SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, September 11, 2014

KERTAS BAHASA INGGERIS UPSR JUGA BOCOR: ULANGAN 30 SEPTEMBER (ANOTHER EXAM RE-SIT)

Belum kebah kejutan kebocoran kertas Sains UPSR, kali ini giliran kertas Matematik pula disahkan mengalami nasib yang serupa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh peperiksaan semula kertas Bahasa Inggeris serentak dengan kertas Sains, iaitu pada hari Selasa, 30 September ini. Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia memerlukan masa untuk tarikh yang dipilih atas sebab lojistik dan cetakan semula kertas soalan untuk diedarkan ke semua 8,299 buah pusat peperiksaan yang terbabit (klik di sini).

Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang sedang menghadiri persidangan menteri pendidikan Asean (Ased) di Viantiane, Laos menyifatkan berlaku perbuatan sabotaj, lantas mengarahkan penubuhan sebuah jawatankuasa bebas bagi mengenal pasti dalangnya menerusi siasatan hingga ke akar umbi (klik di sini). Panel jawatankuasa berprofil tinggi itu akan turut mengkaji aspek keselamatan kertas soalan akibat kemajuan aplikasi teknologi terkini (klik di sini). Sementara itu, Pengarah Pendidikan Perak, Haji Idris Ramli menyangkal khabar angin bahawa kebocoran soalan menerusi aplikasi WhatsApp berpunca daripada seorang guru di kawasan pedalaman di sana (klik di sini).

Peperiksaan kertas Bahasa Inggeris yang dijadualkan pagi tadi telah dibatalkan. LPM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa siasatan untuk mengheret dalang kebocoran kertas soalan UPSR ke muka pengadilan. Peristiwa yang berlaku diharap tidak akan menjejaskan kepercayaan awam terhadap pentadbiran peperiksaan awam pada masa depan (klik di sini).

Kesatuan guru berpengaruh, Kesatuan Perkidmatan Keguruan Kebangsaan (KPPK) menggesa hukuman maksimum dikenakan ke atas pihak yang terbabit dalam membocorkan kertas soalan. Presiden KPPK, Hashim Adnan berpendapat kejadian yang menyusahkan calon UPSR tahun ini telah mencemarkan nama baik KPM dan kerjaya keguruan. Malah, dakwaan bahawa kertas UPSR yang lain mungkin turut terbabit perlu disiasat (klik di sini).

Orang ramai dinasihatkan merujuk terus portal rasmi LPM di sini bagi memperoleh maklumat rasmi tentang penjadualan semula kertas Sains dan Bahasa Inggeris, serta kenyataan rasmi yang lain. Maksudnya, maklumat yang tersebar menerusi laman sosial persendirian, aplikasi WhatsApp atau portal berita yang lain bukan berstatus sumber rasmi LPM, melainkan dipautkan terus dengan portal LPM yang diberikan itu.

Perkara asas yang menjadi punca segala bentuk penyelewengan, salah guna kuasa, khianat, penipuan dan jenayah lain ialah sikap tidak amanah. Orang yang tidak amanah mana pernah mempedulikan prinsip keutuhan (integriti) dan nilai murni dalam melakukan apa-apa perbuatan salah laku. Manipulasi teknologi digital sama ada ketika proses percetakan, penghantaran dan sebagainya membuka ruang untuk pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan kerja jahat mereka.

Kepakaran forensik teknologi digital dan rangkaian hendaklah digembleng secara optimum bagi menjejaki dalang kebocoran soalan UPSR tahun 2014. Mereka mungkin lolos dan bersembunyi untuk sementara waktu sahaja. Namun, setiap kegiatan jenayah pasti meninggalkan jejak walaupun barangkali memerlukan pengesanan protokol peranti pintar dan analisis profil DNA.

Cuti pertengahan penggal dua antara 13 hingga 21 September ini sudah kurang bermakna bagi calon UPSR dan ibu bapa gara-gara kebocoran kertas soalan UPSR. Mereka harus meneruskan persediaan dan ulang kaji kertas Bahasa Inggeris dan Sains pada 30 September demi mengejar kecemerlangan dalam pendidikan. Betapa pun pahit, perjuangan perlu diteruskan juga ...

No comments: