Monday, November 12, 2018
421,706 CALON SPM 2018 (THE SIGNIFICANT QUALIFICATION)
Seramai 421, 706 calon menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 bermula hari ini sehingga 13 Disember depan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata daripada jumlah itu sebanyak 3,308 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara membabitkan 33, 631 petugas peperiksaan.
Beliau berkata, Kementerian Pendidikan juga mensasarkan jumlah peningkatan keputusan peperiksaan SPM tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
“Tetapi saya ingin tekankan di sini bahawa kejayaan keputusan SPM bukan perkara paling penting dalam KPM.
“Apa yang penting mereka dapat mengaplikasikan ilmu itu dalam kehidupan untuk kesejahteraan negara,” katanya.
Selain itu, pihaknya juga sudah memikirkan kemungkinan berlaku banjir di pusat peperiksaan yang berisiko tinggi.
“Kita sudah mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) di mana kita akan menempatkan pelajar-pelajar serta pegawai bertugas di pusat peperiksaan yang baharu sekiranya berlaku banjir.
“Semua petugas sudah dimaklumkan mengenai SOP ini dah kerjasama daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan kelancaran sewaktu SPM,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir memberikan sokongan kepada calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian, di sini hari ini.
Sementara itu, SMK Saujana Impian menempatkan dua pusat peperiksaan membabitkan seramai 496 calon menduduki SPM tahun ini.
sumber berita disalin:
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/11/497473/421706-calon-duduki-spm-2018-seluruh-negara
Monday, October 29, 2018
PERAK RANGKUL JUARA BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA (THE BOSS GAURUS AT THE TOP)
Perlawanan akhir yang penuh dramatik. Kontroversi keputusan pengadil dan permainan yang sedikit emosional. Sejumlah 70 ribu orang penonton yang berjaya membeli tiket memasuki Stadium Shah Alam san jutaan lagi yang bersengkang mata hingga larut malam terbabit dalam debaran perjuangan kedua-dua buah pasukan.
Gol seawal minit pertama akibat kesilapan mudah penjaga gol Perak seakan-akan memberi isyarat bahawa Terengganu yang nenewaskan skuad mewah Johor Darul Takzim (JDT) bakal berpesta jaringan. Apabila kedudukan beranjak 2-0, penyokong Perak hanya mampu tersenyum pahit. Namun, skrip segera berubah sebaik sepak mula separuh masa kedua. Perak berjaya memadam dua gol pendahuluan lawan. Apabila rembatan 'Messi' Terengganu menjadikan kedudukan 3-2, penyokong Perak sekali lagi terkedu.
...
...
...
...
...
...
...
...
Tuesday, September 4, 2018
KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG (LONG RUN AVERAGE COST)
SMK ST MICHAEL IPOH, LA1 (05082018): KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG, LAC.
A: KUIZ PENGETAHUAN SEDIA ADA
Tentukan status ayat di bawah
sama ada benar atau palsu
|
1
|
Kos ialah perbelanjaan firma terhadap input / faktor dalam proses
pengeluaran
|
Benar
|
Palsu
|
|
2
|
Firma ialah unit ekonomi yang menggunakan faktor untuk pengeluaran
barangan
|
|
|
|
3
|
Industri ialah gabungan firma yang menghasilkan keluaran yang
sama / hampir sama
|
|
|
|
4
|
Dalam jangka pendek hanya terdapat input tetap
|
|
|
|
5
|
Dalam jangka panjang hanya terdapat input berubah
|
|
|
|
6
|
Loji ialah alat fizikal dalam proses pengeluaran, serta diwakili oleh
setiap satu SAC
|
|
|
B: TUGASAN GRAFIKAL / HURAIAN
1 Pemilihan saiz loji: paksi / label; SACo / SAC1 / SAC2; Qo, Q1, Q2,
Q3, Q4; justifikasi kos
2 Pembentukan LAC: konsep; perbandingan
SAC; perbezaan sebab bahagian turun,
naik
3 Hubungan LAC – SAC: titik sentuh bahagian kurang optimum, lebih
optimum
C: TUGASAN LANJUTAN ESEI
(a)
Berikan maksud kos purata jangka panjang. [2
markah]
(b)
Berbantukan gambar rajah, huraikan pemilihan
saiz loji dan pembentukan keluk
kos purata jangka
panjang. [8 markah]
©
cikguazharrodzi.blogspot.com
Sunday, September 2, 2018
LAPORAN GURU BERTUGAS EDISI OGOS (SCHOOL EFFECTIVENESS MEASUREMENT WEEKLY)
TEKS LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
27 OGOS – 30 OGOS 2018
(15 – 18 ZULHIJJAH 1439)
Terima
kasih pengacara majlis
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh
Selamat
pagi dan salam sejahtera
Yang
Berusaha _______________________
Pengetua,
SMK ______________________
Penolong-penolong
kanan, guru kanan
Guru
dan pelajar yang dikasihi sekalian
Saya,
___________________, guru bertugas mingguan antara 27 Ogos hingga 30 Ogos yang
lalu, atau bersamaan 15 – 18 Zulhijjah 1439H bersama Cikgu ____________________.
Izinkan saya memberi laporan ringkas serta sedikit cadangan.
Pertama
sekali guru bertugas ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang rata-ratanya
memberi kerjasama dan sokongan terhadap pencapaian kecemerlangan sekolah atau
dalam bahasa pendidikan disebut sebagai keberkesanan sekolah (school
effectiveness). Sejumlah 98% pelajar tiba awal ke sekolah. Hanya 2% sahaja yang
perlu kepada penambahbaikan kemahiran insaniah dari segi perancangan untuk
pengurusan diri dan perjalanan ke sekolah. Pada hemat guru bertugas, pasukan
guru kaunseling sekolah pasti sudi membantu.
Disiplin
juga pada amnya terkawal. Bilangan kes juga pada nisbah 2%, termasuk kes
mengalihkan kedudukan kamera litar tertutup (cctv) pada minggu sudah. Guru
disiplin telah mengambil tindakan berdasarkan tatacara yang diperuntukkan, s o p.
Beliau juga ada membuat teguran tentang susunan pelajar dalam perhimpunan
hendaklah mengikut abjad. Harapan guru bertugas bahawa semua kelas akur akan
peraturan tersebut.
Kes
ponteng kelas dan tuisyen masih dilaporkan. Gelagat segelintir pelajar yang
keluar kelas sesuka hati, termasuk ketika guru sedang mengajar masih berlaku.
Kepada kumpulan pelajar berkenaan, tolonglah ubah sikap anda. Suburkan potensi
terbaik dalam diri kalian.
Pada
minggu lepas acara sambutan kemerdekaan juga berlangsung, termasuk raptai
peringkat negeri di Padang Ipoh. Tahniah kepada pasukan pancaragam, pengakap
dan lain-lain yang mengambil bahagian. Acara peringkat sekolah pada pagi Khamis
tidak kurang meriahnya. Semangat cinta negara, patriotik dan jati diri begitu
menyerlah. Mudah-mudahan semangat yang berkobar-kobar itu akan dibawa ke dalam
proses pembelajaran di bilik darjah dan segala kegiatan yang berkaitan.
Guru
dan pelajar yang dimuliakan,
Berdasarkan
pengamatan guru bertugas minggu sudah, saya percaya bahawa pelajar boleh
meningkat lebih maju jika sanggup melakukan perubahan dengan bijaksana. Kurt
Lewin, ahli psikologi memperkenalkan teori analisis daya lapangan (force field analysis). Proses perubahan
ke arah yang lebih baik penuh cabaran. Daya pacu perubahan (driving forces) akan digugat dengan
kuatnya oleh daya rintangan (restraining, resistance forces).
Susahnya
individu atau organisasi menuju perubahan justeru wujud rasa takut akan
kehilangan kedudukan, peluang, kawan, keselesaan yang boleh diringkaskan
sebagai status quo. Mereka rela
kekal di takuk lama.
Maka,
tingkah laku terpuji pelajar perlu dikukuhkan. Kelompok rujukan normatif
seperti pembimbing rakan sebaya diberi sokongan yang tuntas. Jika pelajar dalam
perhimpunan pada pagi ini sanggup menyebelahi driving forces, nescaya SMI akan terus mencipta kejayaan demi
kejayaan, dihormati dan dicontohi.
Kata
hukamak: hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari
ini.
Selamat datang perubahan (ke arah kebaikan)
Selamat tinggal takuk lama (andai
merugikan)
Kualiti umpama marathon tanpa garis
penamat.
Sudah
pasti masih ada perkara tetap seperti aqidah, syariat dan akhlak bagi
masyarakat Islam, jati diri, lestari alam sekitar dan sebagainya. Kecemerlangan
juga perlu dilestarikan, tetapi cara dan strateginya tertakluk kepada
perubahan.
Dengan
kata-kata itu, saya akhiri laporan guru bertugas mingguan dengan wabillahi
taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wednesday, August 22, 2018
HARIMAU MUDA PADAM RASA RENDAH DIRI BOLA SEPAK NEGARA (THE TRUE COLORS OF OUR.SPIRIT)
Keupayaan membenam skuad bawah 23 tahun Korea Selatan yang turut dibarisi pemain skuad Piala Dunia 2008 Rusia telah membenihkan kembali harapan peminat tegar bola sepak tanah air. Percaturan Datuk Ong Kim Swee selaku ketua jurulatih jelas menjadi. Sejak Piala Asia bawah 23 tahun yang lalu, Malaysia bukan lagi lawan yang mudah buat Taegeuk Jeonsa (Pahlawan Taegeuk), Harimau Asia, Si Merah, nama jolokan pasukan nombor satu Asia itu.
Berikut laporan akhbar Sinar Harian:
Muhammad Akhyar Rashid diasak oleh pemain Korea, Kim Minjae.
Foto - Bernama
SKUAD Bawah 23 Tahun Negara (B23) membuktikan reputasi dimiliki Korea Selatan selaku penyandang juara bukanlah sesuatu yang kebal apabila tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata dengan kemenangan 2-1 ke atas lawan pada aksi kedua Kumpulan E, di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, sebentar tadi.
Dua gol jaringan dihasilkan Safawi Rasid pada awal permainan dan penghujung babak pertama ternyata mencalar ego pasukan bimbingan Kim Hag Burn yang diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk mengungguli kedudukan dalam kumpulan.
Pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee menampilkan corak permainan penuh disipilin dengan sanjungan dan pujian perlu diberikan kepada benteng yang teguh memastikan gawang tidak dibolosi.
Malaysia tidak menunggu lama untuk berada dihadapan apabila penjaring gol pertama Malaysia pada perlawanan menentang Kyrgyzstan, Safawi Rasid meledak gol menewaskan penjaga gawang Korea Selatan, Song Bumkeun pada minit ke 5.
Gol tersebut nyata memberikan tekanan kepada Korea Selatan yang melancarkan serangan bertali arus memburu gol penyamaan namun gagal selepas pertahanan Malaysia yang dipimpin Dominic Tan, Mohd Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin menjalankan tugas dengan penuh disiplin.
Safawi terus menceriakan kem negara apabila rembatannya dari luar kotak penalti sekali lagi berjaya menewaskan Bumkeun untuk gol kedua ketika perlawanan memasuki minit terakhir separuh masa kedua.
Memasuki babak kedua, Korea Selatan dilihat begitu tertekan menggandakan asakan memburu gol namun hampa walaupun pemain tumpuan mereka, Son Heung Min masuk sebagai pemain gentian untuk menambah jentera serangan.
Gol saguhati Korea Selatan akhirnya terhasil pada minit ke 88 melalui Hwang Ui Jo namun sudah terlewat untuk memastikan Harimau Muda meraih tiga mata penuh.
Kemenangan ini memastikan Malaysia layak berada dalam kelompok 16 terbaik selepas meraih enam mata penuh walaupun masih berbaki satu perlawanan menentang Bahrain, 20 Ogos nanti
Thursday, July 26, 2018
TAFSIRAN NILAI PEKALI KEANJALAN (HOW TO MEASURE A VARIABLE'S SENSITIVITY)
Takrif keanjalan:
suatu ukuran tindak balas peratus perubahan kuantiti sesuatu barang (Qx) akibat peratus perubahan:
a. harga barang itu (sendiri): Edp, keanjalan permintaan harga
b. harga barang lain (penggenap / pengganti): Ec, keanjalan silang
c. pendapatan: Ey, keanjalan pendapatan
d. harga barang itu (sendiri): Es, keanjalan penawaran
Rumus:
Edp: Q1 - Qo Po
------------ × ----
P1 - Po Qo
Ec: Qx1 - Qxo Pyo
---------------- × ------
Py1 - Pyo Qxo
Ey = Q1 - Qo Yo
------------ × ----
Y1 - Yo Qo
Es = Q1 - Qo Po
------------ × ----
P1 - Po Qo
petunjuk: Qx, kuantiti sesuatu barang
Qo, kuantiti asal
Q1, kuantiti baharu
Po, harga asal
P1, harga baharu
Px, harga barang itu (sendiri)
Py, harga barang lain (penggenap / pengganti)
Yo, pendapatan asal
Y1, pendapatan baharu
Yo, pendapatan asal
Y1, pendapatan baharu
contoh tafsiran / intrepretasi pekali / koefisien Edp, katakan - 2.2. tanda negatif (-) hanya menunjukkan hubungan songsang harga dengan kuantiti. Oleh itu, abaikan ketika menulisan tafsiran pekali Edp. Maka ayat yang dikehendaki akan berbunyi:
Apabila harga sesuatu barang naik 1%, maka kuantiti yang diminta turun 2.2%
Nota: bahagian pertama ayat mesti sebut 1%. hanya bahagian kedua ayat yang merujuk nilai pekali Edp yang telah dihitung.
Untuk Ec, hanya tukar harga barang lain / penggenap / penggenap (bahagian 1), katakan 0.7:
Apabila harga barang pengganti / penggenap naik 1%, maka kuantiti yang diminta naik / turun 0.7%
Untuk Ey, hanya tukar kepada pendapatan (bahagian 1), katakan 1.2:
Apabila pendapatan naik 1%, maka kuantiti yang diminta naik 1.2%
Untuk Es, sama dengan ayat Edp (bahagian 1), hanya tukar bahagian kedua kepada kuantiti ditawarkan katakan 3.4:
Apabila harga sesuatu barang naik 1%, maka kuantiti yang ditawarkan naik 3.4%
Sekian. Semoga bermanfaat.
Friday, June 29, 2018
PANTUN MAJLIS PERTUNANGAN (THE SCRIPT OF PROPOSAL AND ENGAGEMENT FUNCTION
... dalam proses menulis
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Wednesday, May 23, 2018
KERAJAAN BAHARU PAKATAN HARAPAN MEMACU PERUBAHAN (MAXIMISING WELFARE, OPTIMISING RESOURCES)
Tanggal 9 Mei 2018 membuka lembaran bersejarah apabila pengundi meninggalkan status quo, iaitu Barisan Nasional (BN) yang gagah di persada kuasa sejak merdeka terpaksa turun jua akhirnya. Bermula dengan nama Perikatan dengan lambang kapal layar, kemudian BN dengan lambang dacing. Dengan kemunculan generasi nuda belia yang pertama kali mengundi, Pakatan Harapan (PH) dengan jelas beroleh kepercayaan rakyat untuk menerjui kepimpinan negara.
Rejim cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan skandal 1MDB benar-benar menjelmakan tsunami penolakan terhadap BN yang hanya mampu bertahan di Perlis dan Pahang. Politik pembangunan dan sentimen perkauman ternyata bukan lagi senjata ampuh kempen pilihan raya di negara kita. PH sebaliknya berjaya membaca citra pengundi muda yang cenderung terhadap perkongsian maklumat di hujung jari berbanding dengan media tradisional yang semakin terpinggir.
Gandingan Tun Dr. Mahathir dan Dato Seri Anwar, serta sokongan padu Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu yang memimpin parti masing-masing (PPBM, PKR, DAP, Amanah) yang menggunakan lambang tunggal PKR tidak dapat dihalang oleh tokoh-tokoh tersohor BN yang elitis lagi terpisah daripada denyut nadi rakyat jelata.
...
...
...
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Posts (Atom)

