Sunday, January 1, 2017
MEMULAKAN TAHUN 2017 (NEW YEAR DEAL)
Tahun 2016 kini hanyalah sejarah untuk dikenang dan diambil pelajaran. Namun, masih terdapat kesinambungan secara berterusan bagi mengisi sisa usia yang masih berbaki. Di samping muhasabah atau introspektif kendiri, kepekaan terhadap isu-isu masyarakat dan antarabangsa tidak seyogia ditolak ke tepi.
Pelbagai cara cerminan diri boleh dilakukan, misalnya analisis SWOT, 5C's dan sebagainya. Ralat atau selisih antara hasrat dengan pencapaian sepanjang tahun 2016 boleh menjadi ukuran keperluan bagi tahin 2018 pula. Setelah itu keputusan sama ada kekal dengan status quo atau melakukan perubahan (ubah suai, ubah, buang) membantu ke arah proses penambahbaikan yang lebih jelas berdasarkan prinsip SMARTIES.
Azam tahun baharu yang ringkas tetapi tuntas ialah penetapan sasaran bahawa bakal berlaku peningkatan dalam pencapaian kehidupan. Di tempat kerja, sumbangan terhadap organisasi lebih berkesan dan produktif. Kepimpinan rumah tangga juga lebih mantap dengan komunikasi mesra dan sumber kewangan yang mencukupi.
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment