SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, June 19, 2014

DILEMA PENSYARAH PENDIDIKAN TANPA PENGALAMAN MENGAJAR DI SEKOLAH (RIGHT FROM THE FRESH GRADUATE)

Sudah menjadi kelaziman bahawa ahli akademik atau tenaga pengajar di institut pendidikan guru (IPG) dan fakulti pendidikan universiti tempatan (IPTA) memiliki pengalaman sebagai guru terlebih dahulu. Namun, penghasilan begitu banyak jurnal pendidikan yang diiktiraf (refereed), keadaan telah banyak berubah. Semakin banyak pensyarah yang sifar pengalaman keguruan pun masih boleh dilantik sebagai kakitangan akademik pendidikan.

Selain itu, bekas pegawai tinggi pendidikan dalam kalangan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang tidak pernah menjalani latihan ikhtisas praperkhidmatan keguruan juga dilantik sebagai profesor, sejajar dengan gred jawatan utama sektor awam (Jusa) terakhir yang disandang. Barangkali pengalaman pengurusan tertinggi pendidikan sangat berharga untuk dikongsi walaupun mungkin dari segi syarat kesarjanaan seperti penulisan ilmiah mereka belum teruji. Input berkenaan pula tidak dimiliki oleh bekas guru yang hanya berpeluang mengisi jawatan pengurusan berdasarkan perkhidmatan ikhtisas keguruan semata-mata.

Pengalaman peribadi penulis blog (PB) di Kuliyyah Pendidikan UIAM menunjukkan amalan berkenaan bukan perkara baharu. Bagi kuliah berkaitan dengan falsafah, pengurusan dan kemajuan pendidikan turut disampaikan oleh profesor jemputan dari kuliyyah lain seperti Profesor Dr. Syed Mohd Naquib al-Attas, Prof. Datuk Dr. Kamal Hassan, Prof. Dato' Dr. Ariffin Suhaimi dan profesor antropologi dari United Kingdom. PB juga pernah menghadiri kursus intensif pakej statistik untuk sains sosial (SPSS) kendalian Institut Penyelidikan UIAM semasa pengajian sarjana pendidikan di Universiti Malaya.

Masalah hanya akan timbul jika pensyarah pendidikan tanpa pengalaman mengajar di sekolah terbabit dalam pengajaran mikro dan latihan mengajar (praktikum). Dalam situasi itu, mereka tidak ubah seperti amatur yang hanya bergantung kepada pengalaman orang lain menerusi wacana intelektual rakan sesama fakulti atau tinjauan bacaan jurnal pendidikan yang diiktiraf. Pencerapan yang dilakukan bagaimanapun masih boleh diterima jika analogi jemaah tabligh bahawa penghuni sesebuah rumah mungkin tidak menyedari bahawa rumahnya senget sehinggalah diberitahu oleh orang di luar rumah.

Hakikatnya, pengecualian yang berlaku hendaknya tidak bersifat tuntas. Semua bakal ahli ikhtisas mestilah dilatih dan disahkan oleh ahli ikhtisas yang memiliki pengalaman sebenar dalam bidang yang berkenaan. Hanya doktor pakar boleh membimbing doktor pelatih atau doktor am, hanya jurutera layak menilai jurutera dalam bidang ikhtisas kejuruteraan dan hanya hakim mahkamah tinggi dan ke atas yang boleh mencadangkan pelantikan hakim kepada DYMM Yang Dipertuan Agong. 

Isu yang sama juga terjadi di institut latihan kepimpinan pendidikan. Pensyarah pengurusan pendidikan, kewangan dan kreativiti kebanyakannya tidak memiliki pengalaman sebagai pentadbir sekolah, tetapi bertugas menyampaikan input ikhtisas kepada pengetua dan penolong kanan. Namun, pemimpin sekolah sudah biasa menerima input kemahiran dan pengetahuan daripada pegawai dalam gred jawatan yang lebih rendah seperti pegawai bomba, inspektor polis, merinyu kesihatan dan sebagainya.

...

...

...

...

No comments: