SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, November 17, 2016

UPSR KEMBALI SUSAH? (THE PRICE OF EXCELLENCE)

...

...
KHAMIS, 17 NOVEMBER 2016 - 1:07PM MURID kembar, Anis Sofiah Zolkharnaian (kiri) bersama kakaknya, Anis Solehah Zolkharnaian dari Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah menunjukkan keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mendapat 6A, di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Kangar, hari ini. - Eizairi Shamsudin Berita lanjut

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/?m=1

KANGAR: Pasangan kembar, Anis Sofiah Zolkharnain dan Anis Solehah Zolkharnain, antara 45 pelajar dari negeri ini yang berjaya mendapat keputusan penuh semua A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pasangan kembar seiras dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, di sini, mengakui sisipan Didik keluaran BH adalah antara resepi kejayaan mereka memperoleh keputusan cemerlang yang diumumkan, hari ini. "Kami belajar bersama-sama, jika ada antara kami tidak faham, kami akan saling membantu ini lebih mudah dari belajar bersendirian. "Selain memperuntukkan masa lima jam sehari selepas balik dari sekolah untuk mengulang kaji, sisipan Didik yang diberi guru setiap hari Isnin banyak membantu kami dalam pelajaran," kata Anis Sofiah kakak kembar kepada Anis Solehah. Pasangan kembar ini ditemui BH selepas sidang media pengumuman keputusan UPSR di Bahagian Teknologi Pendidikan Perlis, di sini, hari ini. Menariknya, pasangan kembar anak kepada penulis buku agama, Zolkharnain Abidin ini, sejak darjah satu lagi saling bertukar kedudukan nombor satu dan dua setiap kali peperiksaan. Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail, berkata seramai 45 pelajar atau 1.21 peratus daripada 3,805 calon UPSR di negeri ini, berjaya mendapat keputusan penuh semua A. "Sepuluh sekolah terbaik dalam UPSR di Perlis kali ini adalah SK Seri Indera, SK Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis, SK Paya, SK Putra, SK Sena, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hun, SK Behor Empiang, SJKC Padang Besar (U), SK Stella Maris dan Sekolah Agama Al Islahiah," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/213906?m=1

...

...

...

...

...

No comments: