SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, March 25, 2015

TUNTUTAN NAIK GAJI 35 PERATUS:BERJAYAKAH CEUPACS (THE COLLECTIVE BARGAINING POWER)

Gabungan (Kongres) Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) barangkali berharap mahu mengulangi kejayaan semasa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) sebagai perdana menteri. Lonjakan terbesar dinikmati oleh kumpulan bukan siswazah yang mendominasi organisasi tersebut, iaitu kenaikan gaji pokok sehingga 35 peratus. Kumpulan pengurusan dan profesional ketika itu harus berpuas hati dengan kadar 15 peratus atas asas mengurangkan jurang kenaikan yang dipersetujui.

Kumpulan kakitangan awam yang berasa terjejas ialah mereka yang baharu bertukar status daripada kumpulan bukan siswah kepada siswazah. Tiba-tiba jumlah emolumen yang mereka terima tertinggal jauh dengan rakan mereka yang kekal dalam kategori bukan siswazah. Pembetulan yang dilakukan kemudian ialah mengambil kira tempoh perkhidmatan semasa berstatus bukan siswazah untuk tujuan naik pangkat, misalnya skim PPLD untuk guru.

Program pensiswazahan guru dan kakitangan awam yang lain menyebabkan kumpulan siswazah terus (fresh graduate) yang merupakan bekas pelajar sepenuh masa di kampus menghadapi persaingan lebih sengit untuk proses naik pangkat. Pengaruh majlis guru besar (MGB) misalnya membolehkan guru besar PPLD hanya memerlukan tiga tahun setelah bergraduat untuk lantikan gred DG 44, iaitu laluan terpantas berbanding dengan lima tahun untuk jawatan guru akademik tingkatan enam (gate). Siswazah terus di sekolah menengah juga tertutup langsung peluang untuk dilantik sebagai guru besar kerana syarat pengalaman bertugas di sekolah rendah.

Ceupacs lebih tertumpu kepada perjuangan golongan bukan siswazah mengakibatkan kumpulan pengurusan dan profesional terpaksa bergantung harap kepada keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dikuasai oleh kumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD). Hanya pada tempoh terakhir penggal Datuk Omar Osman sebagai ketua Ceupacs, hubungan dengan kumpulan siswazah termasuk majlis profesor madya universiti awam mula terjalin.

Kini, Ceupacs menerima sentuhan kepimpinan Datuk Azih Muda yang kembali membuka gelanggang menuntuk kenaikan emolumen kakitangan awam yang mencecah angka satu juta setengah orang. Beliau menegaskan betapa semakan kenaikan gaji yang sepatutnya berlaku setiap lima tahun kini sudah tertangguh sebanyak tiga kali atau 15 tahun (klik di sini). Alasan utama Ceupacs ialah bagi mengelakkan kakitangan awam berpendapatan rendah, terutama di kawasan daripada tergolong sebagai miskin tegar.

Kemampuan kewangan kerajaan


Isu produktiviti / daya pengeluaran


Ekonomi berasaskan pengetahuan


Penggantian dengan teknologi


Kesimpulan


No comments: