SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, September 9, 2014

HAD 'KUASA' PENILAIAN KETUA ORGANISASI TERHADAP PEGAWAI, KAKITANGAN (KEY TO RUN A HIGH PERFORMANCE TEAM)

Insan memang tidak pernah terlepas daripada penilaian, sama ada dari segi kehidupan peribadi, mahupun pencapaian akademik, pekerjaan dan kepimpinan. Ganjaran dosa dan pahala ialah bentuk penilaian Ilahi terhadap setiap tingkah laku insan sepanjang bergelar mukallaf yang melafazkan syahadah. Dalam konteks kehidupan duniawi, pencapaian yang berbeza sama ada secara tulen, kebetulan ataupun nasib baik meletakkan segelintir manusia memiliki kesempatan untuk berperanan sebagai golongan atasan (superior), manakala kebanyakan insan hanya berstatus golongan bawahan (subordinat) mungkin sepanjang hayat.

Walaupun teori kepimpinan turut menonjolkan kuasa ilmu dan kuasa kepakaran sebagai ciri pemimpin unggul yang berupaya mempengaruhi tingkah laku orang lain bagi mencapai matlamat organisasi, pada akhirnya kuasa sah (autoriti) masih berada di puncak organisasi. Mereka bagaikan pemimpin politik yang memegang wibawa untuk menggubal dasar, membuat keputusan dan mentadbir segala urusan ramai. Kawalan sumber dan kedudukan rasmi yang tinggi memberikan mereka wewenang untuk mencatur perjalanan sesebuah organisasi.

Ketua organisasi mungkin dikenali sebagai ketua jabatan, pengarah, setiausaha, pengurus, naib canselor, dekan, pengetua dan sebagainya. Kedudukan yang dinikmati tentulah diiringi dengan prinsip amanah, keutuhan (integriti), tanggungjawab dan kesetiaan. Maka, tamsilan ketua selaku nakhoda sebuah bahtera yang bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman dan persekitaran perlu mengoptimumkan segala kebijaksanaan dan hikmah bagi memastikan ketibaan ke arah tujuan.

Proses penilaian terhadap subordinat ditadbir berdasarkan instrumen yang memiliki kesahan dan kebolehpercayaan justeru direka bentuk oleh pakar. Isu-isu yang sering berbangkit ialah dari segi pelaksanaan tatacara penilaian dan tanggapan (persepsi) pegawai dan kakitangan yang dinilai. Proses pemisahan (diskriminasi) antara subordinat berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah tetap menjadi rutin penilaian walaupun bantahan mungkin tercetus.

Prinsip asas semua bentuk penilaian ialah keadilan (meletakkan sesuatu pada tempatnya) dan menghindari kezaliman (tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya). Ketua organisasi dan panel penilai yang dilantik wajib akur terhadap segala terma pelantikan mereka dan tidak boleh sama sekali berlaku pecah amanah dan menyeleweng. Konsep kuasa mutlak atau amalan feudal sudah lama berakhir pada era teori X dan teori Y (1960-an).

Ketelusan dalam jangkaan penilaian akan memberi perlindungan kepada subordinat daripada terdedah kepada penganiayaan akibat kecenderungan peribadi penilai. Sebagaimana dalam pertikaian industri, sebarang bentuk keraguan boleh dirujuk kepada pihak timbang tara yang bersifat tidak memihak. Dalam kata lain, pihak penilai juga tertakluk kepada tindakan tatatertib jika didapati tidak akur dengan instrumen penilaian atau melampaui terma pelantikan mereka.

...

...

...

...

1 comment:

sweetie said...

Salam cikgu, saya jumpa blog cikgu ni ketika mencari info berkaitan dengan Teratak Malaya.