Sunday, January 7, 2018
BIODATA GURU BERSARA 2018 (GOODBYE TENSION, HELLO PENSION)
BIODATA PERSARAAN TUAN HAJI ABDUL QAIYUM
8 JANUARI 2018 (ISNIN)
Terima
kasih sdra pengacara majlis, Cikgu A. Thedarajan
Assalamu
alaikum warahamtullahi wabarakatuh
Salam
sejahtera dan selamat pagi
Yang Diraikan
Tuan Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz
Tetamu kehormat
Yang Berusaha Encik Gunalan a/l Tony
Pengetua SMK St Michael Ipoh
Brother Matthew Bay
Pengarah La Salle Centre Ipoh
Encik Thomas Wong, Naib Yang Dipertua
PIBG
Barisan pentadbir sekolah
Guru dan pelajar SMK St Michael Ipoh
sekalian
Saya
berasa terhormat atas kesempatan untuk membaca biodata Yang Diraikan Tuan Haji
Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz, mantan Guru Kanan sains dan Matematik, SMK St
Michael Ipoh sempena Majlis Persaraan beliau pada pagi yang indah ini.
Tuan
Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz dilahirkan pada tanggal 16 Februari 1962 di
Tambun, Ipoh. Beliau anak ketiga belas daripada enam belas orang adik-beradik. Bapa
Tuan Haji Abdul Qaiyum seorang nazir sekolah, manakala ibu beliau suri rumah
tangga.
Tuan
Haji Abdul Qaiyum menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tambun, Ipoh
antara tahun 1969 hingga tahun 1974. Persekolahan menengah beliau sepenuhnya di
SMK Raja Chulan, Ipoh antara tahun 1972 - 1979.
Tuan
Haji Abdul Qaiyum kemudiannya diterima masuk ke Universiti Pertanian Malaysia
(kini Universiti Putra Malaysia, UPM) dan dianugerahkan Diploma Sains dengan
Pendidikan Matematik pada tahun 1982. Beliau menamatkan pengajian ijazah asas
di Universiti Sains Malaysia dengan pengkhususan utama Biologi dan minor
Ekonomi. Tuan Haji Abdul Qaiyum juga menyambung pengajian ijazah tinggi di
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Penempatan
pertama Tuan Haji Abdul Qaiyum ialah di
SMK Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang dari tahun 1985 hingga 1987.
Setelah dua tahun, Tuan Haji Abdul Qaiyum berjaya kembali ke Ipoh dan berkhidmat
di SMK Anderson selama 21 tahun, iaitu dari tahun 1988 hingga tahun 2009.
Perjananan
Tuan Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz dalam saf kepimpinan sekolah bermula pada
tahun 2009 apabila dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Sains dan Matematik di
SMK St. Michael, Ipoh. SMK St. Michael,
Ipoh amat bertuah kerana pengalaman kepimpinan cemerlang Tuan Haji Abdu Qaiyum
bin Abdul Aziz di sekolah ini sehingga beliau
bersara pilihan pada tanggal 1 Januari 2018 yang lalu. Beliau telah
berkecimpung dalam kerjaya keguruan selama 32 tahun.
Hadirin
yang dimuliakan,
Beralih kepada hal kekeluargaan Tuan Haji
Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz
Berstatus
bapa tunggal, Tuan Haji Abdul Qaiyum mempunyai 6 orang anak semuanya lelaki.
Anak sulung beliau, __________________________________ meneruskan legasi ibu
bapa mereka sebagai guru, sudah berumah tangga dan menerima kehadiran cahaya
mata perempuan yang merupakan cucu pertama Tuan Haji Abdul Qaiyum. Anak-anak
beliau yang lain masih belajar, termasuk yang bongsu di bangku sekolah rendah.
Maka, kesibukan Tuan Haji Abdul Qaiyum tidak berkurangan walaupun setelah
bersara.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Kecemerlangan
perkhidmatan keguruan dan kepimpinan Tuan Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz
telah diiktiraf menerusi Anugerah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2003 di SMK Anderson, dan pada tahun
2012 di SMK St. Michael.
Kenangan terindah
Kenderaan
Tuan Haji Abdul Qaiyum berulang-alik ke sekolah sehingga bersara ialah Toyota
Unser, MPV keluarga besar yang begitu berjasa.Menunaikan fardu haji ketika
berkhidmat di SMK St. Michael, Ipoh pada tahun ______.
Tuan
Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz telah berjaya memimpin bidang sains dan
matematik di SMK St. Michael ini dengan cemerlang sekali. Beliau berjaya
menggembleng permuafakatan guru sains dan matematik yang rata-ratanya memiliki
pengalaman, pencapaian dan latar belakang yang hebat belaka dalam memacu
kecemerlangan pembelajaran, pencapaian peperiksaan awam dan koakademik dalam
kalangan Michaelian. Gaya komunikasi Tuan Haji Abdul Qaiyum yang bersahaja dan
mesra bukan sahaja disenangi oleh guru-guru sains dan matematik, bahkan memberi
inspirasi kepada Michaelian untuk berusaha gigih dalam pembelajaran di samping
menghargai segala usaha pembaharuan atau inovasi sains dan matematik dalam
kehidupan seharian mereka.
Sebagai
anggota berpengalaman dalam pasukan pentadbiran sekolah, Tuan Haji Abdul Qaiyum
turut melaksanakan kepimpinan kurikulum, perancangan kurikulum dan kepakaran
rundingan profesionalisme keguruan di SMI. Beliau datang awal ke sekolah setiap
pagi bagi membantu tuan pengetua dalam memastikan ketetapan MMI tercapai. Saban
pagi menerusi aplikasi telegram, beliau memuat naik senarai guru ganti sebelum
edaran rasmi dikeluarkan.
Demikian
antara butiran biodata Tuan Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz yang sempat saya
bacakan dalam majlis persaraan pada pagi ini. Secara peribadi, saya menganggap
Tuan Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz sebagai seorang mentor, pemimpin dan sahabat
yang sangat berkesan.
Izinkan
saya mengakhiri tugasan di pentas ini dengan serangkap pantun:
Dari Serdang menuju Bangi
Singgah sebentar di Salak Selatan
Tuan Haji Abdul Qaiyum kami sanjungi
Budi tuan abadi dalam ingatan
Sekian.
Wabillahi taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh
Saturday, December 30, 2017
SELAMAT DATANG 2018 (NEW YEAR ROUTINE)
Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya, kita nasih berkesempatan berkelana di dunia yang fana ini. Ramai juga kenalan yang telah menyahut panggilan Ilahi sepanjang tahun 2017. Mudah-mudahan mereka yang telah mendahului kita itu beroleh keampunan-Nya dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang sejahtera di negeri yang kekal a badi.
Selagi bernafas dan berdaya upaya, kita akan terus berusaha secara optimum demi memastikan bahawa kita tergolong dalam kalangan insan yang mensyukuri nikmat serta sentiasa berbakti dalam kehidupan. Kita berusaha bersungguh-sungguh melakukan pembaharuan dan penambahbaikan dalam segala amalsn dan tingkah laku. Segala yang kita lakukan bukan semata-mata untuk manfaat peribadi, sebaliknya suatu perkongsian dan memenuhi ciri umat terbaik sebagaimana yang terungkap dalam surah Ali Imran (3) ayat 110.
Kita mengukuhkan keimanan kepada Allah dan Rasul, menyeru kepada kebaikan dan mencegah keburukan (mungkar). Kaedah atau uslub yang digunakan mungkin berbeza, tetapi tetap berlandaskan ilmu pengetahuan yang sah. Matlamat biar jelas, manakala pelaksanaan mengambil kira sisi kebijaksanaan yang tuntas.
Andai kita berada dalam organisasi tempat mencari rezeki, berikan sumbangan yang terbaik. Ganjaran yang diperoleh hendaklah setimpal dengan pencapaian spesifikasi tugas. Konsep rezeki yang berkat dan halal sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya.
Sejajar dengan peningkatan usia (baca: baki usia semakin menurun), tahap kematangan diri seharusnya membimbing kita ke arah kecemerlangan dan kejayaan. Jangan terlalu cepat berpuas hati dengan status quo tanpa hasrat mendaki puncak kemenangan yang lebih tinggi. Buang sifat ego dan inertia agar membuka ruang untuk terus belajar sepanjang hayat.
...
...
...
...
...
...
...
...
Sunday, November 12, 2017
SENARAI SEMAK TUGAS HUJUNG TAHUN (CLOSING THE BOOKS)
Sesi persekolahan 2017 menutup tirai mulai tanggal 25 November ini. Kini, para guru mempunyai baki masa dua minggu bagi membereskan urusan dokumentasi, laporan dan kandungan fail tertentu. Bagi guru yang tidak terbabit dengan pengawasan peperiksaan, jika tiada tugas guru ganti kelas tingkatan 3 dan 4, mereka boleh memanfaatkan masa yang terluang bagi memastikan bahawa segala maklumat yang diperlukan berjaya diisi.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Saturday, November 4, 2017
DEBARAN CALON STPM 2017 BERMULA (HALF STEP TO UNIVERSITY)
Disalin daripada:
KUALA LUMPUR: Seramai 45,303 calon akan menduduki peperiksaan Penggal 3, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 di 683 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula 6 November hingga 14 November ini.
Daripada jumlah itu, seramai 44,819 calon membabitkan sekolah kerajaan, calon sekolah swasta (222), calon persendirian (254) dan sekolah kerajaan negeri (lapan).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Peperiksaan Malaysia, seramai 50,011 calon pula akan menduduki peperiksaan Penggal 1, STPM 2018 pada 15 November hingga 21 November ini di 670 pusat peperiksaan.
Daripada jumlah itu, seramai 49,746 calon daripada sekolah kerajaan, sekolah swasta (168), persendirian (80) dan 17 calon sekolah kerajaan negeri.
Selain itu, peperiksaan ulangan Penggal 1 STPM 2017 juga akan diadakan pada 15 November hingga 21 November ini membabitkan 41,078 calon, manakala peperiksaan ulangan Penggal 2 STPM 2017 akan diadakan pada 22 November hingga 28 November ini (40,289 calon).
Menurut kenyataan itu lagi, ujian bertulis Malaysian University English Test (MUET) sesi November 2017 pula akan dijalankan pada 4 November ini di 483 pusat ujian membabitkan seramai 48,065 calon.
Sehubungan itu, calon dinasihati supaya sentiasa membawa kad pengenalan masing-masing ketika hadir bagi menduduki peperiksaan itu.
Bagi calon persendirian, mereka hendaklah juga membawa slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) bagi peperiksaan STPM dan slip daftar MUET (MUET/D) bagi MUET semasa hadir menduduki peperiksaan ini.
Calon boleh mencetak LPKC dan MUET/D masing-masing melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www.mpm.edu.my.
Calon juga dinasihati agar menyemak nama pusat peperiksaan yang akan diduduki bagi mengelak daripada hadir di pusat peperiksaan yang salah.
Jika berlaku sebarang bencana alam pula, seperti banjir atau tanah runtuh, dan calon mendapati sukar untuk sampai ke pusat peperiksaan, mereka dinasihati supaya pergi ke pusat peperiksaan yang berdekatan dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan yang berkenaan bagi menduduki kertas peperiksaan pada hari berkenaan.
Bagi menghadapi sebarang kemungkinan itu semasa peperiksaan STPM dan MUET berlangsung, MPM membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi melalui telefon di talian 03-61261668.
Bilik Gerakan ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 5 petang. Talian telefon lain yang boleh dihubungi ialah 03-61261600 (Am)/03-61261650/03-61261651/03-61261653/03-61261661/03-61261662.
Friday, October 20, 2017
Monday, October 9, 2017
PERANCANGAN JAWAPAN EKONOMI PENGGAL SATU (MICROECONOMICS PREPARATION FOR PUBLIC EXAM)
Pengenalan
Kertas Ekonomi mungkin dianggap sukar oleh sebagian pelajar. Namun, data pencaapaian menunjukkan sebaliknya. Bilangan gred A yang dicatat dalam peperiksaan STPM adalah tertinggi berbanding dengan kertas lain yang dianggap pengajian bacaan.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Tuesday, October 3, 2017
Wednesday, August 23, 2017
Saturday, July 29, 2017
Friday, June 23, 2017
BERLALU RAMADAN 1438H, MENJELMA SYAWAL (THE FESTIVAL OF SACRED DEEDS)
Alhamdulillah, Allah beri kesempatan buat kita menjalani ibadah Ramadan dengan jayanya. Bukan semua insan beriman yang menikmati kesempatan yang amat berharga itu. Ada yang dijemput pulang ke rahmatullah sebelum Ramadan dan tidak kurang juga pada setiap hari bulan puasa fardu ini.
Marilah kita bersyukur ke Hadrat Ilahi dengan cara menjunjung setiap titah perintah-Nya sedaya upaya dan menjauhi segala larangan-Nya. Hakikatnya, hal itu mudah sekali untuk ditulis dan diucapkan. Namun, dari segi amalan, begitu banyak cabaran dan liku perjalanan yang penuh ranjau sebelum berjaya.
Ramadan bulan tarbiyyah. Ramadan sebagai madrasah atau universiti kehidupan yang sangat kritikal terhadap insan beriman. Demikian maksim atau ungkapan lazim yang sering terpacul daripada mulut penceramah atau penyampai tazkirah sama ada di majlis ilmu atau di corong radio. Sesungguhnya, peringatan yang kerap dan berulang kali itu sangat bermanfaat justeru insan sering alpa dan lalai kerana tipu daya kesibukan duniawi per se.
Antara amalan Ramadan yang sepatutnya menjadi kelaziman sepanjang haya ialah solat berjemaah di masjid dan surau bagi kaum lelaki, membaca dan mentadabbur al-Quran, serta gemar bersedekah dengan tulus ikhlas. Selain itu, kehadiran dalam majlis ilmu dan pengajian bukan sahaja memperoleh rahmat Ilahi bahkan mengukuhkan tali persaudaraan dalam kalangan penduduk kariah yang sama.
Kedatangan Syawal disambut dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur. Dengan pakaian serba baharu dan wangi-wangian, kemeruahan aidil fitri begitu terasa. Ucapan taqabbalallahu minna wa minkum, lalu dibalas dengan minna wa minkum taqabbal ya karim menghiasi kunjungan dan pertemuan yang diredai Allah. Keluarga yang kurang beruntung, anak yatim dan ibu tunggal tidak dilupakan oleh pihsk berwajib dan jiran terdekat.
...
...
...
Subscribe to:
Posts (Atom)
