SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Friday, May 20, 2016

TIPIKAL ULASAN PENCERAPAN GURU (SUPERVISION OR SUPER VISION?)

Sarjana bidang pentadbiran pendidikan mentakrifkan sekolah sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran. Keguruan pula tergolong dalam kategori kerjaya menolong. Maka, keberkesanan sekolah dan pembelajaran hanya akan tercapai jika wujud keserasian dan persekitaran yang dikehendaki.

Isu permuafakatan guru yang menjurus terhadap kemajuan ikhtisas mereka masih belum menemui sentuhan ajaib. Masalah keterasingan eksklusif berdasarkan mata pelajaran tetap berlaku. Proses pencerapan guru juga masih terikat dengan kaedah lama, iaitu hubungan antara superior dengan subordinat.

Di negara maju, pencerapan guru lebih bersifat sukarela. Niat masing-masing ialah untuk saling belajar dan mengenal pasti keperluan penambahbaikan. Dengan itu, kegiatan bilik darjah bukanlah bertujuan untuk menunjuk handal atau sekadar mengambil hati.

Pencerapan guru yang bersifat formal dan berjadual pula lebih kepada maksud pelaporan dan penarafan yang didokumenkan. Pencerap bertindak seumpama juri, manakala guru yang dicerap seumpama peserta program realiti. Pencerap duduk di bahagian belakang kelas, sambil sibuk menanda skor pada instrumen yang dibawa.

Tidak sukar untuk meneka kecenderungan penilaian pencerap dari segi skor dan ulasan. Pencerap yang rata-ratanya tidak memiliki kelayakan khusus pengukuran dan penilaian, serta bukan pakar kandungan mata pelajaran yang dicerap akan hanya bergantung kepada andaian dan tanggapan yang belum tentu benar. Namun, pencerap masih mempunyai senjata ampuh, iaitu kedudukan yang lebih tinggi dalam organisasi.

Pada akhirnya, markah dipuratakan dan gred diberi. Pencerap kemudiannya memberi ulasan sebagai superior serba tahu. Sebagai subordinat, guru yang dicerap hanya berupaya meluahkan maklum balas di dalam hati.

Ironinya, pencerap sendiri belum dapat membuktikan dirinya luar biasa dalam pencapaian mata pelajaran untuk dicontohi. Alangkah baiknya jika pencerap superior tadi secara sukarela bersedia dicerap secara timbal balik oleh subordinat selepas itu. Walaupun hanya sebuah harapan, hal itu patut diberikan pertimbangan yang adil.

Kefahaman pencerap terhadap teknologi pengajaran lebih berkisar terhadap penggunaan alat bantu multimedia. Buku teks dan pedagogi tradisional dilayan bagaikan barang larangan. Konsep keperluan dan kesampaian isi pelajaran digantikan dengan alat bantu yang lebih canggih ...

2 comments:

Anonymous said...

Assalam cikgu. Maaf lari topik sedikit. Saya cuma ingin bertanya. Saya dpt kos pengurusan ladang di Uitm jengka. Kos ni agak berat utk saya. Saya tak rasa nak sambung sana. sy sedang menunggu result poli konvensional. Soalan saya:

1. Boleh ke saya call Uitm utk slambatkan tarikh daftar sebab uitm 24 hb. Poli 26hb bru keluar.
2. Kalau boleh, adakah saya boleh memberi alasan sakit sedangkan tidak? Atau ada alasa lain?
3. Adakah peluang dpt Poli konvesional lebih cerah walaupun saya sudah ditawarkan di Uitm?

Saya cuma nak mintak tangguh uitm incase x dpt poli. Bolehkan mcm tu cikgu? Mohon pencerahan. Terima kasih.

cikgu azhar said...

sudah dijawab dalam entri lain ...

Wallahu a'lam