Saturday, October 4, 2014
TEKS TAKLIMAT PERSEDIAAN MIKROEKONOMI STPM (PLANNING FOR MAXIMUM MARKS IN WRITTEN EXAM)
TEKS CERAMAH
PERANCANGAN JAWAPAN
EKONOMI STPM: PENGGAL
1, ULANGAN 1
Khamis, 16102014. 8.35-9.45 pagi
Assalamu alaikum warahmatullahi
wabarakatuh
Selamat pagi
Guru Ekonomi prauniversiti SMK
St. Michael, Ipoh dan calon STPM Penggal 1 tahun 2015 yang dihormati dan
dikasihi sekalian.
Terima kasih kerana sudi hadir di
dewan kuliah yang begini indah pada pagi ini demi mencari jalan menuju persada
kecemerlangan akademik yang menjadi tujuan utama pelajar berdaftar sebagai
pelajar prauniversiti tingkatan enam mulai bulan Mei yang lalu. Kini, setelah
lima bulan berlalu, kalian bakal menempuh peperiksaan penggal 1 kira-kira
sebulan dari sekarang. Selagi detik melangkah ke dewan peperiksaan belum
menjelma, segala persiapan dan strategi masih relevan.
Pada pagi ini, saya diberi
kepercayaan oleh pihak pentadbiran prauniversiti SMI untuk mendapatkan maklum
balas pelajar tentang kertas Ekonomi 1, iaitu mikroekonomi dan seterusnya kita bersama-sama
memperakukan saranan terbaik buat persediaan STPM penggal 1. Mari kita uji
betapa semangat kerjasama dalam kalangan Michaelian
memungkinkan impian hebat kecemerlangan STPM Penggal 1 menjadi kenyataan.
(aktiviti tepuk tangan: mulakan dengan satu jari, dua jari, tiga jari,
empat jari, semua jari )
Terima kasih. Sebagai pelajar
yang sedang melalui fasa usia matang, saya berpendapat bahawa kalian berupaya
membuat kesimpulan masing-masing tentang aktiviti tepuk tangan sebentar tadi.
Pelajar yang dimuliakan,
Apakah peperiksaan?
(mula slaid power point)
Hakikatnya peperiksaan lebih
daripada sekadar luahan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Peperiksaan ialah
tentang kepekaan (cakna), kecekapan dan kebijaksanaan. Calon berhadapan dengan
sejumlah peruntukan masa dan peruntukan markah yang tertentu. Maka, kelebihan
untuk memperoleh skor markah dan gred tertinggi memihak kepada pelajar yang
memiliki perancangan jawapan yang tepat.
Mari sama-sama kita teliti
maklumat peperiksaan Ekonomi 1
Tarikh: 19 November 2014 (Khamis)
Masa: 8.00 – 10.00 pagi (2 jam = 120 minit)
Format kertas: aneka pilihan 20 soalan = 20 markah
: esei jawab 4 daripada 6 soalan = 40 markah
: kuantitatif jawab 2 daripada 3 soalan = 20
markah
Jumlah markah = 80 markah, dan
wajaran keseluruhan kertas Ekonomi STPM = 32 peratus
Secara hitungan konservatif, 80
markah = 120 minit à
1 markah = 1.5 minit
Hitungan konservatif ialah gambaran ekstrem,
had maksimum sesuatu nisbah.
Namun, calon peperiksaan yang
bijak, cakna dan cekap akan mengaplikasikan prinsip hitungan konservatif itu ke
arah perancangan jawapan yang jitu sebagai prasyarat pencapaian kecemerlangan.
Mari pertimbangkan saranan
berikut:
Sebaik sahaja dibenarkan menulis,
pertama catatkan jadual ini
8.00 – 8.25 pagi: Bahagian A: aneka pilihan
8.25 – 8.50 pagi: Bahagian C: kuantitatif
8.50 – 9.40 pagi: Bahagian B: esei
9.40 – 10.00 pagi: Semakan ketinggalan dan penambahbaikan
Bahagian A akan membantu calon
beroleh imbasan konseptual dan teoritikal yang boleh membantu perancangan
jawapan kuantitatif dan esei. Misalnya, dari segi laras ayat ekonomi, cara
melukis keluk yang lengkap dengan paksi dan label, serta idea jawapan.
… bersambung dalam bahagian 2
Friday, October 3, 2014
CONTOH SOALAN DAN PERANCANGAN JAWAPAN ESEI EKONOMI MALAYSIA STPM ( NO GENERAL REMARKS PLEASE)
...
...
...
1
|
(a) Bagaimanakah cara menghitung kadar
pengangguran?
|
[2]
|
||||
2 |
2 markah
(b) Jelaskan dua kesan pengangguran terhadap
sosioekonomi negara.
Mana-mana 2 isi + huraian @ 2 markah = 4
(a) Terangkan maksud belanjawan
kurangan.
(b) Huraikan bagaimana kerajaan
Malaysia membiayai belanjawan kurangan.
2 isi + huraian @ 2 markah = 4
|
[4]
[2] [4] |
||||
3
|
Terangkan dua sistem kadar
pertukaran asing di Malaysia.
2 isi+ huraian @ 3 markah = 6
|
[6]
|
||||
4
5
6 |
(a)
Apakah maksud unit perniagaan perkongsian?
2 markah
(b) Nyatakan empat kebaikan perkongsian.
Huraikan fungsi institusi kewangan dari segi:
(a) Perantara
Kewangan
4 isi @ 1 markah = 4
(b)
Penyerakan dan Perkongsian Risiko
2 isi
@ 1 markah = 2
Terangkan secara ringkas tiga sumber pendapatan penduduk di Malaysia.
|
[2]
[4]
[4]
[2]
[6] |
||||
Upah: bayaran kepada faktor buruh atas sumbangan
tenaga mental dan fizikal dalam peneluaran
Sewa: bayaran kepada faktor yang memiliki
penawaran terhad, contohnya tanah
Bunga: bayaran kepada faktor modal dalam bentuk %
daripada modal yang dipinjam
Dividen:
bayaran kepada pemegang saham dalam tempoh tertentu (atas bahagian untung
syarikat)
Untung: Bayaran kepada faktor usahawan kerana
m’gembeng faktor untuk m’hasilⁿ barangan /
kesanggupan menanggung risiko
Harta
pusaka: peninggalan si mati. Harta
alih, tidak alih (rumah, tanah, saham), wang tunai,
manfaat / diyat.
Bayaran
pindahan: bayaran tanpa sumbangan produktif (pencen, biasiswa, zakat, elaun
pengangguran,
bunga atas pinjaman kerajaan / pinjaman pengguna)
|
mana-mana 3 isi + huraian @ 2 markah = 6
Thursday, October 2, 2014
GANTI BEG PLASTIK: KEMBALI KEPADA BEG KERTAS (THE THREAT OF INDESTRUCTIBLE MATERIAL)
Kebanyakan pasar raya utama di negara kita mengambil bahagian dalam kempen sifar beg plastik (high density polyethylene, HDPE) pada setiap hari Sabtu. Sementara itu, negeri California di Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan beg plastik mulai Selasa minggu lepas (Kosmo, 3.10.14 dan juga klik di sini). Beg plastik yang hanya terurai dan reputsetelah 450 hingga 1,000 tahun dikatakan mengancam kehidupan haiwan darat dan marin.
Namun, bantahan pasti datang daripada industri berasaskan plastik yang mendakwa mereka telah menghasilkan keluaran yang bebas toksik, serta mesra alam sekitar. Penyelidikan kimia polimer juga mungkin menjadi sandaran, justeru bahan plastik bermutu tinggi lebih mudah dikitar semula dan tidak memudaratkan kesihatan. Kebimbangan tentang pengangguran dalam kalangan pekerja industri plastik juga dibangkitkan.
Di Australia, kempen mengurangkan penggunaan beg plastik disambut baik oleh masyarakat dan industri. Dalam tempoh lima tahun (200 - 2007) penggunaan beg plastik berjaya dikurangkan daripada enam juta unit kepada 3.9 juta unit (klik di sini). Sepetimana yang disebut oleh Alvin Toffler lewat karya beliau, Future Shock, masyarakat pascamoden menjurus kepada kecenderungan serba membuang (disposable society).
Pengharaman beg plastik di California diwartakan menerusi proses undang-undang menerusi penguatkuasaan tertentu. Dengan pengecualian terhadap pembelian daging, buah-buahan dan sayuran, pengharaman berperingkat itu wajib dipatuhi sepenuhnya pada tahun 2016. Denda sehingga USD5,000 (RM16,264.47) akan dikenakan terhadap peniaga yang ingkar.
Pakar kaji iklim bandar dari UKM, Profesor Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad menyokong supaya Malaysia mula mengambil langkah mengurangkan penggunaan beg plastik yang mengancam ekosistem dan kehidupan ekologi tertentu. Bahan plastik yang dibakar pula akan membebaskan gas beracun yang sagat berbahaya. Walaupun demikian, Profesor Dr. Hanafi Ismail, dekan fakulti kejuruteraan bahan dan mineral USM berpendapat sudah ada teknologi terkini yang membolehkan plasik terurai secara semula menerusi campuran polimer tulen seperti kanji dan protien.
...
...
...
...
...
Namun, bantahan pasti datang daripada industri berasaskan plastik yang mendakwa mereka telah menghasilkan keluaran yang bebas toksik, serta mesra alam sekitar. Penyelidikan kimia polimer juga mungkin menjadi sandaran, justeru bahan plastik bermutu tinggi lebih mudah dikitar semula dan tidak memudaratkan kesihatan. Kebimbangan tentang pengangguran dalam kalangan pekerja industri plastik juga dibangkitkan.
Di Australia, kempen mengurangkan penggunaan beg plastik disambut baik oleh masyarakat dan industri. Dalam tempoh lima tahun (200 - 2007) penggunaan beg plastik berjaya dikurangkan daripada enam juta unit kepada 3.9 juta unit (klik di sini). Sepetimana yang disebut oleh Alvin Toffler lewat karya beliau, Future Shock, masyarakat pascamoden menjurus kepada kecenderungan serba membuang (disposable society).
Pengharaman beg plastik di California diwartakan menerusi proses undang-undang menerusi penguatkuasaan tertentu. Dengan pengecualian terhadap pembelian daging, buah-buahan dan sayuran, pengharaman berperingkat itu wajib dipatuhi sepenuhnya pada tahun 2016. Denda sehingga USD5,000 (RM16,264.47) akan dikenakan terhadap peniaga yang ingkar.
Pakar kaji iklim bandar dari UKM, Profesor Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad menyokong supaya Malaysia mula mengambil langkah mengurangkan penggunaan beg plastik yang mengancam ekosistem dan kehidupan ekologi tertentu. Bahan plastik yang dibakar pula akan membebaskan gas beracun yang sagat berbahaya. Walaupun demikian, Profesor Dr. Hanafi Ismail, dekan fakulti kejuruteraan bahan dan mineral USM berpendapat sudah ada teknologi terkini yang membolehkan plasik terurai secara semula menerusi campuran polimer tulen seperti kanji dan protien.
...
...
...
...
...
Wednesday, October 1, 2014
HARGA PETROL RON 95 NAIK 20 SEN (HOW TO PROTECT WELFARE ECONOMY)
Mulai 12.01 malam 2 Oktober 2014 pemilik kenderaan harus membayar tambahan sebanyak 20 sen untuk satu liter bahan api Ron 95 (klik di sini). Kadar kenaikan harga itu bersamaan 9.5 peratus. Maksudnya, jika sebelum ini muatan tangki penuh kereta sedan 40 liter petrol dibayar sebanyak RM84.00, kini menjadi RM92.00, iaitu tambahan sebanyak RM8.00.
Kenaikan harga petrol Ron 95 berlaku disebabkan fasa pelaksanaan rasionalisasi subsidi selanjutnya sehingga konsep subsidi secara pukal dapat digantikan dengan subsidi mengikut kumpulan sasaran. Penjimatan perbelanjaan subsidi boleh dipindahkan dalam bentuk bayaran pindahan lain seperti BRIM dan pembiayaan projek awam yang lain. Bagi memastikan tidak berlakunya pesta kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tidak masuk akal, beberapa bentuk galakan kepada sektor pengangkutan dijangka akan dilaksanakan.
Pengumuman mendadak, stesen minyak sesak
Kemungkinan inflasi tolakan kos Pendapatan benar turun,
Kos sara hidup: tuntutan kenaikan upah
Saranan pengangkutan awam: perlu tunjuk teladan istiqamah
Jenaka dan parodi
Perancangan belanjawan keluarga
GURU AKADEMIK PRAUNIVERSITI TINGKATAN ENAM HADIRI KURSUS 'I THINK' (CONTINUITY FROM LOWER AND UPPER SECONDARY LEARNING STYLE)
Ipoh, Rabu: 1/10/14 = 6 Zulhijjah 1435
Bertempat di makmal bahasa, SMK Tasik Damai, sejumlah 64 orang guru akademik tingkatan 6, zon tengah Perak, menghadiri program taklimat dan bengkel pemantapan pedagogi dan transformasi pengajian prauniversiti. Kumpulan sulung zon itu mewakili daerah Kinta Utara, Kinta Selatan dan Perak Tengah. Semua guru tingkatan enam bakal dipanggil menghadiri program anjuran Jabatan Pendidikan Perak secara berperingkat sehingga tahun hadapan.
Tujuan program ialah bagi mengukuhkan pendedahan tentang dasar terkini pendidikan kebangsaan, di samping kesinambungan pendekatan i-Think yang sudah dilaksanakan sejak di sekolah rendah. Sebagai kelas persediaan universiti, pelajar tingkatan 6 perlu diberi kesempatan untuk membina model dan kerangka teori secara pandang seluruh. Maka, asas yang sudah diperoleh sebelumnya dapat dikembangkan untuk wacana lebih tinggi.
Haji Zaidi, penolong pengarah JPN Perak selaku urus setia sedang berucap.
Duduk di sebelah kiri beliau, jurulatih utama, Haji Solahuddin dan Encik Khusairi
Dua orang pemudah cara, iaitu Cikgu Ahmad Khusairi, Penolong Kanan Tingkatan 6, SMK Raja Perempuan Ipoh dan Haji Solahuddin, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Kampung Pasir Puteh telah menyampaikan input yang mereka peroleh semasa kursus peringkat kebangsaan di Sungai Petani. Modul taklimat dan bengkel disediakan oleh sejumlah pensyarah institut perguruan, pengetua dan guru prauniversiti, serta majlis peperiksaan. Bahan modul kemahiran berfikir aras tinggi (Kbat: i-Think) pula ialah ubahsuaian nota kursus Kestrel Education yang berpangkalan di United Kingdom.
Sama ada guru prauniversiti sempat memanfaatkan segala modul yang disampaikan bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing bagi merancang aktiviti pembelajaran aktif semasa kuliah dan tutorial. Hakikatnya, banyak sekali kerangka teoritikal dan model ilmiah yang dipersembahkan dalam disertasi atau tesis ijazah tinggi diringkaskan sebagaimana saranan i-Think. Maka, amat kena pada masanya pelajar tingkatan 6 dibimbing untuk melakukan modifikasi dapatan kerja kursus mereka dengan kaedah yang sama.
sesi bengkel penghasilan modul
(melukis lambang jari peta 'i think')
Pihak penganjur menyedari bahawa pembelajaran orang dewasa menjurus kepada andragogi, sejajar dengan usia dan ketahanan sebagai pendengar setia dalam tempoh yang panjang. Tambahan pula, golongan guru sudah biasa bercakap di hadapan ramai, mengelolakan majlis rasmi dan memiliki kepakaran yang tertentu. Maka, sesi bengkel penghasilan modul menyediakan medan perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran secara lebih bersahaja dan santai, tetapi jitu.
Campuran anggota kumpulan pelbagai pengkhusuan akademik dan ikhtisas nyata memeriahkan slot perbengkelan. Ciri keterasingan eksklusif guru berasaskan pengkhususan mata pelajaran berjaya dipecahkan. Sebaliknya, sikap bertolak ansur dan bekerjasama begitu menyerlah.
pembentangan modul peta bulatan
Modul peta pemikiran inovatif (i-Think) sebanyak empat jenis yang dihasilkan dalam tempoh 20 minit oleh tujuh buah kumpulan akhirnya berjaya dipersembahkan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan lembaran kertas putih besar (kertas mahjung?) dan dua batang marker pen biru dan hitam. Walaupun dengan peralatan ala kadar, mutu modul yang dihasilkan memang layak diangkat sebagai contoh untuk dilaksanakan.
Baki empat jenis peta pemikiran inovatif lagi bakal disampaikan pada hari kedua taklimat. Sebelum bersurai, beberapa orang peserta kelihatan merakamkan kesemua modul dalam telefon pintar mereka. Menerusi beberapa proses pemurnian, modul yang dihasilkan itu boleh diterbitkan dalam bentuk dokumen bercetak dan atas talian ...
Subscribe to:
Posts (Atom)
