Sunday, June 7, 2015
HAKIKAT KEHIDUPAN DI DUNIA (WISDOM AND VIRTUE TOGETHER)
Boleh dikatakan hampir semua orang Islam biasa membaca doa 'rabbana atina ...' yang memohon kesejahteraan hidup di dunia, kesejahteraan hidup di akhirat, serta dijauhi daripada azab neraka.
Satu lagi doa yang masyhur ialah tentang kesudahan yang baik (khusnil khatimah) dan terhindar daripada kesudahan yang buruk (su'-ul khatimah). Sering juga ungkapan hukamak betapa dunia sebagai ladang akhirat diulang sebut. Maka, perspektif al-Quran tentang kehidupan dunia merupakan rujukan muktamad dan tertinggi.
maksudnya:
Ayat dari surah al-Hadid:20 di atas menjadi penanda aras konsep kehidupan dunia yang hakiki. Sudah pasti kehidupan dunia tetap penting justeru insan menjalani kehidupan di sini sebagai persediaan hidup yang abadi di akhirat kelak. Namun, urusan kehidupan hendaklah sentiasa berlandaskan perintah Allah dan Rasul-Nya.
Atas sebab apabila disebut Allahu Akbar (Allah Maha Besar), secara automatik urusan yang lain menjadi kecil belaka, sama ada amalan ibadah khusus mahapun ibadah umum. Sesuatu amalan baik itu hanya berstatus ibadah jika diniatkan kerana Allah, di samping mematuhi syarat lain yang ditetapkan. Insan yang melafazkan dua kalimah syahadah telah menafikan segala pengabdian yang lain, sebaliknya secara tuntas menjuruskan amal ibadah terhadap Yang Maha Esa.
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment