Q
|
:
|
Setelah mendapat isyarat pengarah majlis (Pn. Fairoz
Alias), majlis dimulakan
|
A
|
:
|
Assalamu
alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat pagi
dan salam sejahtera.
Untuk makluman
hadirin, majlis perhimpunan mingguan rasmi sekolah
pada pagi ini dikhususkan untuk Hari Anugerah
Kokurikulum SMK St.
Michael, Ipoh tahun 2013. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu
“Negaraku’ dan lagu negeri Perak dengan iringan
pasukan pancaragam
sekolah.
Hadirin diminta bersedia.
|
Q
|
:
|
Usai nyanyian, acara diteruskan dengan ucapan terima
kasih, protokol
|
A
|
:
|
Terima kasih
atas nyanyian penuh semangat sebentar tadi.
Hadirin
dipersilakan duduk.
Yang Berusaha,
Puan Loh Wei Seng, Pengetua Cemerlang SMI,
Encik Ahmad
Kemunchak bin Abdul Karim,
Penolong Kanan
Pentadbiran dan Kurikulum,
Drs. Rajendran
Naidu a/l Kannayar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Tan Cheng
Choo, Penolong Kanan Tingkatan 6,
guru-guru
kanan,
Puan Fairoz binti
Alias, pengarah Hari Anugerah Kokurikulum SMI tahun 2013 dan jawatankuasa
beliau, pemimpin pelajar, penerima anugerah,
hadirin yang
dikasihi sekalian.
Bersyukur kita
ke Hadrat Ilahi, justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya, majlis hari anugerah
kokurikulum ini dapat diadakan. Majlis diteruskan dengan bacaan doa.
Dipersilakan pengawas yang bertugas.
|
Q
|
:
|
Usai bacaan doa, dan pentas telah sedia, jemput
pengetua menyampaikan ucapan. Serangkap pantun dibacakan terlebih dahulu.
|
B
|
:
|
Terima kasih
atas bacaan doa sebentar tadi.
Mari singgah di
desa nan indah
Berseri bunga
mekar menawan
Nyanyi sudah
doa pun sudah
Mari kita
mendengar ucapan
Majlis
mempersilakan Yang Berusaha, Puan Loh Wei Seng, pengetua cemerlang SMI untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis hari anugerah
kokurikulum SMI tahun 2013.
|
Q
|
:
|
Selesai ucapan dan pengetua mengambil tempat,
ucapkan terima kasih dan mulakan sesi penyampaian sijil
|
B
|
:
|
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan Puan Loh Wei Seng sebentar
tadi. Semoga ucapan yang sarat dengan harapan dan pesanan itu melonjakkan
semangat warga SMI untuk terus memacu daya usaha ke mercu kecemerlangan
kokurikulum.
Majlis
penyampaian hari anugerah kokurikulum dimulakan.
|
Q
|
:
|
Serahkan mikrofon kepada pengacara C.
|
C
|
:
|
Kepimpinan
ialah proses mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Sudah terbukti bahawa SMI telah sekian lama menjanakan calon pemimpin hingga
ke peringkat antarabangsa.
Di samping itu,
aspek perkhidmatan dan kesukarelaan juga diberikan perhatian penting dalam
kerangka pendidikan di SMI. Sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin
pelajar, badan perkhidmatan dan kesukarelaan, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Encik Ahmad Kemunchak bin Abdul Karim, Penolong Kanan
Pentadbiran dan Kurikulum, tampil ke pentas bagi menyampaikan sijil kepujian.
|
Q
|
:
|
Tunggu hingga En. Ahmad bersedia di pentas.
|
C
|
:
|
Penerima
anugerah kepimpinan dan perkhidmatan pelajar SMI 2013:
1 Pengawas Sekolah, diwakili oleh Seran
Nicholas Pillai a/l Yogarajah, US1
ketua pengawas SMI 2012/2013
2 Pengawas Pusat Sumber Sekolah: Loo Yee
Wai, US1
3 Lembaga Ketua Kelas: Daniel Phuan Soon Lee, US1
4 Lembaga Koperasi Sekolah: Muhammad Zikri bin Mat Zaki, UA1
5 SPBT:
Amru Khaldun Solihuddin, 5S6
4 Siar Raya: Au Hsien Loong, US5
5 Quartermaster: ______________________________
6 Jurugambar Sekolah: __________________________
7 Sidang Redaksi Majalah: Cheryl Francis, UA1
Seterusnya
sijil kepujian dianugerahkan kepada jawatankuasa persatuan dan kelab yang
akan diwakili oleh pengerusi masing-masing.
1 Kelab Adams
2 Kelab Anti-Dadah: Amir Shaharuddin bin Shariffuddin, 5V3
3 Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu: Meor Hafizie Suhaimi, 5V3
4 Kelab Perbahasan Bahasa Inggeris: Bryan
Cheah Sean Yang, 5S5
5 Kelab Interact: Marcus Wong Zhong Kee, 5S1
6 Kelab Kemahiran Hidup: Wong Ting Chun, 5S3
7 Kelab Komputer: Choh Yu Heng, 5S4
8 Persatuan Pengguna: Rooban a/l Baskaran, 4S4
9 Kelab Perakaunan Ekonomi Commerce (PEC):
Sharmeendran a/l
Muniandy, 5S5
10 Kelab Leo:
Aw Jia Hang, 5S1
11 Persatuan Pendidikan Islam: Muhammad Nabil Syamil bin Roslan, 5S2
12 Kelab Alam Sekitar: Muhamat Asyraf Qutty bin Mohamat Adek, 3A7
13 Persatuan Sains: Subashan a/l Vadibeler, 5S4
14 Persatuan Matematik: Lee Hong Lam, 5S3
15 Persatuan Geografi: Muhammad Zulfikri bin Kamaruddin, 4S1
16 Persatuan Sejarah: Tharma Devan a/l Sivanathan, 5V2
17 Persatuan Bahasa Inggeris (MELS): Leow Mun Hoe Brian, 5S4
18 Kelab Pencegahan Jenayah: Syed Uduman Ali bin Ahmad Jaleel, 5S3
19 Kelab Rukun Negara: Sundeep Singh Bhullar, 5S3
20 Kelab Koperasi
21 Persatuan Pendidikan Moral
21 Persatuan Bahasa Cina: Tea Yean Jeck, 5S4
22 Persatuan Bahasa Tamil: Stephen Mohan Raj a/l Selvam, 3A3
23 Persatuan Agama Buddha: Ng Juen Theng, 5V1
24 Persatuan Komuniti Katholik: Clifford Anthony Miranda
25 Persatuan Persaudaraan Kristian: Alexander Khor, 5S1
26 Persatuan Bahasa Punjabi: Kunal Dass, 5V1
Terima kasih
Encik Ahmad Kemunchak. Tahniah penerima sijil kepujian.
|
Q
|
:
|
Tunggu hingga En. Ahmad mengambil tempat beliau
semula. Pengacara A bersedia untuk penyampaian sijil unit beruniform dan
permainan.
|
A
|
:
|
Penerapan
disiplin yang tinggi ialah insurans atau jaminan kecemerlangan dalam proses
pembelajaran dan organisasi. Demikian juga dalam aktiviti permainan yang
memerlukan kemahiran dan semangat berpasukan.
Acara
seterusnya ialah penyampaian sijil kategori unit beruniform dan permainan.
Bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada jawatankuasa unit beruniform dan
permainan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Drs. Rajendran Naidu
a/l Kannayar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMI tampil ke pentas.
Sijil akan
diterima oleh pengerusi persatuan dan kelab sebagai mewakili keseluruhan
jawatankuasa yang dianugerahkan penghargaan.
Kategori Unit Beruniform
1 Pasukan St. John Ambulans: Saw Ray Mond, 5S
2 Kadet Remaja Sekolah: Mior Muhammad Azfar bin Mior Shafuddin, 4S4
3 Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM):
Muhammad Syahmi Sufi
bin Badrudzamam, 5S4
4 Karate-Do:
Danial Aizat bin Ruslan, 5S4
5 Michaelian Chinese Orchestra (MCO): Lee Hong Lam, 5S3
6 Pengakap Remaja: Master Kavinatha/l Ganesan,
7 Silat:
Abdul Mursyid Nur Iman bin Abd. Manan, 3A2
8 Tae-Kwondo:
Muhammad Mustaqim bin Mohd, Mansor, 5S5
9 Pasukan Kadet Bomba: Muhamad A’limi bin Mohd Zainuddin, 5V2
Kategori Permainan
1 Kelab Badminton: Simon Michael, 5S3
2 Kelab Bola Keranjang: Bryan Wong Wen Lun, 5S1
3 Kelab Bola Sepak: abang Zaim Othman bin Abdul Rahman, 5S3
4 Kelab Catur Antarabangsa: Kiew Chun Hoe, 5V2
5 Kelab Bola Tampar: Alexander Khor, 5S1
6 Kelab Kriket: Nareenthiran a/l Mavalavan, 5S6
7 Kelab Olahraga: abdul Mukhriz Nur Iman bin Abdul Manan, 5S6
8 Kelab Sepak Takraw: Danial Aizat bin Ruslan, 5S4
9 Kelab Sofbol: Syed Uduman Ali, 5S3
10 Kelab Ping Pong: Kwan Shien Yie, 5S5
11 Kelab Catur Cina: Chan Guang Zhi, 5S6
Terima kasih
Drs Rajendran Naidu dan tahniah kepada penerima sijil.
|
Q
|
:
|
Tunggu
hingga Drs Rajendran mengambil tempat beliau semula.
Pengacara B
bersedia untuk slot sijil jawatankuasa tingkatan 6.
|
B
|
:
|
Penjenamaan
semula pengajian prauniversiti tingkatan 6 turut membabitkan penyusunan
semula kegiatan kokurikulum yang menjurus terhadap proses memupuk kepimpinan,
kebajikan, perkhidmatan dan kesukarelaan dalam kalangan pelajar di tahap yang
lebih tinggi. Maka, pengurusan program kokurikulum tingkatan 6 dikendalikan
secara khusus dan tersendiri.
Bagi menyampaikan
sijil penghargaan dan kepujian kepada jawatankuasa kelab dan persatuan, unit
beruniform dan permainan tingkatan 6, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Puan Tan Cheng Choo, Penolong Kanan Tingkatan 6, tampil ke pentas.
|
Q
|
:
|
Tunggu sehingga Puan Tan bersedia di atas pentas,
baca senarai penerima secara berterusan.
|
B
|
:
|
Penerima sijil akan diwakili oleh pengerusi
masing-masing.
Kategori Unit Beruniform
1 Pasukan Ambulans St. Johs: Tan Jia Hui, US4
2 Kadet Bomba: Phuan Soon Lee, US1
3 Karate-Do:
Lee Yik Hoe, US1
4 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM): Chin Lai Yen, UA2
5 Pangakap:
H’ng Yee Jin, UA2
6 Tae-Kwondo:
Nursabriena, US5
7 Wu-Shu:
Ng Kah Choon Tony, UA2
Kategori Persatuan / Kelab
1 Adams:
Wong Soon Kee, US1
2 Persatuan Bahasa Cina: Nichaolas Ooi, US2
3 Persatuan Bahasa Tamil: Charles Hiliary Raj, UA1
4 Kelab Fotografi: Liew Chin Chin, US2
5 Kelab Heritage: Brandon Lee, US2
6 Rotract:
Sharivineswary, US5
7 Kelab Komputer: Soo Dyckson, US2
8 Persatuan Bahasa Inggeris (MELS): Sean W. Howell, US1
9 Kelab Penulisan dan Penerbitan: Cheryl Francis, UA1
10 Majlis Tingkatan 6: Muhammad Imran bin Abd. Razak, UA2
Kategori Permainan
1 Kelab Badminton: Goh Zhen Yuen, US1
19 Kelab Bola Jaring: Chin Lai Yen, UA2
20 Kelab Bola Keranjang: Chan Jee Chong, US4
21 Kelab Bola Tampar: Wong Foh Joon, UA2
22 Catur Antarabangsa: Ng Zi Hua, US1
23 Catur Cina:
Kieran Chu, US5
24 Ping Pong:
Chin Chuan Ying, US3
25 Futsal:
Devananthan, US2
Terima kasih Puan
Tan Cheng Choo. Tahniah penerima sijil.
|
Q
|
:
|
Tunggu sehingga Puan Tan mengambil tempat beliau
semula. Pengacara C bersedia untuk mengumumkan persembahan pancaragam.
Mulakan dengan serangkap pantun.
.
|
C
|
:
|
Sehabis merah
daun yang sihat
Dahan melebar bercerita
sakan
Majlis anugerah
mohon berehat
Persembahan
pelajar kita saksikan
Sebelum
meneruskan acara, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan muzik yang
harmoni oleh pasukan pancaragam sekolah. Mereka bakal mempersembahkan tiga
buah lagu.
|
Q
|
:
|
Usai persembahan, ucapkan terima kasih dan tunggu
sehingga mereka keluar dari kawasan persembahan.
|
A
|
:
|
Terima kasih
pasukan pancaragam sekolah. Sebagai makluman hadirin, pasukan pancaragam SMI
memiliki pencapaian yang cemerlang dan pernah bertanding, serta mencatat
kejayaan di peringkat kebangsaan.
|
Q
|
:
|
Pengacara B meneruskan acara penyampaian sijil
pencapaian kokurikulum peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Jemput Puan
Loh Wei Seng, ke pentas. Tunggu sehingga beliau bersedia sebelum mengumumkan
senarai penerima anugerah.
|
B
|
:
|
SMI berada
dalam zon sekolah premier yang bersaing hebat untuk merebut tempat ke
peringkat daerah Kinta Utara yang juga sangat mencabar berbanding dengan daerah
lain di negeri Perak. Maka, pelajar yang berjaya muncul sebagai pemenang
peringkat zon dan daerah Kinta Utara sudah boleh dianggap sangat cemerlang.
Setelah itu, laluan ke peringkat negeri dan kebangsaan lebih cerah.
Bagi
mengiktiraf pencapaian kecemerlangan kokurikulum pelajar SMI di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan
Loh Wei Seng, Pengetua Cemerlang SMK St. Michael, Ipoh untuk menyampaikan sijil
kepujian.
|
Q
|
:
|
Tunggu hingga Pn. Loh bersedia di pentas.
Baca biodata penerima anugerah, jika ada.
|
B
|
:
|
Pencapaian
peringkat daerah:
Pertandingan
PetroScience Science Comptetition 2013
1 Tan Bin Shan, 4S1
2 Louis Phun Kok Dong, 4S1
3 Thaayabaran a/l Ravindra Kumar, 5S1
4 Teoh Vee Loon, 4V2
Bola Keranjang
Bawah 18 tahun: Tempat Ketiga
1 Low Kha Cheng, 5S1
Pertandingan
Kompang dan Formasi: Naib Johan
1 Mohammad Syafiq bin Yusri
Anggota
pengakap berikut telah lulus Ujian Maju
1 Phang Yu Hui
2 Yogavelan a/l Balamurli
3 Lee Kin Fei
4 Thanish a/l Danaraja
5 Tan Su Ngee
6 Ruvendran a/l Asokan
7 Soo Zhan Hui
8 Phong Yue Ji
Pertandingan
Bot Solar
1 Kwan
Shien Yie, 5S5
2 Abdul Mukhriz NurIman bin Abdul Manan, 5S6
3 Ong Jet Hui, 5S5
4 Tan
Bin Shan, 4S1
5 Piraveen a/l Kokilathasan, 4S6
6 Ashraf Arif Zuhdi bin Mahallil Zuhdi, 4S6
Pertandingan
Kereta Solar
1 Vivekananthan a/l Kasewani, 4S1
2 Affiq Juzail bin Khairol Hisham, 4S3
3 William Teoh Yuan Lik, 4S3
Kejohanan Bola
Keranjang MSSD Kinta Utara: Johan
1 Low Kha Cheng, 5S1
Pertandingan
Sketsa Kepenggunaan Kelab Pengguna, Zon 2 Kinta Utara.
Naib johan. Muhammad
Fikri bin Zamri, 4S2
Pertandingan
Pertolongan Cemas dan Perawatan ke-9 kawasan Perak Tengah. Pingat emas ujian
teori: Wong Young Shen, 4S1
Kejohanan Badminton
MSSD Kinta Utara Lelaki Bawah 18 Tahun:
Naib Johan, Teoh Gen Sheng
Pertandingan
Bahas Bahasa Inggeris Rotary: Naib Johan
Wakil: Bryan
Cheah
Forum Remaja:
Naib Johan Kinta Utara.
Wakil: Abdul
Mukhriz Nur Iman bin Abdul Manan.
Abdul Mukhriz
juga telah muncul sebagai pengerusi terbaik pertandingan.
Seterusnya,
pencapaian kokurikulum peringkat negeri.
1 Anugerah Pengakap Raja: Kong Zhi Yoong
2 Penyertaan Jambori Di Udara (Jota) dan
Jambori di Internet (Joti)
Sedunia negeri Perak. Wakilnya: Phang Yu Hui
3 Pertandingan Robotik
Kevin Tai Chi Kin, 5S3
Marcus Wong Zhong Kee, 5S1
Wong Zi Hao, 5S3
Alexander Khor, 4S1
Wong Ting Chun, 5S3
Loh Yap Kuen, 5S3
Ang Weng Peng, 3A2
4 Pertandingan Petroscience Science Show
Memperoleh kedudukan keempat zon negeri
utara Malaysia.
Subashen a/l Vadivebeler, 5S1
Gabriel Lee Chong Han, 5S1
5 Bola Sepak Kejohanan Sekolah Priemier
negeri Perak:
James Lukas Lopez, UA1
6 Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Remaja 1
Malaysia di Pulau Pinang:
Mohammad Fitri bin Nasharudin
7 Pan-Perak Secondary School Wushu & Lion
Dance Competition:
Chan Guong Zhi, 5S6
6 Pertandingan Pidato 1 Malaysia: Johan
negeri Perak. Ho Joo Hin
7 Kejohanan Badminton MSSPk Lelaki Bawah 18
Tahun: Naib Johan
Teoh Gen Sheng
8 Tenis bawah 15 tahun: tempat ketiga Kinta
Utara dan bertanding
di peringkat negeri, Joshua Leong Wen
Tze
9 Tenis bawah 18 tahun. Pelajar ini berjaya
menduduki tempat kelima
MSSD Kinta Utara dan bertanding di
peringkat negeri.
Derek Leong Wei Jian.
10 Bola Keranjang: tempat ketiga lelaki bawah
18 tahun.
Wakil:
Wong Ken Hau
11 Pertandingan Taekwondo Perak Junior
Development Leauge.
Wakil:
Naven Kumar a/l Parthipan
Beralih pula
untuk anugerah kecemerlangan kokurikulum pencapaian peringkat kebangsaan.
1 Sukan squasy MSSM: Tempat ke-5 Berkumpulan
Kaabhilan a/l Sivayanon, 4S4.
2 Johan Kumpulan Terbaik Keseluruhan Kursus
Pengurusan Kelab
dan Persatuan peringkat kebangsaan: Wong Ting Chun, 5S3.
3 Program Pembinaan Tunas Remaja 1 Malaysia:
Ahmad Jalaludin bin Zakaria, 4S5
Ahmad Khairul Amirin bin Ahmad Khairi
4S5
4 Projek Perintis Pengakap Terbesar di
Malaysia,
Largest ‘Bird Nest’ Scout Pioneering
Structure in Malaysia,
dan tercatat dalam Malaysia Book of
Records: Phang Yu Hui
5 Sedex 31st Science and
Engeneering Design Exhibition. Pasukan SMI
mempertaruhkan projek The Aquaria Cleaner VI
dan berjaya memperoleh tempat ketiga,
iaitu pingat gangsa.
Pavitheran
a/l Soosaiselvanathan, 4S1
Jonathan Lau Vey Leon, 4S5
Piraveen a/l Kokilathasan, 4S6
Paras Jassani a/l Bharat Kumar, 4S6
Lucas Isaac, 4V1
7 National Science Challenge.
Pasukan SMI
telah bertanding bersama 16 buah sekolah yang mewakili negeri masing-masing
bertempat di Fakulti Perubatan dan Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.
Pasukan SMI selaku wakil Perak telah berjaya menempah tempat ke pertandingan
akhir yang bakal berlangsung di Putrajaya pada 12 November 2013 ini. SMI
bakal berentap dengan wakil Perlis, Melaka dan sarawah bagi merebut trofi
Perdana Menteri dan seterusnya hadiah lawatan ke Stockholm, Sweden bagi
menyaksikan penyampaian anugerah Nobel Prize of The Year.
Cabaran SMI
dibawa oleh:
Pavintheran
a/l Soosaiselvanathan,
4S1
Tan Bin
Shan, 4S1 dan
Alexander
Jeremy Joseph, 4S1
8 Pencapaian pelajar ini mengingatkan kita
kepada legenda badminton
negara yang pernah bergelar Michaelian
seperti Ng Boon Bee dan
Tan Yee Khan. Pelajar ini pula telah
mencatat kejayaan berikut:
Kejohanan badminton Sirkit Remaja 100
Plus 2013 Peringkat Kedua Zon A,
Perseorangan Tempat Ketiga dan Beregu Tempat
Kedua. Beliau juga
telah mencatat kejayaan dalam kedua-dua acara perseorangan dan beregu MSSM.
Dipersilakan Teoh Gen Sheng.
Akhir sekali,
anugerah kecemerlangan pencapaian kokurikulum peringkat antarabangsa.
Taekwondo:
Pertandingan 7th CK Malaysia Classic International
Tempat kelapan:
Lucas Chin Kuok Chunn, 4S6.
Karate-Do: 3rd
International Okinawa Goju Ryu Karate-Do, Malaysian Open Championship:
pemenang pingat perak, Mohana Raj a/l Shanmugam 5S5.
|
Q
|
:
|
Usai penyampaian sijil / hadiah, ucapkan terima
kasih dan tahniah.
|
B
|
:
|
Terima kasih Puan
Loh Wei Seng. Syabas kepada semua penerima anugerah kecemerlangan pencapaian
kokurikulum sebentar tadi.
|
Q
|
:
|
Tunggu hingga Pn. Loh mengambil tempat beliau
semula.
Slot anugerah khas akan diumumkan oleh pengacara C.
|
C
|
:
|
ANUGERAH
KHAS PENCAPAIAN KOKURIKULUM SMI 2013
Dipersilakan pelajar
berkenaan tampil ke pentas.
Pelajar ini
telah mencatat pencapaian yang membuatkan SMK St. Michael, Ipoh terus
disegani dan dicemburui. Beliau juga cuba disambar oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil,
tetapi masih mahu berpangkalan di SMI bagi mengecapi kecemerlangan akademik
sekali gus seperti yang terbukti semasa PMR 2012.
Pada tahun
2013, pemuda tegap dan tinggi lampai ini terus mengorak langkah untuk
mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa. Menerusi tunjuk ajar Mr. Arjan
Singh Khalsa, bekas pemenang pingat emas Sukan Sea, beliau telah mencipta
rekod baharu beberapa kejohanan dan membaiki catatan peribadi. Antaranya
ialah:
1 Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Kinta
Utara:
pingat emas lontar peluru, dengan
lontaran sejauh 12.80 meter;
dua meter mengatasi rekod lama
2 Kejohanan Padang dan Balapan MSSPk
Pingat emas bawah 18 tahun dengan rekod
baharu kejohanan 15.17
meter
3 Kejohanan
Padang dan Balapan MSSM di Kuantan, Pahang
Pingat emas dengan lontaran sejauh
15.14 meter
4 Kejohanan Atlet Remaja Asia di Bandar raya
Ho Chi Minh, Vietnam
Pingat gangsa dengan lontaran sejauh
17.82 meter, iaitu catatan peribadi
terbaik setakat ini. Layak menyertai
kejohanan Remaja Dunia di Ukraine
walaupun tidak sempat berbuat demikian
atas sebab teknikal.
5 Kejohanan Padang dan Balapan
Sekolah-sekolah Asia Tenggara
di Kuantan, Pahang
Majlis sekali
lagi mempersilakan Puan Loh Wei Seng, pengetua cemerlang SMI untuk
menyarungkan blazer hadiah PIBG kepada:
Meveeqhen a/l Ravi Chandran
|
Q
|
:
|
Ucapkan terima kasih dan tahniah, kemudian serahkan
mikrofon kepada pengacara B.
|
C
|
Terima kasih
Puan Loh. Tahniah dan terus mara dengan pencapaian lebih hebat, Meveeqhen a/l
Ravi Chandaran.
|
|
Q
|
:
|
Tunggu hingga Pn. Loh mengambil tempat beliau
semula.
Acara persembahan akan diumumkan oleh pengacara B.
|
B
|
:
|
Sebelum majlis
melabuhkan tirai, marilah kita menyaksikan segmen persembahan pelajar. Majlis
mempersilakan pasukan Wushu, diikuti dengan Taekwondo, Darate-do, Michaelian
Indian Orchestra (MIO) dan kompang.
|
Q
|
:
|
Usai persembahan, ucapkan terima kasih.
Majlis akan diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah
yang akan diumumkan oleh pengacara A.
|
B
|
:
|
Terima kasih
kepada semua pasukan atas persembahan yang hebat sebentar tadi. Terima kasih
juga kepada sekalian yang hadir atas kesabaran dan perhatian.
|
Q
|
:
|
Tunggu sehingga pasukan … keluar dari kawasan
persembahan.
Sebelum nyanyian lagu sekolah, pengacara membaca
serangkap pantun.
|
A
|
:
|
Hiris timun
rumit berguni
Sarat mari segi berselang
Majlis mohon
pamit di sini
Terpahat lagi
sejarah cemerlang
Bagi pihak
pengacara majlis, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf andai kata terdapat
sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang kami mengacara majlis. Terima
kasih kepada semua yang sudi meminjamkan pancaindera dan meluangkan masa yang
berharga demi menjayakan majlis hari anugerah kokurikulum SMI tahun 2013.
Sebelum majlis
bersurai, mari nyanyikan lagu sekolah dengan iringan pasukan pancaragam
sekolah. Mohon hadirin bersedia.
|
Q
|
:
|
Berakhir nyanyian lagu sekolah, umumkan majlis bersurai.
|
A
|
:
|
Sekian, majlis
bersurai. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
|
Thursday, September 19, 2013
SKRIP PENGACARA HARI ANUGERAH KOKURIKULUM (PROTOCOL HONOURABLE ADDRESS AND WELCOMING SPEECH)
HARI
ANUGERAH KOKURIKULUM 2013
SKRIP
PENGACARA MAJLIS
Nota:
Q: cue, iaitu arahan kepada pengacara
(tidak perlu disampaikan kepada majlis)
A: pengacara
pertama (Mohammad Fitri bin Nasharudin, 4V1)
B: pengacara
kedua (Wong Joeann, LS4)
C: pengacara
ketiga (Lucas Isaac, 4V1)
©
cikguazharrodzi.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment