...
Harga bagi kontrak minyak mentah Brent jatuh ke bawah paras AS$50 (RM175.75) setong buat kali pertama sejak Mei 2009 berikutan lebihan penawaran dan permintaan global yang lemah. Rentak pertumbuhan perniagaan dunia susut ke paras terendah dalam tempoh setahun pada penghujung 2014, mengikut Indek Pengeluaran Semua Industri Global oleh JPMorgan. Penyederhanaan kegiatan ekonomi menokok kebimbangan mengenai deflasi yang mana data inflasi di zon euro yang akan dikeluarkan lewat malam ini dijangka menunjukkan penurunan pertama dalam indeks harga pengguna sejak 2009. Dalam dagangan di London pagi ini, Brent jatuh 85 cents kepada AS$50.25 (RM177) setong selepas seketika merudum mencecah AS$49.66 (RM175), paras terendah sejak Mei 2009. Kontrak penanda aras Amerika Syarikat (AS) WTI pula susut 40 cents kepada AS$47.53 (RM167) setong selepas mencecah AS$46.83 (RM165), paras terendah sejak April 2009. Harga minyak dunia kini sudah susut 57 peratus daripada paras kemuncak AS$115 (RM404) pada Jun 2014. Bjarne Schieldrop, ketua penganalisis komoditi di firma penyelidikan SEB, di Oslo berkata, ada lebihan penawaran antara 1-1.5 juta tong sehari pada 2015 dan masih tiada petanda OPEC akan campur tangan dengan mengurangkan keluaran.
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment