SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, June 6, 2014

PERSEDIAAN BELAJAR EKONOMI MALAYSIA PENGGAL 3 STPM (IDENTIFY, OVERCOME COMMON ERRORS)

Keputusan peperiksaan kertas Ekonomi Malaysia (Ekonomi 3) STPM Penggal 3 tahun lalu agak bertentangan dengan jangkaan calon bahawa kertas berkenaan paling senang mencatat gred tertinggi berbanding dengan kertas Mikro dan Makro. Di samping masih banyak calon yang mencatat gred A, lebih banyak pula yang mendapat 'spanar hidup' (F). Maka, beberapa pihak dijadikan 'kambing hitam', walhal mereka terlupa melakukan muhasabah diri.

Tanggapan calon yang berpencapaian sederhana dan ... ialah kertas Ekonomi pun boleh 'goreng' macam mata pelajaran yang berasaskan bacaan. Kebetulan, Ekonomi Malaysia lebih bertumpu kepada arah aliran yang berlaku dalam isu-isu makro di Malaysia. Perbincangan deskriptif yang lebih ketara dalam buku teks yang disyorkan mengukuhkan anggapan calon bahawa mereka masih boleh membuat persiapan pada saat-saat akhir memandangkan kerja kursus diletakkan sebagai keutamaan.

Hakikatnya, dalam peperiksaan, item soalan digubal sedemikian rupa supaya memenuhi keperluan pentaksiran seperti aras kesukaran, jadual spesifikasi ujian, unsur pengganggu (distractors) dan banyak lagi. Maka, setiap patah perkataan, konsep dan tugasan yang digunakan dalam ayat soalan mempunyai maksud yang khusus. Dalam kertas ekonomi yang bersifat teknikal, tiada satu perkataan pun yang boleh dilayan sebagai kata bebas (common sense), melainkan merujuk terhadap keakuran yang tertentu.

...

...

...

...

...

...

...

No comments: