SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, September 12, 2014

TEKS PENGACARA SEMINAR INTEGRITI UNTUK PENDIDIK (SCRIPTED WELCOMING ADDRESS)



TEKS PENGACARA SEMINAR INTEGRITI
SABTU: 13 SEPTEMBER 2014 / 17 ZULKAEDAH 1435


Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera dan selamat pagi

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dengan iringan muzik.
Hadirin diminta bersedia.

:::::::

Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang akan dipimpin oleh al-fadil Ustaz Safwan bin ____________________ dari SMK St. Michael, Ipoh. Dipersilakan.

:::::::

Jazakallahu khairan kathira Ustaz Safwan.

Seterusnya, acara bacaan ikrar integriti diketuai oleh wakil SMK Rapat Setia, Ipoh, _________________________________. Dipersilakan.

:::::::

Terima kasih atas bacaan ikrar yang suci hati.

Hadirin dipersilakan duduk.

          Pekan sari di hujung sana
          Singgah sebentar menghibur hati
          Pertemuan kita sangat bermakna
          Memacu kerjaya penuh integriti

Yang dimuliakan tuan penceramah seminar integriti warga pendidik (SIWP), Yang Berusaha Puan Loh Wei Seng, pengetua cemerlang SMK St. Michael, Ipoh, Yang Berusaha Puan Hajjah Siti Zabidah binti Setia, pengetua SMK Rapat Setia, penolong-penolong kanan, guru kanan dan guru selaku peserta seminar integriti warga pendidik sekalian. Terlebih dahulu, bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kehadiran tuan puan ke dewan SMI pada pagi ini dengan suci hati demi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam, khususnya bagi kita yang berkecimpung dalam bidang pendidikan. Kebetulan, isu-isu berkaitan dengan pendidikan memang sentiasa diberikan perhatian maksimum oleh semua pihak yang berkepentingan. Terkini, warga pendidikan sedang berhadapan dengan ujian integriti yang sangat getir, iaitu kebocoran kertas soalan UPSR dan pengenalan sistem pentaksiran yang diperbaharui. Hakikatnya ialah segala amanah keguruan yang kita galas terkait dengan ukuran integriti sepanjang masa.

Tuan puan yang dikasihi,

Sebelum saya memperkenalkan penceramah seminar, izinkan saya menggariskan beberapa peringatan untuk sama-sama kita patuhi dan akur sebagai peserta seminar integriti. Pertama, marilah kita beri tumpuan dengan suci hati terhadap penyampaian input tentang integriti oleh penceramah. Kedua, mohon menggunakan mod senyap untuk telefon bimbit. Ketiga, peserta hanya dibenarkan keluar sebentar daripada majlis atas urusan kecemasan dan perlu sahaja. Keempat, sama ada peserta boleh mencelah untuk pertanyaan semasa sesi ceramah terpulang kepada budi bicara tuan penceramah. Insya-Allah, tuan puan bakal menghargai tuan pencermah kita yang memang pakar dalam andragogi bagi menghadapi khalayak dewasa di dewan ini.

Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abdul Karim memperoleh ijazah asas dalam bidang ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia, diploma pendidikan dari Universiti Malaya, diploma psikologi kaunseling dari UKM dan sarjana pendidikan kaunseling juga dari UKM. Memulakan kerjaya keguruan pada tahun 1988 di SMK Beauford, Sabah sebebelum kembali ke semenanjung 3 tahun kemudian. Telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2004, penolong Kanan Hal Ehwal Murid (2006) dan Penolong kanan (2009). Bintang Tuan Haji Shafie sebagai pemimpin pendidikan terus cemerlang apabila dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak pada tahun 2011. Kini, beliau sebagai pengetua di SMK Abdul Rahman Talib (Smart) Teluk Intan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abdul Karim menyampaikan slot ceramah pertama: Pelan Integriti Nasional.

::::::

Terima kasih Tuan Haji Mohd shafie bin Abdul Karim atas slotcermah pertama sebentar tadi. Majlis berhenti rehat selama lebih kurang setengah jam. Mohon peserta sekalian kembali ke dewan ini untuk slot ceramah kedua yang akan bermula pada pukul ____ pagi.

:::::::::
Assalamua alaikum warahatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera.

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
Semangat peserta masih berapi
Slot kedua kini menanti

Tanpa melengahkan masa, sekali lagi majlis mempersilan Tuan haji Mohamed Shafie bin Abdul Karim menyampaikan ceramah SIWP slot kedua bertajuk: Integriti Dalam Pendidikan.    Dipersilakan.

:::::::::

Demikian tadi ceramah slot kedua SIWP. Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan penceramah. Terima kasih dan tahniah kepada peserta yang sangat sabar dan suci hari untuk bertahan dalam majlis. Mudah-mudahan input ilmu yang disampaikan dan diterima akan meningkatkan integriti keguruan sebagai kekuatan untuk mengharungi cabaran persekitaran pendidikan yang tidak pernah berhenti, insya-Allah. Terima kasih juga kepada jawatankuasa penganjur kedua-dua buah sekolah, iaitu SMK ST. Michael dan SMK Rapat Setia. Panjang umur murah rezeki, kita bersua lagi.

Majlis bersurai. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1 comment:

Hamisah Bte Mansor said...

Tq so much sb membantu saya utk mencari idea utk tugasan yg akan kami laksanakn sabtu ini..pengacaraan majlis seminar integriti warga pddkan.