SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, October 21, 2016

B40, M40, T20 MERUJUK APA? (NEW JARGONS IN BUDGET PRESENTATION)

...

...

...

...

Pendapatan B40 digandakan menjelang 2020 - Husni


27 Oktober 2015 5:43 PM

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kerajaan menyasarkan untuk menggandakan pendapatan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) menjelang 2020 selain mengharapkan kesan limpahan ke atas kumpulan M40.

Laporan Ekonomi 2015/2016 mentakrifkan kumpulan B40 sebagai isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855, manakala M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana) berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan menyediakan bantuan terutamanya kepada golongan gaji minimum diikuti kumpulan sasar B40 dan M40, seperti dinyatakan dalam Bajet 2016.

“Kerajaan bercadang untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan berpendapatan rendah dan diikuti kumpulan berpendapatan tinggi berikutan akan terdapat rantaian reaksi.

“Kami (kerajaan) mahu meningkatkan tahap kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia, dan itu tumpuan kami.

“Ketika ini, kami menyediakan bantuan kepada kumpulan sasar B40 dan akan dimulakan dengan kumpulan sasar M40 pada tahun ini,” katanya kepada pemberita dalam lawatan kerjanya ke Perbadanan Nasional Bhd. di sini, hari ini.

Ahmad Husni berkata, lebih banyak insentif akan disediakan pada masa akan datang, dengan sebahagian besar peruntukan untuk kumpulan M40 yang baru diwujudkan dalam bentuk insentif cukai.

Beliau berkata, rakyat juga tidak harus berpuas hati tetapi perlu terus memperbaiki diri mereka sendiri.

“Mereka tidak seharusnya terlalu bergantung dengan kerajaan, kerana tanggungjawab terletak pada bahu mereka sendiri,” katanya yang turut menyatakan kerajaan menyediakan latihan bagi membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam usaha meningkatkan taraf hidup.

Ahmad Husni berkata, kerajaan bukan sahaja menumpukan kepada Wawasan 2020, tetapi juga apa yang berlaku selepas 2020. - Bernama

...

...

...

No comments: