SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, October 1, 2016

IJAZAH PALSU: SUATU JENAYAH SERIUS (PSEUDO-GRADUATE MUST BE PROSECUTED)

Sehari dua ini media sosial, terutama facebook kecoh dengan isu penceramah motivasi terkenal menggunakan gelaran akademik tertinggi palsu. Dahulu, seorang penyanyi muda turut menggelarkan dirinya doktor (ijazah Ph.D). Tokoh politik yang sangat sibuk juga tiba-tiba berjaya menamatkan pengajian kedoktoran falsafah dalam tempoh yang singkat, serta mencurigakan.

Lama sebelum itu, penyanyi 'Saya Anak Malaysia' ditegur kerana menggunakan nama Dr. Sam. Akhirnya, dia menggunakan dR Sam yang masih boleh dianggap suatu pelanggaran tatacara gelaran mulia dunia kesarjanaan. Ahmad Fadzli Yaakub, penyanyi dan pemilik sebuah kolej pula terpaksa menggugurkan gelaran Dr. setelah menerima tekanan secara meluas.

Kini, giliran penceramah motivasi pula dijadikan sasaran. Fadzilah Kamsah, Muhaya Mohamad, Shukri Abdullah dan Tengku Asmadi memang tidak bermasalah kerana masing-masing pernah bertugas di universiti dan menulis dalam jurnal akademik yang diperaku. Demikian juga dengan Ismail Zain yang bersara di Institut Perguruan Ipoh dengan pangkat gred khas B, iaitu setara dengan kedudukan profesor.

Namun, apabila Azizan Osman, HM Tuah dan Hasmiza mengaku lulusan Ph.D tanpa sumbangan ilmiah yang signifikan, tentulah mereka dipersoalkan. Setakat menulis buku berjalur popular dan menyampaikan ceramah berapi-api bukanlah tiket untuk menggunakan gelaran akademik tertinggi dengan sewenang-wenangnya. Setakat ini, penceramah motivasi yang tersenarai itu masih belum memberi maklum balas, sama ada menafikan sebaran berkenaan mahupun sebaliknya.

Penipuan gelaran akademik hakikatnya suatu jenayah serius. Untuk sampai ke tahap pengajian tertinggi memerlukan proses yang ketat dan terkawal. Seseorang itu wajib membuktikan keupayaan kesarjanaan yang tulen dan teruji di hadapan profesor dan pakar sesuatu disiplin pengajian.

Bidang rawatan alternatif seperti homeopati pernah menimbulkan perasaan tidak puas hati pengamal perubatan, justeru lulusan diploma pun menggunakan gelaran doktor, serta membuka klinik. Lebih buruk, tenaga pengajar homeopati menggunakan gelaran profesor doktor yang diperoleh daripada universiti dunia ketiga yang diragui kewujudannya. Iklan rawatan seumpama itu nampaknya telah lenyap daripada media cetak arus perdana.

Lazimnya, penipu memang licik dan sentiasa yakin bahawa akan ada penyokong di belakang mereka. Atas nama budi dan jasa yang pernah diberi, mereka tetap dianggap wira. Pelbagai alasan dan justifikasi dihujahkan walaupun jelas sangat tidak beretika. 

Gelaran akademik sama sekali bukan barang murahan yang bisa menjadi olok-olok atau digunakan sesuka hati. Tindakan tegas dari segi undang-undang sahaja yang mampu menghentikan perbuatan keji berkenaan. Sepatutnya tiada pengecualian atas pengkhiatan yang berlaku ...

No comments: