Sunday, September 6, 2015
CARA MENANGANI PELAJAR PINTAR YANG SUKA BERSEMBANG (PEER REVIEW AND TABLE TO TABLE)
Proses pembelajaran secara aktif barangkali bertentangan dengan konsep berfokuskan pengajaran guru. Kenyaringan suara sesetengah pelajar mungkin menimbulkan tanggapan bahawa pelajar sengaja berbuat bising, manakala kawalan kelas oleh guru kurang berkesan. Pentadbir sekolah dan pencerap yang berpegang terhadap konsep kelas konservatif mungkin melontarkan teguran tanpa melihat pencapaian kumpulan pelajar yang diperhatikan.
Bagi guru mata pelajaran yang bersifat teknikal dan abstrak, tumpuan pelajar begitu kritikal ketika mereka memberi penjelasan konsep, model, prinsip, rumus dan teori. Kekangan masa dalam konteks keperluan sukatan pelajaran mengakibatkan amalan pedagogi yang digemari oleh pentadbir dan pencerap hanya boleh dilaksanakan secara berpilih-pilih, serta sekali-sekala. Tahap kesediaan dan penerimaan pelajar yang berbeza-beza juga mengambil sebahagian masa produktif pembelajaran mengalami defisit yang serius.
...
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment