Friday, June 23, 2017
BERLALU RAMADAN 1438H, MENJELMA SYAWAL (THE FESTIVAL OF SACRED DEEDS)
Alhamdulillah, Allah beri kesempatan buat kita menjalani ibadah Ramadan dengan jayanya. Bukan semua insan beriman yang menikmati kesempatan yang amat berharga itu. Ada yang dijemput pulang ke rahmatullah sebelum Ramadan dan tidak kurang juga pada setiap hari bulan puasa fardu ini.
Marilah kita bersyukur ke Hadrat Ilahi dengan cara menjunjung setiap titah perintah-Nya sedaya upaya dan menjauhi segala larangan-Nya. Hakikatnya, hal itu mudah sekali untuk ditulis dan diucapkan. Namun, dari segi amalan, begitu banyak cabaran dan liku perjalanan yang penuh ranjau sebelum berjaya.
Ramadan bulan tarbiyyah. Ramadan sebagai madrasah atau universiti kehidupan yang sangat kritikal terhadap insan beriman. Demikian maksim atau ungkapan lazim yang sering terpacul daripada mulut penceramah atau penyampai tazkirah sama ada di majlis ilmu atau di corong radio. Sesungguhnya, peringatan yang kerap dan berulang kali itu sangat bermanfaat justeru insan sering alpa dan lalai kerana tipu daya kesibukan duniawi per se.
Antara amalan Ramadan yang sepatutnya menjadi kelaziman sepanjang haya ialah solat berjemaah di masjid dan surau bagi kaum lelaki, membaca dan mentadabbur al-Quran, serta gemar bersedekah dengan tulus ikhlas. Selain itu, kehadiran dalam majlis ilmu dan pengajian bukan sahaja memperoleh rahmat Ilahi bahkan mengukuhkan tali persaudaraan dalam kalangan penduduk kariah yang sama.
Kedatangan Syawal disambut dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur. Dengan pakaian serba baharu dan wangi-wangian, kemeruahan aidil fitri begitu terasa. Ucapan taqabbalallahu minna wa minkum, lalu dibalas dengan minna wa minkum taqabbal ya karim menghiasi kunjungan dan pertemuan yang diredai Allah. Keluarga yang kurang beruntung, anak yatim dan ibu tunggal tidak dilupakan oleh pihsk berwajib dan jiran terdekat.
...
...
...
Monday, May 8, 2017
SKRIP PENGACARA MAJLIS TAKLIMAT JERAYAWARA JOM STPM (SHARING HOUSEKEEPING REMINDER WITH THE AUDIENCE)
Assalamu alaikum w.w.
Salam sejahtera
Yang Dihormati Penolong Kanan
Tingkatan 6
SMK St Michael, Ipoh
Puan Tan Cheng Choo
Tenaga akademik atau
pensyarah prauniversiti
SMK St Michael Ipoh
Ibu bapa yang sempat hadir
pada pagi ini
Seterusnya pelajar baharu
penggal 1 prauniversiti
Hadirin yang dikasihi
Bersama-sama
kita dalam majlis ini ialah pasukan pasukan program Jerayawara Jom STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Jelajah atau roadshow yang sudah
pasti penting dan signifikan terhadap masa depan pengajian tingkatan 6 yang
sudah dijenamakan semula sejak tahun 2013 yang lalu. Zaman berubah, lalu muncul
sesenarai panjang pesaing baru terhadap pengajian prauniversiti tingkatan 6
sebagai laluan utama kemasukan ijazah pertama di universiti tempatan dan
antarabangsa. Pengambilan secara walk in
dan on line pesaing meletakkan
lepasan SPM semasa di persimpangan, antara teruskan tingkatan 6 atau ke mana?
Izinkan
saya memperkenalkan pegawai MPM yang akan mengisi program Jerayawara Jom STPM.
Nama:
Latar
belakang akademik:
Kedudukan
di MPM:
|
Format
majlis lebih terbuka. Maksudnya, penceramah akan mendapatkan maklum balas
hadirin secara spontan. Penceramah juga akan memaklumkan masa untuk soalan.
Hadirin yang ingin menanyakan soalan secara bertulis boleh menyerahkan kertas
berkenaan kepada pengacara. Silakan tuliskan nama dan dari mana.
Ayuh,
kita mulakan program Jerayawara Jom STPM. Tuan _________________ dipersilakan.
Terima
kasih Tuan _______________________ dari Majlis Peperiksaan (MPM) atas kesudian
menyampaikan taklimat. Mudah-mudahan hadirin lebih jelas tentang kelebihan
memilih peperiksaan STPM berbanding dengan laluan kemasukan ijazah pertama yang
lain.
Sekian,
Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi barakatuh.
Majlis
bersurai …
Friday, April 28, 2017
Monday, April 24, 2017
PENULISAN JAWAPAN BAHASA MELAYU 2 SPM (HOW TO SCORE HIGHEST MARKS)
SMK ST. MICHAEL, IPOH
BENGKEL PERANCANGAN JAWAPAN 2017
BAHASA MELAYU 2
Pemudah Cara: Azhar bin Mohd Rodzi, M.Ed
(Distinction) (Universiti Malaya)
1)
Kekuatan calon: soalan 1 (rumusan); kelemahan calon: soalan 2 (pemahaman)
- Pendahuluan rumusan: Rumusan tentang
______________ dan _________________________
- Isi tersurat: seperti yang tercetak
- Isi tersirat: di luar petikan / payung generalisasi
- Penutup: Kesimpulannya, (mesti tulis
tema tugasan soalan) + agar / supaya …
2) Aras soalan
- aras petikan: jawapan seperti yang
tercetak
- aras kbat: jawapan di luar petikan / payung
generalisasi
- aras komsas: cara menulis perwatakan /
nilai / latar masyarakat / persoalan / pengajaran
3) Berapa panjang jawapan bagi setiap soalan
pemahaman?
- isi sahaja / tanpa huraian: apakah,
bagaimanakah, mengapakah
- dengan huraian: huraikan, jelaskan, terangkan
- komponen isi: subjek + predikat (angin bertiup)
- komponen huraian: subjek + predikat + penerangan (angin bertiup kencang)
- mulakan dengan bahagian tugasan soalan
4) Tatabahasa
a)
Morfologi: kosa kata / golongan kata / rangkai kata / pasangan / mirip
(pasangan minimal)
b)
Sintaksis: binaan ayat, ragam ayat, jenis ayat, ayat tunggal, ayat
majmuk
c)
Kesalahan bahasa: ejaan, imbuhan;
d) penggunaan istilah, tatabahasa
e)
Peribahasa: perihalan ↔ peribahasa, bina ayat, peribahasa sama
5) Novel
a)
tugasan kbat: 2 isi + huraian
b)
tugasan komsas: 3 isi + huraian
-
Berapa panjang
untuk 7, 8 markah?
-
Cara menulis (sinopsis,
tema, perwatakan, latar masyarakat, nilai, persoalan, pengajaran
+ huraian peristiwa,
perbandingan [persamaan dan / atau perbezaan])
Peruntukan
Waktu Menjawab:
Dicadangkan:
30 + 50 + 25 + 20
menulis jawapan
: baki 25 minit
semakan, penambahbaikan
::: SELAMAT MENJAWAB SOALAN :::
Saturday, April 22, 2017
Friday, April 21, 2017
Wednesday, April 19, 2017
Tuesday, April 18, 2017
Monday, April 17, 2017
SARANAN MENULIS ESEI EKONOMI STPM (JUST DO IT ACCOERDINGLY)
... akan datang
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Monday, April 10, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)