SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, September 12, 2015

HARGA SEBUAH PENCAPAIAN BOLA SEPAK (TENGKU ABDULLAH STEP DOWN)

Kekalahan teruk 0 - 10 kepada Kesatuan Arab Emiriyah (UAE) di laman lawan memberi tamparan hebat terhadap kepimpinan Petsatuan Bola Sepak Malaysia (Fam). Sebelum itu, skuad Harimau Malaysia dibelasah 0 - 6 oleh Palestin. Dalam pusingan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia itu, pasukan bimbingan Dolah Saleh sekadar mengutip satu mata hasil keputusan seri 1-1 dengan pasukan kerdil, tetapi dibarisi pemain naturalisasi Portugal di laman sendiri.

Terbaru, di bawah kendalian Datuk Ong Kin Swee, Malaysia berjaya mengekang pesta gol Arab Saudi di Shah Alam. Taktik 'parkir bas' menyukarkan lawan menceroboh kotak penalti. Malah, Ketua pasukan, Safiq Rahim berjaya merobek gawang lawan pada minit ke-70 menerusi serangan balas mengejut.
Namun, kelekaan meraikan gol pendahuluan itu dihukum oleh lawan menerusi dua gol pantas dalam tempoh enam minit. Penguasaan bola hampir 80 peratus, serta serangan bertubi-tubi Arab Saudi tidak digemari lebih 1,000 penonton tempatan yang menggelar diri mereka 'Ultras Malaya'. Mereka bertindak liar membaling suar, roket dan bebola api ke dalam padang ketika permainan memasuki minit ke-88.


...

...

...

...

...

Wednesday, September 9, 2015

BOLEHKAH SARJANA PENTADBIRAN PENDIDIKAN GANTI NPQEL? (SCHOOL LEADERSHIP IN MAKING)

Sejak syarat kelayakan kebangsaan kepimpinan pendidikan (NPQEL) sebagai asas untuk lantikan jawatan pengetua, kursus berkenaan di Institut Aminuddin Baki (IAB) mendapat sambungan hangat. Khabarnya, hanya lima peratus pemohon berjaya memperoleh tawaran tempat. Negeri Perak antara projek rintis pelantikan pengetua dengan kelayakan NPQEL menyaksikan pengetua junior yang baru berusia awal 40-an memintas guru veteran yang mungkin kekal sebagai guru penolong sehingga bersara.

Kebanyakan pemegang diploma NPQEL juga memiliki ijazah sarjana kepengetuaan dari Universiti Malaya. Mereka beroleh status cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa. Antara komponen kursus yang diikuti ialah pengurusan kewangan, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan kaunseling, undang-undang pendidikan, penyelidikan kepimpinan dan keberkesanan sekolah.

...

...

...

...

...

...

Monday, September 7, 2015

BOLA SEPAK MALAYSIA DIRUNDUNG DUKA (HUGE DEFEAT AWAY)

Ketika harapan tinggi diberikan kepada skuad bola sepak Olimpik Munich 1972 yang berjaya menumpaskan Amerika Syarikat 3 - 0, tiba-tiba segalanya berkecai sesudah dibelasah dengan jaringan 0 - 6 oleh wakil Afrika, Maghribi. Di atas kertas, Malaysia memiliki kelebihan kerana Maghribi hanya mampu seri 0 - 0 dengan Amerika Syarikat. Masing-masing juga kecundang dengan jumlah gol yang sama, iaitu 0 - 3 di tangan tuan rumah, Jerman Barat.

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, September 6, 2015

CARA MENANGANI PELAJAR PINTAR YANG SUKA BERSEMBANG (PEER REVIEW AND TABLE TO TABLE)

Proses pembelajaran secara aktif barangkali bertentangan dengan konsep berfokuskan pengajaran guru. Kenyaringan suara sesetengah pelajar mungkin menimbulkan tanggapan bahawa pelajar sengaja berbuat bising, manakala kawalan kelas oleh guru kurang berkesan. Pentadbir sekolah dan pencerap yang berpegang terhadap konsep kelas konservatif mungkin melontarkan teguran tanpa melihat pencapaian kumpulan pelajar yang diperhatikan.

Bagi guru mata pelajaran yang bersifat teknikal dan abstrak, tumpuan pelajar begitu kritikal ketika mereka memberi penjelasan konsep, model, prinsip, rumus dan teori. Kekangan masa dalam konteks keperluan sukatan pelajaran mengakibatkan amalan pedagogi yang digemari oleh pentadbir dan pencerap hanya boleh dilaksanakan secara berpilih-pilih, serta sekali-sekala. Tahap kesediaan dan penerimaan pelajar yang berbeza-beza juga mengambil sebahagian masa produktif pembelajaran mengalami defisit yang serius.

...

...

...

...

...

...

Saturday, September 5, 2015

PENGALAMAN BELAJAR DI UNIVERSITI MALAYA (MEMORY AT ALMA MATER)

Kenangan bergelar pelajar di tiga buah universiti awam tempatan meninggalkan kenangan yang tidak sedikit. Walaupun sisawazah dalam negara dianggap kurang glamor ketika itu, tetapi merekalah yang mengisi jawatan dan kedudukan penting sektor awam, swasta dan organisasi politik. Senarainya terlalu panjang untuk dicatatkan di sini.

Pada pertengahan dekad 1980-an, isu penubuhan Universiti Merdeka hangat didebatkan. Namun, pengenalan dasar mwngurangkan penghantaran pelajar tajaan kerajaan ke luar negara menyaksikan


...

...

...

...

...

...

Friday, September 4, 2015

Thursday, September 3, 2015

PEMUDA MISTERI DI MASJID BATU GAJAH (ROYAL LEGACY AT A HOLY PLACE)

...

...

...

...

...

...

...

...

CARA BELAJAR EKONOMI YANG TERBAIK (DRILLING ON EXPLAINATION)

Perkara paling penting dalam pembelajaran ekonomi di peringkat prainiversiti ialah penjelasan terhadap teori dan aplikasi kuantitatif.

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, September 2, 2015

MEMBACA SOALAN KARANGAN DENGAN TEPAT (ANSWER ACCORDINGLY)

Baik UPSR, PT3, SPM dan STPM, proses mengenal pasti tumpuan terhadap tugasan soalan mempengaruhi perancangan jawapan calon.

...

...

...

...

...

...

...