SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Tuesday, August 4, 2015

11 OGOS HARI DEBARAN PEMOHON UNIVERSITI AWAM (WAITING FOR THE GOOD NEWS)

Hari Selasa depan dianggap sebagai hari penentuan nasib kepada semua pemohon universiti awam lepasan STPM, matrikulasi, asasi sains dan laluan khas diploma serta kelayakan lain yang setara untuk kursus ijazah asas sarjana muda. Keputusan permohonan akan dipaparkan secara atas talian. Calon yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran universiti yang berkenaan.

Pada lazimnya, masih ada kekosongan tempat selepas itu kerana sebahagian pelajar sudah pun menyambung pengajian di luar negara atau institut pengajian tinggi swasta tempatan. Jumlah kekosongan tempat yang masih ada hanya akan diketahui setelah calon yang ditawarkan memberi maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan juga secara atas talian. Malah, setelah calon menyatakan persetujuan menerima tawaran berkenaan, pada hari pendaftaran masih ada calon yang menukar fikiran, iaitu tidak mendaftar, menangguh pengajian atau atas sebab-sebab kesihatan.

Kekosongan tempat yang ditinggalkan akan diisi oleh pemohon dalam senarai simpanan yang membuat rayuan.

...

...

...

...

...

No comments: