SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, February 27, 2014

ANALISIS PERMINTAAN AGREGAT (VERTICAL GEOMETRIC RELATIONSHIP)

...

...

SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: KESEIMBANGAN PN: ANALISIS PERMINTAAN AGREGAT,  AD  (27022014)__________

Hasil Pembelajaran:
1. M’takrifⁿ keluk AD;  2. Menerbitⁿ keluk AD & m’jelasⁿ cirinya;   3. M’huraiⁿ faktor yg m’pengaruhi p’alihan keluk AD

Takrif keluk AD:





Cara Menerbitkan Keluk AD
Keluk























Huraian

1.  Keseimbangan asal ___, ___ t’capai apabila __  =  ___,
      à tingkat harga umum = ___
     (huraian harga, pendapatan negara benar untuk AD)

2.  Andaiⁿ harga umum ↓ ke ___, komponen ___ ↑
     à keluk ___ b’alih ke ______, i.e. ____
è Keseimbangan baharu di ___, ___
(huraian ΔE, ΔP, Δ pendapatan negara benar untuk AD)

3.  Andaiⁿ harga umum ↑  ke ___, komponen ___ ↓
     à keluk ___ b’alih ke ______, i.e. ____
è Keseimbangan baharu di ___, ___
(huraian ΔE, ΔP, Δ pendapatan negara benar untuk AD)

4.  Sambung titik __, __, ___ à t’bentuk keluk AD b’cerun __ve
     i.e. hubungan s________antara P dengan Y _______

5.  Apabila P↓ dari ___ ke __ à __ΔY dari ___  ke  __

     Apabila P↑ dari ___ ke __ à __ΔY dari ___  ke  __

Faktor yang m’pengaruhi keluk AD b’cerun -ve
Bil.
Faktor
Huraian
1
C
P __, Y isi rumah __, C __, Y __ à AD __, Y __, vv
2
I
P __,  r  nominal __, I __, Y __ à AD __,  Y __, vv
3
G
P __, nilai benar T __, G __, Y __  à AD __,  Y __, vv
4
X
P __, Px __,Dx __, Y __  à AD __,  Y __, vv
5
M
P __, PM__, DM __, DD keluaran tempatan __,  Y __  à AD __,  Y __, vv

Faktor Peralihan Keluk AD
Bil.
Faktor
Huraian
1
ΔC
C __, AE __, keluk AE  b’alih ke ________, Y __, keluk AD b’alih ke _________,  vv
2
ΔI
I __, AE __,  keluk AE  b’alih ke ________, Y __, keluk AD b’alih ke _________,  vv
3
ΔG
G __, AE __, keluk AE  b’alih ke ________, Y __, keluk AD b’alih ke _________,  vv
4
ΔX
X __, AE __, keluk  AE  b’alih ke ________, Y __, keluk AD b’alih ke _________,  vv
5
ΔM
M __, AE __, keluk AE  b’alih ke ________, Y __, keluk AD b’alih ke _________,  vv
6
ΔXn
Xn _ve, AE __, keluk  AE  b’alih ke ________, Y __, keluk AD b’alih ke _________,  vv
7
ΔMS
MS __, AE __,  keluk  AE  b’alih ke ________, Y __, keluk AD b’alih ke ______,  vv
8
ΔT
T individu__, Yd __, C __, AE __,  keluk AE  b’alih ke ________, Y __, keluk AD  b’alih ke _______,  vv


©  Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)
...

...

...

Wednesday, February 26, 2014

PENGALAMAN MENITI USIA REMAJA DI SEKOLAH MENENGAH (MAKING LEARNING SIGNIFICANCE)

Beberapa kajian di Barat mendapati bahawa murid sekolah yang berusia remaja mengalami tahap tekanan yang lebih tinggi berbanding dengan orang dewasa (klik di sini, di sini dan di sini).

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, February 25, 2014

MODUL EKONOMI TERBUKA (THE SIZE OF EXPORT AND IMPORT)

...

...

...

SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: Δ KESEIMBANGAN EKONOMI TERBUKA ~ J- W  (26022014)____________________

Kes 1


Xn +ve






Keseimbangan pada ___, ___ apabila   __  +  __,
i.e.  __  +  __  +  __   =  __+  __  +  __

Andaian:  ___  >  ___ 
à keluk __ b’alih ke _____, i.e.  dari ___ +  ___ + ___
ke ___ + ___ + ___;
à keluk __ b’alih ke _____, i.e.  dari ___ +  ___ + ___
ke ___ + ___ + ___;

Keseimbangan baharu __, i.e.  pada ___, ___

Kes 2


Xn -ve








Keseimbangan pada ___, ___ apabila   __  +  __,
i.e.  __  +  __  +  __   =  __+  __  +  __

Andaian:  ___  <  ___ 
à keluk __ b’alih ke _____, i.e.  dari ___ +  ___ + ___
ke ___ + ___ + ___;
à keluk __ b’alih ke _____, i.e.  dari ___ +  ___ + ___
ke ___ + ___ + ___;

Keseimbangan baharu __, i.e.  pada ___, ___

Kes 3


Xn = 0







Keseimbangan pada ___, ___ apabila   __  +  __,
i.e.  __  +  __  +  __   =  __+  __  +  __

Andaian:  ___  =  ___ 
à keluk __ b’alih ke _____, i.e.  dari ___ +  ___ + ___
ke ___ + ___ + ___;
à keluk __ b’alih ke _____, i.e.  dari ___ +  ___ + ___
ke ___ + ___ + ___;

Keseimbangan baharu __, i.e.  pada ___, ___



Latihan grafikal

+ΔX  > -ΔM

-ΔX  > +ΔM

-ΔX  > -ΔM

+ΔX  = -ΔM

-ΔX  = +ΔM


-ΔX  = -ΔM


...

...

...

Monday, February 24, 2014

TELEFON PINTAR TERKINI SAMSUNG: GALAXY S5 (THE RENEWAL DEFINITION OF DISTANCE COMMUNICATION)

Apabila Apple memulakan pertarungan paten, Samsung terpaksa akur dengan bayaran saman bilion USD. Namun, Samsung bertindak balas dengan memenangi beberapa hak paten dari segi reka bentuk seperti paparan skrin light-emiiting diodesLED (klik di sini). Apple dan pengeluar telefon pintar yang lain dikehendaki membeli teknologi LED telefon pintar daripada Samsung.

Samsung menguasai 30 peratus pasaran telefon pintar, tetapi menghadapi saingan yang cukup sengit daripada Apple dan Huawei (China) untuk pasaran yang dianggap matang (kuasa beli tinggi) seperti Amerika Utara dan Eropah Barat. Maka, Samsung kelihatan sangat ke hadapan dalam memperkenalkan inovasi supaya segmen pasaran sedia ada mereka tidak dirampas. Gergasi peranti komunikasi mudah alih dunia itu nyata telah membuat unjuran prospek dan retrospek permintaan pasaran dalam jangka panjang.

Model Galaxy S5 dengan ciri reka bentuk yang lebih canggih sudah pun dipromosikan dalam pameran peranti mudah alih terbesar dunia di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini. S5 dijangka memasuki pasaran utama dunia pada bulan April, manakala di Malaysia dijangka sebulan kemudian. Dengan hak paten Samsung, pesaing lain terpaksa melakukan kelainan jika mahu merebut segmen pasaran telefon pintar yang dikatakan bakal menghadapi fasa tepu dalam tempoh yang terdekat.
sumber ambilan gambar: klik di sini

Antara ciri asas S5 yang dijangka memikat perhatian peminat tegar gajet mudah alih terkini ialah:
(disalin terus dalam bahasa sumber, iaitu bahasa Inggeris)
·         5.1-inch screen at 1920×1080 resolution. That’s 1080p HD. No sign of rumored qHD displays
·         The latest Android 4.4.2, which is good.
·   Touchwiz, Samsung’s Android skin, is refreshed to look less tacky and awkward, but it’s still recognizably Touchwiz.
·         Dust resistant and waterproof submerged up to 1 meter.
·         The plastics feel less cheap.
·         Fingerprint scanner.
·         Heart-rate monitor built in, which works with the S Health app.
(sumber: klik di sini)

Model Galaxy S5 menjadi pertaruhan Samsung untuk menebus kagagalan S4 mencecah sasaran jualan 100 juta unit akibat kemunculan peranti mudah alih jenama tidak terkenal yang berharga murah. Di samping mahu mengekalkan pelanggan setia, Samsung berharap dapat menawan bahagian besar pembeli dalam kalangan generasi muda. Namun, tugas itu tidak mudah memandangkan S5 masih mewarisi beberapa kekurangan dalam model S4 yang masih hangat di pasaran. 

Sebagai contoh model S5 masih mengekalkan storan dalaman sebanyak 16 GB dengan baki memori hanya 7.86 GB setelah ditolak dengan aplikasi canggih yang ditawarkan. Walaupun demikian, resolusi kamera sebesar 16 megapixel dijangka memberikan kelebihan walaupun saingan seperti Sony Xperia telah sedia menawarkan kamera 20 megapixel. Teknologi optikal dan zoom yang dimiliki oleh Samsung lazimnya lebih diyakini.

Keunikan S5 ialah aplikasi cam cap jari untuk mod menghidupkan paparan hadapan dan juga mengunci dokumen. Selain itu, S5 juga dilengkapkan dengan ciri kalis air dan kalis debu, serta pengesan bacaan denyutan jantung. Lebar skrin S5 ialah 5.1 inci di samping daya tahan bateri yang lebih panjang sebagaimana yang didambakan oleh kebanyakan pengguna pengguna.

Samsung sebagai pelopor jam pintar jenama Galaxy Gear dengan cepat menerima ancaman pesaing utama seperti Huawei, LG dan Sony. Malah, Sony yang berhadapan dengan kritikan tentang kelemahan adapter komputer mudah alihnya kini mahu menumpukan perhatian kepada peranti telefon pintar dan komputer tablet. Model Xperia Z2 misalnya menawarkan ciri yang mirip S4, tetapi dengan saiz skrin 5.2 inci dan kamera resolusi tinggi 20.7 megapixel.

Dengan harga yang relatif lebih tinggi berbanding dengan jenama pesaing, Samsung menampilkan kelainan reka bentuk dan aplikasi yang canggih. Bagi pengguna, mereka sanggup berbelanja besar dengan syarat pembelian yang dilakukan berbaloi. Kepuasan menggunakan set telefon pintar yang memenuhi keperluan komunikasi dan aplikasi urusan seharian seiring dengan gaya hidup era nano ...

Sunday, February 23, 2014

PELAKSANAAN PBS DITANGGUH SEMENTARA (CARE FOR THE TEACHER'S WELFARE)

...

...klik di sini.  

...

...penangguhan bukan pula bererti dimansuhkan terus (klik di sini)

...

...

...

...

...

...

Saturday, February 22, 2014

KUETIAU HALAL PALING POPULAR DI IPOH (A MUST MENU AT PERAK CAPITAL)

Peribahasa menyebut bahawa lain padang, lain lubuk lain ikannya (klik di sini). Maksud asalnya ialah setiap negeri memiliki adat resam dan penduduk yang berlainan. Dalam konteks makanan, bahan, cara persediaan dan kaedah masakan yang berbeza menjadikan sesetengah tempat dianggap sebagai tersendiri dan unik walaupun sesuatu hidangan itu boleh ditemui di mana-mana.

Sebagai contoh, Ipoh terkenal dengan kopi putih panggang yang mempunyai aroma rasa yang sangat istimewa. Mi bandung pula menjadi identiti bandar Muar, meskipun di serata Malaysia hidangan berkenaan boleh dibeli. Laksa Kedah berbeza dengan laksa Pulau Pinang dan laksa Johor atas sebab yang sama.

Kuetiau (kadang-kadang dieja sebagai kuey tiaw, kwetiau) ialah sejenis mi yang menjadi kegemaran penduduk tanah besar China. Kuetiau diperbuat daripada beras dan berwarna putih (klik di sini). Namun, kreativiti tukang masak dan penjaja menjadikan kuetiau tempatan sudah disesuaikan dengan selera Nusantara.
kuetiau Din di gerai 68, medan selera Stadium Perak

Di Ipoh, kuetiau yang menjadi saranan kepada pengunjung ialah kuetiau Din dan kuetiau Zack. Pada mulanya, Din menambat selera pembeli di pasar malam Rapat Setia Baru pada setiap malam Rabu sambil dibantu oleh Zack yang ketika itu sebagai pekerja beliau. Kemudian Din berumah tangga dengan seorang guru, lalu isterinya itu turut membantu.

Sambutan hebat pelanggan mendorong Din untuk menggunakan lori kecil yang bergerak di serata bandar raya. Din juga memenuhi permintaan untuk majlis keramaian dan majlis rasmi negeri. Akhirnya, Din memilih untuk membuka gerai tetap di medan selera Stadium Perak yang beroperasi mulai pukul 10 pagi hingga lima petang setiap hari kecuali hari Ahad atau jika ada majlis tertentu.

Selain kuetiau dan taugeh, bahan lain yang dimasukkan ialah kerang, telur dan udang segar. Sepinggan kecil kuetiau Din seperti gambar yang tertera berharga RM4 sahaja. Memang berbaloi masa menunggu yang harus diambil justeru aroma kuetiau yang masih panas itu sahaja sudah membangkitkan selera.

Bekas pekerja dan rakan kongsi Din, iaitu Zack tadi telah membuka premis jualan kuetiau sendiri di pekan Razaki, berdekatan Sungai Rokam. Seperti Din, Zack juga tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan yang bagaikan tidak kenal erti jemu dengan 'air tangan' Zack. Tidak perlu risau kerana Zack menggunakan sarung tangan plastik dalam proses mencampurkan bahan masakan ke dalam kuali.

Zack berjaya lari daripada ciri tipikal kuetiau bekas mentor beliau, Din, dengan menyerlahkan penggunaan kicap. maka, tekstur dan warna kuetiau yang digoreng oleh Zack sudah berbeza dan tersendiri. Seperti Din, Zack tidak menyediakan kuetiau lambak (disediakan dalam satu talam untuk jualan), sebaliknya digoreng berdasarkan pesanan pembeli. Hanya ketika berniaga pada bulan puasa (bazar Ramadan), jualan kuetiau lambak dilakukan.

...

...

Friday, February 21, 2014

MASALAH ANJING DAN KUCING BERKELIARAN (CARE FOR THE ANIMALS)

Kira-kira setengah jam sebelum azan Jumaat berkumandang dari menara masjid jamek pekan Parit, penulis blog (PB) sempat meninjau medan selera yang terletak berhampiran. Kalau ada makanan yang ringan (bukan makanan ringan, junk food) boleh juga dibuat alas perut sebagai ganti makan tengah hari. Namun, hasrat itu terpaksa dibatalkan, sebaliknya PB menuju ke sebuah gerai yang memaparkan label cendol istimewa.

PB juga singgah di sebuah gerai menjual kuih-muih untuk membeli karipap dan cucur yang masih panas. PB tidak jadi singgah di medan selera justeru kelihatan terlalu banyak kucing yang tidak terurus berkeliaran di sana dengan bebas. Bulu kucing sudah pasti terbang di mana-mana, selain terhidu bau yang tidak menyenangkan.

Keadaan yang hampir sama pernah PB lihat di Kuala Kangsar, Kuala Berang, Kampung Gajah, Parit Buntar, pinggir Ipoh dan banyak pekan lagi. Kucing-kucing yang berkeliaran itu bukanlah milik peniaga makanan di medan selera, sebaliknya dibuang oleh tuan punya kucing yang asal. Mereka beranggapan bahawa di kawasan medan selera atau pasar ikan, kucing yang dibuang tidak akan kebuluran, lalu mereka tidak lagi menanggung dosa.

Kucing yang berkeliaran hanyalah binatang yang tiada daya upaya untuk mencari tempat perlindungan, makanan dan belaian kasih sayang. Kucing seumpama itu juga merupakan spesies peliharaan di dalam rumah dan bukan haiwan liar yang betah hidup di dalam persekitaran hutan dan jalanan. Keperluan penjagaan, rawatan dan kebersihan yang terabai mengakibatkan kucing tidak bertuan yang berkeliaran itu terdedah kepada serangan bakteria dan virus tertentu yang berisiko untuk tersebar kepada manusia.

Kucing tergolong dalam spesies haiwan yang cepat biak. Maka. sebarang operasi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menangkap kucing berkeliaran sukar menemui noktah. Kaedah pelupusan pula pasti mendapat bantahan pencinta haiwan yang mungkin mencetuskan kekecohan.

Sebahagian kucing yang berkeliaran didapati berpotensi menjadi comel dan gebu, serta boleh mencecah harga ribuan ringgit jika diberi penjagaan dan rawatan yang rapi. Pihak PBT boleh menjemput pihak berkuasa kesihatan haiwan (vertarinar) dan persatuan pemelihara kucing yang berdaftar untuk turut serta dalam operasi bersepadu menangkap kucing jalanan. Jangan sampai berlaku operasi haram oleh penjual daging kucing sepertimana pernah dihebohkan suatu ketika dahulu tentang sate daging kucing!

Bulu kucing yang mudah tercabut dan hinggap di mana-mana boleh mendatangkan bahaya kepada penghidap sakit lelah atau alahan yang tertentu. Maka, PBT mesti memberikan perhatian terhadap isu kucing yang berkeliaran di kawasan medan selera dan pasar ikan. Kucing-kucing yang ditangkap boleh ditempatkan sementara di sebuah pusat khas sebelum tindakan susulan untuk serahan kepada pihak yang berminat memelihara kucing setelah melepasi proses tapisan yang tertentu pula.

Masalah anjing yang berkeliaran, menyelongkar sisa makanan dan mendekati orang ramai di kaki lima dan pesiar kaki sudah tentu lebih serius. Bagi orang Islam, anjing walau secomel mana sekalipun, tidak boleh disentuh (kecuali jika sama-sama kering). Anjing jalanan juga berisiko untuk menghidap penyakit kurap dan penyakit anjing gila.

Di sesetengah tempat, terutama di kawasan perumahan, anjing tidak bertuan itu membentuk kumpulan yang besar dan sering membuat bising dengan menyalak tidak kira waktu. Keselamatan orang ramai yang terserempak dengan kawanan anjing liar pasti mengundang risiko yang tidak terduga. Anjing liar jenis garang pula tidak takut untuk menceroboh kawasan kediaman dan menyerang haiwan peliharaan seperti arnab.

...

...

Thursday, February 20, 2014

KUIZ LOMPANG DEFLASI, LOMPANG INFLASI (MATCHING ACTUAL WITH POTENTIAL NATIONAL INCOME)

...

...

SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: KUIZ LOMPANG DEFLASI, LOMPANG INFLASI  (21022014)_____________________

1)  a.  Lukis gambar rajah menunjukkan lompang deflasi menerusi hubungan geometrik antara pendekatan AE – Y
           dengan pendekatan J – W.                                                                                                                                 [4 markah]

      b.  Pada gambar rajah tersebut, tandakan kedudukan lompang deflasi dan jurang KNK.                           [2 markah]

      c.  Cadangkan empat langkah dasar fiskal bagi menutup lompang deflasi berkenaan.                                [4 markah]


2)  Tentukan status pernyataan dalam jadual di bawah sama ada benar atau palsu.

Bil.
Pernyataan
Benar
Palsu
Markah
1
Pendapatan negara sebenar ialah keluaran negara keseimbangan.



2
Pendapatan negara potensi sentiasa mengalami turun naik.



3
Jika pendapatan negara sebenar melebihi pendapatan negara potensi, maka berlaku masalah kemelesetan dan pengangguran.



4
Jurang KNK bersamaan dengan pengganda darab lompang deflasi.



5
Lompang inflasi berlaku kerana jumlah barang yang dikeluarkan tidak dapat ditambah lagi bagi menampung jumlah barang yang diminta.





3.  Dengan menggunakan contoh berangka, tunjukkan cara lompang inflasi dapat diatasi.                             [10 markah]


©  Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)

...

...

...

Wednesday, February 19, 2014

BAS CATAR, BAS SEKOLAH PERSENDIRIAN DAN BAS KERAJAAN (SAFETY ISSUES UNDER SCHOOL DUTY)

Tidak semua sekolah memiliki kenderaan rasmi seperti bas, coaster atau van bagi tujuan mengangkut murid mengambil bahagian dalam kegiatan di luar kawasan sekolah, sama ada untuk lawatan, pameran, pertandingan dan sebagainya. Pihak sekolah terpaksa mengatur sewaan kenderaan berdasarkan tatacara yang diperuntukkan dalam akta pengangkutan jalan (klik di sini, di sini dan di sini). Pihak sekolah juga wajib mematuhi tatacara piawai operasi, S.O.P. tentang keselamatan murid seperti kebenaran ibu bapa dan perlindungan polisi insurans dan takaful (klik di sini).

Guru pengiring yang dilantik perlu berada bersama murid semasa dalam perjalanan dari perkarangan sekolah atau tempat mengambil murid hingga tiba ke tempat tujuan dan balik. Selain keadaan kenderaan yang baik, pemandu bas yang bertugas hendaklah dipastikan sihat walafiat, waras dan tidak mempunyai rekod pemanduan yang meragukan. Pemilihan syarikat tuan punya kenderaan juga hendaklah bebas daripada sebarang unsur duit kopi dan rasuah walau sekecil mana sekalipun. 
Istilah catar tidak terdapat dalam Kamus Dewan, tetapi menjadi istilah undang-undang pengangkutan jalan yang berbunyi: bas catar ertinya bas yang disewa seluruhnya bagi satu perjalanan yang baginya pembayaran dibuat kepada pemunya oleh orang yang menyewa bas itu (muka surat 8, klik di sini). Catar ialah ambilan daripada perkataan charter dalam bahasa Inggeris yang bererti sewaan. Semua bas catar yang dibenarkan berada di jalan raya telah melepasi pemeriksaan pusat kenderaan berkomputer (Puspakom) setiap tahun. 

Walaupun semua langkah keselamatan telah diambil dan segala tatacara penyenggaraan kenderaan telah dilakukan, tiada jaminan mutlak bahawa tidak akan berlaku kecuaian dan kesilapan di sana sini. Maka, segala kemungkinan yang paling buruk (thinking for the worst, klik di sini), walaupun bersifat negatif, mesti diambil kira berdasarkan prinsip langkah berjaga-jaga (the duty of care, klik di sini). Peribahasa mengatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan, dan jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.

...

...

...

...

...

...

Tuesday, February 18, 2014

SUMBANGAN ISTANA DALAM KEMAJUAN SUKAN NEGARA (ROYAL PARTICIPATION IN THE SPORT LEADERSHIP)

Pembabitan keluarga diraja dalam bidang sukan bukanlah sesuatu yang asing, bahkan beberapa jenis sukan yang berciri elit dikuasai oleh istana (klik di sini). Di Malaysia, keluarga diraja Pahang aktif dalam sukan polo, keluarga diraja Terengganu dalam sukan ekuastrian, keluarga diraja Perak dalam sukan golf dan keluarga diraja Johor dalam sukan permotoran berkuasa tinggi. Keluarga diraja tidak berasa kekok untuk mencemar duli dalam menyertai pertandingan yang tertentu.

Para sultan dan kerabat diraja juga begitu menonjol dalam teraju kepimpinan sukan hingga ke peringkat antarabangsa, termasuk sebagai anggota badan tertinggi bola sepak dan hoki antarabangsa. Sebagai insan yang arif terhadap protokol tahap tertinggi, di samping sangat prihatin terhadap urusan rakyat jelata, sukan menjadi jambatan kemesraan antara institusi istana dengan orang kebanyakan. Hakikat itu mengingatkan kita terhadap naskhah Sejarah Melayu yang merakamkan persetiaan antara Demang Lebar Daun (mewakili rakyat jelata) dengan Sang Sapurba (mewakili istana) tentang hubungan kedua-dua pihak (klik di sini).

...

...

...

...

...

...

...

...

Monday, February 17, 2014

CALON STPM MODULAR PERLU SENTIASA BIJAKSANA (MOVING FAST KEY TO EXCEL FOR PREUNIVERSITY STUDENT)

Tempoh pengajian penggal yang singkat, peperiksaan yang cepat dan tugasan yang banyak ialah antara hakikat pembelajaran yang perlu dihadapi oleh pelajar tingkatan enam yang telah mengalami proses penjenamaan semula. Kohort sulung sistem modular STPM bermula pada tahun 2013 sedang dalam proses menunggu keputusan muktamad gred setiap mata pelajaran dan pencapaian purata nilai gred kumulatif (PNGK) masing-masing pada 19 Mac ini. Mereka perlu segera membuat keputusan sama ada hendak mengulang semula kertasyang diduduki pada penggal tiga yang baru lalu atau menerimanya tanpa syarat.

Berdasarkan pengalaman calon kohort pertama dan keputusan yang dicatat oleh pelajar kohort kedua yang sedang berada pada penggal dua, perkara yang sama berulang, iaitu gaya belajar sebagaimana di peringkat PMR dan SPM dahulu mesti diubah secara tuntas. Tiada lagi sikap bertangguh yang keterlaluan, tiada tempoh 'bersenang-lenang' dan tiada strategi pukat pada saat-saat akhir (eleventh-hour rushing).

...bersambung

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, February 16, 2014

PEMIKIRAN KASIM AHMAD JAUH TERPESONG (DEVIANCE SCHOOL OF THOUGHT)

Dalam satu majlis forum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi suatu ketika dahulu, Kasim Ahmad (kini 80 tahun) tergagap-gagap berhujah bagi mempertahankan pendirian antihadis beliau. Apabila diasak bertubi-tubi oleh ahli panel yang lain dan hadirin, Kasim Ahmad tenggelam punca, kalut dan tidak keruan. Keyakinan dalam berhujah Kasim Ahmad begitu lemah berbanding dengan tulisan kononnya hadis sebagai kepalsuan yang agung, na'u zubillah min zalik.

Kasim Ahmad memperoleh ijazah asas dan sarjana dari Universiti London, manakala disertasi Ph.D beliau pernah ditolak oleh UKM. Namun, Kasim Ahmad akhirnya dianugerahkan ijazah kehormat doktor falsafah oleh UKM atas sumbangan beliau dalam pemikiran kesusateraan Melayu, khususnya tentang legenda Hang Tuah dan Hang Jebat. Entah bilakah pula Kasim Ahmad memiliki kelayakan dan kewibawaan untuk bercakap dan menulis tentang perkara paling asas dalam Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadith? 

Jalur pemikiran songsang Kasim Ahmad masih mendapat dukungan puak yang menganggap Islam boleh ditafsir dengan hawa nafsu dan akal fikiran per se. Mereka termasuk kalangan cerdik pandai yang memuja gaya hidup hedonisme dan sekularisme. Pemikiran Kasim Ahmad serasi dengan kelakuan mereka yang bebas lepas, tidak mementingkan aurat dan malas menunaikan kewajipan asas fardu ain dan fardu kifayah.

Kasim Ahmad pernah hadir dalam satu majlis ilmiah anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), tetapi dia tetap enggan menerima kebenaran. Malangnya, tiada sebarang sekatan yang dikenakan ke atas Kasim Ahmad, walhal dia sangat jelas setara dengan ajaran karut-marut yang lain. Nasib baik dia sudah lanjut usia dan gagal menarik minat generasi muda untuk terjebak dalam penjara kegelapan yang abadi.

Gerakan antihadis yang cuba ditonjolkan oleh Kasim Ahmad dan penyokongnya merupakan suatu fitnah yang sangat dahsyat kepada umat Islam di Malaysia. Andai kata Kasim berhujah al-Quran sudah memadai untuk menjelaskan al-Quran sendiri, mengapakah dia sibuk menganjurkan pentafsiran semula al-Quran? Adakah Kasim Ahmad mahu mengatakan dia lebih hebat daripada baginda Salallahu alaihi wasallam dan sekalian ulama yang muktabar?

Segala hujah Kasim Ahmad penuh celaru, bercanggah, tidak ilmiah dan tidak bertanggungjawab. Dia gagal dalam usaha melemahkan pegangan asas umat Islam apabila berhadapan dengan ilmuan yang memiliki autoriti, tetapi masih berani berpakat dengan puak yang sama taraf dengan dirinya. Kasim Ahmad dan penyokongnya tidak patut diberi muka lagi, sebaliknya perlu menjalani proses pemulihan supaya kembali bertaubat sebelum ajal datang menjemput.

Melayan pemikiran yang bersifat dusta dan rosak memang membuang masa, tenaga dan minda yang sepatutnya menjurus terhadap peningkatan iman, amal dan akhlak. Gerakan antihadis yang tidak laku dikitar semula supaya masyarakat Islam sibuk dengan hujah yang tidak tentu hujung pangkal, lalu melupakan isu sebenar yang menjadi cabaran semasa umat Islam. Sungguh licik perang saraf yang dilancarkan oleh puak yang terpedaya dengan hasutan hawa nafsu.

...fatwa (klik di sini)

...kenyataan media Jakim:

Berikut kenyataan penuh Ketua Pengarah Jakim mengenai Seminar pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian:

Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

- Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

- Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

- Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

- Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran

- Mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

- Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadith

- Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i) Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

ii) Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii) Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

iv) Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.

v) Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi) Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Quran

vii) Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.

Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.

Di samping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam.

Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini.

Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.

Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.
(sumber ambilan: klik di sini)

...