Saturday, April 9, 2016
KOPERASI GURU MELAYU KEDAH PATUT DICONTOHI (GENUINE BUSINESS DEAL)
Kesempatan menginap di bilik family suite di Hotel Darul Aman, Jitra milik Koperasi Guru Melayu Kedah (KGMK) memberi banyak input tentang gerakan koperasi guru yang berkesan. KGMK berjaya mengumpul aset tetap tidak alih, iaitu hartanah yang memungkinkan kutipan hasil yang berpanjangan. Pemilikan beberapa buah hotel di lokasi strategik berkaitan pendidikan ternyata lebih baik daripada menerima anugerah tanah puluhan ekar, tetapi berpindah tangan kepada pemaju demi keuntungan atas angin dan segera.
Hotel Darul Aman berdekatan dengan kampus Institut Aminuddin Baki cawangan utara, Institut Perguruan Darul Aman dan Politeknik Jitra. Kadar penginapan yang rendah sekitar 30 peratus pada hari-hari biasa boleh ditampung oleh permintaan waktu puncak seperti musim pendaftaran pelajar baharu, konvokesyen dan program pentaksiran berkala. Hubungan strategik dengan pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah juga memungkinkan KGMK beroleh pulangan untuk pakej penginapan atau penganjuran pelbagai program yang berkaitan.
Secara asasnya koperasi guru bertujuan menjaga kebajikan sesama anggota. Selain perkhidmatan pinjaman kewangan, koperasi memperuntukkan sejumlah hadiah kewangan bagi anggota yang menunaikan haji, kecemerlangan akademik anak dan khairat kematian. Caruman saham, simpanan khas dan yuran keanggotaan lazimnya diberikan dividen tahunan, bergantung kepada keuntungan koperasi yang telah diaudit secara profesional.
Walaupun sumbangan saham dan yuran anggota secara individu relatif kecil jumlahnya, namun apabila digabungkan boleh mencecah jutaan ringgit. Maka, dana yang besar itu boleh digunakan untuk mengembangkan kegiatan koperasi mengikut tatacara yang dibenarkan. Koperasi juga boleh memohon tanah kurniaan daripada kerajaan negeri untuk diagih-agihkan dalam kalangan anggota.
Peraturan kewangan yang ketat tetapi telus menyebabkan kes pecah amanah dalam gerakan koperasi jarang-jarang kedengaran. Masalah hanya terjadi atas aset anugerah seperti tanah kurniaan tadi. Terdapat koperasi yang mengambil jalan mudah bagi mengaut keuntungan segera dengan menyerahkannya kepada pemaju hartanah atas konsep perkongsian keuntungan.
Matlamat asal kurniaan tanah tidak tercapai. Anggota koperasi yang sepatutnya berkongsi lot tapak kediaman rumah sebuah akhirnya berputih mata. Mereka tidak mampu membeli unit kediaman mewah walaupun sebuah rumah teres yang dimajukan di atas tanah kurniaan tadi.
Koperasi yang berbuat demikian sepatutnya tidak lagi layak memperoleh tanah kurniaan pada masa hadapan. Sebaliknya, tawaran lot tanah perlu dibuat secara individu kepada anggota koperasi menerusi sebuah jawatankuasa khas yang terikat dengan tatacara tindakan piawai (S.O.P) tertentu. Pihak Angkasa selaku organisasi induk gerakan koperasi kebangsaan hendaklah membuat teguran keras terhadap koperasi yang terbabit.
Berbalik kepada KGMK, keupayaan mereka mengembangkan aset dan mengurus tanggungan (liabiliti) dengan cekap menunjukkan tahap amanah dan integriti yang tinggi. KGMK bergerak pada landasan yang tepat, terancang dan strategik. KGMK memang layak dijadikan contoh sebuah gerakan koperasi guru yang berjaya ...
Friday, April 8, 2016
BIASISWA MENANTI LEPASAN STPM (FINANCING TERTIARY EDUCATION)
Calon STPM, asasi, matrikulasi, foundation, diploma dan kelayakan yang setara, serta berjaya mendapat tempat di universiti awam (UA), institut pengajian tinggi swasta (ipts) atau luar negara boleh mula mengisi borang permohonan biasiswa secara atas talian. Penaja terdiri daripada pihak badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta, bank, syarikat antarabangsa (MNC) dan banyak lagi. Memandangkan kos pengajian tinggi begitu mahal, maka pelajar UA dan ipts perlu segera merebut peluang yang datang menggolek ini.
Bank Negara, Khazanah, Mara, Yayasan Telekom dan TNB ialah antara contoh organisasi yang menawarkan biasiswa dalam bentuk pinjaman boleh ubah. Selain pencapaian akademik, pencapaian kokurikulum, kepimpinan dan kemahiran insaniah juga diambil kira. Pemohon dalam kalangan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah diberikan keutamaan khas.
...
...
...
...
...
...
Thursday, April 7, 2016
Wednesday, April 6, 2016
HUJAN LEBAT MULAI TURUN KETIKA SUHU MASIH MEMBAHANG (WAITING FOR MODERATE WEATHER)
Di sana sini hujan lebat berserta angin kencang mulai menandakan musim bersuhu tinggi dan kering bakal berakhir. Fenomena cuaca sebegini lebih kurang sama sejak beberapa tahun lepas. Namun, rakyat Malaysia patut bersyukur justeru tiada kes kesihatan yang ekstrem akibat dehidrasi dan strok haba yang dilaporkan.
...
...
...
...
...
...
...
Tuesday, April 5, 2016
Monday, April 4, 2016
KAMPUS KOTA BERSAIZ KECIL, MANFAAT RUANG (AMERICAN MODEL FOR UNIVERSITY SETTING)
Kampus induk Universiti Havard hanya berkeluasan 175 ekar, berbanding dengan Universiti Malaya bersaiz 750 ekar, selain UKM dan UPM yang melebihi 2,000 ekar. Havard bukan tidak mampu membina kampus mega dengan kemudahan tercanggih. Havard memiliki dana endowment yang jauh melebihi keluaran negara kasar banyak negara.
Dewan kuliah di Havard biasa-biasa sahaja, bahkan sebahagiannya bekas gereja yang serba sederhana. Keadaan yang sama berlaku di Cambridge dan Oxford yang berupa kumpulan kolej pengajian atas nama saint tertentu. Namun, pelajar terbaik seluruh dunia berebut-rebut untuk memasuki universiti ternama yang bersifat konservatif sedemikian.
...
...
...
...
...
...
Dewan kuliah di Havard biasa-biasa sahaja, bahkan sebahagiannya bekas gereja yang serba sederhana. Keadaan yang sama berlaku di Cambridge dan Oxford yang berupa kumpulan kolej pengajian atas nama saint tertentu. Namun, pelajar terbaik seluruh dunia berebut-rebut untuk memasuki universiti ternama yang bersifat konservatif sedemikian.
...
...
...
...
...
...
Sunday, April 3, 2016
Saturday, April 2, 2016
SBP ATASI MRSM? (FACT ABOUT BOARDING SCHOOL)
Murid cemerlang UPSR dan juga PT3 memasang impian untuk diterima masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Persikataran pembelajaran yang serba bersaing, berdikari dan bekerjasama menjanjikan pengalaman unik yang tidak terdapat di aekolah harian. Legenda tokoh keluaran SBP dan MRSM mengukuhkan lagi keinginan itu.
Ibu bapa juga dapat mengharapkan bimbingan dan jagaan yang meyakinkan dari segi disiplin, jati diri, pencapaian dan sahsiah anak mereka. Segelintir ibu bapa berasa lega tentang keselamatan anak mereka yang tidak perlu menempuh risiko pengangkutan dan perjalanan ke sekolah. Penjimatan besar dari segi perbelanjaan harian juga menyebelahi ibu bapa yang bertuah.
...
...
...
...
...
...
Ibu bapa juga dapat mengharapkan bimbingan dan jagaan yang meyakinkan dari segi disiplin, jati diri, pencapaian dan sahsiah anak mereka. Segelintir ibu bapa berasa lega tentang keselamatan anak mereka yang tidak perlu menempuh risiko pengangkutan dan perjalanan ke sekolah. Penjimatan besar dari segi perbelanjaan harian juga menyebelahi ibu bapa yang bertuah.
sumber: facebook
...
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Posts (Atom)





