SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, March 21, 2015

ISU TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM: DI MANA PERSATUAN PENGGUNA? (LEADESHIP OF CLAIMING CERDIT AND POPULARITY)

Apabila Spad mengumumkan kenaikan kadar tambang teksi dan bas ekspres antara 20 hingga 60 peratus, hampir tidak kedengaran bantahan serius daripada persatuan pengguna induk di negara kita. Barangkali kepimpinan persatuan pengguna dipegang oleh individu bergelar yang tidak mampu menyelami denyut nadi kehidupan rakyat biasa. Mereka lebih cenderung menjaga hati pihak-pihak yang mereka suka dampingi.

Persatuan pengguna di Malaysia masih setara dengan pergerakan pengguna negara dunia ketiga, iaitu lebih bersifat aplogetik, lembik dan lesu sekali. Pengguna terpaksa berjuang sendirian menghadapi kerakusan kaum pemodal, peniaga dan pemakan komisen yang membina kekayaan atas angin. Pergerakan koperasi cuba memecahkan sistem yang menindas pengguna, tetapi masih berhadapan dengan isu-isu dalaman yang rencam.

Persatuan pengguna yang berkesan sepatutnya menjadi jurubicara kebajikan pengguna, lantas memiliki kuasa tawar-menawar yang digeruni. Hal itu bukan bermakna bahawa persatuan pengguna mesti menggunakan pendekatan konfrontasi atau bengis, sebaliknya membina pengaruh yang tuntas dalam kalangan masyarakat pengguna. Sekali persatuan pengguna bersuara, majoriti masyarakat pengguna akan berdiri di belakang mereka.

Pengguna memahami keperluan menetapkan tambang minimum supaya kebajikan pemandu teksi dan bas ekspres dilindungi. Namun, punca sebenar masalah yang berlaku perlu dikenal pasti sehingga ke akar umbinya. Penyelesaian kepada masalah itu pula tidak harus ditalakan kepada pengguna sepenuhnya.

Isu tambang pengangkutan awam menghendaki persatuan pengguna menggembleng kepakaran pasukan pemikir mereka supaya keadaan menang-menang memberi keadilan kepada semua pihak yang berkepentingan. Pemandu teksi dan pemandu bas ekspres juga pengguna yang berhak memperoleh tingkat pendapatan yang mencukupi. Dalam masa yang sama, mereka juga memiliki peranan untuk menyumbang terhadap kestabilan ekonomi.

Memandangkan persatuan pengguna senyap sepi tanpa suara, maka akhirnya jemaah menteri sendiri yang berbuat demikian. Kabinet mahukan Spad menangguhkan kenaikan harga tambang itu sehingga pengguna benar-benar bersedia. Sekurang-kurangnya pengguna pengangkutan awam boleh menarik nafas lega untuk merancang tindakan selanjutnya.

Berita Harian melaporkan:

Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menangguhkan kenaikan harga tambang pengangkutan awam seperti yang diumumkan oleh suruhanjaya itu kelmarin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata permintaan penangguhan itu dilakukan kerana kenaikan kadar tambang itu seolah-olah akan membebankan rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup yang turut meningkat. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Perkembar di sini, sebentar tadi. Kelmarin, SPAD lalu mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.

Kenaikan itu berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. Muhyiddin berkata, pengumuman SPAD itu tidak sesuai pada masanya ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April ini. "Saya fikir mungkin kita (Kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai GST," katanya.

(sumber ambilan: klik di sini)

...

...

No comments: