SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, March 6, 2012

PILIHAN KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA BAGI LULUSAN STPM (STUDY LOCALLY OR ABROAD?)

Tanggal 7 Mac 2012 menamatkan debaran calon-calon STPM 2011 apabila keputusan peperiksaan berkenaan diumumkan secara serentak di sekolah, laman sesawang MPM dan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) mulai pukul 12.00 tengah hari. Lulusan STPM diberi keutamaan untuk mengisi kira-kira 40,000 tempat yang disediakan di universiti tempatan untuk kursus ijazah asas. Saingan calon lulusan STPM ialah lepasan matrikulasi, sijil dan diploma politeknik, UiTM dan institusi pengajian lain yang setara.

Calon STPM yang memperoleh pencapaian purata nilai gred kumulatif, PNGK (CGPA) yang tinggi tidak menghadapi masalah besar untuk membuat pilihan kursus yang dihajati. Misalnya, calon STPM yang mencatat PNGK 4.0 (purata gred A) boleh melamar kursus-kursus kritikal yang menjadi rebutan seperti perubatan, pergigian, farmasi, optometri, kejuruteraan dan seni bina (sains), serta undang-undang, perancangan kewangan, perakaunan dan ekonomi (sastera dan kemanusiaan). Andai kata berlaku lebihan permintaan tempat, markah kokurikulum (10 peratus) bakal menjadi penentu.

Namun, bagi calon-calon STPM yang memperoleh keputusan yang sederhana atau "cukup makan", mereka akan berada dalam dilema dan di persimpangan. Ketepatan dalam memilih kursus yang cocok dengan PNGK sangat penting. Pandangan profesional seperti kaunselor pelajar dan guru sekolah mungkin boleh membantu lulus STPM membuat keputusan yang terbaik.

Calon-calon terbaik boleh memiliki peluang yang yang lebih luas dari segi pilihan kursus dan universiti idaman. Calon biasa-biasa harus menerima hakikat bahawa pilihan mereka menjadi agak terhad dan tidak boleh terlalu meminta (demanding). Bagi calon yang mampu membiayai kos pengajian, mereka boleh beralih ke universiti swasta yang menawarkan program pengajian berkembar dengan universiti ternama dalam dan luar negara.

Buat masa ini, terdapat sejumlah 20 universiti awam tempatan, tetapi kebanyakannya menawarkan kursus sains dan teknikal. Universiti yang bertaraf premier ialah UM, UKM, UPM, USM dan UTM. Walaupun USM bukan berada pada kedudukan teratas dalam penarafan tempatan dan antarabangsa, USM menikmati kelebihan sebagai universiti Apex (accelerated programme for excellence), iaitu dengan suntikan kewangan yang besar supaya mendaki puncak kecemerlangan sebagai universiti bertaraf dunia. Keputusan kabinet bertarikh 27.8.2010 itu menyebabkan saingan untuk mendapat tempat di USM lebih sengit dan pemohon perlu melepasi tapisan khas inventori universiti di Malaysia (Malaysian University Inventory, Munsyl).

Universiti Malaya pula memiliki kelebihan dari segi reputasi sebagai universiti sulung negara dan kekuatan alumni yang menguasai kepimpinan politik, akademik dan korporat sejak sekian lama. UKM sebagai pelopor pengajian tinggi dalam bahasa Melayu sepenuhnya telah membuktikan keupayaan dengan kualiti siswazah yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pelajar dari seluruh dunia juga mula beralih ke Malaysia memandangkan dasar kecurigaan negara-negara Barat terhadap warga Asia Barat yang dilabel sebagai penyokong kegiatan militan.

Walaupun bilangan universiti awam dan swasta tempatan masih boleh menampung permintaan tempat untuk kursus ijazah sarjana muda, masih banyak pelajar menanam impian untuk belajar di luar negara. Biasiswa JPA, Mara dan Petronas yang begitu terhad menjadi rebutan hingga membabitkan campur tangan politik yang tidak sepatutnya berlaku. Dasar pembiayaan yang memberi keutamaan kepada pelajar kurang berkemampuan dan rujukan kontrak sosial ketika kemerdekaan perlu dijadikan pegangan.

Sebagai contoh, kursus perubatan di United Kingdom boleh mencecah kos RM1 juta, manakala di India dan Indonesia dalam lingkungan RM300,000. Kini, sekolah perubatan terbaik dunia seperti John Hopkins (Amerika Syarikat), Monash (Australia) dan beberapa universiti terkemuka Britain dan India membuka cawangan di Malaysia bagi menampung permintaan di rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah. Sesetengah kursus memerlukan pelajar menghabiskan sekurang-kurangnya setahun di universiti induk universiti yang berkenaan di negara asal masing-masing.

Pemilihan kursus sangat bergantung kepada matlamat yang ada dalam minda pelajar. Ada pelajar yang meletakkan peluang kerjaya sebagai sebab memilih kursus sarjana muda. Misalnya, pelajar beranggapan bahawa kursus pendidikan di UPSI dan Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai jaminan untuk terus mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian.

Hakikatnya, tiada sebarang jaminan bahawa kelulusan ijazah sarjana muda ialah tiket automatik jaminan kerja. Perkara yang boleh dilakukan ialah mencatat keputusan akademik sebaik mungkin dalam sepanjang tempoh pengajian, di samping menyerlahkan bakat kepimpinan dan ciri keperibadian yang bersesuaian dengan keperluan modal insan minda kelas pertama. Manusia hanya boleh berusaha dan merancang, tetapi ketentuan jodoh, rezeki dan umur ialah urusan-Nya jua...

844 comments:

1 – 200 of 844   Newer›   Newest»
Anonymous said...

cikgu, saya baru dapat result, apa yang perlu saya lakukan?

cikgu azhar said...

boleh perincikan keputusan ke alamat e-mel: ibnurodzi@gmail.com
nanti kita bincang

Anonymous said...

salam...saya plajar lpasan stpm dngn cgpa 3.67...layak ka memohon jurusan ekonomi dengan memiliki ekonomi B+?

Anonymous said...

Sudah tentu tiada masalah. Kursus ekonomi ditawarkan di UM, UKM, UPM, USM, UUM, Upsi dan beberapa buah IPTA lain. Saingan mungkin lebih sengit di universiti premier yang memerlukan gred A, serta keputusan yang baik dalam Matematik SPM.

Jumlah calon STPM yang memperoleh A dalam Ekonomi STPM biasanya tidak melebihi 1,000 orang calon, dan sebahagian mereka memilih kursus lain seperti undang-undang, perniagaan dan perakaunan.

CGPA 3.67 sangat cemerlang dan sdra. tidak berhadapan masalah tempat di universiti...

Anonymous said...

terima kasih...saya isi di UPU dengan meletakkan Ekonomi sebagai pilihan 1 dan kedua di UKM dan UPM...saya cuma hendak tahu Universiti mana yang menawarkan kursus ekonomi yang terbaik???

Siti Binti Mohd Sobri said...

assalamualaikum. saya pelajar lepasan SPM 2011. sy berminat untuk menyambung pljrn ke bhgian perubatan. Malangnya sy keliru ke arh mna yg sy perlu pergi,ke matrikulasi atau asasi.andai kata sy mndpt asasi um adkh sy brpeluang utk mnyambung ke bhgia perubatan di um atau ke luar negara?sy hrp cg sudi menjawab persoalan sy ini.tq.

cikgu azhar said...

matrikulasi dan asasi masih terbuka untuk memasuki mana-mana universiti, bergantung kepada pencapaian PNGK dan merit yang lain. Kursus perubatan biasanya memerlukan PNGK 4.0, iaitu semua mata pelajaran yang diambil beroleh A.

luar negara atau tempatan bukan isu utama. setelah lulus ijazah pertama, MBBS atau MD, doktor boleh menyambung ijazah sarjana kepakaran di luar negara, misalnya Royal College of Dublin. sealain itu, sebagai ahli ikhtisas, doktor memenag agak kerap ke luar negara untuk persidangan, seminar dan attachment...

Anonymous said...

assalamualaikum ckg,sy lepasan matrikulasi..syy bru sje menamatkan pelajaran di matrikuulasi sbuln yg lps..alhamdulillah result sy okey..adakah pelajar matrikulasi dan stpm di beri peluang untk menyambung pelajaran di luar negara???apakah saluran yang memberi peluang kepada kaami untuk belajar di luar negara??

cikgu azhar said...

salam

tahniah atas kejayaan cemerlang sdra/i dalam pengajian matrikulasi.

saluran untu ke luar negara ialah biasiswa jpa, glc (petronas, tnb), mara dan bank negara, serta beberapa organisasi swasta. namun, tempat yang diwarkan sangat terhad, dan sdra/i kena bersaing lulusan pra-u yang lain seperti lulusan stpm, diploma, baccaleurate, foundation dan sebagainya.

sesetengah universiti jepun, singapura, australia dan nz juga menyediakan sejumlah biasiswa untuk penuntut asing. sdra/i boleh cuba melayari laman sesawang universiti terkemuka di negara-negara yang tersebut.

mungkin juga sdra/i boleh ke luar negara untuk ijazah tinggi (sarjaba dan PhD), atau sekadar mengikuti kursus pendek dan kunjungan kerja ke serata dunia. profesional seperti jurutera dan doktor misalnya ssngat kerap ke luar negara walaupun mereka ialah siswazah universiti tempatan...

Anonymous said...

okey,terima kasih ckg atas information..=)

Anonymous said...

slm.. cikgu, sy ade mntak UPU plihan pertama UM (geografi), pilihan kdua UKM (geografi). n sy ade mntak USM kos Ilmu kemanusiaan.. sy STPM dpt 3.75. ape pndpt ckgu tntg kos yg saye mntak tu??.. USM n UPU mesti keno pilih antara 2 tu..

CIKGU AZHAR RODZI said...

salam

tahniah kerana cemerlang dengan pngk 3.75. semua U pun boleh dapat. UM universiti tertua, USM universiti apex, manakala UKM sangat dihormati di peringkat antarabangsa. kursus yang diminta tiada masalah, bahkan boleh dikatakan ada kelas.

yang penting nanti di U catat keputusan terbaik juga, cerah masa depan, insya-Allah...

Anonymous said...

thanks u.. cikgu tau tak tentang ijazah sarjana muda sastera (geografi)??? bhs yg dgunakn utk ini bhs melayu atau inggeris???

Anonymous said...

ckgu, klau sy pilih USM, ape klebihan U ni sbg U apex ni?? saya x brape fhm tntang U nie.. knape ckgu ckp UKM sgt dhormati d peringkat antarabangsa?? adkh bhs yg dgunakn dlm pembelajaran mempengaruhi pasaran kerja nanti??

cikgu azhar said...

sama-sama, kuliah campur bm, bi. bergantung kepada pensyarah dan bilangan pelajar asing.

buku rujukan dan jurnal penyelidikan banyak dalam bi, tetapi kalau ambilan internet boleh diterjemah oleh google.

uni. apex ada geran penyelidikan. maknanya, boleh menjalankan penyelidikan yang memerlukan perbelanjaan besar jika cadangan yang dikemukakan diterima oleh dekan atau ketua jabatan.

ukm pernah muncul dalam kelompok 50 universiti terbaik dunia dalam disiplin sains fizikal dan gunaan.

semua ipta malaysia dipandang tinggi di peringkat antarabangsa. siswazah ukm, um dan usm banyak yang menyambung pengajian ijazah tinggi di Oxford, Cambridge, Harvard, Yale dan MIT...

Wallahu a'lam.

Anonymous said...

ckgu.. saya dpat UM - geografi dan USM ilmu kemanusiaan... x pasti lg nk pilih hok mane...

cikgu azhar said...

tahniah

dua2 pun uni. tersohor

mahu uni. ternama -- UM

mahu un. apex -- USM

susah sangat, istikharah dulu...

Anonymous said...

salam cikgu.... saya baru sahaja menerima keputusan upu... saya dapat sains poliik di UKM... pada pendapat cikgu, kerjaya bidang ini di masa hadapan cerah ke?? dan adakah saya akan berpeluang ditaja biasiswa JPA nanti??

cikgu azhar said...

salam dan tahniah

semua kursus sains sosial memberi perspektif tentang urusan masyarakat dari pelbagai disiplin ilmu, termasuk sains politik.

jaminan kerjaya bergantung kepada pencapaian (misalnya pngk), kemahiran insaniah dan kepimpinan. maka, perlu sasaran keputusan gred terbaik bagi setiap kertas / kursus yang dipilih kelak.

tajaan biasiswa jpa lebih terarah kepada kursus kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan. namun, mungkin ada tajaan glc atau pihak swasta yang lain tertakluk kepada kriteria tertentu yang diiklankan @ tercatat dalam lawan sesawang rasmi organisasi yang berkenaan.

Wallahu a'lam.

ily shafyka said...

Salam. Antara USM dengan UTM. Dua dua course Kejuruteraan Elektrik. Mana yg lebih bagus ye?

Anonymous said...

salam.. ckgu... sy dpt 3.75.. sy x brape tahu tentang biasiswa.. sy ingin tahu sama ada sy boleh mntak x biasiswa nanti?? biasiswa apa yg saya patut mintak?? bila bleh mintak biasiswa ??

cikgu azhar said...

salam

biasiswa kerajaan dikawal oleh jabatan perkhidmatan awam (jpa). bilangan penerima juga sangat terhad. sudah pasti sdra/i layak memohon, tetapi akan bersaing dengan begitu banyak calon lain, terutama apabila keutamaan diberi kepada kursus kritikal seperti perubatan, undang-undang dan kejuruteraan.

kalau jpa boleh semak laman sesawang mereka, begitu juga mara, petronas, tnb dan glc yang lain. bank negara pun ada.

taklimat juga akan diberi semasa orientasi di U nanti. boleh atur janji temu dengan kaunselor di sana. Insya-Allah, usahakan dahulu, kemudian tawakkkal sahajalah...

cikgu azhar said...

salam ily

kedua2 USM dan UTM bertaraf uni. penyelidikan. bonus untuk USM ialah juga sebagai uni. apex.

pilih yang mana-mana satu pun o k, janji boleh lulus dengan cemerlang

Anonymous said...

salam...sy plajar lepasan stpm yg mndapat kptusan 2.33 saja...sy gagal ditempatkan d u bg pemilihan pertama ni.adakah pemilihan u yg sya buat tidak menepati syarat pengambilan bagi universiti.walaupun d uitm?

po said...

Slm ckg,sy dpt kos kjrtraan elek kat ukm n usm, mnrt ckg mna u yg ok dlm kjrtraan

Anonymous said...

salam, cikgu, saya dapat kos undang-undang kat UiTM , adakah UiTM universiti terbaik dalam undang-undang ? tetapi saya kurang yakin untuk menerima kos ini kerana saya takot tidak mampu. ramai senior saya yang tak dapat bawak dan sangkut di pertengahan jalan, akhirnya menukar kepada kos laein, apa pendapat cikgu ?

cikgu azhar said...

salam dan tahniah po

dua2 u pun o k, yang penting skor di sana nanti

ukm ada pusat kejuruteraan termaju,
usm uni. apex

mungkin ketika ini po telah pun membuat keputusan muktamad

anon jul 27,

tahniah kerana diterima masuk ke kuliah undang2 UiTM

kalau boleh dengar cakap yang positif sahaja, kemudian berusaha sehabis daya. mendengar cakap orang gagal akan hanya melemahkan semangat.

insya-Allah, kejayaan milik orang yang berusaha...

cikgu azhar said...

anon july 15

bersabarlah ya menunggu keputusan e-rayuan; pelajar saya pngk 2.47(A- (PA)B+ (Ekon), B (PP), D (Math) berjaya ke UM, tetapi yang dapat 3.5+ hanya ke UMS atau UUM.

Nanti ada pula ambilan khas bulan Mac jika masih tidak berjaya kali ini.

Moga berjaya... insya-Allah

Anonymous said...

salam sejahtera cikgu,sy t'baca blog cikgu ini.sy ingin b'tny apa pendapat cikgu tentang Ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan(kemahiran hidup),utm.adakah layak menjadi guru setelah tamat pengajian??

cikgu azhar said...

salam

memang layak

namun, kelayakan dan kekosongan jawatan ialah dua perkara yang berbeza

cuba dapatkan pngk tertinggi semasa pengajian berkenaan...

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, saya ingin bertanya, saya seorang pelajar STPM, dan bercadang untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Bagaimanakah cara saya ingin mengetahui senarai Universiti di luar negara mengiktiraf sijil STPM?

Anonymous said...

assalamualaikum cg..
saya mahu tanya..
apa bidang kerjaya untuk course seni gunaan dan kreatif (pengurusan seni )? cg rasa bsarka pluang pekerjaan untuk bidang 2?

cikgu azhar said...

anon aug 7

salam

stpm mendpat penarafan universiti cambridge, uk. mka, semua u lur negara menerima stpm

anon 9

salam

pensyarah, guru, pakar runding, pegawai tadbir dan diplomstik, usahawan, dd

wallahu a'lam

Anonymous said...

slm cikgu, sy dapat course geografi.. apakah bidang kerjaya yg boleh saya ceburi nanti??? dan saya berminat bekerja d jbtn daerah, d majlis bandaran, dan saya juga berminat utk bekerja d jbtn perancangan bandar n wilayah?? apakah minor yg sesuai utk saya ambil nanti???

cikgu azhar said...

salam

alhamdulillah, tahniah

kecuali perancangan bandar yang memerlukan pengkhususan (major), yang lain lebih kepada kesesuaian calon dari segi kepimpinan dan kemahiran insaniah.

minor bergantung kepada minat, dengan syarat diberi pilihan oleh universiti. kalau ada peluang, mungkin boleh ambil ekonomi, komunikasi atau psikologi.

wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam cikgu.

saya baru sahaja bercadang mengambil STPM jurusan kemanusiaan. saya bercadang untuk ambil ijazah linguistik bahasa asing di UM. apakah penerimaan bidang ini kuat saingan atau sukar, dan apa prospek kerjayanya dan bolehkah menyambung pengajiannya ke luar negara.

terima kasih.

Anonymous said...

aslamualaikm cikgu.
klu saya tak berpeluang untuk rayuan stpm ni,apa perlu saya buat?
please give me advice..

cikgu azhar said...

anony aug 13

salam

ada temu duga, maka kena buat persiapan rapi. saingan bergantung kepada jumlah pemohon. pelajar saya yang mendapat tempat bahasa jerman di UM september ini hanya beroleh pngk 2.47, tapi 'budak baik', hormat cikgu...

anony aug 15

w salam
mudah-mudahan sudah berjaya hendaknya.

andai sebaliknya:
boleh cuba terus ke kampus uni. yang berkenaan, jika berpeluang jumpa dekan fakulti yang berkenaan, atau sekurang-kurangnya penolong pendaftar. banyak juga pemohon yang berjaya tidak jadi masuk ke uni. tertentu.

jika masih tiada rezeki, cuba mohon ke uitm pengambilan mac, atau kursus di institut profesional baitul mal (ACCA, chartered secretariship, dll) dan banyak lagi... selamat mencuba

Anonymous said...

Salam cikgu. Saya nak tanya, ada tak universiti luar negara yg memberi kos dalam bidang seni? Sebagai contoh? Hee, maaf mnyusahkan cikgu :)
-Sabah-

Anonymous said...

salam cikgu.. sy lepasan mtrikulasi dn mendapat cgpa 3.48 muet band 4..... sy telah mendapat course yg sy tidak mohon di upu iatu ijazah sarjana muda sains gunaan(teknologi pembangunan produk) di Universiti Malaysia Kelantan... apa pendapat cikgu tntg course ini? kerana course ini sngt2 baru dan hanay ditawarkan di UMK shj??

cikgu azhar said...

anony aug 18

salaqm

terlalu banyak. australia sahaja ada lebih 30 sekolah / fakulti seni seperti u. melbourne, canberra, new south wales, tasmania, darwin (rujuk www.acuads.com.au;

uk seperti u. leeds, coventry

us: uc berkeley, new york state, dan banyak lagi

anony aug 20

salam

semua kursus yang ditawarkan di ipta tempatan sudah tentu mengambil kira prospek dari segi kebolehpasaran dan intelektualiti.. sebagai negara yang menuju status industri kejuruteraan termaju, kursus yang sdra/i bakal ikuti pasti relevan. cuba dapatkan pngk terbaik semasa pengajian. paling tidak nanti, sdra/i akan ditawarkan biasiswa sebagai bakal pensyarah dan berpeluang belajar ijazah tinggi di luar negara.

untuk jawatan guna sama seperti pegawai tadbir dan diplomatik (ptd) dibuka kepada semua pemohon yang lulus sarjana muda tanpa mengira bidang pengajian...

Mohammad Khalid said...

salam cikgu. Adakah calon persendirian stpm berpeluang masuk ipta jika dpt result yg cemerlang?

cikgu azhar said...

w salam mohammad khalid

sudah tentu. peluang sama rata dan tiada diskriminasi, insya-Allah.

Mohammad Khalid said...

Cikgu. utk apply biasiswa. adakah kokurikulum turut diambil kira?

Anonymous said...

slm ckgu,sy calon spm 2007,result ckop2 mkn nk amek medic,,dan sy bru je grad diploma in medical assistant ,cgpa 3.92,pndpt ckgu sy ptot smbung belajar amek medic or kije dulu sbb sy bukan org senang,,harap ckgu sudi beri pndpt

CIKGU AZHAR RODZI said...

salam

mohammmad khalid

ya dan tidak, bergantung kepada syarat khusus. namun, lebih selamat untuk mengatakan ya.

anony sep 11

jika usia masih muda elok terus sambung, apa lagi jika ada peluang mendapat tajaan biasiswa. sebab dengan berlalunya masa, bilangan pesaing akan bertambah, dan syarat kemasukan mungkin berubah.

kalau ada peluang, cuba tanya pegawai perubatan (dr) yang berpengalaman.

wallahu a'lam

nazmi said...

slm, sy nk tahu cara untuk apply bachelor of languages & linguistics major in german di UM..mksudnya sya kena buat program apa dulu etc diploma or matriks...klau kena masuk diploma or matriks, jurusan apa sya perlu ambil...saya asasi uia, dh nk grade tp sy x minat nk smbung course sy...rasanya result asasi uia x boleh apply degree ke U lain

cikgu azhar said...

salam nazmi

stpm dan setaraf, maksudnya diploma, matriks, asasi, dll.

memandangkan matrik uiam pj dekat sangat dengan u m, elok nazmi terus ke fakulti bahasa di u m untuk bertanya terus kepada penolong pendaftar atau kepada dekan.

selain um, b. jerman juga ditawarkan di upm. kursus berkenaan kena lulus temu duga.

wallahu a'lam

nazmi said...

kiranya kalau matriks tak kisah course apa2 pn? BTW, thanks sebab bg info...

Anonymous said...

assalamualaikum.. cikgu sy x dapat rayuan sblum ni..sy dapat 'cukup-cukup makan' 2.58.. dan sy nak mhon 2nd intake nanti pd bulan oktober/november nanti.. tp masalahnye ayah sy suruh sy masuk ipts..kemasukan ke ipts tu akhir bulan september ni.. xpe ke cikgu sy nak mohon gak 2nd intake ke ipta nanti kalau sy dah masuk ipts..mohon pendapat cikgu..terima kasih.. :)

cikgu azhar said...

w.salam

boleh , tiada masalah, kecuali...

kecuali jika dapat ipta nanti, sejumlah wang telah digunakan untuk kos pengajian di ipts.

dari segi ilmu, tiada masalah, malah lebih baik justeru sudah ada pendedahan tentang kehidupan kampus.

ucapkan terima kasih kepada ayah.

wallahu a'lam

Anonymous said...

assalamualaikum..cikgu,
sy plajar stpm thn 2011..boleh x kalau sy nk mohon ipta thn 2013..ada syarat2 ttentu x?

cikgu azhar said...

w.salam

boleh, tiada masalah

syarat sama dengan calon stpm semasa atau tahun-tahun sebelumnya.

kalau ada pengalaman kerja, lebih baik.

Anonymous said...

oh?trima kash cikgu..memang sy sdg bkerja skrang ni

Mohammad Khalid said...

Salam cikgu. sy tahun ni stpm.. Sy berminat utk menceburi bidang Pendidikan Sains Pertanian UPM. Memandangkan dulu sewaktu tingkatan 5, saya ade basic dlm bidang berkenaan. Tpi math dan bi sy LULUS tak kredit.. Jd saya cadang lepas stpm nanti saya nk memasuki bidang berkenaan. Adakah bidang berkenaan ramai yg memohon?

cikgu azhar said...

salam mohd khalid

kalau ambil stpm sains mungkin peluangnya tetap terbuka luas. calon melayu sains tulen memang tidak ramai. pencapaian minimum gred C subjek biologi dan kimia ialah satu kelebihan. keputusan spm hanya membantu, bukan mempengaruhi...

wallahu a'lam

Mohammad Khalid said...

Cikgu. Adakah pelajar aliran Sastera dan Akaun juga boleh memohon jurusan Pendidikan Sains Pertanian, memandangkan aliran sastera dan akaun tak ambik subjek kimia dan biologi. Tetapi kredit gred C dan ke atas dlm subjek Sains Teras? Apakah peluang terbuka luas kpd aliran sastera?

cikgu azhar said...

syarat kelayakan minimum mungkin dipenuhi, tetapi peratus peluang tertakluk kepada pelbagai kriteria lain seperti bilangan pemohon.

selain itu, bergantung kepada keutamaan yang ditetapkan oleh fakulti yang berkenaan. sebelum memohon, elok juga menghubungi dekan fakulti atau terus ke kampus untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

kalau di uitm, calon saluran kedua boleh mengikuti kursus pradiploma selama 6 bulan - 1 tahun untuk mengukuhkan penguasaan kaedah kuantitatif dan makmal kepada pelajar sastera.

wallahu a'lam

Anonymous said...

cikgu, saya pelajar jurusan seni bina, antara uia, upm, utm dan ukm, mn yang terbaik?

cikgu azhar said...

setiap uni. ada kelebihan masing-masing. cuba buat semakan profesor seni bina di uni2 berkenaan.

nak ikut senior, utm paling awal menawarkan seni bina selain uitm. uiam menawarkan mod pengajian sepadu seni bina islam, manakala ukm sebagai uni. penyelidikan pasti menyediakan tenaga pensyarah terkemuka.

boleh juga laman majlis ikhtisas seni bina Malaysia (chartered architecture) untuk maklumat akreditasi tertentu...

Anonymous said...

Salam cikgu.saya lepasan stpm 2011. Sampai sekarang saya masih blom ditawarkan ke ipt. kini saya dalam pemohonan untuk ipta yg menawarkan second intake. Saya ingin bertanya,adakah saya layak/masih berpeluang ke ipta sekiranya cgpa saya 2.00 sahaja?. Ataupun haruskah saya ambil keptusan memilih IPTS sahaja untuk melanjutkan pelajaran?

Anonymous said...

Salam cikgu.saya lepasan stpm 2011. Sampai sekarang saya masih blom ditawarkan ke ipt. kini saya dalam pemohonan untuk ipta yg menawarkan second intake. Saya ingin bertanya,adakah saya layak/masih berpeluang ke ipta sekiranya cgpa saya 2.00 sahaja?. Ataupun haruskah saya ambil keptusan memilih IPTS sahaja untuk melanjutkan pelajaran?

cikgu azhar said...

salam

saingan memang sengit, pelajar saya 2.7+ pun ada yang ke ipts, tetapi 2.4+ ke u m, unimap. semuanya bergantung kepada pilihan kursus, sokongan keputusan spm (bi, matematik tambahan) dan tentunya rezeki.

sudah mencuba uitm, institut profesional baitul mal (akaun, ACCA), kolej profesional mara, dll?

pilihan ipts kena semak yuran pengajian, kos sara hidup dan sumber pinjaman.

Wallahu a'lam

moga berjaya dalam mengejar cita-cita dan kehidupan.

terus mencuba hingga berjaya...

Pandacat said...

Assalamualaikum, tuan.

Saya sedang menduduki SPM buat masa ini, aliran Perakaunan. Saya merancang untuk memasuki Form 6, tp saya bakal ada komitmen dgn PLKN. Risau juga dapat panggilan ke berapa sebab saya nak bekerja. Pengambilan ke Form 6 pula berlaku sekitar bulan Mei.

Form 6 tidak perlu membayar yuran yg mahal dan diiktiraf oleh U overseas. Kos pengajian utk A-level yg setaraf dgn STPM pula sgt tinggi, insurans pelajaran saya pun tak dapat cover kosnya. A-level lebih secure kerana peluang melanjutkan pljrn ke negara Komanwel cerah berbanding STPM. Asasi pula boleh dapat elaun, tempat pula ditanggung. Saya keliru dah ni...

Pandacat said...

Saya cuba cari maklumat sekolah yg menawarkan pengajian Form 6 beserta asrama. Tp, hambar. Saya kena spesifikkan satu persatu.

STPM sistem terbaharu katanya lebih mudah sbb sistemnya sudah digubal. Sebab tu saya berani ambil risiko ke Form 6, tp orang sekeliling pandang rendah dgn saya. Saya plan nak ambil subjek PA, MUET, SEJ, GEO, EKON. Saya nak ambil kursus pemantapan bahasa sekali. Saya nak baiki BI dan cuba belajar Mandarin.

Next, saya sasarkan utk pergi ke UM. Mungkin cita-cita saya besar dan orang pandang serong dgn saya. Tp, dari sasaran inilah saya akan cuba melipatgandakan usaha.

cikgu azhar said...

Salam Panda Cat

Syabas kerana memiliki hala tuju yang sangat jelas. Semua pilihan yang disebutkan o k belaka. Universiti luar negara memang tiada masalah dengan STPM, A-Level atau baccalaureate, asalkan yuran dibayar.

Tentang kata-kata orang atau apa-apa yang orang lain fikirkan memang tidak dapat dihalang. Kita boleh dengar untuk ditimbang-timbang, tetapi tidak semestinya mengakibatkan kita terikat dengannya.

Lokasi 'Panda Cat' di mana, ya? Berulang alik dari rumah ada masalah?

Kejayaan ialah milik orang yang berusaha dengan gigih dan sabar...

Wallahu a'lam

Pandacat said...

Wassalam, tuan.

Ya, lokasi saya boleh dikatakan jauh memandangkan saya sendiri tidak mempunyai pengangkutan utk ke sekolah tsb. Saya nak ambil lesen, tp dalam masa yg sama saya nak bekerja. Timbul permasalahan pula. Tuan ada senarai sekolah Form 6 beserta asrama?

Lagi satu, saya nak ucapkan terima kasih sbb post entry ni. Saya rasa saya takde lah down sangat bila dapat tahu bidang sastera juga mempunyai masa depan yg cerah. Pelajar spt kami sering dilabel lemah, tidak bijak dsb. Bantuan biasiswa juga jarang-jarang diberi utk pelajar bidang sastera. Karenah birokrasi sering menyulitkan urusan pelajar spt kami...

cikgu azhar said...

salam

kalau di ipoh untuk perempuan sahaja, rps, raja chulan; lelaki anderson. untuk senarai penuh boleh rujuk portal ppd di kawasan sendiri.

prospek setiap bidang memang ada, tetapi skala persaingan mungkin berbeza. nilai tambah kemahiran insaniah memberi merit, manakala doa ialah insya-Allah makbul.

wallahu a'lam

Anonymous said...

Salam, cikgu. Saya merupakan calon persendirian stpm 2012. Oleh kerana saya kurang yakin akan keputusan stpm yg akan diumum thn dpn, saya telah memohon diploma dan berjaya ke politeknik sementara menunggu keputusan stpm. Sekiranya result stpm saya melayakkan saya utk ke peringkat ijazah, saya akan berhenti diploma. Soalan saya: Adakah UPU akan menolak permohonan ijazah saya sekiranya saya masih belajar diploma. Risau kerana diploma & ijazah adalah satu kementerian. Adakah calon persendirian spt saya berpeluang ke U.

cikgu azhar said...

salam

rasanya tiada masalah. kemasukan u lambat, bulan 9. ilmu di poli bakal membantu semasa kursus ijazah.

mohon sahaja dahulu, kemudian tengok macam mana untuk susulan.

tahniah, selamat maju jaya...

jiash said...

assalammualaikum cikgu..saya nak tanya,bagi lepasan stpm..langkah mana yang patut diambil untuk menjadi seorang pensyarah..adakah ijazah sarjana yang akan saya ambil nanti memerlukan ijazah pendidikan untuk menjadikan saya seorang pensyarah?terima kasih

cikgu azhar said...

salam

jika universiti penyelidikan (UKM, UM, UPM, USM, UTM), mesti Ph.D melainkan bidang ikhtisas (kejuruteraan, perakaunan, undang-undang, dll).

universiti komprehensif minimum sarjana, tetapi kena ambil Ph.D kemudiannya.

pensyarah politeknik boleh mohon dengan ijazah pertama (sarjana muda) dan kena ada kelayakan pendidikan, termasuk kursus dalam cuti, jika telah diterima mengajar tanpa kelayakan pendidikan.

pensyarah ipts tertakluk kepada syarat khusus yang berbeza.

Wallahu a'lam...

Sofiyy said...

salam cikgu,
saya akan menduduki spm tahun hadapan 2013. Ibu saya nak saya jadi guru. Noble profession katanya. Saya nak tahu uni mana yang menawarkan kursus pendidikan yang terbaik. Saya minat bahagian sejarah. Atau saya kena lalu KPLI ? Harap cikgu boleh bantu saya. Terima kasih.

jiash said...

oh..maksud nya selamat nya kena ada penyelidikan lah ye cikgu..cikgu tahu tak maksud course teknousahawan?dia berkaitan apa ye? terima kasih

cikgu azhar said...

salam sofiyy

lulusan cemerlang spm kena masuk institut perguruan malaysia (ipgm) untuk latihan guru siswazah prasekolah dan sekolah rendah (sk, sjkc, sjkt).

mutakhir ini guru sekolah menengah datang dari upsi yang mendapat tajaan biasiswa kementerian pelajaran (kpm). jika ambil ijazah pendidikan (selepas stpm atau matrikulasi) tanpa tajaan kpm, maka kena memohon jawatan guru berdasarkan kekosongan tempat di sekolah dan lulus temu duga.

pengajian sejarah ditawarkan di ukm, um dan usm. kalau hendak ambil pendidikan boleh terus di universiiti yang sama atau lebih baik mendapat tajaan kpm untuk kursus kpli jika masih ditawarkan.

langkah pertama capai keputusan terbaik spm... moga berjaya hendaknya... amin.

cikgu azhar said...

jiash

memang kerjaya pensyarah sinonim dengan penyelidikan untuk menambah tubuh ilmu (adding knowledge) atau menguji kesesuaian teori sedia ada. mereka boleh mendapat geran irpa atau tajaan agensi dan organisasi luar universiti.

teknousahawan secara amnya gabungan antara aplikasi teknologi dengan dunia keusahawanan, sejajar dengan era k-ekonomi sebagai ganti p-ekonomi. inovasi juga lebih cepat berlaku dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah...

Anonymous said...

As Salam,
Cikgu saya pelajar matrikulasi bidang sains. PGNK 3.33 masih adakah peluang untuk ambil kejuruteraan di UKM / UPM. Ada ke cut-off pgnk bagi pelajar yang telah berjaya ke U tersebut. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

cikgu azhar said...

salam kursus kejuruteraan dikategorikan sebagai kritikal kerana jadi rebutan pelajar cemerlang pra-U. peluang masih ada, tetapi lebih selamat kalau 3.5 ke atas untuk universiti penyelidikan premier seperti ukm, um, upm dan usm. jika utm, atau universiti komprehensif seperti uitm, utem, unimap, ump dan umk, barangkali cut-off pngk lebih rendah. namun, harus diingat kursus kejuruteraan yang paling digemari mungkin kejuruteraan kimia, elektrikal dan industri. bidang tradisional seperti awam dan mekanikal walaupun bukan rebutan utama, tetapi masih penting dengan pakej kejuruteraan termaju untuk menggalakkan inovasi dan reka cipta. kesimpulannya, apabila membuat permohonan nanti, di samping universiti penyelidikan, masukkan juga pilihan universiti komprehensif. dapatkan ijazah pertama dahulu, kemudian boleh buat sarjana di universiti idaman, atau kelayakan ikhtisas Ir. selamat maju jaya

Mohammad Khalid said...

salam cikgu.. sy nk tnya adakah layak utk mohon kos pendidikan ipta jika bi dan math spm tak kredit.. walaupun stpm 3.75??

cikgu azhar said...

salam

susah nak jawab soalan mohammad khalid kerana syarat kelayakan, merit dan bilangan tempat yang disediakan saling berkaitan.

matematik sangat penting untuk calon guru kerana banyak terlibat dengan analisis data dan kajian tindakan.

muet band 3 mungkin boleh menggantikan kredit spm.

wallahu a'lam

Mohammad Khalid said...

Cikgu, adakah permohonan sy utk program pendidikan lepasan stpm akan terjejas kerana tak kredit bi dgn math walaupun stpm cemerlang dan muet band 4?

cikgu azhar said...

salam mohammad khalid

boleh terus mencuba dan berharap

muet band 4 dah kira sangat kuat

cuba hubungi terus universiti berkenaan melalui telefon, atau singgah ke kampus untuk mendapatkan kepastian...

Mohammad Khalid said...

Cikgu.. Jika lain2 kursus selain pendidikan, pada pendapat cikgu, kursus apa yg layak utk gred E math dan bi... jika result stpm pngk 3.75 dan muet band 4. Dan adakah bleh masuk USM? sbb sy cdg nk masuk usm.

cikgu azhar said...

mohammmad

senarai kursusnya terlalu panjang

usm: kena ambil ujian khas dahulu: 100 soalan inventori kecekapan & personaliti

keputusan spm diambil kira untuk kursus tertentu sahaja, dan di universiti tertentu sahaja, misalnya undang-undang dan ekonomi

kalau pngk 3.75 tiada masalah yang akan dihadapi, lainlah kalau 2.75...

Mohammad Khalid said...

Cikgu.. Jika kos Sastera Sejarah USM. Apa peluang pekerjaan setelah tamat pengajian? Sy cadang nak menjadi pensyarah.

cikgu azhar said...

Mohammad,

Hakikatnya ijazah pertama (sarjana muda) bersifat terbuka dari segi peluang kerjaya, asal sahaja memperoleh pngk terbaik.

pensyarah sekurang-kurangnya ada ijazah sarjana (master), dan institusi terkemuka mewajibkan doktor falsafah (Ph.D).

tempoh pengajian sarjana antara 2 hingga 8 semester, Ph.D paling cepat 4 semester. namun, kena dapat pngk yang baik untuk ijazah pertama terlebih dahulu...

Anonymous said...

salam. cikgu saya ingin bertanya. saya seorang pelajar lepasan spm 2012. Semasa saya mohon UPU nanti, saya bercadang utk mohon asasi sains di USM sbg pilihan pertama dan seterusnya boleh la saya sambung ijazah dlm bidang farmasi. Adakah dapat jaminan di situ yang saya boleh mengambil jurusan tersebut jika saya kredit dalam kesemua subjek? Saya cuma risau sekiranya saya dicampak dalam jurusan lain yang tidak berapa diminati, iaitu pilihan kedua dan ketiga nnt. terima kasih.

sal said...

salam. sy ingin tanya. universiti manakah yang menawarkan bidang forensik? dan, bahagian forensik yang mana mempunyai kerja di makmal? tq.

cikgu azhar said...

salam

anony dec 25: 12.56 am

dapatkan tempat asasi usm dahulu (sains fizikal, gunaan) berdasarkan syarat kelayakan spm yang ditetapkan.

pemilihan ke kursus farmasi akan bergantung kepada pngk semasa asasi. kursus farmasi masuk dalam kategori kritikal selepas perubatan dan pergigian, maka kena dapat 3.75 ke atas, iaitu kombinasi gred A dan A- dalam semua kursus asasi.

wallahu a'lam...

cikgu azhar said...

salam sal,

forensik banyak cabangnya seperti perubatan, kimia dan komputer. maka, semua ipt yang ada fakulti berkenaan menawarkan kursus forensik.

semua kursus forensik membabitkan tugasan makmal.

ahli kimia boleh dilantik sebagai pakar forensik dan saksi kes jenayah profil tinggi menerusi ujian dna dan analisis barang kes.

msu shah alam ada menawarkan kursus forensik secara khusus, tetapi status msu ialah ipts. khabarnya ada tajaan daripada pihak keselamatan.

wallahu a'lam

Unknown said...

assalammualaikum..
sy nak tnya, skrang sy sedg mnuntut di politeknik dan brada dlm sem 6..bolehkan saya memohon ijazah srjana muda untuk intake 2013 nnti menggunakan keputusan sem 5??

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu.

saya berhasrat untuk mengambilbidang linguistik jerman di UM

Tetapi untuk markah math saya F dan bahasa inggeris saya D dalam SPM.

agaknya STPM dan MUET boleh tak membantu?

dan saya tak pasti tentang prospek kerjaya linguistik jerman apakah cerah? selain daripada menjadi pensyarah.

Terima kasih.


Anonymous said...

assalamualaikum, cikgu. Saya pelajar lepasan SPM 2012, masih menunggu keputusan pada tahun 2013. Keputusan yang bagaimanakah sesuai untuk seseorang yang ingin memohon bidang Psikologi? Saya minat dlm bidang ini, namun saya masih lagi mencari arah untuk dibimbing. Saya tidak tahu universiti mana yang sesua untuk saya belajar dan tahap mana yang harus dimulakan, misalnya sama ada asasi ataupun diploma.
Terima kasih.

cikgu azhar said...

Salam Areqiem

Lazimnya kena tunggu keputusan tamat pengajian kecuali dalam bidang tertentu.

Kena rujuk setiap kursus yang dipohon kerana syarat kemasukan yang berbeza

Anony dec 31, 12:05 am

minimum muet band 3,
kursus bahasa biasanya tiada syarat matematik, tetapi cuba dapatkan pngk 3.0 ke atas supaya tidak bergantung kepada nasib baik sahaja

peluang kerja sama macam ijazah lain, asal sahaja pngk di u juga 3.0 ke atas

anony dec 31: 9.25 am

bidang psikologi biasanya di peringkat ijazah. laluan kemasukan sama ada stpm, matrikulasi atau diploma.

psikologi kemanusiaan di ukm misalnya amenawarkan 11 cabang pengajian misalnya psikologi industri dan psikologi klinikal.

psikologi sains dan perubatan ditawarkan di peringkat sarjana kepakaran (setelah bergelar doktor perubatan).

Anonymous said...

Hai ckgu. Sa nak tanya. Apa jurusan yang mempunyai banyak keperluan pekerjaan? Sekiranya kita tak mengambil jurusan pendidikan. Boleh kah kita menjadi guru kalau mengambil jurusan seperti sarjana muda kimia? Lagi satu, kalau pointer rendah dari 3.5 adakah peratusan untuk masuk um, usm dan ukm tinggi bagi lepasan matrikulasi?

cikgu azhar said...

Hai

Bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, optometri, pemakanan, kejuruteraan dan perakaunan dan mungkin kimia forensik.

bidang lain bergantung kepada pngk dan kemahiran insaniah. Pendidikan memerlukan 3.3 ke atas.

Selain pngk,perebutan tempat di um, usm dan ukm bergantung kepada kursus yang dipohon. ada juga calon dapat tak sampai 2.5 masih dapat. cuba cari maklumat kursus kurang popular tetapi cerah masa depan...

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM CIKGU...

saya merupakan calon spm 2011..saya mendapat keputusan 8A1B dalam spm..B dalam subjek BI...sekarang saya student asasi di ipta..baru2 ini..saya mendapat keputusan 4flat dalam sem 1..sangat mengecawakan apabila saya hanya mendapat band 4 dalam MUET sesi november 2012...

saya nak tanya..adakah keputusan muet mempengaruhi permohonan saya untuk mendapatkan biasiswa dalam bidang perubatan ke luar negara??dan peluang saya untuk sambung ijazah dalam bidang perubatan???apakah kursus yang ditawarkan untuk mendapat biasiswa ke luar negara tanpa mengambil kira keputusan muet??

cikgu azhar said...

salam

tahniah dapat 4.0, moga dapat dikekalkan dalam sem. seterusnya. muet band 4 sudah dikira sangat baik, kerana tahun lepas tiada yang dapat band 6. band 5 pun tidak banyak.

mohon dahulu biasiswa perubatan dalam dan juga luar negara (dublin, leceister, john hopkins, singapura, manipal, bandung, moscow, @ kaherah?). tidak perlu kejar luar negara untuk ijazah asas (MBBS atau MD) kerana ijazah lanjutan (sarjana kepakaran perubatan) boleh disambung di luar negara. tambahan pula, apabila bergelar doktor, memang kerap hadir persidangan antarabangsa di serata dunia.

buat masa ini, tumpukan perhatian kepada kuliah, tugasan dan peperiksaan. insya-Allah, sdra(i) bakal berjaya mencapai cita-cita itu... amin

Anonymous said...

salam cikgu...macam mana kalau saya mndpt band 2 dlm kptsn muet bru2 ini???

Anonymous said...

Cikgu.. sya pelajar asasi uitm dan saya memperoleh keputusan 4.0 utk sem yg pertama namun sy hanya mendapat band 3 utk muet. adakah saya layak untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan dalam negara?

Cik Ayu said...

salam cikgu , saya lepasan Spm . Then sangat meminati Bahasa melayu , Hasrat dihati nak jadi guru bahasa Melayu ,Saya budak Teknik . aliran Kejuruteraan Awam . Keliru sangat dengan pemilihan kos and U mane . boleh mintak pendapat ? Result seelok elok nya untuk apply IPG berapa ye? ke saya nak ambil STPM . Selain tu, saya ada apply Matrik aliran Teknikal . Mcam mana ye? Buntu sesangat :(

Anonymous said...

As salam..ckgu. sye skrg nie seorg mahasiswi lpsn matrikulasi di UKM..sye menyambung pengajian dlm bidang ijazah sarjana muda sains dgn kepujian kimia. sye nk tanye, mcm mane sye nak mohon menjadi guru kimia setelah sye graduate nanti? adkh sye perlu ke kursus perguruan dulu? mohon penjelasan drpd ckgu..sye masih lg tdk faham..trma ksh.

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu, saya ingin bertanya, layakkah saya untuk menyambung pelajaran dalam ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah)Dengan Kepujian di UPSI?? Muet saya hanya mendapat band 2 sahaja. Semasa peperiksaan percubaan, saya mendapat A dalam sejarah. Sekiranya diizinkan Allah untuk mendapat A sekali lagi dalam sejarah, adakah saya layak untuk menyambung pelajaran dalam bidang ini dengan keputusan muet band 2? saya harap cikgu dapat membantu saya memberikan informasi. Terima kasih cikgu.

cikgu azhar said...

Salam semua

Anony jan 6

kalau band 2, kes pengecualian. maksudnya kena rujuk dekan fakulti perubatan sebelum membuat permohonan.

anony jan 7

band 3 kira o k, tetapi kena pilih uni. yang kurang persaingan, atau buat pilihan kedua untuk pergigian, optometri, sains kesihatan atau farmasi

Cik Ayu

Calon guru BM sekolah menengah perlu mengikuti pengajian di UPSI, atau memperoleh ijazah bahasa di UKM, UM, UPM, USM kemudian buat diplome pendidikan (KPLI). Calon guru BM sekolah rendah perlu menjalani pengajian di IPG selepas SPM (PNGK 3.5 ke atas memililki peluang lebih tinggi). Matrik aliran teknikal o k, kalau hendak menjadi pensyarah, kena sambung ijazah tinggi selepas tamat ijazah pertama, atau kelayakan profesional

Anony jan 8, 4:40 am

ya, kena ambil diploma pendidikan atau KPLI jika masih ditawarkan. pilihan lain dapatkan pngk terbaik, cuba mohon skim tenaga pensyarah muda (cuba semua IPTA, hantar resume dan sokongan).

Anony Jan 8, 4:43 am

masih boleh memohon, tiada masalah. Syarat minimum band 3 Muet ialah untuk memenuhi keperluan pensiswazahan. Muet boleh ulang sepanjang tempoh pengajian dengan syarat bayar RM100 setiap kali.

andai kata permohonan ke upsi terjejas kerana muet, ambil muet hingga dapat band 3, mohon lagi.

mudah-mudahan berjaya hendaknya, amin!

Anonymous said...

salam cikgu. Adakah cara bagi pelajar stpm memohon untuk menjadi guru

cikgu azhar said...

Salam

Caranya sama seperti memohon kursus lain menerusi UPU atas talian. Mungkin ada keperluan temu duga.

Untuk calon guru sekolah menengah disarankan memohon ke UPSI. Pihak kementerian akan mengutamakan pemegang biasiswa berbandingan dengan peminjam PTPTN untuk proses pelantikan di sekolah.

Maka, pastikan dapat PNGK yang terbaik nanti...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu...saya sgt confuse skrg...
saya pelajar sem 2 semester akhir asasi tesl uitm. saya ingin menyambung pelajaran dlm ijazah sarjana muda bahasa dan linguistik (bahasa jepun) di UM. saya sgt meminati bahasa jepun. saya sudah mempunyai pengetahuan asas bahasa jepun kerana saya tlh belajar bhsa jepun di sekolah menengah selama 4 tahun.
tetapi malangnya saya hanya mendapat pointer 3.36 semasa semester pertama dan band 3 utk muet. saya akn menduduki muet skali lg pd bln mac ini.
saya ingin bertanya, adakah saya layak utk memohon program ijazah sarjana muda bahasa dan linguistik (bahasa jepun) di UM? ada tak universiti lain yg menawarkan program yg sma?

Aree Tone WoW said...

Bagus dan tahniah kepada yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu dan bagi yang bakal melanjutkat pengajian suka saya ingatkan di sini...

Sekeping Diploma atau Ijazah bukan tiket mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian nanti, jangan di persalahkan kepada Kerajaan seperti apa yang berlaku sekarang ini . Ramai pelajar menyalahkan kerajaan tidak menyediakan peluang pekerjaan setelah mereka selesai belajar.

Yang penting sekarang cuba dapatkan keputusan yang cemerlang dengan keputusan PNGK 3.9 atau cantik lagi 4.0 ... serta di tertera TULISAN IJAZAH KEPUJIAN , maka dengan ini anda akan lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding kawan-kawan yang hanya sekadar lulus atau cukup makan..

Ramai pelajar yang merungut namun seharusnya kita tanya pada diri sendiri apa kecemerlangan dalan keputusan Ijazah atau diploma yang kita perolehi ..adakah cuma sekadar 2.5 atau kurang dari 3.00...

Berusaha sebaik mungkin dan cuba wujudkan peluang pekerjaan sendiri dari hanya berharap untuk makan gaji. Jadilah seorang Usahawan Perubatan, Usahawan Pergigian, Usahawan Farmasi, Usahawan Perundangan dan bermacam-macam Usahawan lagi yang mempunyai ijazah dan sambut seruan Kerajaan dan hilangkan mentaliti terlalu bergantung kepada Kerajaan .

Semoga Berjaya...

nanaz said...

Salam cikgu, saya lepasan spm 2012 .
Sepertimana yg lain , sy sdg decide nk ambik course apa nanti. Sy berminat dgn kimia.Bwat masa skg , sy tgh decide antara kursus farmasi atau sains kimia.
sy cuma nk tanya , apa peluang kerjaya utk sy kalau sy ambil sains kimia? Boleh ke sy jd guru di sek kalau sy bachelor of sc.bkn B.Edu?

c said...

Salam Tuan Zulkarnai

Selamat datang. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman keusahawanan tuan, satu bidang yang sinonim dengan usaha penyebaran dakwah pada era kegemilangan umat.

(klik pada paparan nama Tuan Zul di atas sekali untuk singgah ke laman sesawang beliau).

Salam Nanaz

Sains kimia ada banyak cabang seperti kimia tulen, kimia industri, forensik, kejuruteraan, perubatan dan makmal. sebagai 'raja' bidang sains tulen, pakar kimia memang sentiasa diperlukan.

Pemegang B.Sc perlu menyambung pengajian pascasiswazah diploma pendidikan. Pemegang B.Ed (Pendidikan Kimia) lebih mudah mendapat lantikan jika mendapat tajaan biasiswa.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu...saya sgt confuse skrg...
saya pelajar sem 2 (semester akhir) asasi tesl uitm. saya ingin menyambung pelajaran dlm ijazah sarjana muda bahasa dan linguistik (bahasa jepun) di UM. saya sgt meminati bahasa jepun. saya sudah mempunyai pengetahuan asas bahasa jepun kerana saya tlh belajar bhsa jepun di sekolah menengah selama 4 tahun.
tetapi malangnya saya hanya mendapat pointer 3.36 semasa semester pertama dan band 3 utk muet. saya akn menduduki muet skali lg pd bln mac ini.
saya ingin bertanya, adakah saya layak utk memohon program ijazah sarjana muda bahasa dan linguistik (bahasa jepun) di UM? ada tak universiti lain yg menawarkan program yg sma?

#please....sya sgt2 mmerlukan pndapat/suugestion dr cikgu...

Anonymous said...

#suggestion (maaf, typo error)

cikgu azhar said...

w.salam

insya-Allah layak.

jika disenarai pendek untuk temu duga, kena buat persediaan rapi. kalau boleh, tanya pengalaman senior kursus yang berkenaan sama ada secara bersemuka atau maya.

selain UM, kursus bahasa antarabangsa sebagai pengkhususan utama (major) ditawarkan di UPM.

muet band 3 sudah cukup untuk syarat pengijazahan, tetapi elok juga cuba dapat band lebih tinggi.

Anonymous said...

terima kasih, cikgu... :)

ukasya shakena said...

salam , alhamdulillah tinggal 1 semester sahaja di ukm. saya belajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Saya nak bertanya, saya keliru dengan master research dan course work. harap cikgu dapat membantu. terima kasih :)

cikgu azhar said...

salam ukasya

master (research) biasanya mod B (18 jam kredit kuliah + 18 jam kredit disertasi), manakala master (coursework) biasanya mod C (30 jam kredit kuliah + 6 kredit kertas projek laporan penyelidikan).

master research ada proses vetting (proposal defence) dan viva, manakala master by coursework hanya hantar kertas projek untuk dinilai oleh jawatankuasa fakulti.

namun, kombinasi ada jam kredit kuliah dan kertas projek mungkin berbeza antara universiti dan fakulti.

sekarang Ph.D kerja kursus (sepertimana amalan di U S A) juga ditawarkan di kebanyakan universiti tempatan.

untuk tujuan tajaan biasiswa atau untuk latihan tenaga akademik muda, mod penyelidikan lebih diutamakan.

Wallahu a'lam

Anonymous said...

Salam cikgu,sy lepasan pelajar stpm 2012. Sy brminat seni reka fesyen dan ingin memohon kos seni reka fesyen dekat uitm .sy keliru adakah peluang saya dpt kursus ini cerah krn persaingan sengit dari plajar matrik dan diploma seni reka fesyen.Adakah UPU akn mngambil sy sbg plajar stpm di dalam kursus seni reka fesyen ini?

cikgu azhar said...

Salam

Syarat umum stpm / diploma: pngk 2.00 (minimum)

keperluan spm: kepujian bm, bi, matematik dan psv

memang ada persaingan, tetapi kalau syarat cukup, masih boleh terus berusaha...

Anonymous said...

InsyaAllah la sy boleh utk result stpm sbb trial stpm sy 3.5
Spm ,saya x mbik PSV la cikgu ,result spm sy bm A-,pai A- ,sej A ,mate B+ ,kimia B ,B.ingeris B ,fizik C ,biology C ,add mate E.heheh.cuma 3A3B2C1E...
Mmg syrat wajib mbik psv ke sbb sy tngok syarat klayakn under uitm xde pn.Sy minat sgt2 seni rekaan fesyen especially kat uitm..

cikgu azhar said...

tahniah, bakal pelajar cemerlang stpm

kalau begitu, selamat maju jaya

amin...

Anonymous said...

10 u cikgu.sy minat sgt2 kos seni lukis ni.harap2 la sy dpt.

Anonymous said...

salam.cikgu, sy pljr lpasan mtrik dgn pointer 3.3,muet band 4..agak2 ade x pluang mhon bidang perhutanan di upm?

cikgu azhar said...

Salam

kenapa tidak?

bidang sains perhutanan tentu sangat menarik, tetapi penuh cabaran. tidak ramai pelajar prauniversiti yang mengambil tahu tentang pengajian perhutanan.

tahniah dan moga berjaya. amin.

Anonymous said...

Salam.

Saya pelajar lepasan SPM 2012 yg ambil aliran sains.Saya berminat untuk ambil course accounting or economics but saya tak berapa sure yg mana satu lagi bagus.

Cikgu,blh tlg senaraikan antara universiti terbaik untuk course ini?

Btw cikgu,which one is better...diploma or matrikulasi?

Thank you.

M.N.Fatta said...

as-salam cikgu azhar...
sy ingin bertanya sesuatu, pertama skli sy bukan lepasan stpm mahupun lpsan matrikulasi, ttp sy penunntut diploma farmasi tajaan KKM, insyaallah bulan 7 thun ini sy akn grad, sy amat berminat skli dalam bidang sejarah sejak dr bangku sklh lg tp xberkesempatan utk mengambil kursus tersebut, utk mkluman cikgu sy mndpt A dalam sejarah ketika spm dhlu (2009) skligus merupakan salah seorg pljr cemerlng dlm mata pljrn tersebut. soalan sy adkh ia satu tindakan yg bijak sekiranya sy beralih ke bidang sastera setlh hmpir 3 thun sy brd dlm aliran sains ini???

dan sekiranya sy beralih adkh sy mampu bersaing dgn mereka yg mmg asalnya dr aliran sastra??

dan adkh permohonan sy itu akn dtrima sdngkn sy drpd aliran sains sblom itu??

sy tlh survey d beberpa U yg menwarkn pjj bidang tersebut salah stunye USM...

nasihat & pandangan cikgu azhar amat yg hargai...

cikgu azhar said...

Salam

accounting ialah kursus ikhtisas (profesional) macam undang-undang, manakala ekonomi separuh ikhtisas.

uni. tempatan: ukm, um, upm, usm, uiam, uitm

uni. luar negara: monash (australia), london school of economics (u k).

sistem perakaunan m'sia tidak sama dengan amerika (begitu juga undang-undang)

matrikulasi sama seperti stpm sebagai pilihan utama sambung ijazah; diploma pilihan setara melainkan sambung ijazah di uni. yang sama...

cikgu azhar said...

W.salam M.N. Fata

Farmasi ialah bidang kritikal yang menjadi rebutan pelajar terbaik, mengapa mahu beralih. Kalau boleh, belajar sekurang-kurang dapat ijazah B.Sc (farmasi).

Kalau berminat sangat dengan sejarah, boleh beralih semasa ijazah tinggi, iaitu sarjana. Bidang kritikal boleh beralih kepada bidang umum, tetapi bidang umum (misalnya sejarah) tidak boleh beralih kepada bidang kritikal, kecuali dalam kes khas.

kesimpulannya, elok mengaji farmasi hingga peringkat sarjana muda. namun, keputusan di tangan M.N. Fatta jua... Wallahu a'lam

M.N.Fata said...

cikgu azhar...
sy berasa sngt rendh dri & takut skli krn requiremnt utk smbung degree in pharmcy adlh 3.8 keats, cgpa sy skg 3.5 dn sy estimate cgpa last sy nnt x smpai 3.8, selain itu mereka yg mndpt tajaan diploma drp KKM ini perlu berkhidmt dgn krjaan slma 4 thun,dn status kmi nnt hnyalh sbg pmbntu pgawai farmasiU29 shj n bnyk entri2 yg kurg enak utk ddgr n dbce drp sstgh blog yg mnytakn hkikat sbnr ttg pmbntu farmasiU29 ini...

sblom ini sy prnh trfkir utk smbung dlm bdg yg sy ambil ini ttp bnyk hlngn yg sy liht stlh brtnya & meliht keadaan sbnr ppf dmalaysia ini, xbnyk yg berubh sejk drpd dlu hingga skg...

jika sy liht drpd penulisan cikgu, sy mlihat ckgu kurg stuju dgn pilihn sy ini.

nasihat cikgu yg trlbih dhlu mkn gram drp sy yg bru mningkt naik ini, jika dlihat drpd situasi sy skg ini apakh tindkan yg pling wajar sy lakukan???

nasihat drp cikgu skli lg sy hargai...

cikgu azhar said...

M N Fatta

Sdra sudah pun berada dalam bidang farmasi. Syarat 3.8 itu untuk pelajar pra-U (STPM, matrikulasi). Dengan pengalaman kerja kelak, sdra memiliki merit lebih tinggi.

Pengalaman orang lain boleh membantu, tetapi sdra tidak mesti terikat dengannya. Sdra boleh mencipta pengalaman dan teladan yang baharu. Cuba sdra baca dan dengar pula cerita mereka yang telah menempa kejayaan dengan sabar dan susah payah. Jiwa besar atau 'thinking big' sahaja yang boleh mengeluarkan seseorang itu daripada perangkap kotak hitam misteri.

Semasa pengajian sarjana dahulu, saya berkongsi pengalaman dengan pelajar sarjana yang asalnya jururawat biasa, kemudian ijazah kejururawatan, manakala sarjana dalam bidang teknologi pengajaran.

Saranan bersifat negatif boleh melemahkan daya juang seseorang. Sdra boleh mengutip pendapat sesiapa jua (pro dan kontra), termasuk daripada penulis blog ini, tetapi keputusan akhir tetap di tangan sdra.

Alangkah bertuahnya sdra yang mempunyai jaminan pekerjaan, sedangkan di luar sana rakan sebaya, termasuk pelajar universiti masih berteka-teki tentang itu.

Sekarang ini kemudahan belajar cukup banyak, termasuk secara atas talian. Jika mendapat kebenaran majikan, sdra boleh mengikuti kursus ijazah secara separuh masa selepas sah jawatan (setahun setelah lantikan). banyak pembantu hospital telah berukar kerjaya sebagai peguam terkenal.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Salam cikgu, apakah jenis peluang pekerjaan di bidang linguistik asing contoh:jerman.sama ada dalam atau luar negara?

apakah graduan linguistik dapat bekerja di perpustakaan,muzium dan sebagainya.

Unknown said...

salam ckgu...sya merupakan pelajar lepsan politeknik dlm dip. seni bina...pointer akhir sya hanya 3.0 dan sya ingin memohon kursus seni bina di usm...adakah peluang sya untuk kursus itu ada..kerana ada sesetengah org kata untuk ke usm pointer akhir sekurang2 nya 3.5 above..mohon pendapat ckgu..tq

Dila said...

Assalamualaikum cikgu. Saya pelajar lepasn spm 2012.Saya ni anak tunggal dlm keluarga.Saya takde tunjuk ajar drpd abang2 kakak2. UPU tu sbnrnya apa eh cikgu? Apa bezanya UPU dgn Matriks? Kalau saya memohon UPU, diploma in Pharmacy, adakah kos dikenakan? Sekiranya saya telah tamat pengajian diploma, pihak kerajaan akan mengatur sebuah uni secara automatik kpd kita org tak? Atau kita kena cari sendiri slps tamat diploma? Adakah overseas degree programme ditawarkan slps habis diploma? Harap mendpt maklum balas drpd cikgu. Terima kasih cikgu!

cikgu azhar said...

W.salam

anony jan 19:12.36 am

pemegang ijazah pertama (sarjana muda) boleh memohon jawatan umum termasuk perkhidmatan awam atau swasta, kecuali bidang ikhtisas seperti perubatan, kejuruteraan, perakaunan dll yang perlu diisi oleh siswazah bidang berkaitan.

jawatan yang disebutkan itu memang boleh dipohon, tetapi perlu ada x-factor berbanding dengan calon lain. maksudnya dari segi pencapaian akademik, kepimpinan dan kemahiran insaniah.

nur nazirah,

boleh mencuba, tetapi letakkan uitm dan utm sebagai pilihan berikutnya. um dan uiam juga menawarkan kursus seni bina. pemohon ke usm mungkin dikehendaki menduduki ujian munsyl sebab usm ialah universiti apex.
tidak mencuba pasti tidak berjaya, jika mencuba mungkin ada harapan...

Dila

UPU = unit pusat universiti yang memproses permohonan kemasukan prauniversiti termasuk matrikulasi dan ipta, selain politeknik dan kolej komuniti. pemegang diploma kena memohon semula kemasukan ijazah sarjana muda. untuk uni. luar negara kalau dengan perbelanjaan sendiri tiada masalah, tetapi untuk tajaan biasiswa, banyak syarat khusus yang perlu dipenuhi. calon tenaga pengajar institut kemahiran mungkin memiliki peluang lebih tinggi.

Wallahu a'lam

Khairul said...

Askum Cikgu Azhar,kalo masuk UPU tu, kena bayar yuran ke? Bukan mcm matriks yg tak kenakan bayaran?

Alia said...

Assalamualaikum, UPU hanya menawarkan program diploma je bagi pelajar lepasan spm? Harap cikgu dpt membantu. Terimakasih~!

cikgu azhar said...

W.salam

Khairul, UPU hanya berfungsi sebagai sekretariat atau urus setia kepada ipta dalam urusan permohonan dan kemasukan pengajian tinggi, termasuk matrikulasi. borang atas talian dan yuran proses, jika ada, dibayar menerusi pihak sekolah (biasanya unit kaunseling) sebelum keputusan spm / stpm diumumkan.

Alia,

UPU menguruskan permohonan kursus diploma, matrikulasi, asasi untuk universiti awam.

Fahri said...

Salam cikgu. saya lepasan A-lvl dengan mndpt semua C bagi subjek2 sains yang penting. adakah saya masih layak untuk memohon bidang perubatan di USM/UKM atau UM sebab saya sgt minat dgn bidang perubatan, tapi result akhir Alvl sy semua C

cikgu azhar said...

Salam Fahri

Kursus perubatan (UKM, UM, UPM, UIAM, UiTM) termasuk dalam kategori kritikal, iaitu hanya pelajar terbaik yang memiliki peluang lebih cerah, biasanya CGPA 4.0. Namun, dalam kes UiTM mungkin ada jalan, tetapi Fahri perlu bersemuka dengan dekan / pegawai tadbir fakulti perubatan di sana (kampus induk: Shah Alam; hospital pengajar / housemanship: Hospital Teluk Intan).

dapatkan talian fakulti perubatan UitM menerusi portal rasmi mereka...

faizitaza_94 said...

salam cikgu, saya faizi dan saya telah email tentang soalan saya di email cikgu yang beralamat: ibnurodzi@gmail.com

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, saya sekarang pljr asasi sains pertanian UPM sem . Saya nak bertanya, saya sangat meminati bidang perubatan namun result sem 2 saya kurang memuaskn, hanyalah 3.12. Saya nk minta pendapat cikgu apakah laluan yg blh sy ambil utk mencapai impian saya memandangkan utk memilih kos ini memerlukan pointer 4.0.Apa pendapat cikgu tentang perubatan di MESIR??

Anonymous said...

Salam cikgu, adik saya berjaya mendapat 4flat untuk ups & pspm 1 yang lps, serta memperoleh band 5 muet baru2 ini... Adakah cerah harapan saya untuk melihat adik saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di universiti? Universiti manakah adik saya layak memohon? Mohon pencerahan, t.kasih cikgu

cikgu azhar said...

Salam faizi

tiada dalam peti surat

Anony jan 28 (7:28 am)

jalan lain ialah masuk kursus sains kesihatan (B.Sc) dapatkan kelas pertama, kemudian sambung MBBS atau MD. kalau di luar negara, syarat kemasukan lebih longgar, tetapi perbelanjaan pengajian sangat tinggi. Kursus di Mesir memang o k kerana bersepadu dengan perpektif al-Quran dan sunnah

Anony jan 28: 3.10 pm

semua universiti pun adik tuan / puan layak memohon ambil sahaja mana-mana uni. untuk ijazah asas MBBS atau MD. harapan memang cerah, tetapi wajib diiringi doa dan tawakal (pasrah). setiap keputusan ada hikmahnya... Wallahu a'lam

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Azhar, saya SPM candidate pada tahun ini dan saya amat cenderung dalam bidang psikologi tetapi saya pelajar aliran ekonomi dan sastera, dan jika saya mendapat keputusan yang cemerlang, layakkah saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut atau harus mengambil STPM dan berapa skor yang layak?

cikgu azhar said...

Salam

Layak. Untuk kemasukan ijazah sarjana muda perlu STPM atau setaraf (matrikulasi, asasi, A-Level, dll). Untuk diploma (semak ipta, ipts) hanya SPM, tetapi harus dapat gred yang baik untuk matematik, sains dan bahasa inggeris. Sebab: analisis psikologi banyak mengaplikasi kaedah kuantitatif.

Wallahu a'lam...

Unknown said...

salam cikgu... saya nak mintak tips/cara untuk cmerlang dlm stpm ..sya mrupakan calon persendirian,sblum ni blum pernah ambil exam ni...saya hrap cikgu dpt tlong sya...

Anonymous said...

salam, cikgu... saya pljr asasi tesl uitm... saya nk tnya, ada x program ijazah sarjana muda yg boleh saya apply utk further study di luar negara??? ada x tawaran biasiswa yg boleh saya mohon???
saya harap sgt cikgu dpt bg cadangan atau pendapat.......terima kasih...

cikgu azhar said...

Salam

Eyna cheche

patuhi sukatan pelajaran, beli buku teks terbaik, fokus dan banyakkan latihan. perancangan dan penulisan jawapan mesti sejajar dengan peruntukan markah dan masa...

Anony Jan 31

tempat belajar di luar negara tiada masalah, tetapi biasiswa begitu terhad kepada kursus kritikal dan pelajar terbaik sahaja. tidak mengapa 1st degree di dalam negara, nanti buat ijazah lanjutan di luar negara...

Anonymous said...

salam cikgu
saya masih keliru untuk pilih course degree..untuk makluman cg result saya sem 1 3.5 & muet saya baru2 adalah band 2..boleh ke saya aplly course kejuruteraan aeronautical/aerospace di utm @ usm
terima kasih

Anonymous said...

salam..

berapa pointer utk memohon kos bhsa melayu ? kos ni ada pesaingan sengit @ tak ? peluang pkerjaan cerah @ tak ? perlu band berapa utk muet sekiranya nk memohon kos BM ni ?
selain mlaysia, negara mana lg yg menawarkn kos B.melayu ni ?

cikgu azhar said...

Salam

anony feb 4, 1.19 am

untuk permohonan tiada masalah kerana muet boleh dibaiki semasa di uni. minimum band 3 sebagai syarat pengijazahan; usm ada ujian khas yang lain

anony 2.4 am

seelok-eloknya 2.8 ke atas dan BM gred A. saingan tidak dapat dijangka, kerana pencapaian kohort calon sesuatu tahun tidak dapat dijangka dengan tepat. peluang pekerjaan sama dengan ijazah lain, bergantung kepada pngk. indonesia dan singapura menawarkan kursus bm untuk ijazah pertama, manakala australia, uk, usa dan belanda menawarkan ijazah tinggi menerusi penyelidikan.

Anonymous said...

asslm..
cikgu,sy nk tnya Beijing Foreign Studies University ada kos pengajian melayu ke tak ? adakah pengajian ni blajar mengenai bhsa melayu 100%..belajar tntang tatabhsa DLL ? dkt uni ni ada utk degree tak utk p.melayu ni ? pelajar mlaysia di terima msuk ke tak dkt uni ni ? sbb ape sy tahu plajar malaysia rmai yg ambil kos bhsa mandirin je ..sekiranya ada khusus p.melayu dkt uni ni,adakah bila bkerja nanti dpt mnjadi guru b.melayu dkt mlaysia ? ..harap ckgu dpt terangkan dkt sy ..syukran

afiqah said...

assalamualaikum ckgu,sye ingin bertanya..sye msih lg mnuntut di matrikulasi dan tak lme lg akn mghadpi ppriksaan akhir sem 2..kptsn priksa sye utk sem 1 alhamdulillah baik..sye mndpat gred pointer 3.00 ke ats..sye mghdapi mslh utk mmbuat prmohonan upu..sye ingin menjdi pnsyarah fizik di kolej matrikulasi..pd pndapat ckgu,apakah bdang ijazah yg prlu sye mohon? adakah program ijazah muda sains dgn kpujian ( fizik ) adalah ssuai?

cikgu azhar said...

Salam

anony feb6, 1:37 am

BFSU memang menawarkan 54 program bahasa asing termasuk bm dan dibuka kepada pelajar seluruh dunia. Ketua Pengarah DBP, Prof. Dr. Awang Sariyan pernah menyandang kerusi BM di sana (http://kembarabahasa.blogspot.com/).
namun, ijazah asas bm lebih baik di dalam negara (akademi bm, UM; atma UKM, pengajian bahasa moden UPM, USM dan UPSI), atau di Indonesia. Untuk ijazah lanjutan MA, Ph.D baru sesuai ke BFSU, Leiden, London, Berkeley dan lain-lain. kalau jadi guru bm di sekolah antarabangsa, atau kolej swasta rasanya tiada masalah...

afiqah

ya, tepat sekali untuk langkah permulaan. jika berjaya kelak, pastikan pngk terbaik, kemudian memenuhi syarat kelayakan yang seterusnya...

Wallahu a'lam

Anonymous said...

ooo mcm tu..walaupun sy lpsn stpm ? sbb dlm stpm belajar bm mmg mendlm . jdnya lbh baik dlm malaysia dan indonesia jela ..ok terima kasih

Anonymous said...

cikgu,sy nk tanya.sy nie budak lepasan pasum.tp result sem 1 aritu sye dpt 2.2 jer.sy nk memohon kursus geologi di um.rsenye sye ade peluang x utk kursus ny?

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu.saya bercadang mahu mengambil course geografi di um..tapi saya kurang pasti peluang pekerjaan di luar sana bagaimana untuk geographers? khususnya di Malaysia.

cikgu azhar said...

Salam

Anony feb 10, 6:56 am

Insya-Allah ada, nanti masukkan sekali geologi ukm sebagai pilihan seterusnya. sem 2 nanti cuba naikkan sedikit pngk asasi sains

Anony feb 10, 9:08 am

pekerjaan umum atau ikhtisas? kalau yang umum seperti jawatan ptd atau swasta, terbuka untuk semua pemilik ijazah. pekerjaan ikhtisas seperti ahli akademik atau pakar kaji cuaca mungkin perlukan pencapaian pngk terbaik semasa ijazah asas untuk pengajian ijazah lanjutan sarhana dan doktor falsafah.

Wallahu a'lam...

nur said...

assalamualaikum cikgu,,saya pelajar asasi sains,sekarang dah masuk sem2,,insyaallah x lama lgi dh nk final,, result sem1 sye atas 3.00 tp tidak la tinggi mana,,saya berminat nk jadi pensayarah biologi. apa course terbaik yg perlu saya ambil di sarjana muda nnt?muet saya bnd3

po said...

Assalamualaikum, maaf menyibuk.sy pljr kjrtraan ukm.hny ingn mnjwb prtnyaan soalan d ats..bg saydra or saudari yg ingn mohon kjrtraan d ukm pointer yg slmt 3.8-4.0 brgntg pd kjrtraan yg dplh.kbykn kjrtraan kimia cgpa 4.0, kjrtraan elektrik 3.8-4.0, kjrtrran mekanikal 3.8-4.0, kjrtraan mikro 3.7-4.0, kjrtraan prisian kmptr 3.5 above, kjrtraan awm n mekanikal rata2 3.75-4.0.sume cgpa ini brdsarkan pljr2 yg br msk sesi thn lps..apapun prlu diingtkn rezeki d tngn allah.smga brjya

Anonymous said...

salam cikgu . saya baru sahaja tamat pengajian diploma di sebuah kolej swasta . result spm saya tidak memberangsangkan . kebanyakkan subjek spm takat lulus . pointer final sem cuma 3.00++ . adakah saya berpeluang untuk sambung deg di ipta ?

cikgu azhar said...

Salam

terima kasih po, maklumat yang penting jika memohon universiti perdana penyelidikan (ukm, um, upm, usm, utm); harap pelajar universiti komprehensif seperti uiam, uitm, unimap, ump, utem dll beri maklumat juga sebagai panduan pemohon kursus kejuruteraan. moga po terus cemerlang di ukm, insya-Allah

Anony feb 13

tidak salah untuk mencuba. tidak cuba pasti tidak berjaya, kalau cuba baru tahu ya tidak.

sebenarnya banyak juga kes lulusan ipts sambung belajar di ipta. contohnya siswazah utar, unisel ambil diploma pendidikan di upsi.

boleh hubungi uitm yang ada program khas destini anak bangsa

Wallahu a'lam...

Anonymous said...


Salam cikgu, saya nak tanya universiti mana paling baik untuk ambil kos medic, confuse antara tiga U nie UM,USM,UKM.. & betulke start tahun ni universiti2 ni mengurangkan pengambilan pelajar2 bagi kos medic.

Anonymous said...

Assalamualaikum cukgu, nk tanya, boleh ke kita mohon biasiswa ketika di ijazah pertama ? Dan, ada x biasiswa yg ditawarkn utk ijazah pertama tu ke luar negara? Terima kasih.

cikgu azhar said...

Salam

Anony feb 16, 12:13 am

Semua o k, UM uni. tertua, usm apex, ukm pernah tersenarai antara 50 uni. terbaik dunia untuk pengajian bidang sains. ketiga2 uni berkenaan bertaraf uni. perdana dan uni. penyelidikan. maka, tumpuan pengambilan lebih kepada pelajar ijazah tinggi. fakulti perubatan akan mengambil lebih banyak calon sarjana kepakaran, berbanding calon MBBS atau MD. tetap boleh cuba, tetapi masukkan sekali pilihan fakulti perubatan universiti komprehensif seperti uiam dan uitm.

Anony feb 16, 6:49 am

boleh. tajaan kerajaan (jpa) dan badan berkaitan kerajaan (bank negara, petronas, mara, sime darby, tnb, telekom, dll), swasta (celcom axiata, dll) tetapi jumlah terhad terhadap kursus kritikal atau berdasarkan keperluan penaja. lulusan sbp, mrsm ada 'pool' biasiswa tersendiri. boleh layari laman rasmi organisasi yang berkaitan, terutama hampir keputusan stpm

Wallahu a'lam...

ichalaa said...

salam cikgu,

sy merupakan pelajar asasi sains pertanian di upm, sy bercadang untuk mengambil jurusan perubatan di upm, memandangkan pelajar asasi lepasan upm tidak boleh memohon di upu. Apa pendapat cikgu tentang medic di UPM?

cikgu azhar said...


salam ichala

medic di upm o k, sama macam universiti ternama yang lain. moga dapat 4.0 dan tercapai impian, insya-Allah...

ichalaa said...

insyaa Allah. terima kasih cikgu :)

Anonymous said...

Assalamualaikum ckgu...sy ingin bertanya..,sy pelajar matrik...dlm bln 5 ni in shaa Allah hbis matrik.utk sem 1 aritu sy mndpt 3.81...Alhmdulilah....sy telah mohon ukm dlm bidng ekonomi sebagai pilihan pertama...cita2 sy ingin mnjadi guru atau pensyarah..adakah cerah harapan sy utk msuk ukm?Dan apakah langkah seterusnya utk capai cita2 sy..

Anonymous said...

Salam cikgu..sy nk tanye..apa subjek yg kne blja dlm ijazah sarjanamuda ekonomi?exam di ukm dwibahase ye?mcm dgn u lain spt upsi..adkh exam Di sane dwibahase juga??adkh subjek bisnes di sek?terima kasih...... =)

cikgu azhar said...

Salam

Insya-Allah, cerah. Tahniah atas kecemerlangan pngk 3.81. Bagi melamar kerjaya keguruan perlu mengikuti kursus diploma pendidikan selepas tamat ijazah sarjana muda ekonomi dengan kepujian (sekurang-kurangnya pngk 3.5 ke atas). Calon pensyarah kena sambung ijazah sarjana (minimum setahun) dan doktor falsafah (minimum dua tahun setengah). Kalau setakat ijazah sarjana (masters) mungkin hanya dilantik sebagai pengajar atau tutor, atau sebagai pensyarah kontrak.

banyak subjek (kursus) dan banyak jabatan. sekolah ekonomi ukm di bawah fakulti ekonomi dan perniagaan menawarkan bidang ekonomi analisis dan dasar awam, ekonomi pembangunan dan perancangan, ekonomi pertanian dan sumber alam, ekonomi statistik, serta ekonomi Islam. Kursus wajib ialah matematik, statistik, kenegaraan (tamadun), mikro, makro. lazimnya pelajar ekonomi juga akan mengambil kertas asas perakaunan dan juga undang-undang (kontrak komersial). Dwibahasa @ tunggal bergantung kepada pensyarah, atau dasar semasa fakulti, senat untuk pengantarabangsaan.

Mata pelajaran pengajian perniagaan ditawarkan kepada pelajar tingkatan 6 kemanusiaan sebagai elektif.

Wallahu a'lam...

Unknown said...

salam cikgu..sy nk mntak pendapat cikgu..hrap cikgu dpt membantu..

sy lepasan diploma politeknik dalm bdang kejuruteraan..tpi stelah dfikirkan minat sy lebih terarah dalam bidang geografi dan minat untuk menjdi seorang pendidik..

jadi sy bercadang untuk memohon sarjana muda pendidikan geografi ntuk program ijazah nnti..

jd sy nk mntk pendapt cikgu..btol x ap yg saya bt ne, dan ada apa2 kerugian x dri sudut pandangan cikgu ,,n macam mana dgn bidang kerjaya sy nanti..terjamin x...?
arap cikgu dpt bantu sy skrg ne..sy buntu sgt..trima kasih

cikgu azhar said...

Salam muhamad suhaimi

di kebanyakan sekolah, geografi hanya ditawarkan setakat tingkatan 3, maka keperluan guru opsyen berkenaan agak rendah. lebih baik ambil kursus sarjana muda pendidikan kemahiran hidup di utm atau uni. tun husin onn, johor. namun, jika hendak mencuba pendidikan geografi (upsi) boleh cuba, tetapi mesti bersedia dengan persaingan untuk penempatan, melainkan buat 'double major', misal kata dengan bm, pengetahuan moral atau pendidikan seni visual dalam kolompok mata pelajaran teras. sebelum memohon, lebih baik dapatkan maklumat secara terus dari fakulti pengajian yang berkenaan.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu...saya amat bminat bidang kejuruteraan, skrg saya di sains hayat PASUM, saya akui tersilap pilih jalan walaupun SPM saya 9A, di PASUM sem 1, saya cuma dapat pointer 2.75,soalannya adakah univ. komprehensif spt Unimap,Ump,dan Utem akan terima saya?

Anonymous said...

cikgu bidang kejuruteraan mana yang paling banyak kerja? jurutera kimia ke, jurutera elektrik ke, jurutera petrolium ke, jurutera mekanikal ke atau jurutera perkapalan? saya tanya sebab saya takut keluar univ. nanti menganggur....tq cikgu

Anonymous said...

salam cikgu..
saya msih belajar di sekolah menengah dalam aliran sains tulen..saya ingin bertanya..
apakah kelayakan untuk bidang psikologi..
prospek kerjaya..
cabang2 psikologi...
uni yang menawarkan bidang ini..
erta gaji permulaan srta mngkin ad kenaikan gaji thunan?..((sye brtanya berkaitan gaji krana keluarga sye agak berpendidikn tinggi dn amat menitik berat berkenaan gaji,,krane dri duu sye diarahkan mengambil bdang kedoktorn krana gajinye yg sye x nafikn mampu menjamin mse dpan..harap dpat bantu.. ))
dan pndpat ckgu mengenai peluang kerjaya dn pndpat ckgu tntg bidang ini sejujurnya :P ..trima kasih..

azeerazas dias said...

salam.cikgu.sy pelajar ijazah sarjana muda sains di uitm.disitu sy perlu blajar bahasa ketiga dan sy amat meminati bhs mandarin.tetapi sy hanya blajar yang asas shja.persoalannya boleh x sy nak sambung master dlm bhs mandarin??sy harap cikgu dapat mnjwb persoalan sy kerana tahun ni merupakan semester terakhir sy.tq.

cikgu azhar said...

Salam

anony feb 23, 12;10 am

bidang kejuruteraan biasanya mementingkan pencapaian subjek fizik, kimia dan matematik. namun kejuruteraan biokimia dan biofizik mungkin masih relevan dengan asasi sains hayat u m. cuba tanya pegawai tadbir jabatan kejuruteraan biokimia dekat kolej 1, u m. namun um, ukm, upm, usm, utm biasanya kena pngk 3.8 ke atas kerana tempat terhad. UiTM mungkin lebih sesuai, uni. komprehensif lain pun boleh cuba. Kalau boleh sem. 2 nanti dapatkan 2.8 supaya ada jaminan tempat yang dihajatkan.

anony feb 23, 12:16 am

masih orang yang sama? bidang kejuteraan paling diminta oleh pasaran. Insya-Allah tiada masalah, asalkan kemahiran insaniah juga o k.

anony feb 24

pengajian psikologi ditawarkan dalam jurusan sastera dan juga sains. untuk sastera memerlukan kelayakan stpm. UKM, UM, UPM dan USM ialah antara ipta yang ada kursus psikologi di bawah jurusan sastera.

pengajian psikologi jurusan sains ditawarkan di fakulti perubatan di bawah program sarjana kepakaran, iaitu setelah lulus sarjana muda perubatan dan pembedahan (MBBS atau MD), iaitu bidang psikiatri.

siswazah psikologi sastera juga boleh berkhidmat di hospital, tetapi terhad kepada proses kaunseling, bukan rawatan klinikal seperti doktor pakar jiwa (psikiatri).

gaji permulaan pegawai psikologi lebih kurang RM3k campur elaun, tetapi kalau doktor pakar boleh mencecah lebih RM12k sebulan.

tempoh belajar psikologi (sastera) antara 3 - 4 tahun; MBBS / MD 6 tahun + sarjana kepakaran 4 tahun.

Wallahu a'lam...

cikgu azhar said...

Salam

Anony feb 24, 6:15 am

jabatan pengajian cina UM sangat ketat dari segi syarat kemasukan. cuba rujuk fakulti bahasa moden upm

baca syarat di bawah

MASTER SASTERA (KESUSASTERAAN CINA) (DENGAN TESIS)
PROGRAM M.A.DENGAN TESIS

Program : M.A.Sastera

Bidang Pengajian : Kesusasteraan Cina

Pengenalan

Program ini memberi penekanan kepada aspek kajian dalam kesusasteraan Cina moden dan klasik,
khususnya sastera Cina di China dan sastera Cina di luar China. Aspek falsafah dan sejarah juga
turut menjadi tumpuan bidang ini. Antara subjek teras bidang ini ialah sastera Mahua, teori dan
kritikan sastera, serta karya agung dan falsafah China.Dalam program ini ini, pelajar akan
didedahkan dengan perkembangan terkini dalam bidang kesusasteraan Cina.
Sasaran program ini ialah kakiltangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan
mereka tenaga pakar dalam bidang kesusasteraan Cina.

SYARAT KEMASUKAN

Calon perlu mempunyai ijazah Bacelor dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75
atau setara dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Cina (Major atau Minor).
Calon yang memperoleh PNGK di bawah 2.75 atau setara dalam bidang Bahasa
dan Kesusasteraan Cina, permohonan kemasukan akan diteliti dengan pengalaman kerja
sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang yang berkaitan.
Calon yang tidak memiliki kelayakan dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Cina,
tetapi memperoleh PNGK 3.00 dalam bidang berkaitan boleh dipertimbangkan
secara bersyarat dan hendaklah mengambil dan lulus tiga kursus persediaan
dalam bidang Kesusasteraan Cina dengan sekurang-kurangnya gred B+
pada semester pertama.

Kursus Persediaan (9 kredit)
BBC3102

Perkembangan Kesusasteraan Cina 3 kredit
BBC3103 Perkembangan Kesusasteraan Cina Moden 3 kredit
BBC3104 Kesusasteraan Mahua 3 kredit
BBC3105 Pengenalan Sejarah Cina 3 kredit
BBC3221 Pengantar Sinologi 3 kredit
BBC3224 Pengantar Kesusasteraan 3 kredit
Semester Penawaran Program
Semester Pertama dan Kedua

Keperluan Program

Keperluan Kredit

Calon perlu mendaftar kursus minima 6 jam kredit kursus yang ditetapkan oleh Jabatan:

Maklumat Lanjut Sila hubungi:

Seksyen Siswazah dan Antarabangsa
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Malaysia
Tel: 603-89468702
Email: usp@fbmk.upm.edu.my


atau

Penyelaras Program Siswazah Kesusasteraan Cina
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Malaysia

Attn : Dr. Chong Fah Hing
Tel: 8946 8936Email: cfhing@fbmk.upm.edu.my

syahril said...

salam ckg..sy student matrik yang mendapat pointer 2.67 dlm peperiksaan semester yg lepas..pd bulan ni insyaallah sy tamat belajar kat matrik ni..sy amat berminat utk mnyambungkan pelajaran sy dlm bidang kejuruteraan..adakah sy layak utk mnyambung pelajaran sy dalam bidang kejuruteraan dgn pointer sy tu..dan universiti mana kah yg patut sy mintak..sgt pening utk mngisi upu..harap ckg dpt mmbntu...

syahril said...

salam ckg..sy student matrik yang mendapat pointer 2.67 dlm peperiksaan semester yg lepas..pd bulan 5 ni insyaallah sy tamat belajar kat matrik ni..sy amat berminat utk mnyambungkan pelajaran sy dlm bidang kejuruteraan..adakah sy layak utk mnyambung pelajaran sy dalam bidang kejuruteraan dgn pointer sy tu..dan universiti mana kah yg patut sy mintak..sgt pening utk mngisi upu..harap ckg dpt mmbntu...

cikgu azhar said...

Salam syahril

kalau universiti perdana penyelidikan memang sukar, minimum 3.8

cuba universiti komprehensif seperti uitm, ump, unimap, utem, dll

Unknown said...

assalammualaikum cikgu. saya nak bertanya.. sy graduated tahun 2010...dah 2 thn sy cuma jadi guru ganti di sek men dan rendah.. mcm mana saya nak serapkan ke sekolah rendah...sy dengar ada intake guna kdc.tp mcm mana nak apply dan apa caranya? betul ke kpli dah tak keluar...

cikgu azhar said...

w.salam

kpli di ipg sudah digantikan dengan kursus sarjana muda pendidikan bagi lepasan spm (5 tahun) untuk pengajian sekolah rendah. cuba semak sama ada upsi masih menawarkan kursus diploma pendidikan (pascasiswazah).

kdc masih ada, khususnya untuk guru j-qaf dan pensyarah politeknik.

jalan lain, cuba buat ijazah sarjana dahulu untuk menambah nilai kelayakan cikgu...

Ara Aida said...

assalamualaikum cikgu...

sy pelajar diploma sains, sy ingin bertanya pendapat cikgu mengenai kursus yg ingin sy ambl..
sy agak b'minat dlm bdang kimia dan biologi.. dn bercadang utk mnyambung ke prngkt ijazah dlm prgrm analisis forensik... setakat ini (semester 5) CGPA saya 3.37.. adakah pgrm tersebut sesuai utk sya mohon?

cikgu azhar said...

w.salam ara

forensik banyak aplikasi kimia. pngk pun o k. tiada masalah. bidang forensik semakin berkembang untuk pembuktian biologi dan kriminalogi.
setakat ini persaingan merebut tempat (forensik) belum sampai 3.8 ke atas sepertimana perubatan dan kejuruteraan di universiti perdana.

jika ada peringkat sarjana muda sains (forensik) di UiTM lebih baik buat di situ sahaja.

Wallahu a'lam

mzlov said...

assalamualaikum cikgu. saya nak tanya. yang mana satu lebih baik daripada pandangan cikgu. saya akan menamatkan asasi saya april ini.namun, saya masih keliru dalam mengisi upu saya. saya bukanlah dari keluarga yang senang. result saya di semester satu , 3.9. adakah saya patut mengambil kursus farmasi atau pure science? sebab yang saya tahu farmasi insyallah akan dapat biasiswa jpa. tapi pure science bagaimana pula? saya tak kesah untuk menyambung mana -mana kursus sewaktu di ijazah nanti. pada pendapat cikgu, yg mana lebih baik berdasarkan kekangan kewangan keluarga saya? terima kasih cikgu.:)

Anonymous said...

Assalammualaikum..

Saya sekarang baru sahaj menerima keputusan stpm.. pengajian am dn bm hanya dpt gred c minus.. dapatkah saya meneruskan pengajian di peringkat ijazah?? Atau patutkah saya mengambil diploma?? Saya bingung... harap cikgu dpt bantu saya...

cikgu azhar said...

salam mzlov

keputusan akhir di tangan sendiri.
farmasi memang kursus kritikal dan rebutan. sangat bertuah jika dapat kursus berkenaan.

tentang sains tulen memang ada kelebihan, terutama untuk menjadi ahli akademik atau meneroka penemuan baharu berasaskan falsafah sains dan teknologi.

kalau boleh biasiswa, pilih itu dahulu. sebab kalau masih berminat ke sains tulen, boleh sambung ijazah lanjutan (M.Sc, Ph.D) kemudian.

Anony march 18

kalau ipta sukar, UiTM boleh cuba kursus diploma dahulu. Tidak mengapa mengambil masa panjang sedikit. Sesetengah tokoh terkenal melalui proses sedemikian. tidak perlu bingung, satu pintu tertutup, lebih banyak pintu yang masih terbuka (helen keller). banyakkan berdoa semoga akhirnya kejayaan berpihak kepada sdra/i.

Wallahu a'lam

Anonymous said...

salam,

stpm saya pengajian am hanya mendapat C- tetapi pointer keseluruhan saya okey,boleh ke saya sambung pelajaran di peringkat ijazah?

cikgu azhar said...

salam

boleh, kecuali kursus yang mensyaratkan sebaliknya. baca dengan teliti semua syarat permohonan setiap kursus dan pengecualian.

Anonymous said...

Salam. Cikgu, sya dapat pointer 2.5 shaja di dalam stpm 2012. Tetapi sya memperolehi band 4 dlm muet dan amat meminati BI apakah universiti yg sesuai utk saya mohon? Saya juga mahu tahu adakah saya layak untuk memohon mass com atau art and design dengan pointer ini dan di universisi mana..terima kasih cikgu.

Anonymous said...

*universiti

Anonymous said...

salam cikgu,saya lepasan stpm 2012,,saya pelajar jurusan kemanusiaan ambk subjek ekonomi,sejarah,p.a dan bm..saya mendapat pointer 3.58..layak ka sya memohon upm??kursus apa sesuai untuk saya dengan keputusan bm dan sejarah mendapat A..tolong saya cikgu..saya berminat nk ambik pendidikan cikgu...layak ke??

Azilah. said...

Assalamualaikum Cikgu :)

Saya lepasan SPM 2012. Saya berminat ingin melanjutkan pelajaran khusus dalam Bahasa Jepun, apakah laluan yang ada untuk saya ambil untuk ijazah dalam bahasa jepun, seperti yang di UM & UPM ? Terima kasih cikgu :D

cikgu azhar said...

salam

anony 10:13

UiTM atau universiti komprehensif lain

anony 10:38

kalau pendidikan di UPSI
pngk 3.58 layak untuk semua universiti perdana: UM, UKM, USM, UPM, UTM. tahniah bakal mahasiswa

Azilah J.

masuk kursus asasi bahasa Jepun di UM selepas SPM. sambung ijazah di UM, UPM atau terus ke Jepun, bergantung kepada pencapaian dan tajaan biasiswa.

Wallahu a'lam

Anonymous said...

trima kasih cg...kalau UPSI jurusan apa yg sesuai dgn saya??

Anonymous said...

Salam cikgu, Bila mengisi borang UPU markah kokorikulum berdasarkan markah di sekolah atau matrikulasi?? Dan pihak U melihat markah koko ataupun pangkat muet terleih dahulu jika persaingan sengit bagi kos2 kritikal? T,kasih

Anonymous said...

As-slm cikgu... Adalah pihak UM akan mengambil pelajar mereka terlebih dahulu sebelum menyerap pelajar2 lepasan matrikulasi dan spm?

Anonymous said...

cikgu,boleh saya tahu kursus yang tidak mensyaratkan pengajian am?saya pelajar aliran sastera dan mendapat pointer 2.8 tetapi cikgu sekolah saya cakap saya tidak layak memohon IPTA disebabkan gagal dalam pengajian am.

cikgu azhar said...

salam anony 5:13

UPSI: sarjana muda pendidikan (bm, sejarah); atau masuk uni. lain capai pngk terbaik, mohon skim tenaga akademik muda (pensyarah uni.). pastikan kefasihan BI juga meningkat

anony 5:44

koku sekolah dan prauniversiti sekali. mula2 pngk + muet, kemudian koku. berdoa moga rezeki menyebelahi sdra/i, insya-Allah

anony 5.53

pelajar asasi UM x semestinya masuk UM untuk ijazah, ada yang ke uni. lain. pemilihan akan ditentukan oleh sekretariat upu. semua pelajar prauniversiti (matrik, STPM) layak dipertimbangkan ke UM.

anony 7:26

memang banyak kursus yang mensyaratkan pengajian am, tetapi ada pengecualian. kena teliti kursus demi kursus

Wallahu a'lam

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 844   Newer› Newest»