Tuesday, August 9, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berkongsi maklumat terkini, menjana minda cemerlang, mengharap redha-Nya...
cikguazhar2.blogspot.com
Jawatankuasa Panel Penasihat Majalah The Michaelian edisi ke-63 (tahun 2011) pada hari Selasa, 26 April yang lalu telah membuat keputusan bahawa reka bentuk kulit hadapan majalah dibuka kepada semua warga SMK St. Michael, Ipoh (SMI) sama ada murid, bekas pelajar, guru, kakitangan dan semua pihak yang berkepentingan dengan SMI.
Syarat Penyertaan:
1 Boleh menghantar seberapa banyak pernyertaan
2 Lakaran bebas atau janaan komputer diterima
3 Sebaik-baiknya versi potrait dan landscape dihantar sekali gus
4 Butiran perkataan yang wajib dimasukkan:
a) The Michaelian (nama majalah)
b) Cherishing Our Past, Embracing The Future (tema sekolah)
c) Towards 100 Years of Education Excellence (1912-2012)
5 Lencana SMI dan nama sekolah akan diuruskan oleh Jawatankuasa
6 Reka bentuk hendaklah berwarna-warni, mengikut kreativiti, serta berkaitan dengan pre-Centennial Celebration
7 Tarikh tutup penyertaan ialah 8.8.2011
8 Cara menghantar penyertaan:
a) Secara pos kepada: Setiausaha, Jawatankuasa Majalah Sekolah, SMK St. Michael, 30000 Ipoh
b) Serahan tangan di pejabat sekolah, atau terus kepada mana-mana AJK Majalah
c) e-mel: jika disenaraipendekkan, salinan asal hendaklah diserahkan
Penyertaan sangat dialu-alukan. Terima kasih.
7 comments:
Assalamualaikum..Cikgu,sy mndpt tawrn ke upsi ijazah sarjana muda ekonomi(kewngn Islam)..sy mrupakn plajr lepasn stam..sy mndpt pngkt JJ dlm stam dn mndpt b-akaun a-math smasa spm..
Boleh Cikgu terngkn apa itu ekonomi(kewngn Islam)?
Bagaimana pmbelajrannya?
Apakh kerjayanya?
#masih ragu2 unk terima tawarn ini kerana sy tidk trlalu trdedh dngn peljrn ekonomi
Salam cg... Sya dpt twarn di ukm(statistic) dan usm(sains math). Yg mana stu is better?Sya minat matematik.. Boleh x sya nk mntak cg tolong terangkan apa bezanya antara sains matematik dengan statistic?? sya keliru sikit nk pilih yg mana sbb dy ada pro n cons. Boleh x cg bg penerangan n recommendation sbgai cg.. Which one yg bagus untuk future?? Please cg...
N sya ni merupakan prlajar asasi sains di uitm.. Jadi sya x terdedah in statistic sngt.. Math sya trdedah jgk..Boleh x cg trngkan apa itu statistic and sains math..
Apa kerjaya masa hdpn??
Adakah ssh sbb sya keluar dri kotak sya mcm sya from science person n then nk masuk bdmg math?? Adakah akan susah untuk sya nk belajar sbb yg bnyak further studies semua yg dh diploma in math n statistics subject..
assalamualaikum.. saya ingin meminta pendapat cikgu mengenai bidang sains sukan ini.. saya lepasan stpm. saya telah membuat permohonan ijazah sains sukan & kejurulatihan di upsi.. dan telah mendapat tawaran tersebut... tinggal saya perlu megesahkan tawaran tersebut sama ada menerima ataupun tidak..apakah pendapat cikgu, perlukah saya menerima atau menolak.. kerana bidang sains sukan ini adalah bidang baru bagi saya... pendapat cikgu amat saya hargai..
terima kasih..
W.salam,
anon aug 9: tahniah. ekonomi kewangan Islam memperinci sistem muamalat, institusi baitul mal, hibah, dasar kewangan dan fiskal, perbankan dan takaful, pembiayaan, pentabiran dan banyak lagi. perbandingan dengan sistem ekonomi konvensional juga dianalisiskan. pada asasnya ekonomi berteraskan tiga kegiatan utama: penggunaan, pengeluaran, pertukaran (agihan).
kerjaya: bergantung kepada pencapaian pngk, kepimpinan dan kemahiran insaniah.
anon aug 10 / wina: tahniah. dua2 pun o k. kedua2 bidang menjurus kepada proses membuat keputusan yang tertib. jika di sekolah dan asasi lebih menekankan matematik tulen, peringkat ijazah juga mendalami mekanik, aplikasi logik dan pengkomputeran. stastik menganalisis dan mentafsir data yang rencam secara tertib. terdapat banyak sekali bidang pengkhususan yang ditawarkan. pengajian akan o k jika beri tumpuan dan menyiapkan semua tugasan mendahului masa. rujuk senior yang cemerlang, sering membaca jurnal dan mencuba kertas tahun2 lepas di perpustakaan. pengalaman saya belajar dulu menunjukkan lepasan matrik lebih cekap dalam kedua2 math & stat berbanding lulusan diploma.
Adilah Atikah: syabas. jika sains sukan yang dipohon dan verjaya, ayuh teruskan. kajian tentang aurat dan sukan oun masih belum banyak. mungkin sdri. boleh menyumbang terhadap isu itu suatu hari nanti ...
Wallahu a'lam
Assalamualaikum cikgu,saya lepasan stpm dan memiliki pointer 2.5 serta muet band 2 saja.. saya ada buat permohonan upu berkali-kali sehingga intake kedua.. tapi tetap tak dapat tawaran. sama juga dengan rayuan.. saya rasa buntu sangat.. saya berniat nk sambung degree tapi bagaimana? kalau saya amik diploma saya rasa rugi pula saya masuk form 6.. jadi cikgu boleh berikan saya sedikit nasihat apa yang saya harus lakukan.. saya amat perlukan bantuan.. tambahan saya tak tahu kos apa yang saya layak ambil sebab masa form6 saya aliran kemanusiaan yang memiliki subjek pengajian perniagaan,ekonomi,sejarah dan pengajian am..
W.salam,
jika harus masuk diploma dahulu, ayuh lakukan. pengalaman stpm tetap berguna dan suatu kelebihan. jalan lain masuk ipts. ikhtiar lain cuba mohon program destini anak bangsa uitm dengan terus ke pejabat naib canselor uitm shah alam andai memenuhi syarat yang ditetapkan
Wallahu a'lam ...
Post a Comment