar t6 di sebuah kolej dahulu.

bukan mudah untuk pindah begitu sahaja tanpa mengambil kira pelbagai perkara seperti prasarana fizikal dan pengurusan.

langkah yang lebih miunasabah ialah kolej berpusat untuk kohort 6 Rendah 2013 sambil sekolah yang berkenaan tidak lagi mengambil murid tingkatan 1.

dasar kementerian memang kolej t6, tetapi keputusan muktamad akan bergantung juga kepada perakuan pihak jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah

wallahu a'lam...

echah said...

Salam, cikgu. Saya pelajar STPM tahun ni. Upper six. Saya ambil 5 subjek. P.am, ekonomi, p.perniagaan, perakaunan, mathematics S. Masalahnya sekarang, saya taktahu nak ambil maths atau tak. Ayah saya agak berharap untuk sy ambil maths plus dia kata lebih senang untuk masuk U. Tapi, saya tak pernah belajar. Hanya belajar kat tuisyen sbb sekolah tak tawarkan subjek ni. So, ada beza ke eh peluang untuk masuk U if saya ambil maths S or tak ? Ohh lagi satu, muet saya band 2. Dan saya dilema untuk repeat bulan mac 2013 atau tak :/ Ada harapan tak utk masuk U dgn muet band 2

Anonymous said...

Salam cikgu. saya calon stpm modular dan subjek yg saya ambil adalah pengajiam am, geografi, pengajian perniagaan dan ekonomi. Jadi saya nak tahu, course ape yg sesuai dgn jurusan saya bila keluar dari stpm ni? Tq.

cikgu azhar said...

Salam

echah
kalau dah daftar, ambil sahajalah
kecuali kursus sastera tulen dan undang2. kebanyakannya ada kertas kuantitatif (mirip maths S) yang wajib lulus untuk grad. kata ayah tu memang benar.

muet bukan syarat masuk U, tetapi syarat untuk dapat ijazah. maksudnya, sebelum tamat pengajian, kena dapat minimum band 3. jadi, x perlu risau. tumpukan perhatian kepada stpm terlebih dahulu

anony nov 5

banyak kursus, bergantung kepada pngk dan syarat kursus pilihan. yang penting sekarang, skor seberapa baik yang boleh dalam setiap subjek yang diambil...

MengharapMardhatillah said...

assalamualaikum ckgu... sy ambil human resources di ipts... apa peluang pkrjaan nya? sy lpasan stpm dan tdk m'dpt tmpt d ipta sbb pointer 2.75 saja..

cikgu azhar said...

salam

akreditasi dan penarafan kursus @ bidang pengajian lebih penting daripada status sesebuah ipt (s/a).

kalau rasa x sedap hati, habis degree nanti sambung sarjana (setahun setengah atau dua tahun di ipta pula. insya-Allah ada jalnnya (macam lagu Maher Zain). Sekrang catat pngk terbaik dahulu!

cikgu disiplin kamu said...

baik xpayah amek bidang-bidang sastera mengarut ni..susah dapat kerja..kalo nak keja gomen pegawai tadbir ke pegawai kebajikan ke susah nak kena ada kabel..baiknya kome mintak jer ijazah pendidikan..ada pun bidang sastera..jgn dengor ckp cikgu ni..dia pun pergi pilih bidang perguruan dulu tak der kerja..baik suh student2 kamu amek ijazh pendidikan kerja senang. gaji banyak sbb gred ijazah..nak kawin dengan anak dara orang deme terus jer bagi sbb ada masa depan..aku cakap yang butul jer ni

cikgu azhar said...

terima kasihlah wahai 'cikgu disiplin'

cakap 'cikgu' memang benar dan memang tidak benar, maksudnya mungkin 50:50. "butul" apa ya?

kebetulan, sebentar tadi saya berjumpa junior saya, lulusan sastera sekarang ketua penolong pegawai daerah gred M52, anak kampung sungai tukang sidin.

kabel yang dia gunakan ialah kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah, serta doa.

sebahagian pelajar saya ambil sastera, ada yang sudah bergelar datuk, profesor dll.

kejayaan yang diharapkan daripada pendidikan bukanlah kekuasaan dan kekayaan, tetapi keredaan-Nya.

tiada bidang ilmu yang 'mengarut' kerana maksud hadith: kebijaksanaan ialah barang yang hilang daripada orang-orang yang beriman.

seperkara lagi 'cikgu', tidak usah terlalu pasti dengan sesuatu andaian, kalau bersifat dusta, bagaimana?

isu-isu lain sudah banyak disentuh dalam pelbagai wacana, sama ada bersifat ilmiah atau popular.

wallahu a'lam...

Jijie Ohsem said...

Assalamualaikum cikgu....

Saya nak tanya boleh ke kalau pelajar yang masuk aliran sains tulen semasa SPM , masuk aliran kemanusiaan untuk STPM??

cikgu azhar said...

salam

boleh, tetapi untuk tujuan apa ya?

Jijie Ohsem said...

saya ni lepasan spm 2012, saya punya subjek sains tak bagus sangat. Jadi abang saya suruh ambik Business Admin untuk Degree. Jadi kalau tak dapat Matrik saya ingat nak masuk Form 6 saja..

Anonymous said...

salam cikgu . sy nak tanya adakah pelajar ting.6 stpm baharu jurusan kemanusian berpeluang utk menyambung pelajran ke luar negara dgn bantuan biasiswa? jika boleh bgaimnakah caraya dan apa keputusan yg perlu sy dapatkan ? terma kasih .

cikgu azhar said...

salam jijie ohsem

mana tahu kalau nanti spm sains bagus. kalau gabungan perniagaan dengan sains boleh ambil perniagaan tani atau ekonomi sumber (upm) yang menganugerahkan B.Sc, berbanding dengan BBA di universiti lain.

salam anony dec 11

pengumuman sudah dibuat, tetapi perincian pihak jpa belum ada. kena dapat semua A supaya peluang lebih cerah, muet band 5. kalau berkesempatan ke putrajaya boleh singgah di bahagian penajaan pendidikan tinggi atau cuba buat pertanyaan terus di portal jpa.gov.my

Anonymous said...

Salam cikgu, saya sedang menunggu keputusan STPM, jika subjek yang saya ambil adalah PA,BM,Sejarah dan Pengajian Am apakah pengajian yang boleh saya ambil ketika mengambil degree nanti? keputusan Muet saya adalah Band 3. Dan saya boleh agak-agak keputusan pointer saya adalah setakat 3.20 sahaja.

Anonymous said...

Salam cikgu,saya sekarang sedang menunggu keputusan STPM, jika saya mengambil subjek-subjek seperti PA,BM,Pengajian Perniagaan dan Sejarah...apakah pengajian yang boleh saya sambung ketika pengambilan ijazah sarjana muda nanti? keputusan Muet saya adalah Band 3 dan saya mampu agak-agak pointer saya mungkin diantara 2.75 hingga 3.25 sahaja. apa2 jawapan pun saya akan terima drpd. cikgu kerana dilema ini amat membebankan saya...terima kasih cikgu!

cikgu azhar said...

Salam anony jan 2: 7/20 pm + 7.26 pm

Muet sudah o k

tahun lalu, pngk 2.8 dijamin tempat di ipta. pelajar saya sendiri 2.4 pun berjaya ke u m, ums, unimap: bidang pengajian yang belum popular seperti bahasa asing, pentadbiran kerja sosial dan pengurusan kejuruteraan.

tidak perlu bimbang dan berasa terbeban, kalau ada jodoh dan rezeki tidak ke mana-mana, insya-Allah...

Anonymous said...

salam.sir.kalau result muet band 2 bolehkah saya apply untuk degree dalam kos medic? saya daripada pelajar asasi. adakah saya tidak boleh mengikuti kos medik dalam bidang ijazah pada bulan 9 nanti? adakah keputusan muet ini mengganggu saya dalam permohonan upu nanti?saya memang ingin melanjutkan pelajaran dalam kos medic? macam mana situasi saya sekarang?buntu

Anonymous said...

salam.sir.kalau result muet band 2 bolehkah saya apply untuk degree dalam kos medic? saya daripada pelajar asasi. adakah saya tidak boleh mengikuti kos medik dalam bidang ijazah pada bulan 9 nanti? adakah keputusan muet ini mengganggu saya dalam permohonan upu nanti?saya memang ingin melanjutkan pelajaran dalam kos medic.kalau GPA saya dapat 4 flat adakah saya tak boleh sambung niat saya tu? macam mana situasi saya sekarang?buntu

cikgu azhar said...

salam

kursus 'medic' memang jadi rebutan sengit pelajar terbaik. cgpa 4.0 pun kena bersaing. tahun 2011 tiada calon yang dapat band 6 dalam muet di seluruh negara.

biasanya calon 'medic' minimum dapat band 4. dalam kes sdra, elok berjumpa dekan fakulti perubatan (atau paling kurang pegawai tadbir fakulti perubatan) untuk syarat pengecualian.

fakulti perubatan um, ukm, uiam, usm, upm, uitm, dan lain-lain hanya mengambil maksimum 100 orang pelajar setahun. ipts seperti msu, mahsa, allianz, masterskills dan quest juga terhad, tetapi syarat kemasukan mungkin lebih longgar.

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,

saya ingin bertanya yang manakah peluang kerja yang lebih luas samaada bidang linguistik bahasa asing atau antropologi dan sosiologi di Malaysia?.

apakah bidang linguistik asing boleh menyambung pengajian ke luar negara dan bolehkah graduan linguistik asing bekerja di muzium, perpustakaan, luar negara dan sebagainya?. Saya masih di dalam dilema sekarang

terima kasih.

Ashr, Fizi, Mizie, Arif, Pian... said...

assalamualaikum cikgu,

saya keliru dan tak tahu apa yang saya minati. saya kini mengikuti diploma bidang pengajian perniagaan di kptm, bangi. apa yang saya inginkan adalah peluang pekerjaan yang senang didapati pada masa akan datang nanti. jadi bidang apa yang sekarang lebih banyak cabang2 peluang pekerjaan ?

kirah n si pelik ^_^^^, said...

assalamualaikum cikgu,
saya ingin bertanya mengenai course di ipta..saya amat meminati bidang pengajian am.harapan utama saya ialah agar saya berjaya menjadi seorang guru pengajian am.namun begitu,saya agak runsing mengenai course yang sesuai diambil bagi membolehkan saya menjadi guru p.am..pada pendapat cikgu,bidang dan ipta manakah yang wajar dipohon bagi membolehkan saya menjadi guru p.am?setakat ini,kesemua ipta menawarkan kos sejarah,geografi,p.perniagaan,b.melayu..tapi bagaimana pula dengan p.am?harap diperjelaskan .terima kasih

cikgu azhar said...

Salam semua

Anony Jan 7: 2.09 am

peluang kerja bergantung kepada rezeki, kena banyak berdoa. sesetengah siswazah beroleh keputusan cemerlang, tetapi masih terperap di rumah. faktor perhubungan (contact) dianggarkan mempengaruhi 90% peluang mendapat kerja (ada kajian Ph.D tentangnya).

namun, sebagai ikhtiar, dapatkan pngk terbaik. peluang akan lebih cerah, insya-Allah

Ashr dan rakan

hakikatnya persaingan memang sengit. nilai tambah kelayakan akademik ialah kemahiran insaniah dan kepimpinan. kena rajin cari maklumat yang sah dan rebut kesempatan yang munasabah

kirah n si pelik

kursus sarjana muda pendidikan (pengajian am)ditawarkan di UPSI.
kena dapat PNGK terbaik dan keputusan Muet yang o k..

Wallahu a'lam

muhamad raiszan said...

assalamualaikum cikgu.

nak tanya. apakah peluang kerjaya untuk course sains sosial seperti sejarah, geografi, hubungan antarabangsa dan pembangunan sumber manusia? pegawai tadbir & diplomatik (PTD) ada peluang tak?

terima kasih :)

cikgu azhar said...

W.salam muhamad raiszan

ptd ada peluang, asal sahaja pngk terbaik dan menyerlah dari segi kepimpinan dan kemahiran insaniah

temu duga ptd termasuk ujian IQ dan personaliti, di samping ketahanan fizikal dan mental

kerjaya lain memang luas, tetapi persaingan begitu sengit. maka, x-factor dan doa yang tulus ikhlas mungkin memberi kelebihan...

Aliya Roslan said...

salam cikgu, sy masih di ting 5. di sekolah sy mgambil subjek elektif ekonomi asas, perdagangan, dan tasawwur. sy bercdang untuk msuk ke ting 6 nnti. ttpi sy mndapat tahu ada pra-universiti dimana lgi menjimat kan masa. iatu blajar selama 1 thun. sy jga kdang keliru. mankah harus sy plih. ting 6, diploma, pra-universiti? boleh ckgu terangkan laluan selepas spm bg aliran sy. thanks cikgu.

Pen Dan Kertas said...

assalamualaikum cikgu,saya mahu mengambil stpm 2013 subjek pengajian am,muet,bm dan sejarah...boleh kah ambil 3 subjek termasuk muet yang ke empat?

cikgu azhar said...

Salam

Aliya, tingkatan 6 guna sistem 3 penggal / semester, matrikulasi dan asasi mungkin antara 2 @ 3 semester bergantung kepada bidang pengajian.
Cuba capai gred terbaik bagi bm, bi, matematik dan sains, selain mata pelajaran elektif dalam spm supaya banyak pilihan selepas spm. Pilihan menjadi terhad disebabkan keputusan SPM yang sederhana atau cukup makan sahaja.

Pen dan Kertas

Masih tidak cukup satu kertas tuh. Pengajian Am dan Muet wajib, elektif boleh ambil pelbagai kombinasi termasuk ekonomi, perniagaan, matematik M, PSV, sains sukan dan banyak lagi.

hana piefiya said...

assalamualaikum cikgu..
saya sedang menunggu keputusan stpm. saya ambil pengajian am,bm,pengajian perniagaan,geo dan muet. saya ada masalh untuk memilih apakah kos sarjana yang saya hendak pilih,saya minati pengurusan alam sekitar. tapi keputusan stpm saya tak pasti ok atau tak. pikiran saya terganggu pikirkan masalah ini. harap cikgu dapat bantu saya.

hana piefiya said...

assalamualaikum cikgu..
apakah peluang kerjaya yang boleh saya dapat dengan mengambil pengajian am,geo,bm,dan pengajian perniagaan?

cikgu azhar said...

salam hana,

kalau pngk 2.8 ke atas, insya-Allah o k; kalau kurang daripada itu kena cermat memilih kursus kerana persaingan yang sengit. dijangka awal mac keputusan stpm terminal diumumkan.

peluang kerjaya bergantung kepada pencapaian semasa kursus sarjana muda dan pengkhususan akademik.

Kombinasi mata pelajaran yang menarik, bidang pilihan pun banyak.

Wallahu a'lam...

NUR NISSA NAJWA said...

assalamualaikum cikgu,,,
saya pelajar SPM 2012,, cita2 saya ingin menjadi seorng guru matematik,,, tapi saya tak tahu bagaimana hala tuju nye,,, nak sambung belajar di mana?? klau mohon IPG ia hanya untuk kelayakan pendidikan rendah manakala saya ingin menjdi cikgu bagi pendidikan menengah... adakah saya harus sambung ke tingkata 6 ,, atau ke IPTA ,,, atau ke MATRIKULASI???

tolong bantu sy,,,

cikgu azhar said...

W. salam nur nissa

1 matrikulasi KPM, 2 asasi UM

3 tingkatan 6, pngk 3.5 ke atas untuk memohon ke upsi

Nur said...

Assalamualaikum cikgu azhar,

sy baru lps dpt result spm dlm bidang sains tulen dan ingin sambung belajar di Form6. tapi sy tak pasti nak ambil jurusan apa. saya ada byk soalan nak tanya kpd cikgu berdasarkan result spm sy dan harap cikgu boleh email sy di yayadiamonique@gmail.com
Terima kasih cikgu.

Machrus Lo said...

Hai cikgu
Sya lpsn spm 2012..sy mnt sgt dgn subjek geografi..sy brcdg nak msk tgktn 6 utk ambl sbjk geografi dan sejarah..spm sy dpt A+ utk sbjek geografi dan A utk sbjek sejarah...blh x cikgu bg cdgn kpd sya course apa yg ptt sy ambl bla dah smpai universiti..klu blh sy nak awbl brkaitan dgn geografi..n krjaya pun nak brkaitn dgn geografi..dan jga universiti yg mne yg ptt jd plhn sy..

Sy da byk soalan nak tny cikgu..kalau blh sy brhrp sgt cikgu dpt email dgn sy.
machruslwc@gmail.com

From:Machrus Lo

cikgu azhar said...

Hai Machrus Lo

tahniah atas pencapaian cemerlang spm

UM: fakulti sastera dan sains sosial

UKM: fakulti sains kemasyarakatan dan kemanusiaan

USM: pusat pengajian ilmu kemanusiaan

kursus geografi ditawarkan di bawah fakulti yang tersenarai. tentang kerjaya, kena capai pngk terbaik semasa di universiti

selamat maju jaya Machrus Lo

cikgu azhar said...

Salam nur

e-mel ke ibnurodzi@gmail.com

Ukhty Anisa said...

salam cikgu....
saya pelajar spm'12 nk tanya,kalau aliran kemanusiaan ni boleh sambung architecture ke?
kalau saya ambil p.perakaunan dan lain2 boleh sambung sarjana bahagian law tak?

cikgu azhar said...

salam

boleh jika memenuhi syarat kemasukan, terutama matematik, sc, BI. jalan lain ialah memohon kursus persediaan (pradiploma) UiTM terlebih dahulu.

undang-undang ialah kursus kritika untuk ipta, kena capai pngk 3.8 ke atas, dan muet band 4. namun, ada sedikit kelonggaran untuk uni. komprehensif seperti uum, unisza.

Anonymous said...

salam cikgu, cgpa stpm sya xbrpa bgus dpt 2.58 je..sy ada pluang msuk U ke? kawan sya ckap kalau bdang sains sosial ada pluang dpt msuk yke? sya aliran ekonomi..sya bole apply kos eko jgk?? :(

Anonymous said...

emm,semekom?sya nk tnya ni klau ambik geo n sejarah dlm t.6 adkh prlu bljr kdua-dua aspek cnthnya..geo kn trbhgi2 iaitu geo yng brkaitn dgn kdr prtmbhn mnsia dn geo yg 1 lgi psl kerak bumi?jstru itu,CGPA itu apa ye?cgpa kt t.6 xcma mcm skolh mnngh ke?

Norman Mikhael said...

Salam Cikgu...

saya adalah lulusan spm pada tahun 2008. sekarang dah berumur 23 tahun..jika saya masih nak ambil stpm adakah masih boleh? dan apakah langkah setrusnya perlu saya ambil..saya minat P.A, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, MUET. adakah saya boleh masuk ke jurusan Pegawai Tadbir Diplomatik?

dayah :) said...

assalam..

ckgu sye dpt jurusan kmanusian n slpas abis stpm sye nk amik jurusan pengajian bank olh tu antra bnyk2 pilihan mata pljran mne yg patut sye amik..

CikShaa said...

Assalamualaikum cikgu. Sy nak tanya pendapat cikgu dan sy harap ckgu boleh beri maklum balas scepat mgkin.. Sy dapat tawaran ke ting6. Dan sy berminat nk smbng ke form6.. Plihan sub ape yg patut sy pilih? Sebab bila hbs stpm nnti sy nak smbng ijazah dan sy nk jd pensyarah. Jd pd pndgn cikgu, sub ape yg patut sy amik bersesuaian dgn cita2 sy?? Harap dpt blas :)) thanks!

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu. saya berminat mahu ambil perakaunan di university selepas tamat stpm nanti.. cikgu saya nak Tanya selain subjek perakaunan,subjek apa yang perlu diambil semasa stpm cikgu? saya dapat aliran kemanusiaan.

Anonymous said...

salam cikgu. kalau saya nak sambung untuk degree dalam seni bina, aliran apa ya yang saya patut ambil masa form6?

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,cikgu! apakah itu kemahiran insaniah??

bella said...

Assalammualaikum cikgu ! saya tengahh pening nih , betul kah pilihan saya masuk form 6 ni ? sebab saya rasa saya akan tolak tawaran uitm . sebab parents saya kat after stpm it would easier for me to fo to any university's .

cikgu azhar said...

Salam,

maaf atas maklum balas yang agak lewat, terdapat masalah teknikal sedikit tentang sambungan jalur lebar.

Anony March 31:

Insya-Allah jika ada rezeki. beberapa pelajar saya dengan pngk 2.4 pun masih berjaya ke ipta, sebahagiannya panggilan kedua.

Apr 23:

Sistem modular ikut penggal. Misalnya geo. fizikal pada penggal satu. CGPA (pngk) ialah purata nilai gred kumulatif), iaitu purata GPA bagi setiap mata pelajaran. misalnya A = 4.00, A- = 3.70;
B+ = 3.33; B = 3.0 dan seteusnya.

Norman Mikhael:

Tiada had umur ambil mana-mana peperiksaan awam. caranya beli nombor PIN di BSN, kemudian daftar secara atas talian di laman sesawang mpm.edu.my

PTD juga sama, kecuali jika sudah tiba usia bersara. kelayakan akademik ijazah pertama pngk 3.5 ke atas dan lasak dari segi jasmani.

Dayah:

Pengajian Am, Muet, Perniagaan, Ekonomi, Akaun. Boleh juga mata pelajaran elektif yang lain.

Cik Shaa:

Banyak bidang pengkhususan. yang utama cata pngk terbaik semasa stpm, ijazah.

Anony apr 25: 1:07

Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Perniagaan

Anony 2:34

jurusan sains: Pengajian Am, Muet, Fizik, Kimia, Matematik T

Kemahiran insaniah (soft skill) seperti kepimpinan, keperibadian unggul, ciri interpersonal yang mantap

Bella:

UiTM sudah pun sebuah universiti. kursus diploma juga sebagai laluan untuk ijazah. kalau sesuai terima sahaja. beza dengan stpm ialah pengkhususan yang lebih awal.

kalau di persimpangan, istikharah. pendapat ibu bapa benar, tetapi keputusan akhir masih di tangan bella, bukan?

Wallahu a'lam...

Tyqa Daut said...

salam , sy dpt form 6 (kemanusiaan)

sy tidak fhm sgt psl subject tu ...

dlm form 6 , subject teras tu bm , bi , pngajian am , muet ... ? *ada lagi ke subject teras ?*

subject yg elektif ? apa ?

kalau sy ambil subject yg saya minat sahaja boleh ?

kalau saya ambil sub teras + maths (M) , maths (T) , futher maths ( sub elektif )
boleh tak ? or hanya student yg aliran science shj boleh ambil sub tu ?

*maaf soalan sy agak byk

Anonymous said...

as salam cikgu saya punya result stpm 2012 2.75...tgh takot ni coz tahun lps result 2.8 keatas layak ke universiti..cam ne pula tahun ni..dan saya minat juga utk sambong ke peringkat ijazah sarjana muda pendidikan moral di upsi..adakah saya layak..harap sudi membantu..

Anonymous said...

salam ckgu...sya nk mntk pndpat ckgu...sya lpsan spm 2012 dn student sains..sya dpt twaran matrik di jhor...tp sya lbih berminat untk msuk form6...tp adakah sya lyak untk msuk f6 krna sya tdak ditwarkn f6?? sya dh buat prmhonan ke f6 tp ckgu rsa sya bley ke dpt f6?? sya brmnat untk ambik aliran sains di f6...tp sya risau xbley bwak..rsult spm sya (math=A+,bm=A,sej=A,ag=A,addmath=B+,bio=B, kmia=C+,bi=C,physic=D)..so sya nk mntk pndpat ckgu aliran sains lyak ke dgn rsult sya...hrp ckgu dpt mmbantu...

tika said...

Salam-sya bru lpas spm...sya kliru nk msuk f6 ka tdk.sya dgn gred lulus dlm sbjek bi...da kah sya ptut msuk f6???

eddy said...

Assalamualaikum ckgu,,sy student spm2012 science(bm a+,,sj a,,bi a-,,pai a-,,bio b+,,tasawwur b+,,math b,,physic c+,,chem d,,addmath g)...sy dpt tawaran tingkatan 6 aliran science,,,sy nk tahu subjek yang ditawarkan utk aliran science f6,,adakah sy mampu bawa subjek tersebut or adakah patut sy tukar aliran???

tq~~~MAY ALLAH BLESS US~~~

ras said...

Salam ckgu....sy student science stream n i want 2 further study kat form 6,,sy dapat tawaran form 6 aliran science,,,i'm not sure nk continue form 6 atau tunggu upu coz result spm sy mmg teruk 4 certain subject...sy fail addmath,,chem dpt d n math dpt b...subject yg lain semua ok...sy tau utk subject science pasti banyak yg mggunakn pengiraan sedangkn sy x pandai...so apa pndapat ckgu??? n sekiranya sy sambung form 6 science apakah jaminan peluang kerjaya sy pada masa hadapan...
tq vry mch....

ell said...

cikgu, saya lepasan spm 2012. saya pelajar aliran sains teknikal semasa ting. 5 saya dpt tawaran ting. 6 aliran sains. saya behasrat nak tuka ke aliran kemanusiaan. masalah saya sekarang saya keliru nak masuk form 6 ataupun diploma, saya meminati bidang kejuruteraan. apa pendapat cikgu?

salbela said...

Salam....ckgu nk tnya klaw nk msuk snjrna mda,kna msuk jrusan mna??

cikgu azhar said...

Salam

Tyka Daud,

Subjek teras / wajib STPM: pengajian am, muet. elektif banyak, tetapi kalau di sekolah kena pilih pakej mata pelajaran yang disediakan. kalau mahu ambil m.pel lain kena daftar sendiri dan belajar di luar sekolah.

Matematik M untuk jurusan kemanusiaan, matematik T jurusan sains.

Anony apr 26,

insya-Allah jika ada rezeki. sebenarnya 2.8 dijamin tempat, tetapi kalau lebih rendah masih boleh masuk dengan syarat ada kekosongan dan bersesuaian dengan merit yang dikehendaki.

Anony apr 27,

teruskan matrik sahaja dan cuba capai pngk 3.00 ke atas. sekadar saranan, keputusan akhir masih pada diri sendiri.

tika,

tidak mengapa, BI boleh diganti oleh muet, janji fokus.

eddy,

boleh 'shopping' dahulu, nanti apabila sudah jelas, buatlah keputusan yang terbaik. maksudnya daftar t6 sains dahulu.

ras,

dengan syarat kena berusaha berlipat kali ganda untuk matematik tulen (add math), boleh teruskan kerana kebanykan kursus uni. memerlukan kaedah kuantitatif termasuk jurusan kemanusiaan.

ell,

mohon dahulu dip. kejuruteraan. lebih elok kelak ada ijazah berganda: teknikal dan pengurusan sebagai contoh.

salbela,

semua kursus pra-U: t6, matriks, asasi dan setraf ialah laluan utama kursus sarjana muda (ijazah pertama). kelayakan sijil dan diploma (poli, UiTM) ialah laluan kedua.

Wallahu a'lam...

shaf said...

cikgu. antara diploma dengan form 6. yang mana lagi okay?
saya keliru.

nur said...

ramai yang memberi pendapat kepada saya form6 lagi better bebanding diploma. betulke cikgu?

Anonymous said...

Salam..sy dapat tawaran form6 2013 ni aliran kmnusiaan..tapi sy x sure nk ambil ke x...sy sgt lemah dlm subjek math...math sy mse spm D..kalo bole ade apa2 yg berkaitan dgn math sy xnk amik taw...kalo sy nk amik stpm ni subjek ape yg patut sy pilih ye?

fiqa pyqa said...
This comment has been removed by the author.
fiqa pyqa said...

assalamualaikum...cikgu..
saya ada soalan....sy nk tmbh kn pegajian bahase mandarin ??pengajian am,muet,ekonomi matematik,pegajian perniagaan... tp dh ad 5 subjek mcmmne??

terima kasih....

tika said...

Ckgu..apa beza bi dgn muet??klaw sya nk smbng dplma srjna mda,aliran mna yg ptut sya ambik??

perempuan said...

salam cikgu , sy dpt aliran kemanusiaan , tp result spm saye dpt kepujian ttinggi dalam bm , mth , cs , ekonomi asas , agama islam ,sejarah , prdgangn , tswwur islam . tetapi failed dlm sub inglish :( mate plajaran mane yg patut sy ambil ? hmm

cikgu azhar said...

Salam

shaf, nur

kedua-dua diploma dan t6 laluan ijazah sarjana muda. dip. khusus lebih awal, tetapi t6 lebih bersifat umum dan terbuka.

anony 29/4

kebanyakan kursus pengajian tinggi termasuk sastera dan kemanusiaan (misalnya ekonomi, geografi, psikologi, dll menggunakan kaedah kuantitatif. tidak boleh elak daripada asas matematik. untuk stpm boleh ambil bm, sejarah, perniagaan atau psv (selain pengajian am dan muet)

fiqa pya

boleh ambil 5 mata pelajaran, asal sanggup tanggung. sebab, setiap mata pelajaran kena kerja kursus

tika

muet ialah ujian bahasa inggeris untuk uni. di malaysia (ipta tempatan), english SPM untuk seluruh dunia. semua aliran ada laluan sarjana muda

perempuan,

kena berusaha kuat untuk muet, sebab syarat pengijazahan ialah minimum band 3 muet. mata pelajaran lain lebih mudah dibaiki, insya-Allah.

Wallahu a'lam...

Bryenda said...

Hi cikgu, boleh tanyakah. Jika saya berminat untuk sambung degree dalam undang- undang selepas f6 ni. Mana satu pilihan yang boleh saya pilih?

SyAr!fAh nUr AiN said...

salam cikgu..sy nk tanye,baru2 ney sy dpt tawaran utk sambung blaja ke tingkatan enam..skarang sy konfius nk ambik atau x sbb sy dpt jurusan sains..sedangkan sy x minat sains..tp sy minat sgt matematik...jurusan pe yg sesuai utk sy ambik ?

Nurul Ain Azmi said...

assalammualaikum cikgu, saya dapat jurusan kemanusiaan. saya masih dalam dilema untuk memilih 3 kombinasi subjek seperti Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Matematik S, Pengajian Perniagaan /Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Matematik S, Perakaunan / Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Bahasa Melayu, Sejarah... antara 3 kombinasi subjek ni, yang mana ada banyak peluang pekerjaan? dan yang mana boleh saya apply psikologi?

Anonymous said...

selamat sejahtera cikgu...jika saya memilih mata pelajaran Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Matematik S, Pengajian Perniagaan...masuk universiti nanti saya boleh masuk bidang apa?
kalau lepas spm nk kerja boleh cari jenis kerja apa?

Anonymous said...

Salam. saya dapat bidang kemanusiaan. saya lemah dalam matematik dan geografi, saya nk tahu, selain 5subjek wajib dlm stpm, ada tak subjek lain yg ada dlm stpm? saya ada terbaca satu blog kata ada subjek tassawur islam/islam syariah/bahasa arab. adakah saya wajib utk memilih salah satu darinya? atau sya tk perlu pilih langsung? dan jika saya masuk form6 saya hanya perlu belajar 5subjek sahaja ke? atau ada subjek tambahan yg lain? Saya sangat keliru. Salam.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, saya merupakan pelajar science stream, keputusan spm(2012) saya: bm=b+, sej=a, math=a, ag=a, bi=b, chemist=b, addmath=c+, bio=c+, physic=c+. Saya telah mendapat tawaran f6 utk aliran sains. Tapi ibu bapa saya menyuruh saya untuk menukar aliran sekali gus menukar sekolah kerana sekolah yg ditawarkan itu jauh dari rumah saya. Saya dalam keadaan keliru kerana pendapat mereka bercanggah dgn pendapat saya. Jika saya memilih utk menukar aliran yg ditawarkan ke aliran kemanusiaan yg ada subjek sejarah dan geografi, apakah jenis pengajian yang akan saya sambung selepas tamat stpm utk membuat degree dan apakah contoh pekerjaan yang bakal saya lalui? Dan jika saya memilih utk tetap dgn aliran yg ditawarkan adakah peluang saya lebih cerah dan mudah utk dibawa dgn result spm saya?

mohon penjelasan, penerangan dan pendapat. Terima kasih :)

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,,
saya dpat jurusan sains tingkatan 6,, blh cikgu beritahu apa2 subjek bgi jurusan sains tingktan 6? Lagi pun,, sya mmg minat dgn sains ni..

Anonymous said...

Hi Cikgu,
Saya sekarang dalam delima. Saya dapat tawaran tingkatan 6 dalam jurusan kemanusian. Saya memang gembira sangat dapat masuk form 6 tapi masalah subjek yang ditawarkan di sekolah saya amat terhad iatu antara geografi dan seni. Jika ambil geo maka subjek yg diajar ialah geo,p.perniagaan,bm dan p.am begitu jugak jika ambil seni. Masalah nya kat sini, saya nak ambil geo tapi bukan sebab saya minat sbb sya tak mahu susah2 tukar sekolah smata-mata nak ambil subjek yang saya gemari iatu sejarah . Cikgu rasa boleh kah student cam saya ambil geo sdgkan waktu tingkatan 4 dan 5 saya langsung tak belajar dan ambil subjek geo. Tolonglah reply comment saya ni Cikgu. Terima Kasih

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu..saya dapat tawaran ke tingkatan 6..jurusan sains.tapi saya nak tukar jurusan sastera..masalah sekarang ialah kawan saya cakap peluang pekerjaan bagi jurusan sastera ni susah..saya tak tahu jurusan mana yang saya patut pilih..whether sastera , kemanusiaan or ekonomi..saya harap cikgu dapat bantu saya memilih jurusan yang tepat untuk saya..Terima kasih :)

cikgu azhar said...

Salam

Maaf semua kerana maklum balas yang lewat sebab masalah teknikal. Esok, 8/5 sudah mahu mendaftar

Byrenda:

Kalau LLB di IPTA cuba capai pngk 3.8 ke atas dan muet band 4 (UM, UKM band 5), bersamaan 3A, 1A- semasa STPM;

SyAr!fAh nUr AiN:

kenapa x minat? peluang biasiswa lebih luas untuk pelajar sains. Kalau masuk kemanusiaan, matematik M, sains: matematik 2

Nurul Ain Azmi:

peluang kerja? bergantung kepada pencapaian pngk dan kemahiran insaniah. bidang psikologi lebih mudah jika kukuh dalam matematik dan statistik, tetapi masih boleh bm (ganti math M) kerana cabang psikologi sangat luas, termasuk psikologi industri, sosial, perniagaan, dll.

Anony may 2:

Banyak pilihan, asal sahaja pngk terbaik. senarainya terlalu panjang sebab kelulusan STPM belum terlalu mengkhusus seperti asasi @ matrik

Anony May 3:

Kertas wajib: Pengajian Am, Muet. kursus elektif ikut pakej sekolah, atau daftar untuk belajar sendiri / tuisyen. kertas yang kurang penekanan kuantitatif: bm, sejarah, psv, kesusasteraan melayu

Anony may 4:

ibu bapa hanya memberi saranan berdasarkan pengalaman peribadi @ rakan, tetapi keputusan akhir di tangan sdra/i. gunakan tempoh dua minggu pertama untu 'shopping' sebelum membuat keputusan kekal di sains atau bertukar jurusan. kalau lihat keputusan SPM masih boleh bawa jurusan sains, namun tuan punya diri lebih maklum akan keupayaan diri sendiri.

Anony may 5:

Pengajian Am, Muet, Matematik M, Kimia, Fizik / Biologi

Anony May5, 7:43

Tiada masalah tanpa asas semasa SPM. Syaratnya belajar dengan bersugguh-sungguh.

Anony may 6:

Cakap kawan boleh dengar, tetapi tidak mesti diterima bulat-bulat. cuba dulu jurusan sains dalam tempoh rayuan (2 minggu) sebelum membuat keputusan muktamad.

Wallahu a'lam

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. Saya nak minta pendapat cikgu. Saya telah ditawarkan jurusan sains dlm form6 dan telah mendaftar pagi tadi.setelah mendengar penerangan cikgu form6 tadi, saya berasa tidak yakin untuk ambil jurusan sains.ini kerana saya hanya mendapat 4A dlm spm dan yang lainnya credit kecuali kimia dan addmath. Tapi sy lulus kesemuanya.
saya telah ambil keputusan untuk tukar ke jurusan kemanusiaan. ini kerana saya berminat untuk menjadi peguam. Antara subjek yang saya mungkin akan ambil pa, eko, bm, sj, muet. Adakah subjek2 ini membolehkan saya untuk diterima ke universiti nanti dlm bidang undang2 sekiranya saya dapat skor pointer 3.5 ? Selain itu, tentang subjek ekonomi, adakah banyak melibatkan pengiraan? Saya agak lemah dlm pengiraan dan saya lebih kepada menghafal. Saya juga ingin bertanya jika saya tidak mengambil subjek matematik , adakah peluang saya untuk menyambung pengajian makin kurang? Tolong saya cikgu. Saya benar2 dalam dilema sekarang.

mel said...

selamat sejahtera cikgu,saya sedang mengikuti orientasi tingkatan 6 buat waktu ini sementara menunggu keputusan rayuan matrikulasi.namun masalahnya,saya dalam dilemma kerana sekiranya saya ditawarkan matrikulasi ,mampukah saya mengikuti pelajaran di sana memandangkan intake matrik kali kedua agak lambat,dan lebih lebih lagi dengan keadaan saya yang ingin menukar ke jurusan perakauan dari jurusan sains.mampukah saya yang tiada pendedahan langsung tentang perakauan[masa form 5,pelajar sains tulen,tak ambil akaun]boleh cope up?terima kasih cikgu...

Anonymous said...

selamat sejahtera cikgu,saya sedang mengikuti orientasi tingkatan 6 buat waktu ini sementara menunggu keputusan rayuan matrikulasi.namun masalahnya,saya dalam dilemma kerana sekiranya saya ditawarkan matrikulasi ,mampukah saya mengikuti pelajaran di sana memandangkan intake matrik kali kedua agak lambat,dan lebih lebih lagi dengan keadaan saya yang ingin menukar ke jurusan perakauan dari jurusan sains.mampukah saya yang tiada pendedahan langsung tentang perakauan[masa form 5,pelajar sains tulen,tak ambil akaun]boleh cope up?terima kasih cikgu...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu . saya da msuk form 6 dan skarang masih lg orientasi.saya nak tnye ape perbezaan subjek ekonomi dgn sejarah .? saya dpt math c dan saya tk amek subjek add math . saya layak tak amek ekonomi .?

cikgu azhar said...

Salam

Anony May 8 (12:49):

pilihan mata pelajaran itu sudah tepat. tiada masalah tanpa matematik. kalau boleh cuba capai pngk 3.8 ke atas (minimum 3A, 1A-), serta muet band 4. pengiraan dalam ekonomi bukan susah sangat. beri fokus dalam kuliah, kemudian banyakkan latihan kecekapan (ujian masa)

Mel:

Tiada masalah ambil akaun tanpa asas semasa SPM. Perkara utama ialah belajar dengan tekun, beri tumpuan dan bayak membuat latihan kendiri, insya-Allah

Wallahu a'lam...

mel said...

terima kasih cikgu..

damon said...

salam cikgu,
saya pelajar form 6 aliran kemanusian..sekarang saya dlm dilemma dalam memilih matapelajaran antara ekonomi atau sejarah.saya lebih berminat dalam ekonomi namun cita2 saya adalah peguam.ada yang mengatakan sejarah merupakan matapelajaran yang wajib diambil sekiranya berminat dalam jurusan undang undang..adakah sekiranya saya mengambil ekonomi peluang saya untuk menjadi peguam tipis?mohon pendapat cikgu..terima kasih cikgu..

cikgu azhar said...

Salam,

Damon:

Betul, sejarah ialah kertas penting untuk permohonan kursus undang-undang. namun,jika pngk 3.8 ke atas dan muet band 4 tiada masalah walaupun daripada jurusan sains.

pertimbangan paling utama ialah pngk terbaik. maka, pilih kertas yang paling berkemungkinan boleh dapat A.

Wallahu a'lam...

damon said...

thanx a lot cikgu..

aidonnn said...

Assalamualaikum cikgu,
kalau misalnya saya nak sambung mathematics in degree, aliran kemanusiaan boleh bawa saya ke sana tak ? Saya risau sebab saya tak berapa minat aliran sains, jadi saya masih ragu-ragu.

cikgu azhar said...

Salam,

Aidonnn

Matematik M untuk kemanusiaan lebih berupa aplikasi kuantitatif untuk pengajian tinggi, misalnya sebagai persediaan program ekonometrik, ekonomi statistik, psikologi, kaji cuaca, dll.

masih boleh buat 'double major' di UPM, B.Sc Ekonomi Sumber.

kalau Maths T boleh bawa, rasanya akan membantu untuk Fizik dan Kimia.

Wallahu a'lam...

xxx95 said...

haluu...cikgu...cita2 sy adalah pakar eko namun dlm masa yg sama sy meminati bidang aircraft maintenance...sy mdpt twaran jurusan kemanusiaan dlm ting 6...sekiranya sy ingin mengambil keputusan utk meneruskan bhgian ekonomi..apakah subjek yg cikgu boleh cdgkn kpd sy???utk pgetahuan cikgu sy x meminati subjek bhgian fakta...mnat sy belajar adalah 60% bhgian pengiraan N 40% bhgian fakta...tolong........ :)

@mer-smith said...

As'salamualaikum,saya pelajar stpm 2013 thn n,saya ambik mata pelajaran.PENGAJIAN AM,BAHASA MELAYU,MUET,SEJARAH,SENI VISUAL,saya nak tanya pendapat cikgu, selepas saya tamat stpm nanti,jurusan apa yang saya dapat sambung.

eiyra163 said...

salam cikgu.. antara seni dgan ekonomi mana lg bgus ambil?/sya da keliru la... ekonomi susah x??

Anonymous said...

salam cg. klaw kita amik jurusan kemanusia pastu kita amik sub pengajian am + muet + sej + geo + mate bleh tak?

athirah said...

salam , saya minat bidang rekabentuk dalaman . adakah tingkatan 6 kemanusiaan bole jadi 1 platform utk saya sambung ijazah bidang tu ??

cikgu azhar said...

Salam,

xxx95:

pengajian am, muet, ekonomi, pp dan salah satu bm / sejarah / matematik M

@mer-smith:

banyak bidang, bergantuk kepada pngk stpm nanti. jadi, cuba capai pngk terbaik.

eiyra163:

bergantung kepada minat, cita-cita dan keupayaan. susah @ senang perkara relatif, tidak sama antara individu.

anony may 15:

o k, tiada masalah. cuma, matematik M kena banyak buat ujian masa bagi mencapai kecekapan.

anthirah:

boleh, terutama kalau ambil psv. kursus reka bentuk dalaman ditawarkan oleh UiTM.

Wallahu a'lam...

amanina said...

salam cikgu azhar, sy mohon pencerahan dari ckgu.. sy dpt twaran ke form6 bagi sesi 2013 dalam bidang kemanusiaan. sepatutnya sy perlu daftar masuk pada 8 mei tp sy tk berbuat demikian sbb nak tggu result UPU dulu. lagipun sy masih berbelah bahagi ttg ni. akhirnya, result UPU pun keluar dan dukacitanya sy tk dpt. sy buntu ckgu. setelah berbincang dgn ayah, ayah nasihatkan sy utk mohon IPB utk pra-diploma. apa yg perlu sy buat? ayah ckp f6 susah. sy keliru sgt2. mohon petunjuk dari cikgu.. tq

Jc said...

Saya dpt alarm sains tapi cikgu sekolah saya harap saya tukar ke aliran sastra sebab aliran sains sangat susah...cikgu adakah saya putut tukar aliran?

Anonymous said...

salam cikgu..
saya sekarang ni keliru.. pilihan mana yang lebih baik ya? f6 ataupun kolej poly-tech mara memandangkan upu dan matrik saya tidak berjaya.
saya dapat aliran kemanusiaan..
adakah sijil kptm tu nanti boleh digunakan untuk peringkat ijazah sebab saya takut sijil tu tak laku?
sekiranya saya tamat belajar di kptm, adakah saya boleh masuk ke universiti untuk peringkat ijazah?
atau akan dikenakan syarat2 tertentu?

Anonymous said...

Asslmualikum cikgu,saya mndapt twaran ting 6 dalam jurusan kmanusiaan bgi thun ini.tetapi saya keliru nak ambil subjek apa agar saya dapt mencapai cita2 saya sbagai seorang peguam. di sekolah saya menawarkan subjek: P.AM,P.PERNIAGAAN,EKONOMI,SAINS SUKAN,P.SENI,B.MELAYU,KESUSASTERAAN MELAYU,SEJARAH dan GEOGRAFI.saya amat meminati bidang undang-undang dan hnya tingkatan 6 lar laluan saya spaya dpt melayakkn diri ke ipta, apbila saya tdk layak dlm prmohonan upu. berbeza dngn rakan2 saya yg tlah mndpt tmpt di ipta, tdk kurang jga yg mndpat asasi undang-undang :(

cikgu azhar said...

Salam

amanina,

t6 jika x daftar 8/5 kena buat rayuan di jpn, bukan di sekolah. institut profesional baitul mal o k jika dapat buat kursus profesional seperti ACCA (perakaunan) atau ICSA (kesetiausahaan).

Jc,

Jika math o k, teruskan sc, jika sebaliknya terpulanglah jika masih sanggup bekerja lebih kuat daripadaorangyang cekap

Anony may 18,

KPTM di bawah Mara, boleh sambung di UniKL, atau UiTM dan juga mungkin IPTA dengan syarat pngk terbaik sepanjang tempoh pengajian

Anony may 19:

Pengajian Am, Muet, Sejarah

dua lagi boleh pilih, misalnya BM, PP @ ekonomi. sasaran pngk ialah 3.8 ke atas untuk R U, atau minimum 3,4 untuk u komprehensif.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Assalammualaikum ckgu, mohon pncerahan disini. Sy dpt twaran diploma frmasi du unikl tp sy takut tak boleh bawa. Jd, sy buat rayuan ke f6 mmandangkan sy mnolah twaran matrikulasi. Sy bimbang jika rayuan sy ditolak krana rata2 smua skolah yg mnempatkan plajar f6 kmansiaan agak penuh. Adkh sy brkemungkinan mndpt tmpt untuk blajar.? Sayu lg sy keliru antra sc sosial dan ekonomi? Sc sosial tu Pengajian am ke?. Tkasih cikgu :)

cikgu azhar said...

W.salam

t6 mula2 sahaja penuh, nanti sebahagian pelajar akan ke ipta, kolej @ kursus kemahiran.

ekonomi ialah salah satu bidang sains sosial.bidang lain ialah sejarah, antroplogi & sosiologi, dan banyak lagi...

esther eugenie said...

salam..sy nak tnya,apa subjek yg perlu sy ambil semasa di tingkatan 6 sekiranya slpas stpm sy nak smbung U dlm bidang kejuruteraan awam?? lgpun sy dah ada asas utk lukisan kjrtraan & pngajian kjrtraan awam smasa d skolah mnengah...stu lg nak tanya..boleh kah sy mngambil subjek yg x ditawarkan d sekolah sy?mksud sy,semasa stpm sy mngambil paper sbjek yg x ditawarkan dan sy hanya belajar sendiri utk sbjek itu..

azizan hafiz said...

assalamualaikum cikgu,

sy pljr tingkatan 6 aliran kemanusiaan n baru msk thn ni..so sy cuma nk tnya agak2 cikgu la brpa pointer yg sesuai untuk apply degree tesl at universiti sebab sy berminat sgt dlm bidang pendidikan..n ada x mana2 peluang nk smbg degree tesl at oversea..mohon pencerahan cikgu.time ksh :)

cikgu azhar said...

Salam

esther eugenie,

fizik, kimia, matematik T (selain pengajian am, muet). boleh ambil kertas lain, tetapi belajar sendirilah. syabas kerana telah menetapkan tujuan lebih awal.

azizan hafiz,

kursus pendidikan sudah masuk kategori kritikal. maknanya kena capai pngk 3.5 ke atas. peluang ke luar negara tetap ada. kalau pun tidak ijazah pertama, peringkat sarjana...

azizan hafiz said...

ok..terima kasih cikgu atas pencerahan cikgu yang sangat membantu :)

athirah said...

mksud cikgu ambil psv semasa di tingkatan 6 ke ?? wktu permohonan upu hari tu , sy tak boleh apply untuk kos rekabentuk dalaman di uitm ,, lecturer smasa sy pergi karnival jom msuk u tu ckp aliran ting4/5 sy tak bersesuaian sbb sy bukan kls pndidikn seni wktu ting4/5 .. jd sy takut sy salah aliran lagi lps ni .. ad beberapa subjek yg boleh cikgu cadangkan supaya nnt lps stpm sy bole apply kos tu ?? boleh cikgu bg link2 yg berkaitan silibus pembelajaran/subjek2 ting6 kmanusiaan ??
terima ksih cikgu :)

Anonymous said...

salam. sy nk mntk pndpt sikit. sy berminat utk amk course akaun atau kewangan bank slps ni. tp sy dpt f6 aliran kemanusiaan. pkej yg ditawarkn mcm tk related. so, sy buat kputusan utk amk pkej pertama iaitu sbjk bm, pngajian am, geog, pngajian perniagaan, muet. adakah sy msh layak utk amk course yg sy nk slps tmat f6?

Anonymous said...

saya nk tnya , jika sya nk jadi guru dalam subjek akaun , adakah perlu untuk saya ambil subjek bm dlm stpm sbb ada kwn bagitau kalau nk jadi cikgu kena ambil bm kt stpm ? and kt skolah sya yg skrg subjek yg diorang tawarkan -bm,pp,pa,sj . tpi saya ada buat research kt skolah lain , diorang ada twarkan pp,pa,eko,maths m. skolah yg mana yg menawarkan subjek yg akan membantu saya nnti ketika di u ? :'( maths pun penting juga kan ?

cikgu azhar said...

Salam

Athirah:

ya, psv stpm. jika tidak, kena masuk ipts. mata pelajaran lain (selain pengajian am dan muet) semua o k, terutama yang boleh bantu capai pngk terbaik.

anony may 28:

boleh, dengan syarat pngk terbaik. misalnya, mohon fakulti perniagaan dan perakaunan, universiti malaya, atau fakulti ekononomi dan perniagaan, ukm. sama ada layak kursus akaun atau kewangan, berdasarkan pencapaian tahun pertama di U.

anony may 29:

kini calon guru sekolah menengah dilatih di upsi. pngk kena capai 3.5+ semasa stpm dan semasa di upsi untuk jaminan dilantik. math M (kemanusiaan) memang membantu, tetapi nampaknya calon sukar capai gred yang baik, banyak gred D, F sahaja. lebihbaik kalau ada gabungan eko, pp, akaun selain pengajian am & muet.

Wallahu a'lam...

athirah said...

okayy ,, terima kasih cikgu :)

Anonymous said...

Salm.cikgu,saya telah mendaftar di tg.6 pd 8 may lalu di smka di perlis.dan subjek yg ditawrkan ialah :
P.am,usuluddin,syariah,muet,ba,(bm atau sej)
dan buat ms skg saya ambk bm dan masih confius nak teruskan bm atau sej..masa spm 2012 sy pelajar aliran sains dan alhamdulillah berjya dpt 5a tetapi sy xdpt matrik. subjek sains saya sekitar C+ dan D sahaja.Jd skg sy buntu nk p form 6 atau ambk diploma kt u swasta..sy dpt poli tp kos nya saya xminat iaitu diploma kewangan dan perebankan islam..mohon bantu

napseeyah umar said...

Assalam ckgu..sye bakal ambk f6,sye nk tny ckgu..rsult spm sye ok..sye dpt a dlm bm,mt,sc,sej,psi,pqs,akaun..b.arb,bi dn admth b+..sye nk tny,sbj ap yg ssuai sye ambk dlm f6 brdasrkan spm sye..sye jge mnat dlm prakaunn..harap ckgu dpat bntu sye

cikgu azhar said...

Salam

Anony jun 2:

nampaknya pakej yang diambil lebih menjurus kepada pengajian Islam dan undang-undang. bm, sejarah dua2 pun o k, asal boleh dapat A dalam STPM.

keputusan ke ipts bergantung kepada laluan akademik lebih tinggi @ laluan kerjaya usai pengajian. begitu juga dengan pembiayaan pengajian.

jika hendak ke ipta, pilih t6 @ poli sahaja.

nafseeyah umar:

tahniah, keputusan cemerlang, mengapa tidak pilih asasi @ matrik?

laluan perakaunan stpm: pengajian am, muet, perakaunan, ekonomi / syariah, pengajian perniagaan / bahasa arab.

kalau boleh, ambil bahasa arab sebagai 'spare' untuk mohon fakulti bahasa dan linguistik, U M @ fakulti bahasa moden, UPM.

apa-apa pun nanti cuba capai pngk 3.5- 4.0.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Salam.cikgu,saya mengambil subjek2 ini untuk STPM 2014 di SMKA :
Peng.Am
B.Arab
Syariah
B.Melayu
Saya nak tahu ijazah nanti saya boleh pergi bidang apa? Klau bidang linguistik atau pentadbiran pengurusan ada harapan x ? Selain dari menjadi guru? Terima kasih.

Anonymous said...

salam cikgu , kalau saya nak tukar aliran kepada biologi macam mana ya ?

cikgu azhar said...

Salam

anony june 13:

sangat banyak bidang boleh dipilih dengan syarat pngk cemerlang. kalau pngk biasa-biasa, pilihan jadi sedikit terhad / tersekat.

selain guru? apa maksudnya? mungkinkan pensyarah, pegawai tadbir dan diplomatik? tetapkan pencapaian pngk 3.8 - 4.0, amin.

anony june 15:

silakan jika ingin mengikuti pengajian yang berkaitan: perubatan, pergigian, farmasi, optometri, zoologi, kaji tumbuhan, dan banyak lagi.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Salam, sekiranya berminat dalam bidang pengurusan harta, subject apa kah yg patut dipilih dalam form 6 kemanusian agak layak sambung ke ijazah selepas stpm...terima kasih

zuhaili said...

assalamualaikum wbt. mohon pencerahan. saya pelajar tingkatan 6 aliran kemanusiaan dan baru sahaja memasuki penggal 1 . subjek yg saya ambil ialah pengajian awam, ekonomi, bahasa melayu, sejarah dan MUET. Saya meminati kos yang melibatkan multimedia dan seni namun tidak berjaya menempatkan diri ke IPTA. Adakah saya masih layak utk mengambil course yang saya nk selepas tamat form 6 ? Atau cikgu boleh introduce course yg saya boleh ambil bersesuaian dgn aliran saya ? terima kasih . Jazakamullah khair

Anonymous said...

Cikgu, kalau saya ambil muet,pa, , ekonomi, bm, math boleh ke? Cikgu saya kata ambil math dengan bm susah dapat local uni..dia cakap dia tak penah nampak orang ambil bm dan math...saya tak nak ambil account. Kalau ambil sej atau pp kena baca sendiri..pp dan sej dan math sama masa..how? Apa yang saya boleh biat di future?

Wanie Shaari said...

Salam ,cikgu saya dapat f6 subjek bm ,ekonomi,pengajian am ,muet ,sj .Kalau saya tak ambil subjek sj boleh ke ? wajib tak sj ni dlm f6 ?

cikgu azhar said...

salam

anony june 15:

Pengajian Am, Muet, Ekonomi, PP, Matematik M (jika mampu)

zuhaili: untuk ijazah asas ambil apa-apa sahaja kursus, nanti masa ijazah tinggi sambung multimedia (M.Sc)

anony 17/6:

tiada masalah dari segi prospek, malah matematik sangat penting dalam banyak bidang kemanusiaan di u, contohnya ekonomi, perniagaan, psikologi dan semua pengajian ijazah tinggi. masalahnya untuk capai gred matematik yang baik.

Wanie Shaari:

sejarah tidak wajib, tetapi mudah dapat A. wajib hanya pengajian am, muet. mata pelajaran lain terbuka.

Wallahu a'lam...

johan johana said...
This comment has been removed by the author.
johan johana said...

cikgu saya ambil subjek p.am, p.perniagaan,seni, bm. bidang apa yg sesuai saya lanjutkan di u nnti. tolong bntu :)

REMAJA said...

AS SALAM....SAYA INGIN MASUK FORM 6 DENGAN MENGAMBIL SUBJEK Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Bahasa Melayu, Sejarah.....CITA2 SAYA ADALAH INGIN MENJADI GURU....ADAKAH saya di jalan yg betul???brapa cgpa yg diperlukan

cikgu azhar said...

Salam

johan johana: banyak bidang, yang penting pngk 3.0 +

REMAJA: insya-Allah betul, tetapi kena pastikan pngk 3.8 + (2A, 2A-) dan muet minimum band 3

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam cikgu...

cikgu saya nak tanya mengenai bidang Human resource dan management(pengurusan).Kedua-dua bidang ni banyak peluang pekerjaan tak cikgu?Kalau di swasta mesti banyak kan cikgu?Kalau di kerajaan pula,apa pekerjaan bagi Human resource dan management ni?

Saya ada dengar ramai graduan yang mengganggur disebabkan oleh graduan yang mempunyai diploma/ijazah dalam bidang ni.Betul ke cikgu?

Bagi yg tidak ada diploma dalam pengurusan dan sumber manusia,adakah seseorang itu boleh mengambil di peringkat ijazah?

cikgu azhar said...

Salam

Hakikatnya kebanyakan kerjaya yang bersifat perkhidmatan misalnya pegawai tadbir dan diplomatik (ptd), bank, pasukan keselamatan, pencegah rasuah, kastam, imigresen, dll terbuka kepada semua pemegang ijazah tidak kira jurusan. Disebabkan persaingan, calon yang memiliki kelebihan dari segi pngk dan kemahiran insaniah, serta membuat persiapan yang rapi sebelum temu duga berpeluang lebih cerah.

Satu lagi perkara ialah kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, maklumlah mentaliti orang putih masih melekat kuat dalam kalangan pembuat keputusan di negara kita.

Kemasukan kursus ijazah juga bersifat terbuka. Pemegang diploma kejuruteraan juga layak dipertimbangkan untuk pengajian ijazah HRD.

Tidak salah mendengar cerita mereka yang 'kecewa', tetapi dengarlah juga cerita mereka yang berjaya.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam ckgu.. sy sdg mnunggu kputusan upu. result STPM sy tdk bgitu baik. sy hanya mendapat kputusan cgpa 2.75. sy dapat sejarah A. Jd sy byk memohon kursus berkaitan dgn sastera.. sy ingin bertanya adakah sy layak untuk ke ipta berdasarkan keputusan stpm yg sy dpt ni..?

Anonymous said...

Salam. Cikgu, saya dpt tawaran mengikuti Pengajian Sain Sosial - Kajjian Antarabangsa bermula sesi 2013/2014. Saya ingin mengetatahui apakah biding peluang pekerjaan yg boleh dipohon oleh lepasan Kajian Antarabangsa? T kasih, Syaz

cikgu azhar said...

Salam

Anony Jul 5:

Bagaimana keputusan upu?

Anony Jul 12:

Tahniah. Timba sebanyak mungkin ilmu dan catat pngk terbaik. Peluang pekerjaan untuk ijazah adalah setara untuk semua pengkhususan, kecuali bidang ikhtisas (seperti undang-undang, akaun).

Nurwalfarahin said...

Akum cikgu azhar. Saye pelajar tingkatan 5 dan saye baru lepas memohon untuk masuk ke matrikulasi. Saye amat berminat untuk masuk bidang kemanusiaan (psikologi). Tetapi, pilihan untuk memasuki matrikulasi hanye ade jurusan sains, perakaunan dan teknikal. dan saye sudah memilih untuk mengambil jurusan sains kerane saye pelajar aliran sains. Bagaimane ye cikgu? Saye meminta tolong sangat bantuan cikgu. Harap cikgu tolong saye. bantuan cikgu amat saye hargai :))))

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu.

saya pelajar lepasan STPM 2012. saya ingin meminta pendapat cikgu mengenai kursus yg patut saya pilih untuk e-rayuan ke IPTA kerana saya tidak berjaya dalam permohonan tempoh hari..pngk saya hanya 2.75..subjek P.AM = B, Sej = C-, BM = A, dan Ekonomi = C+..MUET pula hanya Band 2..manakala subjek MATH dan BI untuk SPM saya dpt A..saya berharap agar cikgu sudi membantu saya..terima kasih..

cikgu azhar said...

Salam

Nurwalfarahin: kalau begitu cuba dapat pngk 4.0, semua A termasuk biologi, kemudian mohon fakulti perubatan (MBBS: UM, UIAM, UiTM @ MD: UKM, USM) kemudian buat sarjana kepakaran dalam bidang psikologi perubatan (psikiatri). Memang ambil masa yang panjang, tetapi kalau x belajar pun usia meningkat juga, kan?

Anony: untuk pusingan pertama kemasukan, pngk 3.0 pun bermasalah. maka, pilih dua kursus daripada pilihan asal yang berkemungkinan kurang persaingan walaupun tidak popular. cuba uitm jika ada. jika setelah mencuba dan berdoa masih sama, maka fikirkan pilihan yang seterusnya.

Wallahu a'lam...

Paan_Farhan said...

assalamualaikum cikgu,

Saya hendak bertanya,pelajar Kolej Vokasional (Diploma Vokasional Malaysia)bolehkah selepas dpt diploma,kemudian sambung ambil ijazah aliran biasa??dan satu lagi soalan, bolehkah ambil aliran yg boleh menjadi seorang guru kaunselor?

cikgu azhar said...

Salam

Hampir semua kursus ijazah ipta memerlukan kelayakan SPM (kepujian BM, BI, Matematik), di samping lulus prauniversiti (STPM / setara). Jika ke luar negara, khususnya Amerika Syarikat memang tiada masalah. Mungkin suatu hari nanti ipta tempatan dan politeknik akan membuka jalan untuk lepasan Dip.Vok. meneruskan pengajian ijazah di tempat mereka.

Pilihan yang ada setakat ini ialah ipts dan universiti terbuka, OUM.

Wallahu a'lam...

silver raylee said...

sy pelajar tingkatan 6 aliran kemanusiaan(p.a, sej, P.p dan b.m).
blh tk sy nk sambung ijazah yang aliran sains??

cikgu azhar said...

pengajian kemanusiaan, tetapi mirip sains ialah psikologi, ekonomi statistik, dan geografi. jika di USA memang dikurniakan BS (sarjana muda sains).

jika hendak masuk kursus sains tulen atau sains gunaan, kena ambil semula 'foundation' @ diploma sains di UiTM / ipts. Wallahu a'lam ...

Nurul Ain said...
This comment has been removed by a blog administrator.
cikgu azhar said...

Salam

Nurul Ain,

Syarat memohon ipta ialah telah menduduki Muet walaupun dapat Band 1 sahaja. Syarat pengijazahan pula Band 3 sebelum tamat pengajian sarjana muda. Tempoh laku Muet ialah 3 tahun, jika sudah luput, kena ambil semula.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalamualaikum, cikgu.
Saya ambil subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan, Usuluddin dan MUET utk STPM 2014. Jadi, sy nak tau izajah nanti saya boleh pergi ke bidang apa?

cikgu azhar said...

Salam,

Macam-macam bidang andai kata berjaya mencatat pngk 3.5 + insya-Allah. Calon STPM lebih banyak pilihan berbanding dengan calon lain yang setara. Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalam. Cikgu, jika pakej f6 peng. Am, muet, ekonomi, syariah dan sejarah, apa kursus yg boleh d pohon untuk ke ipta?

Anonymous said...

Jika ingin mengambil jurusan syariah d ipta, adakah wajib ambil subjek bahasa arab semasa f6? Adakah cukup sekadar p.am, muet, syariah, ekonomi dan sejarah?

cikgu azhar said...

Salam,

Banyak, misalnya undang-undang, ekonomi, perniagaan, sejarah, sains sosial,komunikasi dan psikologi. syarat khas fakulti (syariah) tidak sama antara universiti. ada uni. yang menerima keputusan bahasa arab spm yang baik sebagai ganti.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam. Jika nak ambil subjek syariah d f6, apa kelayakan minimum? Adakah basic b.arab sebagai syarat wajib?

cikgu azhar said...

Salam

Lebih cantik jika ada bahasa arab, sebab untuk belajar usul fiqh, kaedah fiqh (sebagai contoh) perlu asas bahasa arab.

kitab al-ahkam al-sultaniyyah (hukum kenegaraan) karya al-mawardi walaupun sudah diterjemahkan masih banyak istilah dalam bahasa arab.

Wallahu a'lam ...

afiqah said...

assalamualaikum...

nk tnya kalau saya nk sambung dalam bidang linguistik selepas stpm, aliran apa yg perlu saya ambil untuk semasa di tingkatan 6? subjek yg spesifik. dan adakah linguistik bidang yg membolehkn kita belajar bahasa asing?
terima kasih. harap cg dpt membantu.

cikgu azhar said...

W.salam

aliran kemanusiaan:
pengajian am,muet, bahasa melayu dan mata pelajaran pilihan yang lain (sejarah, ekonomi, perniagaan, geografi, seni visual, dll).

boleh ambil bahasa asing misalnya di fakluti bahasa dan linguistik UM dan fakulti bahasa moden UPM.

Wallahu a'lam ...

Ismie Aina said...

Assalamualaikum cikgu. Saya berminat untuk jadi seorang psikologis. Dan skrg sy dalam aliran sains stream di tingkatan 4. Cikgu boleh beritahu saya apa hala tuju sy yg sterusnya . Apa bidang yg sesuai patut sy ambil slpas spm nanti dan cerahkah msa depan sy. Utk.jdi seorang psikologis . Harap ckgu dpt membantu.

cikgu azhar said...

W.salam

Ahli psikologi banyak cabangnya. kalau dalam bidang perubatan, kena ambil sarjana kepakaran psikiatris setelah memiliki ijazah doktor perubatan (MD @ MBBS). Laluan yang sesuai ialah memasuki matrikulasi @ asasi sains hayat dan perlu mencatat pngk 4.0.

kalau menerusi jurusan sastera / kemanusiaan kena ambil stpm, terus mohon sarjana muda di fakulti sastera dan sains sosial UM, UKM, UPM, Unimas, Upsi dan beberapa uni. komprehensif yang lain.

Wallahu a'lam ...

sarah shapie said...

salam ckg..

sy pelajar lepasan spm 2013.. sy ingin bertanya.. sy amat minat dalam bidang arkeologi.. tapi sy x tahu pada peringkat asasi atau tingkatan 6 aliran apakah utk sy ambil supaya sy dpt sambung dlm ijazah sarjana muda dlm bidang arkeologi nanti.. harap ckg dpt membantu.. tq..

Armin Ikkhmal said...

ckgu,saya aliran sastera lepasan spm 2013.saya rasa nak ambil bidang pendidikan tapi saya tak tahu nak sambung macam mana . adakah saya perlu masuk f6 atau macam mana.. adakah ada cara lain selain ambil form 6? nak pendapat sikit.

cikgu azhar said...

Salam,

sarah shapie:

bidang arkeologi (kajian purba) ditawarkan di bawah pengajian sejarah. contohnyas, fakulti sastera dan sains sosial di UM, UKM dan pusat pengajian sains sosial USM.

laluannya ialah stpm. untuk kepastian, cuba hubungi terus fakulti yang disebutkan menerusi talian telefon atau buat janji temu dengan penolong pendaftar fakulti.

Armin Ikkhmal:

boleh menerusi tingkatan 6, matrikulasi dan asasi. boleh juga dengan kelayakan diploma TESL(selepas SPM) di UPSI. Juga boleh memohon masuk ke institut perguruan (sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak, prasekolah dan sekolah rendah).

Wallahu a'lam ...

Armin Ikkhmal said...

tetapi syarat kelayakan terbaru bagi institut perguruan ialah 8A kan.. tak silap saya...kalau saya ambil diploma awal kanak2. apa kerjaya saya boleh buat?

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 313   Newer› Newest»