Terbaru, di bawah kendalian Datuk Ong Kin Swee, Malaysia berjaya mengekang pesta gol Arab Saudi di Shah Alam. Taktik 'parkir bas' menyukarkan lawan menceroboh kotak penalti. Malah, Ketua pasukan, Safiq Rahim berjaya merobek gawang lawan pada minit ke-70 menerusi serangan balas mengejut.
Namun, kelekaan meraikan gol pendahuluan itu dihukum oleh lawan menerusi dua gol pantas dalam tempoh enam minit. Penguasaan bola hampir 80 peratus, serta serangan bertubi-tubi Arab Saudi tidak digemari lebih 1,000 penonton tempatan yang menggelar diri mereka 'Ultras Malaya'. Mereka bertindak liar membaling suar, roket dan bebola api ke dalam padang ketika permainan memasuki minit ke-88.
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment