Saturday, March 28, 2015
Friday, March 27, 2015
INOVASI CAT LAWAN NYAMUK AEDES (WAR AGAINST DENGUE FEVER)
...
...
sumber: grafik BH
...
...
sumber ambilan: klik di sini
...
...
klik pada imej untuk paparan lebih jelas
...
...
Thursday, March 26, 2015
Wednesday, March 25, 2015
TUNTUTAN NAIK GAJI 35 PERATUS:BERJAYAKAH CEUPACS (THE COLLECTIVE BARGAINING POWER)
Gabungan (Kongres) Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) barangkali berharap mahu mengulangi kejayaan semasa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) sebagai perdana menteri. Lonjakan terbesar dinikmati oleh kumpulan bukan siswazah yang mendominasi organisasi tersebut, iaitu kenaikan gaji pokok sehingga 35 peratus. Kumpulan pengurusan dan profesional ketika itu harus berpuas hati dengan kadar 15 peratus atas asas mengurangkan jurang kenaikan yang dipersetujui.
Kumpulan kakitangan awam yang berasa terjejas ialah mereka yang baharu bertukar status daripada kumpulan bukan siswah kepada siswazah. Tiba-tiba jumlah emolumen yang mereka terima tertinggal jauh dengan rakan mereka yang kekal dalam kategori bukan siswazah. Pembetulan yang dilakukan kemudian ialah mengambil kira tempoh perkhidmatan semasa berstatus bukan siswazah untuk tujuan naik pangkat, misalnya skim PPLD untuk guru.
Program pensiswazahan guru dan kakitangan awam yang lain menyebabkan kumpulan siswazah terus (fresh graduate) yang merupakan bekas pelajar sepenuh masa di kampus menghadapi persaingan lebih sengit untuk proses naik pangkat. Pengaruh majlis guru besar (MGB) misalnya membolehkan guru besar PPLD hanya memerlukan tiga tahun setelah bergraduat untuk lantikan gred DG 44, iaitu laluan terpantas berbanding dengan lima tahun untuk jawatan guru akademik tingkatan enam (gate). Siswazah terus di sekolah menengah juga tertutup langsung peluang untuk dilantik sebagai guru besar kerana syarat pengalaman bertugas di sekolah rendah.
Ceupacs lebih tertumpu kepada perjuangan golongan bukan siswazah mengakibatkan kumpulan pengurusan dan profesional terpaksa bergantung harap kepada keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dikuasai oleh kumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD). Hanya pada tempoh terakhir penggal Datuk Omar Osman sebagai ketua Ceupacs, hubungan dengan kumpulan siswazah termasuk majlis profesor madya universiti awam mula terjalin.
Kini, Ceupacs menerima sentuhan kepimpinan Datuk Azih Muda yang kembali membuka gelanggang menuntuk kenaikan emolumen kakitangan awam yang mencecah angka satu juta setengah orang. Beliau menegaskan betapa semakan kenaikan gaji yang sepatutnya berlaku setiap lima tahun kini sudah tertangguh sebanyak tiga kali atau 15 tahun (klik di sini). Alasan utama Ceupacs ialah bagi mengelakkan kakitangan awam berpendapatan rendah, terutama di kawasan daripada tergolong sebagai miskin tegar.
Kemampuan kewangan kerajaan
Isu produktiviti / daya pengeluaran
Ekonomi berasaskan pengetahuan
Penggantian dengan teknologi
Kesimpulan
Tuesday, March 24, 2015
Monday, March 23, 2015
PENDIDIKAN FORMAL BUKAN JALAN TUNGGAL MENUJU KEJAYAAN (MR. AND MRS. RIGHT)
Pelaksanaan konsep pendidikan sepanjang hayat memberi peluang kedua kepada golongan kurang beruntung yang tercicir daripada arus perdana pendidikan rasmi. Golongan berpencapaian akademik sederhana dan rendah juga tidak semestinya bakal melalui fasa kehidupan yang suram buat selama-lamanya.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Sunday, March 22, 2015
Saturday, March 21, 2015
ISU TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM: DI MANA PERSATUAN PENGGUNA? (LEADESHIP OF CLAIMING CERDIT AND POPULARITY)
Apabila Spad mengumumkan kenaikan kadar tambang teksi dan bas ekspres antara 20 hingga 60 peratus, hampir tidak kedengaran bantahan serius daripada persatuan pengguna induk di negara kita. Barangkali kepimpinan persatuan pengguna dipegang oleh individu bergelar yang tidak mampu menyelami denyut nadi kehidupan rakyat biasa. Mereka lebih cenderung menjaga hati pihak-pihak yang mereka suka dampingi.
Persatuan pengguna di Malaysia masih setara dengan pergerakan pengguna negara dunia ketiga, iaitu lebih bersifat aplogetik, lembik dan lesu sekali. Pengguna terpaksa berjuang sendirian menghadapi kerakusan kaum pemodal, peniaga dan pemakan komisen yang membina kekayaan atas angin. Pergerakan koperasi cuba memecahkan sistem yang menindas pengguna, tetapi masih berhadapan dengan isu-isu dalaman yang rencam.
Persatuan pengguna yang berkesan sepatutnya menjadi jurubicara kebajikan pengguna, lantas memiliki kuasa tawar-menawar yang digeruni. Hal itu bukan bermakna bahawa persatuan pengguna mesti menggunakan pendekatan konfrontasi atau bengis, sebaliknya membina pengaruh yang tuntas dalam kalangan masyarakat pengguna. Sekali persatuan pengguna bersuara, majoriti masyarakat pengguna akan berdiri di belakang mereka.
Pengguna memahami keperluan menetapkan tambang minimum supaya kebajikan pemandu teksi dan bas ekspres dilindungi. Namun, punca sebenar masalah yang berlaku perlu dikenal pasti sehingga ke akar umbinya. Penyelesaian kepada masalah itu pula tidak harus ditalakan kepada pengguna sepenuhnya.
Isu tambang pengangkutan awam menghendaki persatuan pengguna menggembleng kepakaran pasukan pemikir mereka supaya keadaan menang-menang memberi keadilan kepada semua pihak yang berkepentingan. Pemandu teksi dan pemandu bas ekspres juga pengguna yang berhak memperoleh tingkat pendapatan yang mencukupi. Dalam masa yang sama, mereka juga memiliki peranan untuk menyumbang terhadap kestabilan ekonomi.
Memandangkan persatuan pengguna senyap sepi tanpa suara, maka akhirnya jemaah menteri sendiri yang berbuat demikian. Kabinet mahukan Spad menangguhkan kenaikan harga tambang itu sehingga pengguna benar-benar bersedia. Sekurang-kurangnya pengguna pengangkutan awam boleh menarik nafas lega untuk merancang tindakan selanjutnya.
Berita Harian melaporkan:
Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menangguhkan kenaikan harga tambang pengangkutan awam seperti yang diumumkan oleh suruhanjaya itu kelmarin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata permintaan penangguhan itu dilakukan kerana kenaikan kadar tambang itu seolah-olah akan membebankan rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup yang turut meningkat. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Perkembar di sini, sebentar tadi. Kelmarin, SPAD lalu mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.
Kenaikan itu berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. Muhyiddin berkata, pengumuman SPAD itu tidak sesuai pada masanya ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April ini. "Saya fikir mungkin kita (Kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai GST," katanya.
Berita Harian melaporkan:
Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menangguhkan kenaikan harga tambang pengangkutan awam seperti yang diumumkan oleh suruhanjaya itu kelmarin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata permintaan penangguhan itu dilakukan kerana kenaikan kadar tambang itu seolah-olah akan membebankan rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup yang turut meningkat. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Perkembar di sini, sebentar tadi. Kelmarin, SPAD lalu mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.
Kenaikan itu berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. Muhyiddin berkata, pengumuman SPAD itu tidak sesuai pada masanya ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April ini. "Saya fikir mungkin kita (Kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai GST," katanya.
...
...
Friday, March 20, 2015
Thursday, March 19, 2015
TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM MELAMBUNG NAIK: APA PILIHAN PENGGUNA? (THE MIRACLE OF WELFARE)
Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) melaporkan:
KUALA LUMPUR: Tambang teksi dan
kereta sewa dibenarkan naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta
merta manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus. Kenaikan tambang itu yang
diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini dibuat
berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos
penyelenggaraan. Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid
Albar berkata penyelarasan kadar tambang itu dibuat selepas mengambil kira
keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan
kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.
Berdasarkan tambang baharu itu,
penumpang teksi 1Malaysia (TEKS1M) di Pulau Pinang perlu membayar RM19.80 bagi
10km pertama berbanding RM11.80 sebelum ini, manakala penumpang TEKS1M di
Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM17.50 bagi 10km pertama
berbanding RM10.80 pada kadar lama. Bagi teksi bajet di Lembah Klang
dan Johor Bahru pula, penumpang perlu membayar RM14.30 di bawah kadar baharu
berbanding RM10.80 pada kadar lama bagi 10km pertama; dan di Pulau Pinang,
RM17.50 pada kadar baharu berbanding RM11.80 pada kadar lama dan kereta sewa
pula RM14.50 berdasarkan kadar siling yang baharu. Kenaikan tambang bas ekspres
untuk perjalanan seluruh negara adalah antara RM4.60 sehingga RM11.
Kenaikan kadar tambang baharu ini
tidak melibatkan teksi lapangan terbang dan teksi eksekutif, kata Syed Hamid. Beliau berkata penetapan kadar
baharu itu terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan kadar tambang teksi
dan bas ekspres dibuat pada 2009. "Kami sudah mengkaji dan
menilai kadar munasabah yang tidak membebankan orang ramai," katanya
dengan menambah, pengusaha teksi perlu menyusun semula meter di Pusat
Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu sebelum boleh
menggunakan kadar baharu itu.
"Saya mahu semua pemandu
teksi lebih patuh dan bertanggungjawab dengan pengumuman kadar baharu ini dan
tidak mengambil kesempatan," kata Syed Hamid. Ditanya mengenai kadar yang akan
dikenakan bagi perkhidmatan di bawah KTM Berhad dan Prasarana, beliau berkata
ia hanya akan diumumkan oleh syarikat terbabit. Beliau juga menegaskan
penyelarasan kadar baharu itu tidak dibuat berikutan penguatkuasaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa 1 April sebaliknya
mengambil kira kepentingan semua pihak.
(sumber ambilan: klik di sini)
Walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan, orang ramai yang biasa menggunakan pengangkutan awam yang tersebut sudah pasti mengalami kejutan luar biasa dari segi perbelanjaan harian dan kos sara hidup. Poket mereka yang sudah sedia 'bocor' dengan lajunya mungkin tinggal habuk sahaja. Hutang isi rumah yang sudah cukup tinggi nampaknya tiada jaminan untuk tidak bertambah buruk.
Pengusaha teksi dan pemandu teksi mungkin berasa lega kerana pendapatan mereka yang tidak seberapa sebelum ini dijangka meningkat sedikit sejajar dengan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan yang sentiasa melonjak. Namun, hal itu bergantung kepada tindak balas pengguna, sama ada mereka akan terus menggunakan perkhidmatan teksi seperti biasa atau menggunakan perkhidmatan alternatif. Hukum permintaan mengatakan bahawa apabila harga naik, kuantiti yang diminta akan turun, ceteris paribus.
Perkhidmatan teksi paling aktif terdapat di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Penggunaan sistem tambang bermeter telah diterima baik sekian lama oleh semua pihak. Pengguna sanggup beratur di hentian teksi seperti gedung beli-belah untuk menunggu giliran kerana pemanduan kereta persendirian terdedah kepada kesesakan jalan raya dan saman letak kenderaan.
Jika di Ipoh, pemandu teksilah yang menentukan kadar tambangnya. Misalnya, dari terminal bas Aman Jaya di Meru ke Rapat Setia yang hanya berjarak lebih sedikit daripada 10 kilometer akan dikenakan tambang antara RM25 hingga RM35 sebelum ini. Perkhidmatan teksi di Ipoh boleh dikatakan sebagai lesu dan suram kerana sikap pemandu teksi sendiri yang mementingkan pendapatan segera berbanding dengan teksi Lembah Kelang yang sanggup menggandakan kekerapan perkhidmatan bagi memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.
Kenaikan harga tiket bas ekspres sebanyak 22.6 peratus juga memberi kejutan kepada pelajar universiti yang membentuk antara kumpulan terbesar penumpang bas ekspres. Jika dahulu dari kampus Upsi membayar tambang RM50 ke suatu destinasi pantai timur kini perlu menambah RM12 lagi sehala. Tambang bas ekspres sudah mendekati harga tiket penerbangan tambang murah bagi destinasi yang sama.
Pengguna pengangkutan awam juga berdebar menunggu kesan rejim GST yang bakal bermula pada 1 April. Cukai input memang boleh dituntut semula oleh pihak pemberi perkhidmatan, tetapi bagaimanakah dengan caj terhadap insurans dan takaful? Pendek kata, kenaikan harga pengangkutan awam dalam skala besar itu akan memberi natijah ketara terhadap kebajikan orang ramai ...
Subscribe to:
Posts (Atom)


